Thursday, June 4, 2009

'Tiga Abdul' PAS Bertanding Timbalan Presiden.

Semasa Khairy, Mukhriz dan Khir Toyo bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia saya ada menulis artikel berkenaan pertandingan tersebut bertajuk 'Tiga Abdul' Calon Ketua Pemuda UMNO. Cerita 'Tiga Abdul' rupanya berulang dalam Muktamar Agung PAS kali ini cuma jawatan yang menjadi rebutan lebih tinggi sedikit iaitu Timbalan Presiden.

Semasa pertandingan Ketua Pemuda UMNO, Khairy yang 'dibenci' oleh ahli UMNO akhirnya memenangi jawatan ketua pemuda akibat perpecahan undi antara Mukhriz, calon favorite dan Khir Toyo calon under dog. Ahli UMNO mahupun pemuda memang mengharapkan Khairy kalah tetapi perwakilan masih memberi undi kepadanya. Maka timbullah cerita perwakilan pemuda sebahagiannya 'dibeli' oleh Khairi.

'Tiga Abdul' di dalam PAS ini iaitu penyandang Ustaz Nasharuddin, Husam dan Md.Sabu mempertaruhkan nasib untuk dipilih oleh perwakilan.Tiga Abdul mengisahkan pergolakan keluarga Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abangnya, memutuskan persaudaraan dengan mereka. Ramai orang tahu kisah dalam cerita ini.

Filem terakhir arahan dan lakonan P. Ramlee yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. sebelum beliau berpindah ke Merdeka Studio di Kuala Lumpur seolah-olah menyamai bilangan calon dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini. Siapakah diantara mereka bertiga menyamai watak dalam filem Tiga Abdul itu?

Ada yang berpendapat, Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah terdiri daripada kalangan ulamak bagi mengekalkan keaslian PAS sebagai parti yang bertunjangkan ulamak. Menurut mereka, Timbalan Presiden adalah bakal pengganti Presiden PAS yang semestinya warak, alim dan mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

Pandangan seumpama itu seolah-olah menafikan peluang golongan profesional untuk menerajui PAS sampai bila-bila. Mereka hanya berpeluang menduduki jawatan no 3,4 dan seterusnya. Kalau Presiden dan Timbalan Presiden Ulamak, Dewan Ulamak pun Ulamak, Majlis Syura juga ulamak, Mursyidul Am pun ulamak maka adalah ditakuti akan menimbulkan jurang antara ulamak dan bukan ulamak di dalam PAS.

Atas dasar itu agaknya yang menyebabkan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang berpendapat bahawa pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu. Turut menyokong Ahmad Awang ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut bersaing merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Ada juga berpendapat,pemilihan jawatan kanan PAS boleh diselesaikan dengan kaedah syura atau kompromi. Pertandingan yang sengit ini boleh membawa kepada perpecahan. Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda boleh menggunapakai konsep Syura, mengapa bagi jawatan tertinggi ini tidak boleh? tanya mereka yang bersetuju dengan pemilihan secara syura. Malangnya Nik Aziz bersetuju pula agar pertandingan diteruskan supaya demokrasi di dalam PAS terus subur. Apa tah lagi 'ayam laga'nya tutut bertanding dan mempunyai harapan menang. Husam adalah orang kesayangan Nik Aziz dan orang kepercayaan Anwar Ibrahim. Beliau adalah calon pilihan untuk menang.

Keputusan pertandingan ini akan menyerlahkan lagi hala tuju perjuangan PAS akan datang. Jika Husam menang, PAS dilihat sedang menyediakan pengganti yang boleh bekerjasama dengan lebih ‘rapat’ dengan komponen pakatan pembangkang, Husam dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim dan bersedia ‘tunduk’ kepada Anwar, Husam dilihat keras dan tidak akan ‘berbaik-baik’ dengan Barisan Nasional (BN)dan Husam boleh ‘bertolak-ansur’ dalam perkara-perkara yang ada ‘kepentingan’ bagi parti seperti Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Husam mewakili kumpulan erdogan di dalam PAS.(hambali1.blogspot.com)

Nasharuddin nampaknya tertekan dengan persepsi yang dimainkan oleh Husam kerana beliau dikatakan orang yang boleh memulakan hubungan dengan UMNO dan BN. Lebih buruk, kempen orang Husam terhadap Nasharudin ialah kononnya beliau cuba membawa PAS bergabung dengan Umno. Tetapi Nasharuddin tetap mempunyai penyokong yang lebih selesa dengan kesederhanaan, kesabaran, keilmuan agamanya dan paling penting Nasharuddin mewakili golongan ulamak. Kalau dalam cerita Tiga Abdul, Nasharuddin mewakili watak Abdul Wahub.

Walau siapa pun menang ianya tidak membawa apa-apa kesan kepada UMNO/BN. PAS akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat dan terus diperkudakan oleh Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar adalah tali barut Anwar di dalam PAS sekian lama dan Husam akan menjadi 'ayam sabung' Anwar dalam pilihanraya akan datang. Bagi pendedahan lanjut sila baca blog (www.x-pkr.blogspot.com).Penulis blog ini mendedahkan siapakah Kamaruddin dan Husam di mata abang Nuar.

Persoalan yang bermain di kepala saya ialah adakah keputusan dalam pertandingan jawatan pemuda UMNO akan berulang dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS?. Adakah undi kepada Nasharuddin dan Husam berpecah dua iaitu pertandingan hidup dan mati antara pro ulamak dan pro profesional sedangkan Md. Sabu yang mendapat untungnya nanti.

Akhir kalam, selamat bermuktamar dan selamat memilih kepada semua perwakilan PAS yang datang daripada seluruh negara.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

5 comments:

rimajohor said...
This comment has been removed by the author.
zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Lama benar saya tidak melayari blog kawan-kawan, terasa rindu dan dendam dengan tulisan mereka.

Tiga Abdul dalam tulisan tuan, adalah satu cerita yang amat menarik bagi saya. PAS sebuah parti politik pertandingan tentulah ada dia bukan kumpulan agama. Abdul Nasrudin dan Abdul Husam dijangka menang. Abdul Masabu tukang kacau daun. Orang kesayangan tok guru tidak diperindahkan lagi oleh ahli-ahli PAS semua, sebagai ahli PAS yang tidak menjadi perwakilan (kerana cawangan saya tidak bermesyuarat sejak puluhan tahun yang lalu) Abdul Nashruddin akan menang jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini, beliau seorang yang propesional dan boleh dikatakan seiring dengan Lim Guan Eng.

Kepada perwakilan PAS selamat bertanding...dan pilihlah pemimpin yang boleh melawan dan sebijak pemimpin DAP dan PKR.

Pemimpin UMNO susah kita nak tandingi kerana mereka pemimpin berwawasan jauh dan dari parti pemerintah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Kawan faham awak banyak kerja bro. Sampai ke Sabah dengor ceritanya.

Kawan bukan apa, kita harapkan abdul Nasha yang menang sebab dia tu sederhana orgnya dan warak orangnya. Tapi 2 Abdul lagi ni kalau menang hiruk pikuk dibuatnya.

Masa pemuda UMNO dulu ingat tak Abdul Mukhriz dapat undi no. corot walaupun calon utama.

Entah2 Abdul Sabu tak yang untung? hehehe

zedmagel said...

Bro Amir,

Setuju bro.

Kan kawan dah cakap Abdul Nasharudin yang menang. Tahniah le kepada tuan yang pro beliau tu..wakaka...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel.

Jangan melaga-lagakan kawan bro.