Thursday, June 4, 2009

Teruskan Awang Selamat. Jangan Gentar !


Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939 dengan menggunakan tulisan Jawi, dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British. Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Pada hari ini Utusan Melayu yang telah dikenali sebagai Utusan Malaysia masih menjadi akhbar utama orang Melayu. Berdasarkan lebihkurang 300,000 naskhah yang terjual setiap hari dimana majoriti pembacanya adalah orang Melayu, akhbar ini masih menjadi lidah, telinga dan mata kepada orang Melayu. Akhbar ini masih lagi kekal sebagai pembela kepada orang-orang Melayu khususnya dalam perkembangan mutakhir politik dewasa ini yang benar-benar mengancam politik Melayu.

Apabila penulis pojok Awang Selamat menulis artikel 'Melayu dikhianati' sebenarnya ianya bukan mewakili batang tubuh Awang Selamat seorang tetapi mewakili setiap batang tubuh dan roh Melayu. Apa salahnya tulisan Awang Selamat? Mari kita tengok apa yang Awang tulis. Awang cuma menyatakan kembali apa yang pernah diucapkan oleh seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain"

Awang juga menyiarkan semula petikan kata-kata pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1Jun 1965. Katanya "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka"

Kata Tun V.T.Sambanthan lagi, "Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?"

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara". Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."

Jadi apa salahnya Awang memaparkan semula kata-kata pemimpin Cina dan India di atas? Inilah yang dinamakan salah satu kontrak sosial yang tidak tertulis di dalam perlembagaan tetapi ianya adalah sebagai satu catatan sejarah dan telah dipersetujui bersama.

Awang bukan mereka-reka tetapi ianya adalah fakta bagi menunjukkan betapa baiknya orang Melayu menerima pendatang menjadi warganegara dengan percuma. Sepatutnya kata-kata pemimpin Cina dan India ini dituliskan dalam buku teks sejarah sekolah menengah supaya generasi muda Cina dan India tahu dan faham tentang sejarah mereka. Disebabkan mereka tidak faham lah mereka menuntut segala macam perkara walhal Tok nenek mereka sudah berjanji akan sentiasa memelihara hak-hak istimewa orang Melayu bagi membalas jasa baik orang Melayu memberi kewarganegaraan secara percuma dan mudah kepada mereka.

Bayangkan kalau orang Melayu ini sifatnya seperti Yahudi, jangan mimpilah dapat duduk senang lenang di sini, malah atas ihsan kewarganegaraan itu mereka lebih kaya daripada tuan rumah. Orang yang dulunya menumpang akhirnya menjadi tuan kepada rumah. Sudahlah ekonomi mereka kaut, politik pulak mereka hendak sapu sama. Manusia jenis apakah mereka ini?

TS Muhyiddin kalau hendak memberi komen bacalah dulu artikel Awang. Jangan belum baca sudah keluarkan kenyataan. Awang mewakili suara hati dan roh Melayu. Muhyiddin adalah Timbalan Presiden Parti Melayu terbesar di dunia walaupun Tan Sri adalah Timbalan Perdana Menteri rakyat Malaysia. Sepatutnya Muhyiddin bagi tahu wartawan Cina dan India yang bertanya itu, 'Tunggu dulu, beri masa saya baca dan teliti apa yang Awang tulis. nanti saya komen'. Saya faham sebagai TPM, Muhyiddin perlu jaga semua hati rakyat Malaysia tetapi dalam masa yang sama tolong juga jaga hati bangsa yang seagama dengan Tan Sri. Kalau Tan Sri sudah membacanya, saya rasa Tan Sri akan sependapat dengan saya dan semua Melayu bahawa tulisan Awang tidak salah malah betul belaka.

Disebabkan Tan Sri tersilap atau diputarbelitkan oleh Malaysiakini.com telah membuatkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menggesa supaya penulis artikel yang didakwa berunsur perkauman yang disiarkan dalam Utusan Malaysia didakwa di bawah Akta Hasutan. Beliau mengutuk Awang Selamat kerana secara tidak langsung telah merujuk kepada kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "kaum pendatang".

Samy Vellu baca atau tidak tulisan Awang Selamat? Awang Selamat tidak boleh ditahan ISA kerana ungkapan 'kaum pendatang' tidak mempunyai "kecenderungan menghasut" menurut Seksyen 3 Akta Hasutan 1948. Sejak belajar sejarah di sekolah dalam buku-buku teks memang disebut bahawa orang Cina dan Orang India adalah pendatang yang dibawa masuk oleh British. Jadi salahlah buku teks yang saya belajar. Salahlah cikgu sejarah dan Prof.Qassim Ahmad, pensyarah sejarah saya di USM dulu?. Samy Vellu saman lah Bahgian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saya hendak tanya Mr.Samy. Kalau Cina dan India bukan pendatang, kaum itu hendak dipanggil penduduk asal Tanah Melayu ke?.

Saya hendak tanya sekali lagi kepada Mr.Samy?. Hindraf itu pertubuhan halal atau pertubuhan haram?. Kalau sudah haram mengapa Mr.Samy sokong? Mr Samy suruh bebaskan pemimpin-pemimpin Hindraf daripada tahanan ISA. Mereka semua menghina orang-orang Melayu, menghina raja-raja Melayu dan mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu. Mereka menghasut rakyat dan boleh mengancam keselamatan negara. Mr Samy sokong kumpulan haram tetapi meminta orang yang menulis fakta sejarah ditahan ISA. Siapakah yang patut ditahan ISA. Awang Selamatkah atau Mr.Samy Vellukah?

Saya tidak mahu sebut perihal Chin Peng atau kumpulan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE)Sri Lanka yang Mr Samy sokong. LTTE bukan saja kumpulan pemisah tetapi turut membunuh ramai golongan Muslim Sri Lanka yang juga adalah saudara muslim kami. Itulah kumpulan yang Mr.Samy sokong. Jika segala mengenai LTTE dan Hindraf disokong, bermakna, seorang 'pemimpin Tamil' bekas menteri kabinet di negara ini hakikatnya merupakan seorang penyokong gerakan subversif yang mengancam negara.

Saya tidak mahu komen berkenaan Zaid Ibrahim yang turut mengecam Awang Selamat. Pada saya Zaid semakin mabuk todi dan apa-apa yang keluar dari mulut orang mabuk jangan dipedulikan kerana mereka sudah tidak berakal. Kepada Awang Selamat teruskan perjuangan yang belum selesai. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Amir Hamzah
Kuala Terengganu
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com


Dipetik daripada www.kudakepang.blogspot.com

Berita Harian 25 Jun 1965 seperti berikut:

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.Katanya:

“Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya:

“Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?”

(Berita Harian: 25.6. 1965).

15 comments:

afrohead said...

sekarang ini, kita sudah tidak boleh bercakap tentang bangsa kita sendiri.
kita sudah tak boleh bercakap tentang nasib dan hak melayu.
kelak kita akan diruduh bersikap perkauman.
tetapi bila bangsa lain semakin lantang mencabar bangsa kita, mereka tidak pula dikatakan perkauman.
tetapi menuntut kesamarataan kononnya.

pada saya, masa berlembut dan bertolak ansur sudah berlalu. cukup-cukuplah tu. ini masanya untuk kita orang melayu bertegas. sampai bila kita mahu jaga hati bangsa lain sedangkan bangsa lain semakin naik tocang?

Anonymous said...

BAGAI KADUK NAIK JUNJUNG!. ITU UNGKAPAN PALING TEPAT DITUJUKAN PD HINDRAF DAN PAKATAN RAKYAT. DH DI BERI BETIS NAK KAN PEHA PULAK. TAK PERNAH BERSYUKUR DGN KENIKMATAN YG ALLAH KURNIAKAN. TAK PERNAH NAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KPD PIHAK KERAJAAN YG BYK BERJASA KPD NEGARA, BANGSA DAN TANAH AIR. HANYA KATA2 NISTA DAN TOHMAHAN YG MUDAH TERPACUL DR MULUT2 MEREKA. SEPATUTNYA TAK PAYAH KITA HIRAUKAN LG PERMINTAAN YG BUKAN2 DR MEREKA. PEDULIKAN SAJE!. ITU YG SEBAIK2NYA

amieiezam said...

sedar2lah diri kamu WAHAI BANGSA PENDATANG!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

SALAM anas afrohead,

Saya bersetuju dengan pendapat sdr. pemimpin kita harus bertegas. Bagaimana ye? Pada saya pemimpin Melayu boleh bertegas jika kekuatan politik Melayu adalah kuat. Politik Melayu hari ini berpecah tiga, satu untuk UMNO, satu untuk PKR dan satu untuk PAS. Saya berpendapat kerajaan hari ini adalah kerajaan yang lemah. Pemimpin Melayu yang memerintah juga lemah sehinggakan Hindraf yang haram pun boleh bermaharaja lela. Oleh itu, jika mahu pemimpin Melayu bertegas Melayu perlu kuat. Buktikan semasa pilihanraya seperti mana pilihanraya 2004.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Jeffry,

Tak pernah nak ucap terima kasih dan jauh sekali nak bersyukur. Generasi baru mereka tidak diberitahu oleh generasi terdahulu. Generasi dahulu tak ikhlas dan mereka sengaja tidak mahu memberitahu anak-anak dan cucu-cucu mereka. Sebab itu mereka tidak tahu apa hak mereka dan hak Melayu yang tidak boleh disentuh. Generasi mereka yang faham akan kontrak sosial semuanya sudah masuk ke dalam tanah atau sudah menjadi abu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam amieieda,

harap-harap begitulah.

silent MP said...

Saya terfikir apa yang berlaku di US dan Eropah.

Bagi mereka yang memperkatakan ttg Yahudi, mereka dikecam anti semantik..

Sedangkan mereka adalah golongan minoriti..

Kelihatan perkara ini sedang menular di Malaysia.

Kita bukan buat kecaman, sekadar peringatan ttg sejarah tapi dituduh rasist..

Semalam saya ade berbincangn dgn kawan, apa yang dikatakan rasist bukan Melayu, seperti kata pak Amir, melayu terlalu baik..

Yang rasist adalah cina dan India, masakan hak bumi yang termaktub dalam perlembagaan di pertikai.

Contoh lain, kedai runcit melayu, sagat sedikit orang cina berbelanja, tapi kedai runcit cina????fikir dan buat pertimbangan, siapa yang rasist..

HIndraf, nak dapat hak bumiputra, ibarat masuk rumah orang, diberi tumpang, makan minum, layanan baik, akhir sekali, nak amik rumah dari pemimimpin..dah bagi betis nak paha..

Sy rasa perlu diterapkan sentimen ini, kecewa sy apabila seorang kawan sy semalam mengatakan status bumiputra kini boleh untuk kaum lain(cina india), bila sy pelik(dalam kadar tersnagt kecewa), sy cerita panjang lebar, barulah dia sedar, kenapa status ini terlalu diidamkan oleh hindraf..

JAdi persoalannya, bukan tak belajar, tak tahu ke, sy tak pasti..Jgn diri bangsa yang anak cucu cicit kita kencing di kubur kita nnt.

Sekian,

Silent MP

rimajohor said...

saya sangat setuju dengan saudara Jefry, memang bukan naik lagi mereka diibaratkan seperti "kaduk sudah pijak-pijak junjung" sungguh kurang sopan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam silent MP,

Pada asalnya kita memang hendak hidup berbaik-baik. Pemimpin kita terdahulu begitu suci hatinya, menerima pendatang tanpa prasangka. Tapi spt kata orang tua-tua, rambut sama hitam hati lain-lain.

Memang begitulah sikap manusia, sudah diberi betis, nak peha. Tamak dan haloba sentiasa bersarang di dalam hati. Sudah diberi tempat untuk berlindung nak pulak sebuah negeri. Tak cukup satu negeri nak pulak sebuah negara.

Benar kata saudara, Cina memang tidak membantu Melayu untuk meningkatkan taraf hidup. Apatah lagi dalam perniagaan. Kalau ada pun hanya sekadar kedai makan. Mereka boikot kedai Melayu. Bukan saja boikot tetapi menanam persepsi bahawa Melayu tidak pandai berniaga, tak pandai melayan pelanggan, barangan Melayu tidak berkualiti, perkhidmatan Melayu tidak cekap. Apa saja berkaitan Melayu cuba direndah-rendahkan. Orang Melayu sendiri sudah percaya dengan persepsi ini dan mereka secara tidak langsung tidak menyokong perniagaan Melayu. Mereka lebih percaya kepada perkhidmatan yang diberikan oleh orang Cina.

Melayu memang tidak diberi peluang oleh penjajah untuk berniaga. Bandar-bandar memang penjajah letakkan untuk orang Cina. Mereka telah mendapat keistimewaan ini 100tahun sebelum merdeka. Mereka ditatang bagai minyak yang penuh oleh penjajah.

Melayu baru nak bertatih berniaga. Melayu perlu banyak belajar dan dibimbing. Peniaga Melayu perlu banyak dibantu kerana membantu Melayu juga adalah termasuk dalam hak-hak istimewa Melayu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam buah kelapa turkey,

Mereka naik junjung kerana kita membuka jalan untuk dia. Mereka tau Melayu tidak lagi bersatu di bawah satu bumbung. Melayu sekarang sudah berpecah. Berpecah bermakna lemah. Melayu sudah tiada suara. Melayu sama Melayu bergaduh, tikam menikam, bunuh membunuh. Melayu tidak boleh bersatu atas nama bangsanya. Mereka paling gembira Melayu tidak juga boleh bersatu atas nama agamanya.

Anonymous said...

http://fromunderdogtotopdog.blogspot.com/2009/06/in-end-everyone-is-racist.html

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Kenapa mereka ni buta sejarah dan dah la buta tak sedar diri pulak tu. Tak sedar diuntung mereka ni. Ibarat perpatah Melayu Seperti Belanda meminta tanah dari sejari menjadi sekampung.

Harap kaum Melayu bersatu dan menyedari nasib bangsanya jangan bertelagah untuk merebut kuasa sesama sendiri sahaja.Nasib keturunan harus diambil kira. SEDARLAH MELAYU......SEMUA...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

hello Yeow Chee Kheong,

Malaysian peoples is the various nations and every of us are racist. Defend the interests of each nation's people. Its can be reduced with the Nation Malaysia.

Are Malays, Chinese and Indians are willing to direct the formation of the Nation Malaysia?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Semuanya kerana buta sejarah. Sepatutnya kontrak sosial itu dibuat secara bertulis seperti mana perlembagaan negara. understanding secara lisan sapa nak percaya bro. Tok nenek mereka, boleh la.....cicit mereka dah tak nak mendengor kata. Balik2 mereka kata sekarang mereka sudah lahir di Malaysia, mereka bukan pendatang. Tok nenek mereka memang pendatang tapi generasi baru tak mahu mengaku sebab mereka lahir di Malaysia.

humanoid 6889k said...

erm...betul apa yang dikatakan oleh penuis blog bahawa cina dan india dibawa oleh british. itu adalah kisah sebelum merdeka iaitu kisah kerajaan persekutuan tanah melayu. Jika cina dan india tidak bertolak ansur dengan melayu maka melayu tidak mendapat kemerdekaan. hal ini difahami oleh orang2 dulu. sebagai penghargaan kewarganegaran diberi. tetapi kini kamu tidak faham.
beralih ke isu sejarah ada banyak fakta sejarah dalam buku teks yang bercanggah.
Dan Hindraf tidak pernah menyalahkan mana-mana kaum atau organisasi. cuma salahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan yang mencukupi.

apa yang dikatakan adalah sekadar pendapat saya yang mungkin betul atau salah yang boleh dimanipulasi oleh orang ramai. minta maaf jika saya mencederakan perasaan anda.

walau bagaimanapun saya ada satu persoalan.
berapa lamakah kaum melayu akan dikelaskan sebagai tercicir dalam pelbagai segi sehingga perlu dibantu oleh kerajaan. saya rasa kini orang melayu tidak lagi seperti dahulu. melayu sudah cukup hebat dan tidak perlu bantuan dan boleh bersaing dengan kaum lain.