Sunday, June 21, 2009
Sepandai -pandai Anwar Melompat........(siri 3)
Isu gagasan 'Kerajaan Perpaduan' ini kadang kala menimbulkan banyak persoalan. Pakatan Rakyat telah memenangi 5 buah negeri dan menguasai 83 kerusi parlimen sehingga menafikan kemenangan majoriti 2/3 BN dalam Parlimen. Walaupun BN berjaya merampas balik Perak tetapi kekuatan Pakatan Rakyat di Parlimen adalah luar biasa.
Tujuan Pakatan Rakyat ini adalah untuk menumbangkan kerajaan BN. PKR, PAS dan DAP mempunyai matlamat yang sama. Mereka mempunyai pengundi yang saling bantu membantu seperti mana yang diamalkan oleh parti BN dan parti-parti komponennya. Jika disatu kerusi parlimen atau DUN itu calonnya wakil PAS mewakili Pakatan Rakyat, maka penyokong PKR dan DAP akan menyokongnya dan begitulah sebaliknya.
Bagi saya Pakatan Rakyat sudah mempunyai kekuatan yang cukup untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 dengan cara yang sah. Peluang mereka ke Putrajaya semakin cerah dengan momentum sokongan yang masih menyebelahi mereka. Kejayaan terakhir dalam PRK Penanti membuktikan momentum itu terus kekal dan calon-calon Pakatan Rakyat terus popular.
Mereka juga melalui calon PAS mempunyai harapan cerah untuk menang di PRK Manik Urai, 14 Julai depan. Kalau sudah berada di momentum yang betul dengan rakyat nampaknya menyebelah slogan Harapan Baru Rakyat Malaysia' ciptaan Anwar Ibrahim berbanding slogan ' 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', mengapa agaknya Hadi Awang beriya-iya dengan idea 'Kerajaan Perpaduan'.
Bukankah BN sekarang ini sedang berada dalam moral yang sangat rendah dan jika diadakan pilihanraya umum hari ini, BN boleh tumbang bila-bila masa. Mengapa PAS mahu mewujudkan hubungan dengan kerajaan yang lemah dengan meninggalkan Pakatan Rakyat yang sedang berada di kemuncak?. Dari segi politik dan kuasa, bukankah tindakan Hadi ini merugikan? Dalam PRU yang lepas PAS diperuntukan 66 kerusi Parlimen, sedang dalam kerajaan perpaduan nanti yakinkah Hadi, PAS akan mendapat peruntukan kerusi sebanyak itu?
Sebab itulah banyak persoalan tentang kerajaan perpaduan ini? Yang kuat melutut kepada yang lemah? Definasi dan tujuannya kabur atau sengaja dikaburkan?. Kesemua senario ini dilihat sebagai satu masalah dalam parti PAS dan kemudiannya menjadi masalah dalam Pakatan Rakyat.
Daripada drama ke wayang, isu kerajaan perpaduan ini akhirnya menjadi seperti 'gantung tak bertali'.Bagaimanapun, apabila Mustafa merayu supaya isu polimek itu dihentikan, ada yang bertanya, apa lagi ‘wayang’ bertajuk kerajaan perpaduan ini?. Siapa sebenarnya orang disebalik kerajaan perpaduan ini? Adakah ianya isu yang diciptakan bagi kita melupakan atau mengalih pandangan kepada isu yang lebih besar?
Alasan Mustafa, bekas Pengarah Pilihanraya PAS lalu, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13. Namun ada yang anggap PAS terpaksa perlahankan isu itu semata-mata nak jaga hati PKR dan DAP menjelang pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada pertengahan Julai nanti.
Berdolak dalik dan berbelit-belit. Perbincangan tak habis-habis akhirnya berbalah sesama sendiri.
Siapakah manusia yang bermain dibelakang tabir sedangkan Hadi dan Nasharudin adalah pelakon di atas pentas. Seperti kata Muhyiddin, 'perkara yang baik perlu dipercepatkan' Nak cepat macam mana, ianya hanya di pentas sandiwara politik yang saya rasa pemimpin kerajaan yang ada sangat faham dan maklum.
Apa-apa hal dalam rakyat sibuk membincangkan kerajaan perpaduan, rakyat perlu terus mendesak agar Anwar akan turun gelanggang pada 1 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi. Suka benarlah Anwar jika kita tak habis-habis bercerita kerajaan perpaduan sedang kan 1 Julai hari kebenaran kita lupakan. Anwar sangat tidak selesa jika rakyat memberikan tumpuan kepada perbicaraannya.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
DSAI. BIASALAH PENGGEMAR BONTOT NI.
dsai TIDAK TAHU MALU DAN PROSAK MELAYU AGAMA DAN NEGARA MEMANG BEGITU SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA.KALAU DITAKDIRKAN DIA PM SILAP HARIBULAN MALAYSIA JADI SEPERTI THAILAND SEKARANG
Salam Sejahtera Tuan,
kelambuharimau,
Betul yg tuan kata, pada pemikiran saya, ANU WAR yg sibuk nak gi state tu akan dok kat sana biarpun kes LIWAT nya sedang berjalan. Kemudian jika di didapati tidak bersalah dia balik la ke Malaysia. Dan mengatakan sistem kehakiman adil.
Jika dia kena sumbat ke ASRAMA Sg. Buluh, dia akan mengikut jejak TAKSHIN, jadi pelarian politik konon. Duduk bawah ketiak AMERIKA dan remote penjilat2 untuk DEMO seperti di Thailand.
Kan AZMIN dah bagi tau akan adakan DEMO@RUSUHAN kalau ANU WAR kalah.
BETUL TAK BETUL???????????
salam bro arif omar,
Hehehe......biar lah dia dengan kegemarannya. Kawan dengan sup gear box pun ok.
salam kelambuharimau,
Belum kena, dah kena baru nak terngadah. Kalau dah jadi macam Thailand kira macam nasi sudah jadi bubur.........
salam Orang tua,
kata upin dan ipin...
betul!betul!betul!betul!,
Taktik Anwar sudah dapat dibaca dan dah boleh agak apa yang akan berlaku. Kira taktik ni dah basi la bro.
Jadi Anwar perlu cari taktik baru.....
Salam Bro Amir,
Berapa pandai di melompat, akhirnya terkangkang juga.
salam bro zedmagel,
Belum lagi bro.Biar mahkamah yang menentukan.
jenis manusia yang sudah hilang kewarasan.tak kira apa pun asal dendam kesumatnya terbalas. semoga allah swt memberi kesedaran kepadanya agar ia menjadi manusia yang sayangkan negara, bangsa dan agamanya.
SALAM Pak cik Kuntong,
Insyallah, demi keamanan dan kestabilan negara, kita harapkan tidak akan muncul lagi manusia-manusia yang tamakkan kuasa dan pentingkan diri sendiri
Post a Comment