Saturday, June 20, 2009
Sepandai -pandai Anwar Melompat........(Siri 2)
Apabila Anwar mengeluarkan kenyataan menyokong kepulangan Chin Peng atas dasar kemanusiaan ianya sekali lagi dilihat bukan datang daripada keikhlasan hatinya tetapi atas kepentingan politiknya. Latar belakangnya sebagai pemimpin ABIM sebuah gerakan Islam memang agak pelik untuk menerima seorang yang berfahaman komunis yang sangat bertentangan dengan Islam.
Itulah Anwar Ibrahim yang kita kenali. Beliau boleh melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai. Persetankan dengan pandangan orang asalkan motif dan perkara yang tersiratnya tercapai. Apakah motifnya menyokong kepulangan Chin Peng walaupun dia tahu popularitinya akan tercalar terutama di kalangan mangsa-mangsa dan keluarga kekejaman komunis.
1. Anwar tidak risau terhadap penyokongnya kerana Anwar buat apa sahaja, semuanya betul belaka. Penyokong fanatik Anwar akan mempertahankan Anwar .Walaupun satu ketika nanti Anwar akan mengaku dirinya tuhan, penyokong ini akan berdiri di belakang Anwar.
2. Walaupun sebelum ini Anwar adalah pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang keras, malah satu ketika pernah dikatakan bakal pengganti Datuk Asri Muda sebagai Presiden PAS, kini perjuangannya telah berubah. Anwar telah membetulkan kesilapannya bahawa perjuangannya sebelum ini bersama ABIM adalah perjuangan yang salah. Kononnya perjuangan kini berdasarkan kesamarataan dan keterbukaan adalah perjuangan sebenar yang dituntut oleh Islam. Benarkah itu tujuan Anwar?
3. Usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu sebenarnya didalangi oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia.
4. Tanpa segan silunya juga Anwar telah menyambut baik cadangan itu semata-mata untuk membuktikan bahawa beliau bukan lagi pemimpin Islam yang ortodok , kolot dan sempit tetapi pemimpin Melayu dan Islam yang terbuka sesuai untuk semua bangsa , semua agama dan semua fahaman termasuk komunis.
5. Tujuan utamanya adalah untuk menarik sokongan Cina dalam Gerakan dan MCA bersesuaian pula cadangan itu keluar daripada Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang. Cina DAP sudah dalam genggamannya. Maka seluruh nyawa dan roh Cina sekarang sudah berada dalam genggaman Anwar.
6. Bagi orang Melayu ianya tidak menghairankan sangat Anwar Ibrahim. Penyokong-penyokong Melayu totoknya dalam PKR kalau disuruh makan taik pun sanggup dimakannya. Bagi orang Melayu tujuannya tidak lain supaya fikiran dan pemikiran Melayu ini dialih daripada menumpukan kepada kesnya bersama Saiful Bahri. Anwar tidak berapa gemar orang Melayu membincangkan dan bercerita kes liwatnya.
7. Anwar mahu orang Melayu sibuk membincangkan isu Chin Peng kerana orang Melayulah yang paling banyak menerima musibah kekejaman komunis. Anwar akhirnya berjaya kerana isu Chin Peng menjadi perbualan hangat masyarakat dan menjadi tajuk-tajuk utama akhbar, perdebatan, diskusi dan sebagainya sehingga orang Melayu lupa tentang kes liwatnya yang tergantung.
8. Dalam waktu yang sama, Anwar akan berusaha berdalih dan membuat kerenah terhadap kes liwatnya sehingga kes ini digugurkan. Usaha ini sedang rancak berjalan sekarang sebelum 1 Julai 2009. Anwar akan mencipta lagi isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan segala rakyat jelata terhadap kesnya yang mashyur itu.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Salam Sejahtera Tuan...
Jangan LUPA,.........An WAR juga pembela kepada HINDRAF. Bagi dia MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. BIAR PUN TERGADAI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. "INI MALAYSIA, CINA PUNYA, INDIA PUNYA BUKAN MELAYU YANGGGGGGGGGGG PUNYA......."
p/s :Ingatlah BANGSAKU.... jangan jadi MELAYU MUDAH LUPA.....
maaf ye, komen ini tkde kena mngena dgn entry... just nak wish happy father's day buat penulis... teruskan perjuangan!
Anwar dan Pok Nik AJis sepatutnya dimasukkan ke ISA kerana menghuru hara dan memecahbelahkan rakyat
Salam Orang tua,
"INI MALAYSIA, CINA PUNYA, INDIA PUNYA BUKAN MELAYU YANGGGGGGGGGGG PUNYA......."
Ini Malaysia Anwar Albab yang punyaaaaaaaaaa......hahahaha
Kepala bana......la bro Anwar
salam Teja,
Terima kasih la banyak2 atas ucapan Teja tu......
Salam Apache,
Berguna juga ISA tu ye.
datuk saya mati tidak berkubur. kami tidak tahu dia dimana. setelah dia di hantar pulang kerana separuh mati di paksa minum air sabun. dijaga keluarga dgn pnuh sabar. bila sihat dia bercucuk tanam. satu hari dia menuai hasil dari usahanya. pulang dari kbun dgn memikul setandan pisang untuk keluarga. diusik rakan2nya utk memberikan saja pisang itu pada mereka. dan itulah kali terakhir org bertemu dgn datuk saya. dipercayai telah gugur . saya mendengar saja cerita ini dari sahabatnya yang mengusik beliau untuk kali terakhir
Heh..heh..heh..
Inilah budaya politik lama..
heh..heh..heh..gaya politik perkauman..
heh..heh..heh..
Gaya politik bukan kerana Allah
Sila baca tentang politik baru, tentang komunis, tentang demokrasi dan tentang bola dalam blog saya:
Tentang komunis:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/komunis-yang-jahat.html
Tentang politik baru:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-baru-itu-apa.html
Salam ainas,
Saya memahami pengalaman yang saudara alami lebih-lebih lagi daripada kalangan keluarga sendiri.
Salam Gedung Akal,
Saya menulis apa yang saya faham dan apa yang saya tahu.Selalunya apa yang saya tulis itu sudah sebati dan menjadi satu pegangan dan saya bertanggung jawab ke atasnya.
1. Kalau saudara kata inilah budaya politik lama dan perkauman mungkin ada benarnya.
2. Kalau saudara mengaku bahawa gaya politik saudara saja kerana Allah dan gaya yang bertentangan dengan pendapat saudara itu untuk tuhan yang lain, maka saudara telah melakukan sedikit kesilapan.
3. Saya sudah membaca tulisan saudara dalam blog saudara bertajuk 'Komunis yang Jahat'dan
'politik baru itu apa'
4. Saya tidak dapat menjawab semua perkara dalam ruang yang terbatas ini.
5. Saya memahami apa yang saudara tulis dan saya tetap dengan pendirian saya untuk menghalang Chin Peng balik ke Malaysia.
6.Chin Peng hanya meletakkan senjata dalam perjanjian Hadyai 1983 tetapi fahaman komunisnya serta niatnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik dan berfahaman komunis tidak pernah pudar. Tidak pernah kedengaran daripada mulutnya bahawa beliau sudah meninggalkan fahaman itu.
7. Kalau mahu memaafkan mengapa tidak bermula dengan Allahyarham Rashid Maidin, Abdullah CD ,Syamsiah Fakeh dan pemimpin Melayu PKM dalam Rej.10 yang kesemuanya meninggal dunia di luar Malaysia. Apa hebatnya Chin Peng?
8. PKMM tetap disebut dalam buku teks sejarah baru yang ditulis semula. Tetapi mereka ini adalah daripada golongan kiri yang tidak disenangi British berbanding dengan UMNO yang pro British. Cuma PKMM gagal menawan hati rakyat berbanding UMNO. Kaedah menuntut kemerdekaan itu menjadi pilihan rakyat pada masa itu. Jangan salahkan UMNO sahaja tetapi salahkan rakyat yang menyokong cara UMNO memilih jalan kemerdekaan begitu. Jika UMNO tidak disokong begitu kuat sudah lama parti itu berkubur.
9.Benarkah Komunis berjuang untuk kemerdekaan? Kalau ya, kemerdekaan untuk siapa? Apakah bentuk kerajaan pilihannya? Di manakah kedudukan orang Melayu jika komunis memerintah negara ini?
10. MPAJA memang dibantu oleh British untuk menghalau Jepun daripada Tanah Melayu. Kenapa orang Cina beriya-iya menyahut permintaan British ini? Ini kerana Jepun telah membunuh ramai orang -orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila [Perang Jepun dengan China].
10. Selepas Jepun kalah kenapa Cina PKM tak pulangkan senjata kepada British semula tetapi masuk hutan dan mula bergerak di PKM.Apakah niat mereka sebenarnya?
11.Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949Cara ini pun telah ditolak oleh majoriti rakyat.
12. Apa yang berlaku apabila PKM gagal setelah terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948? Mereka telah merusuh, mogok, mengangkat senjata dan membunuh khususnya orang-orang Melayu. Mengapa Melayu? kerana mereka marah Melayu tidak sokong PKM.
13. Maka tidak hairanlah Anwar pun sokong 'kepulangan Chin peng' kerana strategi PKM lebih kurang sama dengan strategi golongan pro demontrasi dan reformasi.
Salam Gedung Akal,
Setiap yg baru,pasti ada yg lama.
Sekarang kamu adalah yg baru tapi 30 tahun akan dtg anak kamu akan menjadi baru dan kamu menjadi lama.
Hormatilah sejarah lama utk kita fikirkan demi anak cucu kita dan bukan utk anak Chin Peng.
Ya,nak baru boleh tapi jgn sampai kita yg tergadai maruah.
Samudera,
Lebih rela hidup melarat dr maruah sendiri dikotak katikkan
Salam Geng samudera,
Gedung akal membawa kaedah baru, politik baru, cara berfikir yang baru. Terpulanglah kepada dia untuk membawa idea ini yang kelihatan dari luarnya baik dan ideal. Tetapi barang diingat sesuatu yang baik itu belum tentu mendapat sambutan kerana manusia adalah pelbagai.
Salam Bro Amir,
Rakyat akan menentukan segalanya nanti.
Bimbang takut mereka buta memilih sahaja. Cerita Ainas memang sedih, seperti cerita datuk saya juga. Al Fateha buat mereka yang terinaya.
Salam zedmagel.
Betul bro. Rakyat akan menjadi hakim, itu pun kalau rakyat masih celik. Kalau rabun pun tak pe la jugak. Yang susah kalau buta.
Post a Comment