Monday, June 15, 2009

Puisi Untuk LKY, Buat Renungan Kita Semua!



Sempena lawatan Si mata sepet H1N1 ke Malaysia selama 8 hari ,satu puisi telah dicipta oleh Dato A.Kadir Jasin buat tatapan kita untuk kita renungi dan fikirkan sejenak.




Buat Baik Biarlah Berperi
A Kadir Jasin

LEE Kuan Yew datang dan pergi
Mengadap Raja, mengunjung Menteri
Bermesra dengan anak dan bini
Semuanya seronok tidak terperi.

Konon dipanggil “Uncle Lee”
Khabar cerita digelar “Daddy”
Satu Semenanjung dia pergi
Melawat negeri BN, Pas dan DAP.

Maka ramailah tunduk tafakur
Kerana “Uncle Lee” orang masyhur
Datang berduyun berbaris beratur
Hendak mendengar nasihat yang jujur

Maka “Daddy Lee” pun berkata
Suami-isteri pasangan bahagia
Malaysia-Singapura jiran tetangga
Marilah kita hidup bersama.

“Uncle Lee” orangnya bijak
Kawan dan lawan semua dipijak
Dari zaman penjajah sudah pun nampak
Kawan baik ke penjara dicampak.

Cina, Melayu, India dia tak kira
Semua berkawan akrab dan mesra
Tetapi bila hendak berkuasa
Satu persatu dihumban ke penjara.

A Samad Ismail jangan dilupa
Lim Chin Siong itu siapa?
Devan Nair dikatakan gila
Kerana di depan “Daddy Lee” berani bersuara.

Tetapi itu cerita lama
Orang muda tak tahu apa
Tentang sejarah mereka buta
Cetek ilmu malas membaca.

Maka mereka pun sangatlah bangga
Dengan “Uncle Lee” dapat bersemuka
Lalu dilayan ibarat Maharaja
Bebaslah dia ke mana-mana.

Inilah kita orang Melayu
Mudah dipujuk, mudah dirayu
Kera di hutan diberikan susu
Anak di rumah letih dan lesu.

Ingatlah kata madah pujangga
Gula yang manis bawa bahaya
Dengan jiran kita bermesra
Tapi jangan tergadai bumi pusaka.

LKY datang dan pergi
Hebohlah kita satu negeri
Buat baik biarlah berperi
Takut tergadai kampung dan negeri.

Di pinggir sawah melakar kata
Ampun dan maaf terkasar bahasa
Nasib petani janganlah dilupa
Kerana merekalah makanan tersedia.


amirhamzah 64 berpantun:

Guna timba mengumbah telaga,
Ambil air membasuh pegaga,
Matanya sepet, otaknya bergeliga,
Penuh rahsia dan muslihat belaka.

Ada sesiapa yang hendak berpantun. Silakan...........
Mari kita sedekahkan kepada Si mata sepet H1N1 ni.

Terima kasih


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

Panglima Perang Cyber said...

MENARIK TUAN !!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

terima kasih PPC....

Anonymous said...

PERGHHH!!!..GEREKK BROO..HUHUHUHU...CAYAA LAAAHHH!!...ANGERE2 ARIBA2! YEHAAAAAAAAA!!!!

Anonymous said...

BRO AMIR..SKRG WA NAK CARI BLOGGERS2 ANAK JOHOR UNTUK KITA KUMPULKAN..WA NAK CADANG LU JADI WAKIL ANAK JOHOR DLM BPN..AMCM BRO

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Jeffry,

1. Kawan sokong penuh usaha kumpulkan bloggers anak Johor ni.

2. Kawan rasa kita kumpulkan dulu, nanti baru kita pilih. Buat sementara ni bro Jeffry lah jadi wakil anak Johor dalam BPN tu. Kawan sokong.

3. Dalam perjumpaan nanti boleh saya boleh kempen untuk Kelabchedet.com dan PERKASA.

Terima kasih bro....

cekodokmasin said...

Salam tuan,

Naik kuda kuda belang
Kuda buta terkena cuta
ingatkan betina jer yang jalang
rupanya "daddy lee" pun sejiwa...

p/s Nasib baik aku tak pernah pergi Singapura... Hehehehe

Anonymous said...

OK BRO..KITA CUBA CARI DLU SEBERAPA RAMAI YG BLH :-D

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,

Naik kuda kuda belang
Kuda buta terkena cuta
ingatkan betina jer yang jalang
rupanya "daddy lee" pun sejiwa...

Bandar Diraja bandar Kelang
Tersergam indah sebuah istana,
Banyak-banyak perkara jalang,
Jalang Yang Ini Ada 'makna'

salam Jeffry,

Ok, saya setuju bebenor

Geng Samudera said...

Salam Pak Amir,

Kawan mmg tak pandai berpantun sgt.
Tapi kawan sedekahkan jari tengah kawan depan muka Lee Kuan Yew....
Heheheee...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Hehehe.......cantikkkkk

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Saya rasa inilah lawatan terakhir orang tua H1N1 ke negara kita. Usia dan nyanyuk sesorang tu susah kita nak ukur. Mudah-mudahan begitu lah. Entah-entah esok lusa dia dah kojol..

Ada satu pantun untuk si tua bangka dan renta tu disini :

RUMAH KATA PEGI,
KUBUR KATA MARI,
SEMUA TU UNTUK UNCLE LEE,
LAIN KALI ENGKAU JANGAN DATANG LAGI KAT NEGARA KAMI.

INFLUENZA A - H1N1 PUNYA PUNYA DADDY LEE..... ( ayat memaki le ni)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Lagi kita suruh dia mati cepat. Lambat pulak dia nak mati.

Orang yang kita tak sangka2 lak yang mati dulu. hehehe