Tuesday, June 23, 2009
PERKASA : Sandaran Baru Orang Melayu ?
Pertubuhan yang telah 2 kali di haramkan, Hindraf melalui ADUN Kota Alam Shah, Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA membuat kenyataan, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.
Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.
Jangan salahkan PERKASA, kerana PERKASA adalah payung kepada pelbagai NGO Melayu bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak dan mempertahan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Perkara 152 dan 153.
PERKASA bermatlamat memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum. Cogankata PERKASA antaranya adalah ‘perpaduan pribumi tunggak perpaduan negara’. yang bergerak secara berhemah, bijaksana dan berdisplin. Jadi apa salahnya PERKASA?
Hindaf jangan salahkan PERKASA kerana PERKASA tidak mengusik walaupun sejengkal kepentingan orang India. Kalau Hindraf hendak juga salahkan orang lain, lebih sesuai salahkan Samy Vellu atau Anwar Ibrahim. Samy dan Anwar adalah penyokong Hindraf. Samy adalah wakil orang India selama 4 presiden UMNO dan 4 perdana menteri. Anwar adalah bekas TPM selama 5 tahun. Ketika kedua-dua pemimpin ini sedang berkuasa apakah sumbangan mereka berdua kepada orang India? Suruhlah mereka senaraikan.
Kalau begitu mengapa hendak salahkan PERKASA? Sedangkan PERKASA belum pun setahun penubuhannya. Kerana PERKASA kah yang menyebabkan orang India masih miskin? PERKASA kah yang melakukan perbersihan etnik India di Malaysia? PERKASA kah yang menyonglap duit MAIKA holding sehingga menyebabkan Hindraf teramat dengki dengan PERKASA?
Hindraf sebenarnya semakin dilupakan. Mereka belajar daripada tok guru mereka, Anwar Ibrahim. Kata Anwar, Jika orang sudah semakin melupakan kita, buat dan timbulkan isu baru. Apabila isu ini diperkatakan oleh media dan orang ramai, Hindraf akan segar semula. Timbulkan provokasi terhadap orang India supaya sokongan mereka tidak beralih arah dan kekal kepada Pakatan Rakyat.
Sedarlah orang India dan Hindraf, saudara dan saudari semua sudah menjadi kuda tunggangan Anwar. Anwar cuma hendak gunakan orang India buat sementara sahaja sebelum dia berkuasa. Jangan mimpilah mereka akan mengotakan janji-janjinya yang muluk-muluk. Jikalau dia benar-benar hendak tolong orang India, semasa menjadi TPM dulu dia sudah menolong dengan bersungguh-sungguh seperti sekarang.
Hari ini PERKASA dilihat sebagai lidah suara Melayu yang lantang dan berani. PERKASA dilihat memenuhi inspirasi dan harapan orang Melayu. Apa yang terpendam di lubuk hati orang Melayu, PERKASA lah yang menyuarakannya. Apa sahaja yang kabur dan merisaukan orang Melayu, PERKASA lah yang menenangkan. Ini termasuklah isu 1Malaysia di mana perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaan.
Ketika Hindraf meminta kerajaan mengharamkan PERKASA, saya dengan rendah hati menyeru semua orang-orang Melayu menyertai PERKASA dengan mengenepikan fahaman politik yang sempit. Kita mempunyai pemimpin yang berani, boleh dibuat sandaran, boleh kita harapkan untuk berlindung. Apabila ramai ahli PERKASA, ramai penyokong dan pendokong PERKASA akan lebih perkasa. Suara PERKASA akan lebih gah.
Hanya PERKASA yang lantang mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan Raja-Raja Melayu. PERKASA seolah-olah semakin menjadi sandaran orang Melayu. Malah tidak malu untuk mengatakan, Kalau hendak bersatu, PERKASA lah pertubuhannya. Ianya lebih realistik berbanding dengan 'Kerajaan Perpaduan Yang Sampah'.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Salam Sejahtera Tuan,
Disini ingin saya mencadangkan agar satu perhimpunan raksaksa di adakan oleh PERKASA di BATU PAHAT. Tempat d mana idea Penubuhan UMNO untuk membela bangsa Melayu oleh AYham Dato' Onn di bincangkan sebelum d bawa ke JB untuk perkenan DYMM Sultan Johor dan secara rasminya di tubuhkan.
Aura dan roh perjuangan rakyat Johor amat kuat. Saya YAKIN PERKASA akan berjaya membela Bputra dengan menjadikan BATU PAHAT sebagai tempat bersejarah perhimpunan RAKSAKSA tersebut.
Kan ANU WAR pernah buat dulu tahun 98, perhimpunan di BP.
Apa macam Bro Amir??????
p/s: Boleh balik kg......ngeteh ngan kengkawan.......
BETOI2.
Salam Orang tua.
Cadangan yang baik bro. Boleh cadangkan dengan Fuad, Jaafar, Ayob, Ariss, Ahmad Zahri, Noraini, Mat Aziz, Syed Hood dan ramai lagi pentol-pentol kat BP tu.
Masalahnya mereka ni nak ke join dengan Ibrahim, Fuad dan Rohani daripada PERKASA? Hendak ke mereka buat benda-benda yang tak datangkan duit ni bro? hehehe
Dulu 1946, lain...sekarang lain. Tok nenek kita Dato'Onn tak ajak pun berdedai-dedai turun Bandar Penggaram. Susah payah turun walaupun perhubungan dan pengangkutan yang buruk masa tu.
1983 Tun Musa dan Tun Mahathir pun buat perhimpunan 100 000 ketika krisis perlembagaan.
1998 Anwar pun buat perhimpunan kat Batu Pahat sebab orang nak dengor dia bersumpah. Sampai la ni habuk sumpah pun tarak. hehehe
Nanti kawan tulis mengapa PERKASA kurang sambutan....
p/s. kawan kat kampung baru ada hal di HKL. Balik BP jangan lupa ngeteh. 28-29 Jun kawan kat KL.
salam bro arifomar,
Dah jadi ahli PERKASA ke bro? hehehe
Salam tuan,
Saya setuju dengan cadangan orang tua. Nak juga berdemon macam geng hindraf dengan paih. 2-3 menjak ni, rasa panas jer kalau tengok sepet dengan buah manggis..
Kalau pentol2 Pt. Sulong, rasanya macam Play Safe jer... Ahak-ahak. Pengalaman beb!!!
saya sokong kuat cadangan adr amirhamzah, walaupun saya belum jadi ahli perkasa,sanggup berjuang hingga ke tetesan darah terakhir......
salam cekodokmasin,
Dah lama orang besar-besar tak datang Bandar Penggaram ni. Kali terakhir bila ye?
Biasalah bro, play safe la tu.
Salam buah kelapa turkey .
Kalau buah kelapa turkey bersemangat, buah kelapa yang lain mana ek?.
Kalau sebut turkey, Anwar memang suka. hehehe
Salam terjah ~ SEtuju ngan entry ni! JOm perkasakan PERKASA ~ nak gak merasa wat demo. Asyik2 demo org2 hindraf n penyokonk kunyet!! merasalah gelombang tsunami tahap 6 if PERKASA pown wat demo tuk pertahankan hak Melayu as tuan tanah bumi Malaysia ini!!! huahuahuahau ... ((belum join mana2 orgz lg ni)) xoxoxoxo
salam The Hobbit Frodo,
Bagus tu. Sila layari www.pribumiperkasa.com
Salam Bro Amir,
Apa hak Manaoharan nak tanya PM atau suruh PM bubarkan perkaras? PERKASA ditubuhkan menerusi pendaftaran yang sah disisi undang-undang negara. Apa pasal nak bubar pulak?
Bongok la dia tu..
PERKASA TERUS PERKASA.
JANGAN JADI PERKAKAS orang tertentu SAHAJA...
Salam bro zedmagel.
Kawan dapat istilah baru.
PERKASA memang perkasa
Hindraf memang PERKAKAS.
Salam,
Bagi saya,kalau ada 1001 macam parti atau persatuan pun,tapi kalau orang kita tak betul2 ikhlas perjuangkan,mmg agak susah....
Sekarang mungkin UMNO dipandang sebelah mata oleh generasi muda dan semua berpusu-pusu ke parti sandaran baru.50 tahun nanti parti sandaran plak dipandang sebelah mata dan parti 'Fresh' plak pujaan hati.....so,ending nyer camtuh la dari tahun ke tahun.....
Skrang,kita dah ada UMNO dan yg penting kuatkan barisan giler babeng nyer tahap dewa keenam.Buang semua busuk2 kat UMNO besar-besaran demi kebaikan cucu cicit kita....so,bila 50 tahun depan,UMNO masih bertakhta dihati dan minda generasi depan...buat ape nak byk sgt pertubuhan.
Biar satu tapi solid!!
Mulakan sekarang untuk generasi 50 tahun depan.Agak2 boleh tak?
p/s: At last,org yang niaga lar untung buat flyer dan bunting2...
Heheheheeee......
SALAM Geng Samudera,
PERKASA bukan parti politik. Ianya adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's). Berahim Ali tetap mengatakan PERKASA tidak akan menjadi parti politik.
PERKASA akan hanya memperjuangkan hak-hak orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan yang sekarang ini semakin dipertikaikan oleh golongan Cina, India dan Melayu PKR.
Jika Cina ada Siqiu, India ada Hindraf maka Melayu ada PERKASA.
salam bro amer,
saya dok kat bp, cam mana nk join PERKASA, saya OKU(lumpuh)boleh join ker?
salam ezmoney,
Boleh. Sila layari website PERKASA. Kalau ada masalah ini email saya: amirhamzah_daddy@yahoo.com
Jika boleh saya bantu saya akan bantu.
Post a Comment