Monday, June 15, 2009

Nurul Izzah : Wajahnya Ayu , Akalnya Pendek


Kata orang tua-tua jika susuk tubuh seseorang itu rendang sahaja, akalnya panjang. Ada juga orang tua-tua berkata kalau kita tak cantik, tak ayu janganlah kecewa kerana orang yang cantik akalnya pendek. Betul atau tidak, tidaklah diketahui tetapi orang tua-tua kalau buat perbidalan selalunya berdasarkan apa yang dilihat berlaku dalam masyarakat dan sekeliling mereka yang berulang kali. Kemungkinan orang yang cantik ketika itu harapkan cantik dan ayunya sahaja tetapi tidak berakal.

Rupanya di zaman moden ini pepatah, perbidalan atau perumpamaan yang dicipta zaman dulu-dulu ada juga berlaku secara kebetulan. Apabila Nurul Izzah berkata, "Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik".

Katanya lagi “Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,”

Paling mengejutkan apabila Nurul Izzah bersama 2 DUN PKR Selangor membuat kenyataan dan memberikan amaran kiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah di atas tuduhan meliwat maka mereka akan mengarahkan penyokong mereka berDEMONTRASI. Kenyataan inilah yang dikatakan tidak berfikir panjang sebaliknya mengambarkan akal yang singkat dan pendek.

Wajarkah kenyataan seperti ini keluar daripada mulut comel 'puteri reformasi' yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sedangkan perbicaraan kes liwat bapanya belum bermula. Perbicaraan bakal berlangsung hanya pada 1 Julai 2009 ini. Bukankah kenyataan seperti ini akan mengelirukan rakyat dan memberi gambaran buruk terhadap mahkamah sebelum perbicaraan?.

Bagi seorang isteri dan ibu muda seperti Nurul, yang juga puteri sulong Anwar rasa kekecewaan pasti menyelinap di dalam tubuhnya. Siapa yang tidak sedih dan tidak kecewa jika musibah sering datang menimpa ayahanda yang dikasihi. Kekecewaan yang melampau ini akan melahirkan kenyataan-kenyataan bodoh dan di luar pertimbangan akal.

Kenyataan Nurul Izzah mempertikaikan kewibawaan mahkamah sedangkan perbicaraan belum bermula sudah dijawab oleh Saifulbahri di laman blognya. Antara jawapan Saiful berkenaan dengan dakwaan mahkamah yang tidak berlaku adil kepada bapanya ialah:

1.Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa Anwar perlu hadir di Parlimen.
2. Anwar juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3. Paspot antarabangsa Anwar Ibrahim tidak ditahan.
4. Bekas Perdana Menteri , Tun Abdullah sendiri telah memberi jaminan kepada Anwar dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya.
5. Mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan dari pasukan peguambela Anwar pada 22 Jun bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.

Adakah keistimewaan-keistimewaan ini akan dinikmati oleh rakyat biasa malah orang ternama sekalipun tidak dapat menikmatinya kecuali diberikan kepada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Inikah yang dinamakan keadilan?, tetapi ianya adalah keadilan bagi Parti Keadilan Rakyat.

Satu kenyataan yang paling dungu dan paling merbahaya adalah demontrasi akan digerakkan jika Anwar didapati bersalah dalam kes liwat ini. Kenyataan melampau ini menggambarkan sesuatu yang buruk dan hina kepada kerajaan Malaysia, Mahkamah dan Polis.

1. Mereka seolah-olah sudah tahu keputusan hakim .
2. Mereka juga akan menggambarkan mahkamah dipengaruhi oleh kerajaan dan orang politik.
3. Mereka juga akan mengulangi drama 1998 ,ianya satu konspirasi menjatuhkan Anwar antara Perdana Menteri, Polis, Peguam Negara dan Mahkamah.
4. Mereka akan menghidupkan kembali perasaan kecewa dan marah rakyat bahawa Anwar teraniaya dan tidak bersalah.

Maka dengan sebab itu, mereka berani mengeluarkan kenyataan bahawa demontrasi jalanan akan berulang, negara akan tidak aman, politik menjadi tidak stabil, ekonomi akan merudum, rakyat akan terancam . Harapan mereka rakyat akan bangun memberontak menggunakan kekerasan dan keganasan sehingga keadaan negara tidak menentu. Pada ketika itu macam-macam boleh berlaku.

Kenyataan Nurul Izzah dan 2 DUN PKR Selangor itu sangat merbahaya dan sudah ada perancangan ke arah itu. Mereka tahu, kemelut politik sekarang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Pilihanraya ke 13 tidak menjanjikan apa-apa. Jika politik negara ini tidak boleh diambil secara bersih maka perlu diambil secara kotor setelah rancangan 16 September gagal.

Apakah rancangan mereka selepas ini? Kalau mereka boleh mendakwa skrip 1998 akan digunapakai oleh kerajaan sekarang untuk menjatuhkan Anwar, maka kita juga boleh mengandaikan bahawa mereka juga menggunakan skrip mereka yang sama iaitu gunakan isu liwat Anwar untuk meraih simpati rakyat semula. Buat huru hara, demontrasi di sana-sini dan rampasan kuasa oleh rakyat seperti mana yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Filipina.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

20 comments:

Anonymous said...

SAYANGLE MUKE CUN..CANTEK..GENIT..TP KLU NK WAT BINI X BLEY LA SB OTAK MERENG PRABU KEPUNDEN PARANG SEKEPERRR!! (MCM BAPAKNYERR) KEHKEHKEH..

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Wajah yang cantik dan tubuh menarik bukan semuanya pendek akal dan bukan pula wajah yang kurang cantik dan tubuh tidak menarik akan sentiasa panjang akal.

Wajah dan akal tiada kena mengena dalam soala panjang dan pendek akal.

Berbalik kepada wajah cantik Nurul Azah dan pandangnya tentang kepincangan mahkamah, sangatlah saya kesalkan dari kenyataan seorang wanita cantik sepertinya. Ini seolah-olah satu penghinaan buat mahkamah negara. Jika mahkamah tidak boleh kita percayai lagi pada siapa pula tempat kita nak mengadu....

Sangatlah bongok berfikiran begitu.

Anonymous said...

budak ni nak kena cili mulut muncung dia tu. budak belum empok. suruh dia tanya mak dia apa dna. dna bapak dia berzina dengan samsidar di tivoli vila. clinton pun mengaku berzina dengan monica kerana dna.

maskadove said...

muka mungkin lawa... tapi body tak lentok pun... macam papan dayung... (untuk laki dia la)..
gigi panjang oiiii

Orang tua said...

Salam Sejahtera Tuan,

Ucapan kata-kata berbaur ugutan yang dilafazkan oleh 2 Adun PKR itu perlu di ambil berat oleh Kerajaan. Mereka akan berdemonstrasi di jalanraya seperti 1998 jika An WAR kalah?????? Jadi ada baiknya SIMPAN mereka ini cepat-cepat kerana akan mengganggu ketenteraman awam. Jangan jadi macam HINDRAF. 6 bulan dah dengar bisik-bisik berkenaan mereka masih tiada tindakan, inikan pula terang-terangan nak huru-harakan negara.

Kepada yang berwajib apa lagi. Gerakkan anggota benteras mereka sebelum terlambat............


p/s : 1998 nak bersiar-siar bawa famili hujung minggu pun susah. Ramai org gila di jalanan.....

Unknown said...

salam, sebab tu orang tua2 dulu berkata nak cari bini jangan tengok muka lawa tapi hati busuk tak guna yeop!!!.

Genetik bapak lebih sangat dibagi pada Izzah sebab tu perangai ikut bapak.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Ala.. saja jer cari publisiti. Sejak menang PR12 dulu, tak dengar lagi kisahnya. Dalam parlimen pun jejarang bertanya. Kalau tanyapun setakat orang lain dah tahu jawapannya.

eXception said...

kata orang-orang tua, orang bijak memang ramai, tapi sayang ramai yang xde akal.

http://exception2008.blogspot.com

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Jefry,

Hehehe .....mereng-mereng pun 'laku' juga bro. Yang penting 'anunya' tak melintang.

red rooster said...

... tak cun pun...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Jangan ambil 'pot'sangat teori kawan tu. Betul bro, kalau mahkamah dah tak dipercayai lagi, mahkamah mana lagi? Dewan Undangan Negeri ada bawah pokok, Mahkamah pun nak bawah pokok juga ke?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam arifomar.

Budak belum empok ye bro...macam ubi rebus je. Nak tunggu Anwar mengaku......sampai kiamat le.....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam maskadove.

Hehehe....Indahnya ciptaan tuhan walaupun giginya panjang hehehe.
Kawan pertikaikan pemikirannya yang terbelenggu.....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Orang tua.

Kerajaan sekarang terlalu berhati-hati. Hindraf lepas bebas, menyebabkan orang lebih berani mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Kita telah tersilap awal tindak mencegah pada zaman Pak Lah. Susah Najib nak bertindak.

Menteri yang ada masih terbawa-bawa sikap tunggu dan lihat,sudah parah baru nak bertindak. Cara ini sebenarnya membiarkan kita diserang tanpa ada usaha untuk menyekat walaupun ternyata membawa mudharat kepada rakyat.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam ddinbunga.

Nak cari bini biarlah cantik, berakhlak dan berharta.

Nak cari pemimpin biarlah yang ikhlas dan miskin. hehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin.

Betul bro, Tak ada modal la tu. Nak buat aktiviti tak boleh, Nak turun selalu di kawasan takut rakyat mintak macam-macam. kes bapanya ni boleh mempromosikan dirinya semula.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam eXception.

Setuju bro, ada pulak yang berakal tapi letak kat kepala lutut. hehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam red rooster.

Hehehe....daripada tak ada, minah ni kira cun la jugak. Nampaknya minah ni sejak akhir-akhir ni emosional sikit. maklumlah keluarganya tertekan.......

kelambuharimau said...

demontrasi memang itulah jalan yang dibawa oleh PKR.dari bapa mak sampailah turun ilmu tu kepada anaknya

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam kelambuharimau.

Benar bro,

Demontrasi memang sudah menjadi darah daging keluarga Anwar. Bermula dari Demontrasi Baling hingga ke demontrasi reformasi.
Nurul Izzah dibesarkan dalam buaian demontrasi dan reformasi.