Friday, June 26, 2009
Nik Aziz : Ulamak Yang Terlampau..
Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat, hanyalah satu kiasan atau perumpamaan."Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya kepada Bernama di Kota Bharu Jumaat bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.
Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz mengenai ucapannya di Manek Urai Ahad lalu yang samakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.
Amir Hamzah:
1.Nik Aziz boleh cakap apa yang dia suka. Dia tahu apa yang diperkatakan akan mendapat liputan media dan rakyat. Kenyataan-kenyataannya sedikit sebanyak akan mempopular dirinya dan PAS sendiri.
2. Bagi pengikut-pengikut PAS memang benarlah apa yang diperkatakan kerana UMNO memang tidak mentadbir negara ini berlandaskan al-Quran dan Hadis malah menolak hukum hudud sebagai undang-undang tertinggi negara. Maka sebab itu, UMNO dianggap menolak Islam. Setiap fahaman yang menolak Islam dianggap sebagai ajaran sesat. Begitulah tanggapan mudah Nik Aziz. Malah lebih teruk lagi, Najib itu adalah pemimpin ajaran sesat sama seperti ayah Pin. Mana-mana rakyat yang tidak mengundi PAS pada PRU ke 13 dan sebelumnya adalah pengikut ajaran sesat.
3. Kalau begitu, Najib, Anwar dan Lim Kit Siang adalah dalam kelompok yang sama. UMNO tidak selari dengan PAS. Anwar Ibrahim juga sesat kerana tidak menyertai parti PAS. Apatah lagi Lim Kit Siang sudah tentu dari golongan kafir, sesat lagi menyesatkan. Mengapa pulak UMNO saja yang dikiaskan sebegitu tetapi tidak untuk Anwar dan Lim Kit Siang?. Saya sudah kata, kenyataan Nik Aziz adalah cakap-cakap politik ,bukan tujuan untuk dakwah dan menyeru kepada mendidik.
4. Cakap-cakap politik ini tujuannya untuk mempopularkan diri dan parti. Nik Aziz pun menjadi ketua bagi sebuah negeri yang 98% adalah Melayu tetapi bukan semuanya Islam kerana sebahagiannya yang menyokong BN juga adalah daripada golongan ajaran sesat. Nik Aziz adalah pemimpin bagi penyokong PAS yang Islam dan sebahagian lagi daripada golongan Melayu ajaran sesat.
5. Kenyataan Nik Aziz itu hanya laku di Malaysia saja. Nik Aziz tidak berani untuk menuduh negara-negara lain sebagai negara ajaran sesat termasuklah Arab Saudi, Mesir, Jordan, Iraq, Iran dan lain-lain serta pemimpin-pemimpinnya sekali. Kalau Nik Aziz 'istiqomah' dengan pendiriannya hanya dia dan kelompoknya sahaja yang Islam di atas muka bumi sekarang ini.
6. Oleh itu, perlukah kita mengambil serius kenyataan seumpama ini. Tidak perlu , kerana ianya adalah kenyataan-kenyataan politik belaka. Kita anggap kenyataan Nik Aziz ini sebagai kenyataan populis untuk meraih undi di Manik Urai dan mengulangi di hadapan pengundi di Manik Urai bahawa Nik Aziz dan PAS sahaja yang Islam dikalangan berbillion umat manusia di dunia ini.
7. Selain itu, kita anggap kenyataan ini adalah senda gurau dan usik mengusik dalam politik. Nik Aziz yang sudah lanjut usianya tidak boleh selalu tertekan. Sedih rasanya apabila seorang tua ini dimaki dan dihina oleh musuh-musuhnya kerana keterlibatannya di pentas politik yang serba kemungkinan ini. Sepatutnya Nik Aziz sudah berehat dan menghabiskan masa lapang nya dengan menembak tupai di belakang rumahnya di Pulau Melaka.
Amir Hamzah
Bandar Penggaram,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Salam Sejahtera Tuan.
Kesian tengok TGNA ni, makin lama makin MERAPU. Tapi apa nak buat, menjadi kebiasaan org PAS memang cam tu. Depa ju betul, org lain salah. Ops lupa..... orang yg tak sokong dia.
DAP & PKR tak pa.
UNDI PAS MASUK SYURGA.
Org BN tok leh masuk syurga. MACAMLAH SYURGA DIA YANG PUNYA.....
Tapi kena lah ingat,
dosa dgn ALLAH SWT
walau sebanyak buih dilautan pun ALLAH ampun kan.
Dosa LIWAT
Rasullah SAW tak mengaku umat,
so nak jadi umat dan Syafat dari siapa nanti kat Padang Mahsyar.
Satu lagi dosa sesama insan ni kita kena minta maaf dgn org yg kita buat dosa tu. Mengumpat, mengata, memfitnah dan sebagainya. Jadi pada para USTAZ2 dlm PAS tu kena ingat. Pendengar2nya pula SUBAHAT.
Ustaz Dr. Badrul Amin mengata org UMNO taksub ngn UMNO karat tak sokong mereka. Jadi fikirkanlah brapa JUTA rakyat JOHOR ni di nak kena minta maaf..... dan siapa ketuanya????? Pun dapat tempias dosa anak2 buah yang buat tu.
Jadi kat sini, FIKIR-FIKIRKAN SENDIRI.
Salam saudara Amir..Bagi saya Pok Nik ini tidak layak dipanggil Mursyid!!!.
Ini adalah beberapa ayat al-Quran dan hadis Nab Muhammad s.a.w mengenai kecintaan Allah kepada manusia.
Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. (Ali Imran: 146)
Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang suci. (al-Baqarah: 222).
Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah mencintai orang yang membuat kebajikan. (Ali Imran: 134).
Allah berfiman (maksudnya): Allah tidak mencintai kebinasaan (al-Baqarah: 205).
Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang bersikap sombong (Luqman: 17).
Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang aniaya (Ali Imran: 57)
Jelas, fitnah dan kesombongan ini adalah satu perbuatan yang sangat jijik!
Jadi apakah makna jika seseorang ulama kononnya pernah meminta pengikutnya supaya memberhentikan fitnah selama tiga bulan.
Makna pertama daripada apa yang diucapkan itu ialah bahawa selama ini memang betul tokoh itu menyebarkan fitnah dan menggalakkan pengikutnya membuat dan menyebar fitnah. Itulah sebabnya maka dia meminta supaya memberhentikan membuat fitnah.
Manakala makna kedua daripada ucapan itu ialah, tokoh itu sudah beroleh kesan bahawa orang sudah mula tidak percaya dengan fatwa dan kata-kata yang diucapkannya. Jadi untuk memanjangkan kepercayaan pengikutnya, terutamanya setiap kali menjelang pilihan raya maka tokoh itu mengeluarkan fatwa seperti itu.
Lagipun masalah besar yang sedang dibincangkan oleh masyarakat ialah penipuan yang dilakukan melalui janji kepada rakyat kononnya hendak menegakkan Islam sedangkan dalam manifesto mereka tidak adapun gagasan negara Islam.
Tok Kenali, ulama Kelantan yang terkenal suatu waktu dulu tidak pernah pun menyebutkan perkara karut marut seperti itu. Boleh buat fitnah dan boleh mencarut. Boleh berpakat dengan DAP tetapi mengetepikan Berjasa. Begitulah jelas dan terang fitnah itu dilarang oleh Allah. Jadi Allah tidak mencintai orang yang membuat fitnah.
Tapi dalam masyarakat hari ini masih ramai orang yang tidak dapat mengenal mana satu mursyid yang sebenar dan mana satu mursyid yang tidak benar. Mursyid itu asalnya bahasa Arab. Maknanya ialah guru agama, pemimpin dalam hal mengenai rohani yang baik hidupnya. Taat kepada Allah. Itu maknanya mursyid. Dan bukan sebarang orang boleh pakai mursyid apatah lagi mengaku mursyid.
Kalau di Kelantan, tokoh yang boleh disebut mursyid ialah seperti Tok Kenali, Tok Seleha dan di Terengganu Tok Ku Tuan Paluh. Itu sekadar contoh-contohnya. Bukan sebarang orang boleh dipanggil mursyid. Apakah layak orang yang sanggup menggugurkan hal mengenai Islam kerana tujuan politik dipanggil mursyid?
Dan jangan lupa apabila SiNizar pernah bertanyakan apakah bukti yang PAS hendak menegakkan negara Islam? Manakala Husam Musa mengatakan Islam hanyalah idealisma sahaja semasa pakatan haram iaitu Pakatan Rakyat ditubuhkan?
wallahuallam.
Salam perjuangan
Ingatlah sejarah lampau: Terpengaruhnya penyokong Muawiyah dengan propaganda Muawiyah dalam menjatuhkan Saiyidina Ali r.a hanya melalui sepotong ayat al-Quran daripada Surah Al-Isra' 33: "Dan barangsiapa terbunuh secara teraniaya, maka sesungguhnya kami berikan kepada walinya kekuasaan, tetapi janganlah ia membunuh secara melanggar batas."
Baca seterusnya dalam:
http://editorialblog.blogspot.com/2009/06/nik-aziz-dan-penyokong-muawiyah.html
Amat simpati Lebai kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan seorang ulama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang teruk diasak dengan bermacam-macam isu...
KEMBALI KEPADA DASAR BUKAN RANTINGNYA
___________________________
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).
Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.
"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.
"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).
"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.
"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.
Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.
"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.
"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.
"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.
"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.
"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.
"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.
"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).
"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.
"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya.
Sy bleh jamin, debat ni tidak akan dilaksanakan secara terbuka.
Alangkah ruginya jika saudara yg mungkin mmpunyai kefahaman agama tetapi tidak menyokong organisasi yg membawa Islam.Jgn pula ketika manusia lain keluar dari kegelapan menuju cahaya tp saudara pula dari cahaya menuju kegelapan.
Cuba kita perhatikan kebanyakan ulama-ulama yg disegani dan diakui di Malaysia ini sudah pun menyokong PAS.Cm mungkin yang ada hanya ustaz Firdaus dan Ustazah Mashitah yg akhirnya kita boleh melihat sendiri kesudahan mereka.
Siapa ulama yg disegani yg saudara boleh kemukakan yangmana mengishtiharkan diri mereka UMNO.SIAPA?
Adakah Ulama2 ini trsalah memilih atau sekadar mereka ini ragu2 dengan pilihan mereka?Tapi kenapa pula majoritinya bersama PAS walaupun pintu rezeki mereka dinafikan?
Usah butakan mata kita sedangkan kita boleh melihat dengan jelas.
Tok Guru Nik Aziz vs Dato Seri Najib..Pejam mata pn bleh tahu siapa yg lebih baik.Tp kadang2 kita bleh lihat kesalahan y kecil para ulama,tp kita susah nk lihat kejahatan depan mata orang jahat sbb mmg dia dah slalu wat jahat.
Salam..buat Sdr Syahril Kamaruddin..Saya rasa tak guna berdebat. Buang masa saja. Bukankah dalam undang tubuh PAS tidak ada perjuangan untuk menegakkan negara Islam. Tanyalah kepada siNizar yang tak sedar diri itu. Dia sendiri mencabar minta tunjuk bukti yang PAS hendak menegakkan negara Islam? Apa sebenarnya yang PAS hendak perjuangkan? Wallahuallam.
Salam perjuangan
SALAM DARI OTAI...
RASANYA POK NIK AZIZ BIJAK BERPOLITIK. SETUJU DGN PANDANGAN ANDA. OLEH ITU ORE UMNO PERLU CEPAT2 CARI JALAN KELUAR DARI PERANGKAP ATAU BOM CIPTAAN NIK AZIZ INI.
KALAU LAMBAT MAKA UMNO AKAN KENA LETUP.....
Another motherfcuker...Bodoh punya Melayu.
salam Orang tua,
Biasalah orang PAS ni, kalau sokong bagi kat dia, kitalah saudara dunia akhirat. Kalau tak sokong habislah segala gelaran yang kita dapat. Kafirlah, ajaran sesatlah, munafiq la dan macam-macam lagi. Hampeh betoiii...
salam Taminsari,
Tok kenali dan Tok Ku Paloh adalah ulamak besar. Dalam masa yang sama kedua ulamak ini adalah pejuang kemerdekaan. Mereka juga terlibat dengan politik. Tok kenali adalah wali Allah. Mereka bijak menjaga ilmu dan amalnya dan menjaga akhlaknya. Nak banding Tok Kenali dengan Nik Aziz, sendiri jawab la.
Terima kasih bro atas info yang menarik.
Salam ai'dil,
saya sudah ziarah ke blog saudara
Salam lebai,
Sudah masuk ke gelanggang politik dapatlah layanan seperti mana orang politik lain. Tak kiralah dia tu siapa.
Salam Syahril Kamarudin,
Kerajaan tolak Islam? Berdebatlah dalam kempen Pilihanraya Manik Urai.
Salam Taminsari,
sokong pendapat saudara. Kokok berderai2,ekor penuh taik. hehehe. Perjuangan mereka pun perjuangan tembolok dan perut juga.
Salam OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif)
Nik Aziz memang bijak berpolitik dan bukan semua orang tak bijak macam dia. Cuma UMNO masih malu-malu kucing dan tersipu-sipu. Sejak bilalah UMNO tuko taktik berdiam diri.
Salam Tokmudim,
Dua kali dah ko meragam kat sini. Aku sunat sekali lagi ko ni baru ko tau. Soh....soh.... soh....main jauh-jauh.
Salam Bro Amir,
Memang betul PAS parti terbaik. Parti lain memang teruk. Sebab tu bila mereka cadangkan nak tubuh kerajaan perpaduan, sekejap jadi sekejap tidak. Sebab mereka parti baik sebab itu tak mahu berpadu.
Salam bro zedmagel.
Ayat macam menyindir je bro. Kawan pun setuju PAS parti terbaik. Walaupun baik ,ramai arang tak suka. Allah pun tak berapa nak tolong walaupun parti penuh dengan ulamak-ulamak.
Amir,
Orang panggil Nik Aziz tu Tok Guru. Apa yang aku faham,jika seseorang tu diiktiraf Tok Guru,dia kasyaf dengan ALLAH azzawajalla.
Perlu hati-hati jika menghentamnya. Kerana ada hadis Qudsi, ALLAH berfirman,"Barangsiapa yang memusuhi waliku,Aku istiharkan perang ke atasnya".
Wallahu alam
Post a Comment