Thursday, June 25, 2009

Nik Aziz : Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kawin Lain.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

AmirHamzah64 :

1. Politik Cina tidak bergantung kepada politik kepartian. Politik Cina bergantung kepada politik berpersatuan. DAP, Gerakan dan MCA sama sahaja. Satu parti Cina di dalam kerajaan. Dua parti pelbagai kaum DAP dan Gerakan tetapi didominasi oleh orang Cina berada satu dalam kerajaan dan satu dalam pembangkang.

2. Matlamat parti mungkin berbeza tetapi mereka ada titik pertemuan untuk bersatu iaitu ekonomi, pendidikan ,bahasa dan kebudayaan.

3. Mereka lebih kuat bersatu kerana sudah terdidik sebagai kaum pendatang. Mereka selalu diingat-ingatkan bahawa kaum Cina tidak ada pilihan lain untuk hidup kecuali bersatu, bekerjasama, bantu membantu dan bekerja keras untuk menambah kekayaan. Hanya Tanah Melayu yang sudi menerima kewargenaraan mereka termasuk di tolak oleh negara asal mereka.

4. Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia sentiasa dibangkitkan terutama dalam bidang pendidikan dan status bahasa Cina. Kesedaran orang Cina tentang pentingnya Mandarin dikekalkan sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadi kuat selepas pengumuman Laporan Pendidikan Barnes 1951 (Barnes Report of 1951) yang
menafikan pentingnya mempelajari bahasa ibunda dalam sistem pendidikan. Sebab itu sebahagian besar orang Cina turut menolak PPSMI yang dilaksanakan di sekolah-sekolah SRJK(C) sejak 6 tahun yang lalu.

5. Sebelum penentangan PPSMI, Wacana identiti orang Cina dalam perjuangan bahasa Cina, atau Chinese Education Movement, telah membabitkan peristiwa yang membabitkan
isu status Bahasa Cina termasuklah cadangan penubuhan Universiti Merdeka pada tahun 1964.

6. Selepas pilihanraya ke 12, Orang Cina bukan sahaja setakat berjuang dalam sektor ekonomi, pendidikan, bahasa dan kebudayaan semata-mata tetapi sudah mula menyemarakkan hasrat mereka untuk menguasai politik dan merebut kuasa. Kelemahan politik Melayu yang sudah berpecah tiga adalah satu kesempatan baik untuk mereka mempunyai kuasa tawar menawar demi kepentingan dan keuntungan terhadap komuniti Cina.

7. Sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak, DAP telah menggunakan sepenuh kesempatan untuk menguasai pentadbiran Perak di bawah Menteri Besar boneka. Kejayaan DAP mempengaruhi MB Perak dan menguasai exco Perak dalam hal hak milik kekal tanah di kampung baru telah memberi keuntungan berganda kepada penduduk Cina yang terbabit tanpa mengira mereka daripada DAP, MCA atau Gerakan.



8. Saranan dan kenyataan Mufti Perak itu agar orang Melayu mencontohi cara orang Cina berpolitik ada benarnya. Bezanya Mufti Perak menggunakan slogan ' Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh'. Namun Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim mengguna pakai slogan ' Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kawin Lain'.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

11 comments:

PARPUKARI said...

Salam bro, lepas ni aku nak tgk depa nak kahwin dgn sapa pulak. Skrg ni PAS begitu angkuh sekali. Kita tgk setakat mana permainan mereka ni bertahan! He he he

Lambo said...

Salam...

Pohon perbetulkan ayat... Nik Ajis cakap "BER - SATU" sbb tu tak nak tak nak pakat ngan UMNO.

Pakat ngan kapir lawan melayu takpe sbb PAS untuk semua. jadi kaldai DAP pun takpe gak, haaaaaaa

Tapi nampak cam dah tua bangka tu, ada hati nak kawin lagi ke? Aji Adi ok la, tak bercerai pun dah kawin lagi, tlg anak dara...

Jangan kawin cam si Nuwar lak...

Unknown said...

Salam,

saya bersetuju dengan pendapat bro, parti orang melayu kita sanggup menggadai maruah demi menjaga kepentingan peribadi politik mereka

Anonymous said...

SALAM BRO AMIR
KLU PAS TAK BACA ARTIKEL NI LBEY BAIK DIORANG BUNUH DIRI JE. DH BYK KELUHAN RAKYAT MALAYSIA, PENYOKONG2 SENDIRI YG TAK PUAS HATI KT SI AJIS TU. BIASA LA TELINGA KUALI HEHEHE

Orang tua said...

Salam Sejahtera Tuan,

BETUL, BETUL BETUL........
PAS ke PKR ke sama saja, politik kepentingan diri sendiri. Tak pikir nasib anak bangsa akan datang. Kalau Melayu tak bersatu dan bergaduh sesama sendiri ISLAM akan lenyap dari TANAH MELAYU INI.

UMNO tu kan untuk orang MELAYU, orang MELAYU tu kan ISLAM tak caya tengok IC. Tak tulis pun MELAYU KRISTIAN KE, MELAYU BUDDHA KE atau apa-apa aje. So, kalau depa sendiri nak bercakaran sesama sendiri, kaum lain hanya tepuk tangan dan bersorak. Cam NIZAR yang sembah DERHAKA kat DYMM Sultan. Bangsa lain mana ada RAJA atau Sultan lagi. Tanya lah kat DAP atau sealirannya. HINDRAF kira OK lagi. Masih ada Raja. Rajagopal, Rajalingam dll. So, betul lah kalau pemimpin MELAYU PKR dan PAS tak BACA dan faham tulisan ini, baik jangan jadi MELAYU.

P/s: Nak tanya Kat DR Badrul Amin PKR, tolong jawablah kalau terbaca. Dlm Utube ceramah dia kutuk ZAID BRAHIM. La ZAID dah join PKR. Tolong kasi tarbiah di sikitla.

Geng Samudera said...

Salam,

Payah..payah..payah....

Bile kita diskus camni,secara tak langsung dan dibawah sedar,kita sendiri telah create suatu perasaan tidak mempercayai pada jemaah kita sendiri.
Bile ini berlarutan,maka mereka mengambil kesempatan dgn kekalutan ketidaksatuan kita bersatu....

Persoalannya,bagaimana kita nak merapatkan barisan kita utk bersatu?.Jawapan harus dicari dan diselesaikan secepat mungkin daripada mengupas secara mendalam.

Agaknyaa.....
Boleh ke kita ilangkan sifat cemburu tak bertempat dan dengki yang menjatuhkan?

Gossip sesama baik org lelaki atau perempuan kita yg tak abis2 disebabkan berlainan perbezaan shj?

---------------------------------

Permerhatian saya;
Bile saya buat observation,saya x nafikan jugak yg bangsa lain spt contoh British (setelah bergaul dgn kelompok mereka),juga lagi teruk bergossipan dan dengki mendengki sesama mereka malah lebih teruk dari bangsa saya sendiri tetapi bile ada anasir luar yg cuba mencampuri urusan mereka,mereka bersatu seperti tiada apa yg terjadi antara sesama mereka.

Jadi....adakah kita nih bole buat camtuh atau sifat dengki itu dibawa jugak ke kubur...?

Nauzubillah....

eiza in the house.. said...

salam bro,
alahai..semcm aje tgk gambar tu..he3

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Bercerai dengan UMNO , mereka kwin dengan parti-parti baru yang membangkang kerajaan tetapi parti yang teguh lah, Parti2 nyamuk mereka tak main.

zedmagel said...

Bro Amir Hamzah,

Ayat-ayat bro ni memang tak ingin melihat PAS dan UMNO bersatu. Ayat menyakat aje yang bro tulis.

Cuba sesekali ayat memujuk dan meminta maaf kepada Tuan Guru dan Tuan Haji Hadi. Tak boleh ke?

Orang tua said...

Salam Bro Zedmagel,

Kawan ingat betul lah..... TGNA tu kan merajuk kat BN kes 1974. Kena lah pujuk.

Tapi org tua kalau merajuk, BUROK. Nak yang bukan-bukan. Kasi nen nen je.

p/s: Kawan kalau merajuk nen nen ok

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Parpu Kari:
Mereka akan penat sendiri bro.


Salam G Senduk:
Tidak ada satu usaha yang serius untuk perpaduan ummah kecuali permainan politik semata-mata.


Salam xerox_91.
Orang Melayu umumnya ok, tetapi ramai pemimpin Melayu yang KEMARUK kuasa dan harta.


Salam Jeffry.
Jawapan paling mudah, jangan layan!


Salam Orang tua.
PAS memandang Melayu di luar PAS tidak sempurna tetapi dengan Melayu PKR boleh tidur sebantal sedangkan Melayu PKR tu lebih kurang Melayu UMNO juga. Mereka rasa sekarang ini mereka kuat dan cukup yakin akan memerintah Malaysia selepas PRU ke 13 nanti. Mereka akan create isu-isu baru. Mereka tidak mahu kesepian dengan kerajaan sibuk dengan kerja-kerja membina negara dan rakyat. Disebabkan mereka tak ada kerja yang hendak dibuat, mereka akan menganggu kerja-kerja pentadbiran kerajaan.


Salam Geng Samudera.
Saya bukannya tidak mahu kepada perpaduan ummah dan manusia sejagat, jauh sekali merasa dengki dan cemburu kepada pihak2 berkenaan. Bagaimana dengan kenyataan di bawah. Mana lebih teruk kenyataan yang dibuat oleh seorang Ulamak yang sepatutnya menyatukan umat Islam berbanding dengan tulisan saya.
"Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan telah membuat polis terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai ucapannya di Manek Urai Ahad lalu yang samakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.Ketuanya Anuar Safian menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak berasas dan sangat keterlaluan."Sekiranya kita UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh UMNO, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin UMNOlah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.Beliau disertai oleh 100 orang ahli Pemuda UMNO membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu"


Salam eiza in the house.
Blog awk blog orang muda. Blog kawan blog otai-otai dan cerita sepak terajang, wangi dan busuknya orang-orang politik.


Salam bro zedmagel...
Buat masa ini memang kawan tak berkenan kalau UMNO nak bersatu dengan PAS. Nak berkawan macam mana bro, kalau cakap berbelit-belit, pembohong, pandai buat cerita yang bukan-bukan dan macam2 lagi. Udah-udah la tu, lain kali aje la. Mana la tau pemimpin PAS yang akan datang lebih baik daripada yang ada sekarang.


Salam Orang tua .
Dia orang tu merajuk dan serik dengan UMNO. Ne nen dah kembang bro. Hadi dan Nik Aziz pun dah tak selera. hehehe