Sunday, June 14, 2009
MCA : Kalau Lemah Jangan Berlagak Juara
Kalau lah MCA menyapu bersih semua kerusi yang diperuntukkan kepada mereka, tidak apa lah juga untuk membuat pungutan suara. Tetapi sebaliknya keputusan PRU ke 12 menunjukkan mereka kalah 'melepek' dibaham DAP. Siapa hendak peduli sama ada MCA nak kekal dalam BN atau tidak.
Sebelum ini sahabatnya Parti Gerakan juga buat acah-acah atau mengugut untuk keluar BN selepas mereka kena TKO di Pulau Pinang. Kedua-dua parti ini rasa-rasanya tidak mahu cermin diri sendiri, malah meletakkan kekalahan parti masing-masing kepada kelemahan pentadbiran UMNO. Perlu disedari, sungguhpun UMNO berada ditahap yang lemah semasa PRU ke 12, tetapi UMNO masih majoriti di Parlimen.
Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris bukan saja boleh ditertawakan orang tetapi tidak munasabah bagi sebuah parti yang lemah. Sistem undian itu agak sukar untuk disahkan datangnya daripada ahli-ahli MCA kerana sesiapa sahaja boleh mengundi.
Persoalannya, perlu apakah pungutan suara itu diadakan? MCA tidak mengormati rakan-rakan mereka di dalam BN khususnya UMNO yang sedang meneraju kerajaan. Diwaktu susah begini, kurangkan kontroversi sebaliknya parti-parti komponen merapatkan kembali dan menguatkan parti masing-masing.
UMNO sebenarnya bukan bergantung sangat kepada MCA sebaliknya UMNO lebih risaukan PAS dan PKR kerana kedua-dua parti itu boleh mengurangkan jumlah kerusi mereka di Parlimen hatta di Dewan Undangan negeri. Kalau UMNO boleh sapu bersih kerusi PAS dan PKR, parti ini boleh mendapat majoriti simple di parlimen seperti mana dalam PRU 2004di mana UMNO memenangi 110 kerusi.
Di dalam DUN Negeri Perak, apa sumbangan MCA kepada politik Perak? UMNO mengekalkan 27 kerusi sedangkan MCA 1 kerusi. Di dalam pembentukan kerajaan baru Perak calon tunggal itulah mewakili masyarakat Cina sebagai exco dalam DUN Negeri Perak. Jadi perlu apa bising-bising lagi. Malahan dalam kabinet Malaysia pun peruntukan menteri daripada MCA semakin bertambah walaupun calon-calonnya 'terbarai' di seluruh negara.
Tee Keat mungkin mengambil pendekatan, semua orang benci BN maka MCA pun hendak tumpang semangkuk. Tindakan ini mungkin sealiran dengan momentum undi bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Tee Keat bukan tidak faham, undi Cina bukan ikut parti. Undi Cina ikut kerajaan mana yang boleh bagi mereka keuntungan besar. Cina bergantung kepada duit. Tidak ada duit Cina tidak boleh mati, tidak boleh kawin, tidak boleh raya kerana mati, kawin dan raya memerlukan duit yang banyak.
Pilihanraya 1999, undi Cina kepada BN tidak berubah walaupun undi Melayu kepada UMNO dan BN merosot teruk. Dikala UMNO menghadapi krisis berikutan pemecatan Anwar Ibrahim, undi Cina kekal kepada Tun Mahathir kerana kejayaan Tun menangani kegawatan ekonomi 1998.
Undi Cina terutama peniaga-peniaga dan pedagang-pedagang malah jutawan-jutawan Cina dilupakan semasa pemerintahan Pak Lah. Hubungan dingin ini disebabkan mereka melalui perantaraan antara Pak Lah dan Khairi. Sentimen membenci Khairi sudah bertiup kencang beberapa bulan sebelum PRU. Rakan-rakan perniagaan Cina saya mengeluh dengan kesombongan, berlagak dan lebih sudu dari kuah oleh Khairi yang tidak pernah berlaku di zaman Tun Mahathir. Faktor Khairi ini bukan sahaja dilalui oleh peniaga-peniaga Cina malah dikalangan Melayu sendiri termasuklah orang Melayu terkaya di Malaysia, Mokhtar Al-Bukhary.
Zaman Pak Lah dan zaman Khairi telah berlalu. Sekarang zaman Najib dan Muhyiddin. Keadaan sudah berbeza. Najib telah rapatkan semula hubungan baik dengan tokan-tokan besar ini malah Najib sendiri sudah membuat lawatan ke syarikat akhbar Cina terkemuka. Bukankah ini satu usaha Najib memulihkan kembali sokongan Cina kepada kerajaan khususnya mengembalikan Cina kepada MCA?. Walaupun 1 Malaysia itu tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia tetapi ia satu usaha penyatuan dan pertautan balik usaha-usaha kerjasama yang terjalin sebelum ini. Malah ia lebih hebat daripada 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' ciptaan Anwar yang belum tentu berkuasa.
Kesimpulannya bukan MCA yang perlu keluar daripada BN tetapi pemimpin-pemimpin MCA yang perlu ditukar. Atau MCA memang sudah tidak ada atau ketandusan pemimpin-pemimpin lain untuk dibuat pilihan? Kalau MCA nak keluar BN, MCA nak pergi mana?. Kalau hendak keluar juga, silakan. Seperti saya berkata kepada Zaid Ibrahim, buat masa ini MCA , 'Ada pun tidak menambah, Tiada pun tidak mengurang'.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Tepat sekali bro! Aku setuju 1000%
Salam Sejahtera Tuan,
Kalau Upin & Ipin baca tulisan saudara ni tentu di kata " Betul, betul, betul".
Kaum Cina dlm negeri Pembangkang pun susah nak cari makan. Masih mengharapkan suntikan Kerajaan Persekutuan. Kalau depa memerintah pakat ramai2 balik Tanah Besarlah jawabnya.
Masa zaman Pak Lah pun kebanyakan industri depa dah channel ke sana. Najib perlu buat sesuatu yang lebih supaya mereka balik ke sini. HK$ pun naik. Niaga susah lo..........
P/s : MASIH AKU TERASA......
salam Parpu Kari,
1. Terima kasih atas sokongan 10 kali ganda. Ingatkan lagu cintaku 100%, rupanya 1000% pun ada ke. hehehe
salam Orang tua...
1. Tulisan ini adalah hasil perbincangan kita dan kengkawan tempoh hari. hehehe
betul tu..
salam azreen,
Terima kasih 'mampir' di sini dan sokongan yang diberi.
KEHKEH DIORANG NI SUKA TOLAK SANA TOLAK SINI BRO. LAST2 NANTI DIA TOLAK DIRI SENDIRI MASUK DLM LUBANG TAIK ANWAR JUGAK. SEPUSAT SEPUSING DGN GERAKAN JUGAK BRO HEHEHE
diaorang ambil kesempatan, apa-apa hal pun di juga yang untung. itu pun mereka tak puas hati. memerka akan puas hati hanya kalau PM dari kalangan mereka. dasar.....org yg..........
salam Jeffry.
MCA, Gerakan dan DAP sama aje bro. Mereka akan bersatu demi untuk kesinambungan bisness dan politik bangsa mereka. Sejak awal, mereka ini mempunyai niat busuk dan muslihat yang kita perlu berhati-hati.
Salam pakcik KUNTONG.
Masalahnya mereka ni nak untung memanjang. Rugi semua bagi kat orang lain. Cita-cita mereka memang mahu menguasai politik setelah mereka menguasai ekonomi.
Salam Pak Amir,
Kita kena sedia maklum,depa nih actually mcm lalang.Bergerak mengikut mana yang dirasakan memberikan keuntungan.
Mmg lar,semua bangsa di dunia nih nak keuntungan tapi berpada-pada lar.Tapi spesies depa nih,kalau boleh licin nak dikautnya....(walaupun tak dinafikan ade juga dtg dari bangsa kita)
Cuma,saya agak kurang setuju sekiranya Najib terlalu bergantung dengan depa-depa nih.Nanti biler terlalu bergantung pada depa,depa akan ada satu kuasa yang hidden tanpa kita sedari.
Lagi satu kita plak,kenalah sesama bangkit dan belajar utk bersatu dalam perniagaan khususnya.kalau kita taknak bergantung pada mereka,kita lar kena buat semua tuh.Jgn kita perasan boss aje memanjang tanpa ada kualiti.Cam depa nih majoriti jadi bos tapi ada kualiti.....
so,fikirlah sejenak....
salam Geng Samudera,
Sebagai PM wajar Najib mendengar semua masalah rakyat khususnya parti-parti komponan BN. Najib bukan tunduk kepada MCA tetapi menjaga kestabilan politik negara. Semua PM begitu walaupun semasa menjadi Ketua Pemuda dulu Najib agak keras dan lantang. Diam bukan bermakna tunduk. Najib tahu apa permainan MCA.
Bagaimana Melayu mahu bermula untuk membina rangkaian perniagaan sendiri. Rangkaian antara kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan peniaga Melayu sudah ada tetapi belum begitu mantap.
Asas kepada link dalam perniagaan bumiputera ini sudah ada tetapi masih bergantung kepada bukan bumi juga kerana belum ada 'kuasa-kuasa besar' ekonomi di kalangan bumiputera sendiri. Ianya boleh diperbaiki lagi dengan menggunakan konsep win-win.
Salam Bro Amir,
Memang benarlah kata tuan, kat negeri pembangkang MCA dan GERAKAN satu pun tak menang. BUat ngabis bore aje gabung dengan dia orang.
Salam zedmagel.
Cina pun dah menyampah kat MCA dan pemimpin-pemimpinnya.
Sekarang ni MCA nak tunjuk kepada Cina yang dia lebih racist dan ganas daripada DAP. hehehe....
Post a Comment