Sunday, June 7, 2009

Kemenangan Nasharuddin Sama Kemenangan KJ.


Akhirnya Nasharudin Mat.Isa berjaya juga memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS bagi penggal 2009-2011 dalam Muktamar PAS kali ke 55 di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Nasharudin yang mempertahankan jawatan dikatakan mewakili golongan ulamak-profesional sementara Husam pencabar terdekatnya mewakili golongan profesional-erdogan yang condong kepada pengaruh Anwar Ibrahim.

Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiga, apabila mendapat undi sebanyak 480 undi menewaskan dua calon lain, Husam Musa yang mendapat 281 dan dan Mohamad Sabu 261 undi. Walaupun memenangi jawatan ini tetapi undi yang diperolehinya kurang daripada 50% dengan undi rosak sebanyak 4 undi. Ini bermakna kemenangan ini bukan kemenangan mutlak atau sekurang-kurangnya KO bagi kedua-dua calon lain. Jika dicampur undi Husam dan Mohamad Sabu seramai 542 undi tidak diberikan kepada Nasharudin.

Ini bermakna 542 undi itu kemungkinan menolak Nasharudin atas faktor kerajaan perpaduan yang cuba dipelopori oleh Presiden mereka. Nasharudin juga dikatakan antara orang penting dalam perjumpaan dengan UMNO dalam membincangkan kerajaan perpaduan yang digunakan sebaik-baiknya oleh Husam sebagai isu dan senjata menjatuhkan Nasharudin.

Keduanya, kemungkinan kerana perwakilan mahukan golongan profesional menjadi timbalan presiden setelah golongan ulamak diberikan jawatan presiden. Husam dan Mohamad Sabu boleh dianggap daripada golongan profesional yang dikatakan lebih terbuka. Tetapi disebabkan Mohamad Sabu dan Husam bertanding sesama sendiri maka kumpulan yang mahukan golongan profesional ini telah terbahagi dua. Mengapa jadi begitu? Masing-masing mempunyai pengaruh dan pengikut berikutan penglibatan mereka yang lama dalam politik PAS dan persada politik tanah air.

Mengapa Husam hanya mendapat 20 undi lebih sahaja daripada Mohamad Sabu dan kurang 199 undi daripada Nasharudin. Kemungkian sebahagian besar perwakilan tidak mahu PAS jatuh ke dalam genggaman Anwar Ibrahim. Jika Husam menjadi Timbalan Presiden dan Kamaruddin Jaafar menjadi Setiausaha Kehormat, pengaruh Anwar akan mengatasi pengaruh presiden mereka sendiri. PAS akan terus menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP di semua negeri yang dikuasainya Pakatan Rakyat kecuali di Kedah dan Kelantan.

Perwakilan mahukan PAS terus bersama Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama mahukan ulamak menjadi teras kepimpinan. Ini bermakna PAS ingin kembali ke landasan yang betul dengan prinsip dan perjuangan asal mereka sebelum penggabungan bersama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 12. Perkembangan terbaru ini mungkin mengecewakan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Percaturan mereka untuk menguasai PAS telah gagal setakat ini, hanya beberapa hari selepas pilihanraya Penanti menyaksikan Pakatan Rakyat bertanding sesama sendiri.

Bagaimana jika Mohamad Sabu tidak bertanding ? Soalan yang sama saya utarakan semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO dahulu iaitu bagaimana jika Khir Toyo tidak bertanding?
Adakah semua undi sebanyak 261 undi Mohamad Sabu itu akan pergi kepada Husam dan adakah undi Khir Toyo sebanyak 254 undi akan pergi kepada Mukhriz?. Sukar kita membaca fikiran dan gerak hati para perwakilan.

Dalam pertandingan sehebat dan sepenting ini, sewajarnya hanya 2 calon sahaja yang berentap. Jika dalam kes pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS biarlah Nasharudin dan Husam sahaja yang bertanding kerana kedua-duanya dengan jelas mewakili kelompok Ulamak dan satu lagi kumpulan erdogan. Mohamad Sabu sepatutnya kekal bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Saya melihat kemenangan Nasharudin saling tidak tumpah seperti kemenangan Khairi Jamaluddin dalam Pemuda UMNO Malaysia. Kalau Khairi hanya memperolehi undi 304 berbanding 486 undi tidak memberi undi kepadanya apa bezanya dengan Nasharudin yang hanya memperoleh 480 undi sedangkan 542 tidak mengundi kepadanya. Jikalau kemenangan Khairi dilihat sebagai satu kemenangan yang lemah bagaimana pula dengan kemenangan Nasharudin? Adakah beliau juga akan dilihat sebagai Timbalan Presiden yang lemah dan tidak berpengaruh?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

7 comments:

Panglima Perang Cyber said...

komen yang menarik tuan....

Panglima Perang Cyber said...

tambah sikit lagi :

salam..

setelah meneliti situasi sekarang ini maka saya sangat mengharapkan perpaduan Melayu Muslim akan diusahakan oleh semua pihak. ini kerana kekuatan Melayu akan membawa keamanan dan kestabilan untuk semua kaum di Malaysia.

Meskipun tidak disenangi oleh puak yang pernah diusir keluar oleh umno seperti Anwar dan juga Nik Aziz namun Islam perlu bersatu juga tanpa menghiraukan pandangan dua orang manusia yang busuk hati ini..

Masakan tidak busuk hati jika mereka masih menolak perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang namun rela bekerjasama dengan parti samseng yang jelas dapat dilihat dalam video tersebut..

usaha saya ini demi perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia amnya...

saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini.

Lihatlahh YB DAP PKR begitu samseng sekali termasuk seorang YB 'tersesat' dari PAS bernama Nizar yang begitu kemaruk ingin kembali menjadi MB hingga tidak kisah apa jua cara sekalipun hendak dicapai asal kuasa dapat dikembalikan kepadanya..

Mujurkah YB Pas yang lain di Perak tidak terikut-ikut dengan provokasi murahan geng samseng PR itu.

Jika masih ada di kalangan YB atau rakyat yang tetap menyokong PR selepas melihat kejadian tersebut maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...

apa boleh buat.. Sila lihat di link bawah :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html

Moga Allah menyatukan hati hati kita semua.....

Orang tua said...

Sama tapi TAK SERUPA.
NASha menang perwakilan sanjung,
KJ menang kena Boooooooooo
Fikir-fikirkan lah.

zedmagel said...

Bro Amir Hamzah,

Keputusan memang telah dijangkakan, seperti yang pernah saya katakan dalam tulisan saudara yang lalu.

Apa pun keputusan telah diterjemahkan oleh perwakilan PAS,Abdul Nash memang popular kerana kecenderungannya terhadap idelogi perjuangnya lebih mirip kepada PKR dan beliau juga menyanjungi kepimpinan PKR yang ada.

Beliau juga mungkin akan menerima pandangan dan saranan dari pemimpin parti yang lain seperti PKR dan DAP, tetapi bukan UMNO.

Lebih elok lagi jika PAS dan UMNO bersatu dalam BN seperti saranan Bro PPC. Tapi mungkinkah? Atau Segalanya mungkin.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro,

terima kasih.

Kawan tidak fikir akan berlaku perpaduan antara PAS,PKR dan UMNO selagi ada 2 orang yang saudara katakan berhati busuk. Jika ditakdirkan bersatu juga disuatu hari nanti maka perpaduan itu tidak lama. Ini adalah disebabkan setiap parti ada kepentingan. Perpaduan tanpa keikhlasan hanya perpaduan 'sampah'. Ikhlas akan terbukti apabila Melayu hanya ada satu parti. Keadaan ini sukar dicapai.

Bagi saya, jika Melayu dapat bersatu secara majoritinya ke dalam UMNO pun sudah memadai seperti mana pilihanraya 2004 yang cemerlang. Biarkan PAS dan PKR kerana mereka ada penyokong-penyokong 'totok' dan hatinya sudah hitam kepada ketaksuban parti masing-masing.

UMNO hanya ada 3 juta ahli berbanding 16 juta orang Melayu. Selama ini kekuatan UMNO bukan bergantung semata-mata kepada kekuatan ahlinya tetapi kepada penyokong, peminat dan mereka yang faham kepada sejarah dan jasa perjuangan UMNO.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Orang tua....

betul...betul...betul... sama tapi tak serupa. Cuma seiras dari segi undi kemenangan yang dicapai. Mereka seiras jika mereka bertanding satu lawan satu. Khairi memang di booooo. confirm!
281 dan 261 undi Abdul Husam dan undi Abdul Sabu tu sanjung Abdul Nasha ke? Kalau sanjung nape bagi undi kat orang lain?.....

Ahli PAS bawahan betul ke menyanjung Abdul Nasha? Bukan ke ramai juga PAS bawahan tidak puas hati kepada kerajaan perpaduan? seperti mana 542 perwakilan yang tidak memberi undi kepada Abdul Nasha?

Perwakilan takkan nak booo Abdul Nasha bro. Kepiah putih dan serban tu nak letak mana.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Benarlah kata bro tu, daripada Abdul Husam dan Abdul Sabu tu, bior le Abdul Nasha. Walaupun ketiga-tiganya sama belaka.

Pada kawan, bukan parti semestinya bersatu. Umat Melayu yang perlu bersatu. Parti kalau nak bersatu buat lah seperti KULI, bubarkan semangat 46 barulah nampak ikhlas.

PKR dan PAS adalah serpihan UMNO juga. Mereka berpecah kerana nak jadi pemimpin bagi penyokong yang mempunyai pandangan dan pendapat berbeza. Penyokong PKR berpotensi untuk berbalik kepada UMNO kerana mereka tak ada bezanya dengan UMNO. Mereka cuba nak cipta kelainan tapi tak boleh. Sama juga. Mungkin selepas 'kepulangan Anwar Kerahmatullah' PKR mungkin tau nasibnya. hehehe