Thursday, June 18, 2009

Dengor Titah Tuanku!



NUSAJAYA: Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Dengor titah Tuanku, bukan tunduk dengan cakap Lee Kuan Yew.

Kami Rakyat Johor menyokong titah dan perintah tuanku. Baginda lebih perkenan kepada perobohan tambak Johor dengan meneruskan cadangan asal di era Tun Mahathir iaitu sebuah jambatan baru sama ada bengkok atau lurus.

Dengor Titah Sultan Kami
Dengor Titah Sultan Kami
Dengor Titah Sultan Kami

Dengor SUARA RAKYAT JOHOR.
Dengor SUARA RAKYAT JOHOR.
Dengor SUARA RAKYAT JOHOR.

Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tanda sokongan :

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor. “Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya

19 comments:

Kak Midah said...

Kita mesti taat akan perintah Tuanku Sultan, Pasti ada hikmahnya

PUTRA MERDEKA said...

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dengan sihat walafiat..
salam & terima kasih

Geng Samudera said...

Salam semua,

Nak taat,taat jugak....tapi jgn sampai taat yang tidak menentu.....
Taat pada bende yg baik dan derhaka pada perkara yang buruk dibuatnya..

Teringat kes dia lempang caddy die dulu-dulu.....
Brutal jugak sultan aku nih..heheee.

Tapi wa caya lu laarr Sultan Johor

Kerel Bort said...

kadang-kadang bila orang lama bercakap, kita dengar macam tak ikot perkembangan terkini dan ketinggalan?

Tapi kan orang lama tu lebih banyak pengalaman... mereka tak bercakap sebab nak glamor nak publisiti... tapi mereka bercakap sebab mereka dah masak perangai jiran sebelah rumah..

Dengor Titah Tuanku!
Dengor Titah Tuanku!
Dengor Titah Tuanku!

-Warga Negeri Johor di perantauan.

silent MP said...

Dengar Perintah Tuanku!!

Tapi saya rasa Najib juga tidak kurang bijaknya, mungkin dengan adanya jambatan ketiga, tambak sudah tidak diperlukan..then buang sahaja..Selat Tebrau tetap mengalir airnya..

Tapi saya rakyat Johor tetap dengan keputusan Tuanku Sultan, kalau mahu teruskan, mengadap baginda dahulu..

Anonymous said...

daulat tuanku rakyat johor menyokong tuanku.

Geng Samudera said...

Salam,

Mmg apa yang orang lama tuh cakap tak berdasarkan glamour atau nak publisiti.
Tapi apa yang nak ditekankan di sini gabungan idea antara org lama ngan baru itu penting.
Tak semestinya idea org lama tak boleh dipakai dan tak semestinya idea org baru tak boleh juga dipakai.

Di sini gabungan dan keputusan bersama amat penting demi survival org melayu.
Masalah yang timbul kekadang,org lama nih perasan yg dia dah superior dan menolak mentah2 apa yg diluahkan oleh org muda.
Itulah penyakit dalam UMNO sebelum keputusan PRU lepas dan kita boleh nampak resultnya semasa keputusan diumumkan....

Balik pada ketidaksetujuan Sultan,dia mungkin ada 1001 sebab kenapa dia tak setuju dan pihak kerajaan juga ada 1001 sebab nape nak buat jambatan ketiga.

Memasing sebenarnya ada tujuan tersirat dan tersurat.

Tapi....yg peliknya,nape kita yang beriya-iya sgt nak buat jambatan?.Kalau tgk kat SIngapore,rilek jerkkk...takde pun huru hara....yang kita plak cam excited nak buat itu ini.

Biarlah Singapore je yg terasa nak buat jambatan tuh.By the way pun nanti kalau kita buat jambatan,org sana jugak yang dapat hasilnya.Yang kita nih,muka tak hensem,pipi tersorong-sorong...

Cuba buat statistik brape ramai org kita yg slalu ke SIngapore dan org Singapore ke sini.Silap-silap depa pun tak heran nak ke sini.Ada jambatan atau idak,sama jer..rasenyer lar...

Dalam sisi yg lain plak,mmg lar bagus utk perkembangan ekonomi Johor dan Malaysia tapi takkan lar sampai org kita yg gaduh sama sendiri pasal jambatan...

Kalau Singapore rasa amat penting utk buat jambatan bagi rakyatnya,suruh lar die buat jerkk...kata duit banyak dan negara maju tapi secara halusnya masih gak menempel ngan Malaysia..

Tak pasal-pasal jerk kita kene cucuk idung ngan Singapore...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Titah Tuanku patik junjung tinggi.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Kak Midah,

Taat akan perintah Allah, Taat kepada ulama' dan umara'. Insyallah pasti ada hikmahnya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam PUTRA MERDEKA

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Semoga Allah lanjutkan usia tuanku dalam iman dan naungilah kami rakyat jelata sekelian.

terima kasih

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera.

Tunku adalah antara Sultan yang tegas, namun dalam ketegasannya ada kelembutan. Tunku seorang yang kelako, boleh bergurau tetapi tak ada siapa yang boleh bergurau dengan baginda di kalangan rakyat biasa.

Walaupun begitu baginda tetap dihormati rakyat jelata.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam silent MP.

Dengor Perintah Tuanku!!

Kalau nak buang tambak, ganti dengan jambatan kemudian tambah lagi dengan jambatan ketiga suka benor la kami di Johor ni.

Najib hanya cakap Jambatan ke 3 tapi buat-buat lupa tambak Johor. Itu yang baginda Sultan bersuara.

Kita rakyat Johor kena sokong titah Tuanku, Harap Menteri Beso pun bunyilah sama.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam kerel bort.

Tuanku bercakap atas haknya sebagai ketua negeri. Tambak itu ada kaitan dengan nenda baginda Sultan Ibrahim.

Kehendak Tuanku itu adalah kehendak rakyat Johor juga.

Dengor Titah Tuanku!
Dengor Titah Tuanku!

-Terima kasih anak Johor diperantauan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam kerel bort.

Tuanku bercakap atas haknya sebagai ketua negeri. Tambak itu ada kaitan dengan nenda baginda Sultan Ibrahim.

Kehendak Tuanku itu adalah kehendak rakyat Johor juga.

Dengor Titah Tuanku!
Dengor Titah Tuanku!

-Terima kasih anak Johor diperantauan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam acai.

Benar.....Rakyat Johor menyokong titah Tuanku berkenaan jambatan ke 3, Semoga Tuanku terus memberi sokongan dan kekuatan kepada PM dan TPM supaya lebih berani merobohkan tambak Johor.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel.

Kena sokong la bro. Sebab Negeri kita ada sultan yang bole beri nasihat pada PM dan MB.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera.

Orang lama dan baru kalau digandingkan memang satu gandingan yang mantap. Orang lama kaya dengan pengalaman orang muda kaya dengan tenaga dan idea baru.

Cuma orang muda kadang-kadang perlu hormati yang lama dan tidak terlalu gelojoh atau kemaruk. Sesuaikan dengan keadaan.

Orang lama bukannya menentang idea baru tetapi kadang-kadang penyampaian dan komunikasi antara mereka selalu tersasar tak sampai mesejnya walaupun idea mencurah-curah.

UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang muda atau tua. Dalam perebutan jawatan yang kalah selalu merasakan mereka dicantas atau dibunuh karier politiknya.Sebenarnya bukan begitu kerana yang kalah dan menang tidak kalah dan tidak menang semua.Ianya berlaku dalam mana-mana parti politik.

Kita nak robohkan jambatan salah satunya adalah kerana pelabuhan pasir gudang dan pelabuhan tanjung pelepas. Jika dibuka tambak ini pelabuhan singapura akan mendapat tempiasnya.

Kita yang lebih memerlukan bukan singapura dan memang kita excited atas beberapa tujuan yang terkandung dalam surat Tun Mahathir.

Untuk pengetahuan Geng Samudera, pelancung Singapura adalah pelancung asing teramai datang ke Malaysia, kemungkinan mereka dekat dengan Malaysia.

Kita tidak bergaduh tetapi kita nak janji kerajaan ditunaikan setelah tergendala zaman Pak Lah. Pak Lah telah berbohong dengan mengatakan rakyat Johor bersetuju Jambatan Bengkok dibatalkan sedangkan tidak begitu.

Singapura tidak akan buat jambatan itu kerana merugikan pihaknya. Cuma kita mahu jambatan dipihak kita. sebab itu jambatan jadi bengkok kerana bersambung dengan tambak yang tidak diruntuh disebelah singapura.

Sila rujuk surat Tun Mahathir berkenaan jambatan Bengkok dalam blog saya ni.

silent MP said...

Salam Pak Amir,


Singapore ni susah sikit..

Kalau cara direct tak boleh, kita buat cara indirect..

Kalau dia tahu mmg kita nak buang tambak lepas dapat jambatan baru, mahu dia tak nak..dia kan malu kene tipu dengan orang mesia..Dia kan manusia terpilih..

haha..

Anyway, selamat menulis...:)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam silent MP.

Singapore ni susah sikit...tapi orang malaysia kata singapura lebih bagus daripada malaysia.

Org Malaysia kata di Singapura ada kebebasan bersuara, tiada sekatan media dan macam-macam.

Dia orang tak tahu di Singapura pun ada ISA