Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) belum ada keputusan muktamad, TPM yang juga Menteri Pelajaran TS Muhyiddin b Yassin mencadangkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh. Buat masa ini,lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM)adalah menjadi syarat lulus bagi mendapat sijil SPM.
Menurut Muhyiddin, "Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan". Katanya lagi "Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus Bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh),"
"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar Bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard Bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.
Walau bagaimana pun Kementerian tidak membuat apa-apa keputusan tetapi meminta rakyat memberi pandangan dan pendapat kepada kementerian berkenaan. Saya melihat Muhyiddin cuba mendapat maklum balas daripada rakyat berkenaan dengan kepentingan Bahasa Inggeris dan dalam waktu yang sama secara tidak langsung membantu kerajaan membuat keputusan berkenaan PPSMI.
Muhyiddin telah menggunakan kebijaksanaannya dengan memberikan rakyat sendiri membuat keputusan. Bagi tujuan itu Kementerian Pelajaran telah membuka talian bagi "Isu B.Inggeris Wajib Lulus SPM"
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.
Muhyiddin telah memberi 4 pilihan kepada rakyat untuk memilih yang mana satu idaman kalbu.
Pilihan 1 : PPSMI kekal , BI syarat lulus SPM dibatalkan.
Pilihan 2 : PPSMI kekal , BI menjadi syarat lulus SPM
Pilihan 3 : PPSMI mansuh, BI menjadi syarat lulus SPM
Pilihan 4 : PPSMI mansuh, BI syarat lulus SPM dibatalkan
Fokus Muhyiddin adalah PPSMI iaitu sama ada hendak diteruskan atau dimansuhkan. Setelah 7 tahun perlaksanaannya dengan berbillion ringgit telah dibelanjakan agak sukar untuk memberhentikan serta merta. Apa pula pandangan sesetengah rakyat, tindakan memansuhkan PPSMI akan dilihat tidak bijak setelah murid, guru dan sekolah semakin serasi dengan PPSMI.
Bagi menerima pandangan Muhyiddin agar BI menjadi syarat lulus dalam SPM, mungkin satu tindakan tergesa-gesa pihak kerajaan ,sedangkan PPSMI belum lagi ada kata pemutusnya. Masyarakat luar bandar tentu akan menolaknya dan pastinya meriam pihak pembangkang akan berdentum-dentum meluahkan pelurunya. Muhyiddin akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang cuba membunuh pendidikan anak-anak Melayu kerana katanya anak Melayu lah yang paling ramai tidak dapat sijil SPM kelak.
Sabar.....Muhyiddin belum buat keputusan lagi. Kementerian pun belum buat apa-apa pun. Muhyiddin baru melontarkan pandangan sebagai Menteri Pelajaran. Jangan kelam kabut orang kampung. Muhyiddin hendak minta pandangan anda bagi mudah beliau membuat keputusan untuk PPSMI secara menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Setelah melihat pilihan yang disediakan di atas, majoriti rakyat akan memilih pilihan yang mana satu? Pilihan Muhyiddin yang mana pulak? Pilihan anda bagaimana? Atau anda ada pilihan yang tidak termasuk dalam senarai ? Atau anda ada pandangan lain? Silakan jangan malu-malu...........
Yang mana satu pilihan kalbu......
Yang mana satu pilihan di hati.......
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Tuesday, June 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Salam Sejahtera Tuan,
"ALAH BISA TEGAL BIASA" itulah pepatah melayu yang kita sering guna pakai.
7 tahun dulu ketika PPSMI mula diperkenalkan banyak yang mengeluh. Hari ini PPSMI dilaungkan kembali oleh mereka/pembankang bila merasa diri dah cukup kuat. Nak tambah populariti la. Dulu tak pun cam ni.
Hari ini hasil PPSMI boleh dikatakan cukup memuaskan. Oleh yang demikian, saya kira tiada salahnya bila cadangan BI jadi subjek Lulus SPM terutamnya kpd murid2 perintis PPSMI.
Tentu saja cadangan TPM tu telah di fikirkan masak2. Bukan nak cari glamor je macam sesetengah pemimpin pembankang. "BERTELOR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG" dan kalau boleh seperti yang saya sering perkatakan termasuk kpd DSKT, biarlah subjek SEJARAH juga jadi subjek WAJIB LULUS DGN KREDIT spt BM. Biar generasi akan datang tak BUTA SEJARAH, TAHU TENTANG KONTRAK SOSIAL & DAPAT BEZAKAN ANTARA PEJUANG DGN PETUALANG.
p/s: Mungkin Jumaat ini saya ada di BP ziarah keluara. Ingat nak ngeteh dgn tuan, kalau boleh cam na na berhubung......
salam Orang tua,
Saya setuju, alah biasa tegal biasa.
Budak-budak tak menyebuk pun yang seboknya kita yang tua-tua ni. Murid dan cikgu pun jalan terus, tak kedengaran pun lagi rungutan cikgu-cikgu.
saya sangat setuju matapelajaran sejarah juga dijadikan matapelajaran wajib lulus dalam SPM dan syarat masuk ke IPTA. Saya sokong 200%. Bior anak muda kita kembali ke asal, balik kepada asal usul pembentukan sebuah negara bangsa.
Saya ada di Batu Pahat, Zedmaged, Kuntong, Buah kelapa Turkey, cengkodokmasin, Rozlenz antara blogger di BP yang sering berjumpa.
Hubungi email saya nanti saya beri no. telepon. Boleh kita 'ngeteh' di mana2 di bandar penggaram ni.
amirhamzah_daddy@yahoo.com
Tuan,
Tak leh nak e-mail. Failure. mail add salah kot. mail kat saya no. tuan.... razif6265@yahoo.com
ok
nanti saya email no. tel saya
Berapa lama lagi untuk tunggu dan lihat segala macam alasan yang tidak-tidak terus tidak megutamakan bahasa sendiri.
salam D'Rimba,
BM masih menjadi syarat lulus untuk SPM, untuk masuk IPTA dan untuk menjawat jawtan di Perkhidmatan Kerajaan.
BM masih menjadi bahasa rasmi di Dewan Rakyat dan Mahkamah.
Kecuali di beberapa universiti, BI dan BM adalah mengikut keperluan.
Saya juga menantikan DBP atau badan-badan berkaitan untuk terus memperjuangkan BM bersama-sama pak menteri disamping memartabatkan BM dan tulisan jawi.
Saya juga menantikan dari mulut siapakah yang akan memaculkan matapelajaran sejarah menjadi syarat lulus SPM atau STPM.
Cuba tanya mereka bagaimana pula bahasa Arab yang Allah pilih sebagai bahasa Al Quran dan sebagai bahasa Syurga di masa depan. Bagaimana bahasa Melayu yang menggunakan Jawi dan telahpun menjadi bukti sejarah dalam persuratan semenjak sekian lama. Dasar perlaksana tegar acuan barat segalanya kagum dengan barat.
salam bro D'Rimba,
Pada saya ianya bergantung kepada latar belakang pemimpin kita, termasuklah latar belakang pendidikan mereka. Mereka yang mempunyai kuasa dan wang.
Rata-rata pemimpin kita berlatar belakangkan pendidikan barat. Di rumah dan pergaulan seharian masih lunak dengan bahasa Inggerisnya. Hatta mereka itu sangat jarang menggunakan tulisan jawi walaupun sekadar menulis dairy. Ataupun ada diantara mereka tidak lagi pandai menulis jawi.
Jadi, pentingnya di sini ialah kemajuan ilmu sesuatu bangsa itu akan mengangkat martabat bahasanya dan tulisannya.
Di pejabat-pejabat kerajaan sepatutnya diperbanyakkan tulisan jawi kerana kita ada kuasa di situ. Tetapi pengemar, peminat dan pengamal tulisan jawi semakin berkurangan. Sebab itu Utusan Melayu ditutup kerana pembaca jawi semakin pupus.
Mentaliti melayu mmg tidak pernah dan akan berubah. Tidak mahu susah. Selalu mengambil jalan mudah.
Ingat masa Tun Dr M kenalkan dasar perindustrian negara..nak menukarkan Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.. sapa yang byk membantah? Melayu!!
Nak bina Jambatan P.Pinang, kereta nasional, Putrajaya..siapa yang skeptikal? Melayu!!
Kenapa orang melayu menjadi bangsa yang tidak yakin dgn keupayaan sendiri?
Memang benar dan sahih..orang melayu ni minda kelas ke-tiga..tidak mahu susah sedikit untuk senang dimasa hadapan..
salam Local Fighter.
1. Bukan senang nak jadi pemimpin Melayu minda kelas 3 ni. Tun M sendiri mengaku gagal mengubah sikap Melayu setelah 22 tahun memerintah.
2. Kesan penjajahan fizikal dan mental selama lebih 400 tahun menjadikan lanskap Melayu begitu. Mudah untuk berkata-kata bagi mengeluarkan Melayu daripada kepompong tetapi hakikatnya ia perlu mengambil masa. Melayu masih belum mengenali diri dan potensi dirinya.
salam,
saya setuju dengan cadangan ini, tp.....perancangannya biarlah mantap.
Jangan jd macam PPSMI, niatnya untuk pastikan pelajar mampu berkomunikasi menggunakan BI tp dr pengamatan saya, ia jd sebaliknya. Tahap penguasaan pelajar2 terutama diluar bandar masih ditahap lama. Mungkin silapnya kita terlalu tergesa2, cikgu2 kita rata2 tak mahir dalam BI kerana mereka sendiri menamatkan pengajian diperingkat universiti dalam BM! (penggunaan English medium di negara kita ditamatkan pada 1974!). Ia dah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan!
Begitu juga dengan cadangan wajib lulus BI ini. Saya cadangkan kita perkasakan dulu guru-guru BI kita. Masih lagi byk sekolah yang tak punyai guru BI terlatih yang mencukupi (rata2 di luar bandar!).Nanti yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.
Wasalam.
salam morkie.
saya setuju dengan cadangan dan pendapat saudara bahawa perkasakan guru-guru BI disamping prasana yang diperlukan.
Pelajar-pelajar sendiri perlu bersedia, bermotivasi dan bersemangat serta sedar tentang keperluan BI supaya mereka sendiri dapat memfokus dan belajar dengan matlamat yang betul. Apa guna guru-guru yang berkualiti jika pelajar sendiri tidak bersedia.
Pendek kata sesuatu perkara jika dilakukan secara terancang akan menghasilkan sesuatu yang baik.
Tuan,
1. BAHASA JIWA BANGSA dan bangsa yang berjiwa besar akan mempertahnakan dan memperkembangkan BAHASA sendiri ke seluruh dunia.
2. Masalah sekarang bukan penguasaan bahasa Inggeris TETAPI mendaulatkan bahasa MELAYU dan jika diutamakan BAHASA INGGERIS maka tiada masa kita daulatkan bahasa MELAYU.
3. Sila kaji kenapa tulisan JAWI sudah luput. Apa kaitannya dengan tulisan RUMI bahasa MELAYU. Adakah JAWI diutamakan hingga luput?
4. Bahasa Inggeirs beratus tahun dahulu BUKAN bahasa penting TETAPI ENGLISH MAN berusaha mendaulatkan English dengan pelbagai cara antaranya 4.1. menterjemah 4.2. Gunakan English sebgai bahasa ilmu 4.3. Elakkan bahasa asing seperti Greek Yunani
5. Kalau MELATYU sendiri masih tidak tahu jalannya untuk majukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa besar tunggulah nanti mungkin MAMAK, LEE KUAN YEW atau ENGLISH MAN akan martabatkan bahasa Melayu. Itu sahaja. Untuk sampai tahap itu MALAYSIA mestilah setaraf AMERIKA SYARIKAT dan pada masa itu bahasa MELAYU sudah jadi bahasa PRIMITIF macam tulisan kat piramid atau batu bersurat. Bahasa MELAYU akan jadi SISIPAN adalam akahbar NEWs STRAIT TIMES pada ketika itu. Mungkin 75 yahun lagi!
Kalau kita berjiwa kecik memang kita tidak nampak perkara ini. Kecik saja masalah ini sedangkan kita perlu bersaing di perinmgkat global guna bahasa Ingggeris!
salam Gedung Akal,
Saya sama sekali tidak memperkecilkan bahasa Melayu itu. Berkaitan dengan hal ini ada berbagai aliran pemikiran dan pandangan.
Ketika ini kerajaan berpendapat, Memajukan bangsa dahulu dengan menguasai bahasa inggeris kerana kebanyakan ilmu itu datangnya daripada org eropah yang maju, universiti di Barat dan buku2 yang ditulis dalam bahasa inggeris.
Org Inggeris dahulu pun terpaksa belajar bahasa arab kerana satu ketika bangsa arab menguasai pelbagai disiplin ilmu.
Ini bermakna, bangsa melayu mesti maju dalam pelbagai disiplin ilmu atau pengkhususan ilmu dan dalam masa yang sama kita akan memartabatkan ilmu yang kita mahir dengan menulis buku-buku dalam bahasa ibunda kita. Ketika itu sesiapa yang mahu mempelajari ilmu yang orang Melayu kuasai itu akan mempelajari bahasa melayu.
Melaka dahulu pun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa lingufranca antara pedagang2. Adakah satu peraturan dikenakan kepada pedagang luar untuk belajar bahasa melayu?. Tidak, mereka terpaksa belajar bahasa melayu, jika tidak mereka tidak boleh berniaga.
Kenapa kita gagal untuk memartabatkan bahasa kita? bangsa kita tidak dihormati. Penggunaan bahasa melayu dalam pentadbiran kerajaan, mahkamah dan urusan rasmi masih dalam bahasa melayu. Cuma bagi tujuan menuntut ilmu kita terpaksa melebihkan bahasa inggeris.
Tulisan jawi masih menjadi tulisan ke dua selepas rumi di Johor ini. Sistem sekolah agama kerajaan negeri menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan utama. Saya rasa di sekolah-sekolah pondok, maahad atau sekolah-sekolah agama masih menggunakan tulisan jawi.
Cuma penggunaan tulisan jawi sekarang ini mana lebih perlu berbanding dengan tulisan rumi. Mengapakah tulisan jawi masih tidak digunakan sepenuhnya dalam hal-hal keagamaan misalnya di pejabat agama, mahkamah syariah dsbnya. Orang-orang yang tahu pun tidak mahu menulis jawi.
Jawi belum pupus, penggunaannya agak kurang meluas. Masih banyak peluang untuk belajar jawi di sekolah atau sebagainya. Soalnya mahu atau tidak mahu.
Saya bersetuju dengan Pilihan 4. Mansuh PPSMI dan tak perlu wajib lulus BI. Wajib pelajari BI.
Tetapi bersetuju dengan terus perkasakan bahasa Inggeris. Kerana itu lebih bermaruah.
Maju pun tidak bermakna kalau maruah bahasa entah ke mana. Bukan soalnya tak mahu kepada BI. Perkasakan pengajaran dan pembelajaran BI, kerana di situ masalah sebenarnya.
Post a Comment