Sunday, May 24, 2009
Zambry Bertemu Nizar Di Pentas Debat - Wow !
Nizar hanya menunggu tuntutannya di Mahkamah Persekutuan dalam penyelesaian kemelut politik Perak khususnya jawatannya sebagai Menteri Besar. Beliau dan kuncu-kuncunya seolah-olah tidak mahu memberi laluan mudah kepada Zambry. Selagi ada cara dan ada jalan selagi itulah Nizar akan berusaha. Orang tua-tua bangka kata 'Orang cerdik mencari Jalan, Orang malas mencari alasan'. Betul ke cerdik Si Nizar tu?
Hari esok Pakatan Rakyat akan mengadakan mogok lapar selama 3 hari atau 72 jam. Apabila dikritik Mufti Perak, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam. Suka hati dema la nak buat apa pun. Nak mogok tertonggeng ke, Nak pose sebulan ke, lantak dema le. Maleh teman nak memikionye....
Belum bermula mogok lapar, sudah ada desas-desus tentang perdebatan antara Zambry dan Nizar di pentas Agendadaily. Menurut Agendadaily , pihaknya menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di antara Nizar dengan Zambry Abdul Kadir. Dengar ceritanya kedua-dua pahlawan Perak ini bersedia dan tidak mempunyai halangan untuk berdebat. Si Nizar tu pantang dipelawa. Ajak-ajak ayam pun jadi.
Sekiranya debat menjadi kenyataan, ianya merupakan siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu,iaitu debat antara Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chek dengan Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Mungkin ramai yang berpendapat, Shabery bukan tandingan Anwar berdasarkan pengalaman dan kedudukan. Tapi di atas pentas, nampak macam setanding aje.
Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang. Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen. Dengar ceritanya debat Zambry vs Nizar akan diadakan pada penghujung bulan Jun depan.
Agaknya apakah tujuan debat ini diadakan? Bagi peminat-peminat politik, sudah terang lagi bersuluh. Tentulah penjelasan berhubung kemelut politik Perak mengikut pandangan masing-masing. Walaupun, di akhir perdebatan ini tidak menjanjikan apa-apa perubahan tentang kedudukan MB Perak tetapi kita mungkin dapat melihat hujah dan bidasan kedua-dua belah pihak secara objektif.
Apakah janji kedua-dua mereka ini agar segala hujah dan bidasan mereka tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik? Agak sukar bagi mereka berdua untuk memisahkan antara pandangan undang-undang, pandangan politik serta pengaruh parti masing-masing. Pengadil dan hakim adalah para penonton yang sepatutnya berlapang dada dan tolong sangkutkan lambang parti masing-masing di dinding buat seketika.
Difahamkan format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Terserahlah kepada pemahaman rakyat bagi membuat kesimpulan dan rumusan tentang isu sebenar yang berlaku di Perak. Selamat menonton!
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Bro Amir,
Jika ini terjadi memang satu debat yang agak hebat. Agenda sang agendaily tu menjadi le gamaknya.
Tapi adakah debat ini hebat?, atau sekadar masing-masing nak tunjuk gaya di TV sahaja. Dua-dua MB Perak, satu bekas dan satu sedang. Tapi yang sedang pun pernah menjadi bekas dan bekas pun jadi MB 19 jam. Tapi itulah hebatnya orang Perak bukan debatnya yang saya lihat.
Apa-apa pun kita lihat siapa yang kena.......Advantage pada si Nizar lah dapat publisiti percuma..he..he...
salam bro zedmagel,
Ada orang kata tak yah debat, lagi bagus. Keputusan dah ada. Nak menegakkan apa lagi. Ramai kata macam buang masa dan lebih baik tumpukan pada rakyat.
Atau agendadaily memang ada agenda mempopularkan dirinya
Post a Comment