Thursday, May 7, 2009

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah


Sesiapa yang berumur 40 tahun ke atas, mungkin masih ingat dengan cerita Dang Anom. Cerita ini sering ditayangkan semula dalam tahun-tahun 80an. Sekarang ini agak jarang filem arahan Hussein Haniff ini ditayang semula oleh RTM, TV 3 atau Astro.Filem yang dibintangi oleh Nordin Ahmad sebagai hero,Fatimah Ahmad sebagai Dang Anom selain Mahmud June,M. Amin, Roseyatimah dan Yusof Latiff. Filem yang dikeluarkan pada tahun 1962 pernah menerima anugerah Muzik dan Lagu Terbaik dalam Pertandingan: Festival Filem Asia Pasifik ke-9, 1962 di Seoul, Korea Selatan.

Cerita Dang Anom ini sebenarnya diambil daripada Buku Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Klimak kepada cerita Dang Anom ini telah diceritakan oleh Hanif Hussein dalam filem dan oleh Tun Sri Lanang dalam bukunya Sejarah Melayu. Klimak ceritanya adalah seperti sinosis berikut.

Sang Rajuna Tapa adalah seorang bendahara di pemerintahan Sultan Iskandar Shah di Singapura dulu. Kerana dengki dan iri hati dari sesetengah pihak di istana, beliau sekeluarga telah difitnahkan. Anak perempuan beliau (Dang Anom), yang dikatakan seorang yang rupawan telah diambil sultan untuk dijadikan sebagai gundik walaupun ia nya telah pun di tunangkan dengan jejaka idaman nya sendiri, seorang panglima (Panglima Malang). Kerana taat atas kehendak sultan, Sang Rajuna Tapa reda anak nya dijadikan gundik walaupun hati nya remuk mengenangkan nasib yang menimpa. Anak perempuan Sang Rajuna Tapa menjadi gundik kesayangan sultan yang membangkitkan lagi rasa ketidak-puasan hati gundik gundik yang lain dan sang permaisuri.

Untuk dipendekkan cerita, sang panglima yang masih merindui kekasihnya datang di istana secara senyap untuk berjumpa dengan nya. Saat ini lah yang ditunggu tunggu orang yang sememangnya iri-hati keatas kejayaan bendahara dan anak nya untuk memfitnah mereka berdua. Mereka ditangkap dan diheret di sekeliling kampung dan kemudian nya disula dikhayalak ramai. Sang Rajuna Tapa rebak mengenangkan nasib yang menimpa. Kerana terdesak dengan ketidak adilan sultan yang menghukum tanpa usul periksa, beliau mengutus surat ke Betara Majapahit untuk menyerang Singapura. Dan disaat getir anak nya disula, Sang Rajuna Tapa membuka pintu gerbang kota untuk memberi laluan pasukan Majapahit untuk menyerang. Habis satu kota bermandikan darah dan sultan bersama pengikut pengikutnya larikan diri ke Muar. Mengikut Sejarah Melayu, sedang Sang Rajuna Tapa dan isteri nya bersiap untuk melarikan diri, dengan kehendak Allah, mereka berdua bertukar menjadi batu.

Kemungkinan cerita ini hanya metos bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada Raja dan Rakyat. Di zaman feudal mau pun sekarang hubungan raja dan rakyat saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam konteks tradisi pentadbiran negara yang mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.

Berdasarkan cerita di atas iaitu ketika sistem feudal di mana kuasa Raja adalah kuasa mutlak, putih kata raja putih kata rakyat, hitam kata raja hitam kata rakyat golongan pendatang seperti Cina dan India belum lagi menjadi rakyat kepada hamba raja. Pada masa itu, hanya orang Melayu sahaja yang menjadi rakyat dan bernaung di bawah sistem beraja negeri masing-masing. Berdasarkan cerita Dang Anom di atas jelas yang tersiratnya adalah Raja wajib bertindak adil kepada rakyat kerana Raja Adil Raja di sembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Rakyat pula, sebagai balasan di atas keadilan raja wajiblah juga menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan jangan sesekali menderhaka. Kedaulatan Raja dan Rakyat adalah terletak kepada tangan raja dan rakyat sendiri.

Di zaman moden dan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia, sembilan raja-raja Melayu di negeri masing-masing adalah ketua negeri bagi rakyat negeri baginda dan diantara sembilan itu, seorang daripadanya dipilih menjadi ketua negara Malaysia iaitu bagi semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bernaung. Jikalau hendak dibandingkan dengan cerita kezaliman raja dan derhaka rakyat dalam cerita Dang Anom dengan keadaan yang berlaku hari ini amatlah jauh bezanya.

Bagi orang Melayu yang begitu rapat dengan sistem beraja ini dapat membezakan antara raja di zaman Dang Anom dengan kebijakkan dan kecerdikan Raja di sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia. Rakyat boleh membandingkan kegopohan dan kelemahan raja dengan penderhakaan rakyat sehingga boleh menghancurkan sebuah negeri seperti dalam cerita Dang Anom. Maka sebagai rakyat, selagi raja mengikut undang-undang, mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, menjadi pelindung dan payung kepada keselamatan negeri dan negara, bijak dan cerdik disamping berpengetahuan tinggi amatlah tidak manis dan tidak wajar sama sekali untuk rakyat menjadi seperti Sang Rajuna Tapa menderhaka dengan membuka pintu kota kepada musuh-musuh negara datang menghancurkan negeri.

Bagi orang-orang Melayu yang masih kaya dengan sembilan orang raja-raja Melayu yang berdaulat sedangkan bangsa-bangsa lain sudah lama menyembelih raja-raja mereka, ingin saya menyeru jangan lah kita derhaka kepada raja yang adil, yang menjadi payung dan pelindung, penasihat dan penegur selain ketaatan kita kepada Allah dan rasulnya, semoga kita selamat di dunia dan akhirat.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

si Comot (VIP boy) said...

Hehe... Tunggu sehingga anak daramu jadi suntotan YB Umbno & kuncu-kunco mukriz

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Aku tak ada anak dara. Anak jantan ada la. hehehe. Aku kesian tgok ko comot. Nama pun comot. Dah lain kali jangan datang sini lagi. mencomotkan blog aku aje. hehehe

si Comot (VIP boy) said...

Orang tua!!!!!!
Yucks

kamal said...

HEHEHEEH,PATUT LA AKU TENGOK COMOT JER BLOG NI,RUPA RUPA NYA MEMANG ADA COMOT KAT SINI...SALAM TUAN...TERINGAT CERITA LAMA LAMA...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam kamal

tak ada yang baru kalau tak ada yang lama. Sesekali tgok cerita lama memang tajam sindirannya. Itupun pada yang faham.

Geng Samudera said...

Comot,

Orang tua????
Macam lar satu hari nanti ko tak jadi orang tua...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam geng Samudera,

Bukankah ramai orang bercakap tapi tak berfikir apa yang dia cakap atau dalam bahasa kampungnya 'fikirannya bercelaru'.

zedmagel said...

Bro Amir,

Pepatah itu lah yang menguatkan raja dan rakyat Melayu. Yang beraja hanya Melayu dan Yang bertuan hanya anak watan. Yang derhaka dan pemusnah janglah kita pedulikan.

Emosi nampak bila comot cuit-cuit sikit. He he dia budak-budak manalah faham sangat sejarah bangsanya.

Bro kuntong ajak jumpa mengeteh lah.Bila ek kita nak join sama?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Malaysia aje yang ada 9 raja-raja melayu. England yang besar tu pun hanya ada seorang ratu.

Raja ni macam mak. Seorang mak boleh jaga 10 anak. Berjuta rakyat tak leh nak pelihara 9 raja. Nak sangat ke Melayu ni membuang raja?

Besok dah tak ada rindu-rinduan pulak.

Sicomot tu biorkan aje. Tak masuk line la bro. malas nak layan.

Bro kuntong tu sapa? Kawan tak kenal. Malam ni baru kawan dengor nama tu. Datang dari planet mana bro?