Sunday, May 31, 2009

PKR Menang Di Penanti : Keputusannya Tidak Dinanti!


Kalau yang keluar mengundi pun tidak sampai 50% tidak hairan jika ada yang bertanya, bila pulak pilihanrayanya? Rakyat di Malaysia terlupa 31 Mei 2009 adalah hari membuang undi di Penanti. Rata-rata orang terlupa dan ianya bukanlah sesuatu perkara yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu seperti mana final antara Mancester United dan Barcelona juga berlangsung minggu lepas.

Penanti tidak seperti namanya 'menanti'. Pilihanraya nya pun tidak dinanti apatah lagi keputusannya. Kesian Penanti, tidak seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu maupun di Bukit Gantang.

PKR menang di Penanti apabila calonnya Dr Mansor cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12).Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi. Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehi merosot 1,294 undi.Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942. Kesemua mereka hilang wang pertaruhan.

Pilihan raya kecil DUN Penanti mencatatkan sejarah tersendiri apabila jumlah mereka yang keluar mengundi tidak sampai 50 peratus. Sehingga jam 5.00 petang 31 Mei 2009 apabila semua sembilan pusat pembuangan undi ditutup, hanya 46.15% atau kira-kira 7,100 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mensasarkan jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil berkenaan ialah sekitar 70%. Pada pilihan raya umum Mac 2008, jumlah yang keluar mengundi bagi DUN Penanti ialah seramai 12,657 atau 82.08% daripada 15,421 jumlah keseluruhan pengundi.

Kemana perginya pengundi-pengundi di Penanti?

Mengulas mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osma berkata, peratusan kecil tersebut membuktikan rakyat khususnya para pengundi di Penanti tidak merestui pilihan raya kecil berkenaan diadakan.

Katanya, rakyat tidak keluar mengundi kerana pilihan raya itu hanyalah mainan politik PKR yang menghadapi masalah dalaman mereka.“Rakyat pandai menilai, mereka tidak keluar mengundi kerana tidak mahu terpedaya dengan cara PKR yang mempermainkan pilihan raya kecil, mesej ini sangat jelas"

“Dengan itu jika PKR menang sekalipun, kemenangan itu tidak bermakna kerana tidak sampai separuh pengundi keluar. Moralnya mereka kalah kerana jumlah yang tidak keluar mengundi lebih ramai,” ujar beliau.

Walau apapun, yang menang tetap menang dan bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Amir Hamzah
Kuala Terengganu
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

4 comments:

amieiezam said...

salam tuan,

rakyat BN dah muak....rakyat pakatan juga sudah muak...kerana itulah majoriti pengundi mereka merosot.

tak salah kerana pengundi tegar pakatan memilih Dr Mansor, kerana mereka di janjikan TKM1 "mee segera" almaklumlah yang sebelum nih tak habis belajor lagi!!!!

teman fikir ada juga unsur rasuah dalam pemilihan penanti... Dr Mansor menang...maka Dr TKM1... hehehe... shusah shusah!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam amieieda,

Kalau TKM1 Pulau Pinang ialah 'mee segera', Ulamak dalam PAS adalah 'mee celup'. hehehe....hidup mee

lebai said...

hebat ceritanya dan penggunaan gambar adalah tepat. Tahniah sdra

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam lebai,

terima kasih. Daripada polis sampai ke kucing pun tak semangat dengan PRK Penanti. hehehe