Wednesday, May 6, 2009

Perak Akan Tergadai Lagi?


Perak mendapat nama tersebut daripada warna bijih timah ‘perak’, yang menjadi sumber pendapatan utama negeri ini sejak beratus tahun. Malah, sejarah negeri Perak menyebut bahawa Lembah Kinta adalah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan dilombong secara besar-besaran. Bijih timah juga lah yang menyebabkan perebutan kuasa di antara pembesar-pembesar Melayu dan kongsi-kongsi gelap Cina.

Disebabkan kekayaan Perak itu, perebutan kuasa di Perak bukanlah sesuatu yang baru.
Walaupun Pada pertengahan 1980-an, industri melombong mulai menyusut dan aktiviti perekonomian ini mula memfokus kepada pertanian, pengilangan, pembinaan, perniagaan dan juga perdagangan. Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada industri kecil, perikanan, perhutanan, dan pelancongan. Kini, Perak terkenal sebagai pusat tumpuan industri, pelaburan perniagaan dan pendidikan. Walaupun deruman kapal korek bijih timah sudah hampir 30 tahun tidak kedengaran, Perak tetap menjadi rebutan.

Sejarah Perak mencapai zaman kegemilangannya dibawah sistem kesultanan. Sejak pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1 pada 1528, baginda telah membuka lembaran baru sejarah negeri Perak. Penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Larut pada 1824, turut mempercepatkan proses pembangunan di Perak disamping akhirnya mencetuskan peristiwa perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu bagi menguasai kawasan-kawasan melombong bijih timah.

Disebabkan kerana bijih timah jugalah menyebabkan berlakunya empat kali Perang Larut iaitu Perang Larut 1 (1861)hingga Perang Larut 4 (1873) sebelum berlakunya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selama 12 tahun telah berlaku 4 kali peperangan yang melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu yang bertentangan dengan disokong oleh kongsi-kongsi gelap Cina yang berlawanan merebut kekayaan bijih timah.

Lihatlah sejarah Perang Larut Keempat yang seterusnya berlakunya Perjanjian Pangkor bagi membolehkan British campur tangan di Perak. Mereka mengambil kesempatan menggunakan perpecahan orang-orang Melayu disebabkan oleh perebutan kuasa di antara Tengku Abdullah dan Tengku Ismail untuk menjadi Sultan untuk campur tangan di dalam pentadbiran negeri Perak.

Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai San dengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oeh Raja Abdullah menyerang balas dengan pejuang dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China.

Harta benda milik Ngah Ibrahim juga turut dimusnahkan dan penduduk Melayu dibunuh dan harta benda mereka dimusnahkan. Kekacauan merebak ke daerah [[Krian], Pangkor dan Dinding. Pembesar Melayu yang sebelum itu menyebelahi kumpulan Cina yang berbalah terperanjat melihat huru hara akibat perbalahan antara dua Kumpulan Cina tersebut. Kemusnahan yang dibawa oleh 40,000 orang Cina yang berbalah membawa padah besar kepada negeri Perak sehingga melibatkan keluarga diRaja Perak.

Peniaga di Pulau Pinang sekali lagi melihat pelaburan mereka hancur lebur akibat perbalahan dan sekali lagi meminta gabenor Negeri-Negeri Selat mengambil tindakan memulihkan keamanan di Perak agar perniagaan mereka tidak kerugian. Dalam pada itu, Raja Abdullah menyingkir Sultan Ismail daripada takhta Perak dan mentabalkan dirinya sebagai Sultan.

Raja Abdullah pada 30 Disember 1873 mengutuskan sepucuk surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta bantuan British untuk menghantar "seorang yang cukup berwibawa untuk membolehkan kewujudan satu sistem kerajaan yang baik di Negeri Perak". William Pickering dihantar ke Larut untuk merundingkan keamanan dengan kaum Cina yang berbalah dan untuk menerima penyelesaian dan timbang tara British. Sementara itu Frank Swettenham (yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menulis Jawi) dihantar untuk memujuk pembesar-pembesar Melayu menghadiri perjumpaan di Pulau Pangkor.

Keadaan kian tidak terkawal, dan kekecohan membawa padah kepada pembesar Melayu, kaum Cina dan juga kepada pentadbir British di Negeri-Negeri Selat. Keperluan mengamankan semula negeri Perak kini memberikan sebab kepada British untuk masuk campur dalam pentadbiran negeri Perak. Kesan daripada Perjanjian Pangkor ini, antara lainnya pungutan cukai dibuat oleh Residen British bukan lagi oleh pembesar-pembesar Melayu. Akhirnya berlakulah penentangan pembesar- pembesar Melayu terhadap pentadbiran British di Perak yang membawa kepada pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak.

Paling menyayat hati ialah apabila pembesar-pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela dikenakan hukuman gantung. Oleh kerana tiada bukti kukuh yang boleh menambat Ngah Ibrahim kepada pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim, bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin dikenakan hukuman buang negeri ke Kepulauan Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah. Pada tahun 1877, Ngah Ibrahim dihantar ke Kepulauan Seychelles untuk menjalani hukuman buang negeri. Begitulah nasib kepada klimak perebutan kuasa yang tidak berkesudahan di Perak. Peristiwa ini dilihat sebagai penghapusan martabat pembesar dan Sultan Melayu di tanah air mereka sendiri.



Pada hari ini 7 Mei 2009, sekali lagi peristiwa perebutan kuasa akan berulang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Menjelang sidang ,berbagai peristiwa telah mewarnainya yang mengamit rakyat menumpukan perhatian kepada politik Perak.Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dah mula ajak orang sembahyang subuh dengan niat untuk berdemonstrasi di Ipoh.

Bagi yang bakal hilang jawatan seperti Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan sidang berkenaan termasuk merayu kepada Sultan Perak untuk menangguhkan sidang berkenaan kepada tarikh lain. Namun, paling menarik ialah kenyataan DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Ini berikutan, kenyataan terbaru Ngeh menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, apabila dengan terbuka mempertahankan keputusan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN kerana telah digantung.

Namun hakikatnya, Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu telah membuat keputusan bahawa keputusan Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam anggota Exconya sebagai tidak sah dan terbatal. Malah menunjukkan sikap mencabar keputusan mahkamah, Ngeh dalam kenyataanya yang dikeluarkan hari Selasa menyifatkan Mahkamah Persekutuan telah tersalah membuat keputusan tersebut kerana keputusan yang dibuat oleh Sivakumar telah disahkan oleh sidang ‘bawah pokok’ pada 3 Mac 2009.

Begitulah kemelut politik Perak yang tidak berkesudahan. Jika perebutan kuasa pemimpin-pemimpin Melayu dan pertelingkahan kongsi-kongsi gelap dahulu berakhir dengan Perjanjian Pangkor sehingga akhirnya membawa kepada hukuman gantung dan pembuangan negeri ramai pemimpin dan sultan Melayu apakah klimak akhir dalam krisis politik Perak selepas 52 tahun negara mencapai kemerdekaan. Fikir-fikirlah saudara-saudara ku umat Melayu di negeri Perak Darul Ridzuan.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

16 comments:

Anonymous said...

amat baik ttg analisis perang perak ni. tahniah. semuga dato terus menulis.

yiskandar said...

dahulu Pembesar Melayu dan sultan Perak dicetuskan kemusnahannya disebabkan samseng Hai san dan ghee Hin..kali ini mungkinkah kesultanan Perak hilang penghormatannya dimata kaum pendatang disebabkan samseng Nga dan Ngee dan tambah seorang lagi Hindu gila todi..malu betul Melayu Perak kerana tak dapat buat apa-apa

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro arifomar,

Sejarah mengajar kita menoleh ke belakang apabila kita tersesat jalan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam yiskandar,

Saya pun terfikir begitu semasa mengarang artikel ini. Dalam sejarah Perak inilah kali pertama penglibatan Hindu secara aktif dalam krisis politik Perak.

Kejor yoep kejor...

Jeepers Creepers said...

Usir semua pengkhianat agama, bangsa dan negeri perak keluar daripada negara Malaysia.

zedmagel said...

Bro Amir,

Membaca artikel anda, membawa saya kembali di zaman persekolahan saya di waktu itu mungkin di tingkatan 3 atau 4. Perak dengan masalah dari dulu hingga lah sekarang. Negeri bertuah menjadi rebutan ramai. Kali ini saya setuju dengan pandangan tuan, PERAK akan jatuh ke tangan pembangkang sekali lagi jika PM tidak berhati-hati dengan pelaburan kepada Melayu yang semakin terhakis dan tiris.

Geng Samudera said...

YB Raz,
Macam nak usir anak ayam je balik ke reban.
Kita kena ingat,,skrang zaman org guna akal nak menghapuskan org Islam dikit demi dikit bukan guna emosi.Kaum Zionis (dlm kitabnya) bagi tempoh 100 tahun utk menakluki pemikiran manusia.Jadi,pendekatan emosional tidak mendatangkan faedah apa2.

Ya, seperti Pak Amir ceritakan,kita semua perlu jugak tau sejarah kerana sejarah yang memberikan kita panduan utk masa depan.Rasanya seingat saya,buku sejarah SPM pun tak detail camni..hhehee

Strategi tuh penting kalau nak menang.Mcm kita main Conuter Strike atau games Red Alert.Heheehee..

Samudera

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam YB Raz,

Kalau ikut kan hati begitu la. Tetapi kata orang tua-tua, ikut rasa ,binasa, ikut hati ,mati. Kalau menarik rambut dalam tepung, biarlah rambut tak putus dan tepung tak berselerak.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Negeri Perak ada sembilan daerah. Tiap-tiap daerah ada dialek masing-masing. Orang Parit tak sama cakapnya dengan orang Bukit Gantang atau orang Tanjung Malim. Dalam satu negeri pun laras dan dialek bahasanya dah tak serupa. Mungkinkah ini gambarannya bahawa Melayu perak sukar untuk bersatu.

Walaupun Melayu Perak adalah melayu teramai di Tanah melayu ini tetapi jika tidak bersatu negeri pun boleh tergadai. Masa belum terlambat untuk anak dan cucit cicit Tok Lela dan Tok Sagor bersatu semula. Jangan biarkan politik Perak ditentukan oleh PKR Pulau Pinang atau PAS Terengganu.

Hidup Perak. kome oh kome.....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera.

Politik adalah satu seni serba kemungkinan. Sepak terajang politik penuh dengan strategi. Lihat strategi British, tanpa berperang dengan orang Melayu pun ,British berjaya menguasai Tanah melayu dari Perlis sampai ke Sabah. Kesan politik British itulah yang menjadikan Malaysia hari ini penuh dengan penuh warna warni kehidupan.

Geng Samudera said...

Pak Amir,

Itu la Pak Amir,orang kita kena belajar ke arah camtuh demi survival agama dan bangsa.Bukan tahap jatuh menjatuh, dengki sana sini, tak puas hati sana sini....
Saya bukan nak cakap apa lar,ambil contoh saya disini,bangsa luar nih walaupun kita kena berjaga-jaga tapi mereka tak ada pun nak kedekut ilmu dan pengalaman.TAPI kita kena berjaga-jaga jugak,kekadang depan manis,belakang susah jugak nak predict.Lebih2 lagi biler tau kita org Islam.Roommate saya nih Russian dan belah mak dia adalah Jewish.Jadi dia ada darah Jewish.

Jadi apa jenis strategi penting untuk bangunkan balik kewibawaan masyarakat kita lebih2 lagi masalah perpecahan dan berantakan sesama kita.
Strategi + perpaduan saling percayai satu sama lain = baru boleh fight balik....

Ini,semua dia perasan dia lah paling hebat dalam alam semesta nih...hehheee....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Deng Samudera,

Zaman sekarang zaman berperang dengan akal dan ilmu.

D'Rimba said...

Indahnya jawi............Rindu amat saat keagungan Jawi di tanah Melayuku, Bilakah kemanisan itu bakal kembali ke jiwa bangsaku......

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam D'Rimba .

Di Nusantara ada dua bangsa yang besar iatu Jawa dan Jawi.

Jawi itu maksudnya Melayu.

Masuk jawi bermakna berkhatan. Menunjukkan kalau masuk Islam maka masuk Melayu la dia.

Tulisan Jawi adalah tulisan Melayu menggunakan huruf Arab.Betapa rapatnya Melayu dan Islam.

Tanah Jawi bermaksud Tanah Melayu yang menjadi penduduk asal tanah Melayu.

zedmagel said...

Bro Amir,

Tahniah atas pengupasan Jawa dan Jawi. Baru le macam faham. Tapi orang Jawa sendiri jika di sebut Jawi itu, maksudnya Melayu.

Nek di omong Jawi ( Melayu ), dalam bahasa jawa Melayu kwe lari. Kuea faham opo orak?

Nek orak faham tekon aku. Aku ngenteni. Wangsol sek.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel.

Ya asalnya semua bermula di Tanah Jawa. Maka orang-orang yang keluar dari Tanah Jawa itu adalah Jawi.
Sesuai lah nama Melayu itu dalam bahasa Jawa adalah lari. Lari dari Tanah Jawa. hehehe.....ini bukan fakta bro. Ikut akal fikiran saja.