Membaca komen Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub berkenaan dengan sokongan mereka membawa masuk Chin Peng ke Malaysia membuktikan kejayaan Anwar menukar fikiran rakyat Malaysia kepada pemikiran yang sangat terbuka. PAS dan PKR mempunyai ideologi yang sangat berbeza pada asalnya kini sudah nampak sealiran tetapi masih terpisah dalam dua parti.
Pengaruh Anwar bukan sahaja diresap ke dalam DAP tetapi juga sudah meresap masuk ke dalam Parti Islam Malaysia (PAS). Bukan sahaja Ketua Pemuda PAS malah Nik Aziz pula menyifatkan BN sama seperti komunis. Kata Nik Aziz "Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini di mana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.". Saya tidak mahu komen perbandingan yang dibuat oleh Nik Aziz ini kerana beliau ini kalau dilayan makin menjadi-jadi sewelnya. Biarlah Pok Nik ni meraban-raban sesuka hatinya.
Mengapa Salahuddin dan Mustafa memberi pendapat begitu? Adakah ini pendapat peribadi mereka atau pendapat atas pemikiran Anwar Ibrahim?. Mereka berdua ini adalah Melayu Islam yang sangat bertentangan dengan fahaman komunis yang di dokong oleh Chin Peng terutama dari segi akidah iaitu kepercayaan kepada tuhan. Komunis tidak percaya kewujudan tuhan apa tah lagi kewujudan Allah. Apa kena mengena Chin Peng dengan Salahuddin Dan Mustafa? Kalau benar mereka sangat terbuka sekarang kenapa tidak mulakan dengan membawa Syamsiah Fakeh, Abdullah CD atau Rashid Maidin? Bukankah mereka Melayu dan seagama?
Kenapa sokong seorang Cina yang bernama Chin Peng? Pesan Anwar kepada mereka ini, Cina adalah undi penentu di Malaysia hari ini? Kalau Pakatan Rakyat mahu ambil negara ini secara sah adalah melalui pilihanraya ke 13. Kegagalan mereka dengan projek 16 September dan kesilapan percaturan di Perak telah membawa kembali Anwar kepada proses demokrasi sebenar iaitu pilihanraya. PAS telah berjaya merobek perpaduan Melayu dengan memecahkan-mecahkan mereka kepada dua. Pada ketika ini undi penentu adalah golongan minoriti.
Trend sekarang jika kawasan majoriti Cina, Melayu akan tolong pangkah untuk DAP. Kalau kawasan undi Melayu, Cina akan pangkah untuk PAS atau PKR. Bagaimana hendak balas jasa baik Cina-Cina yang sudah pangkah PAS dan PKR dalam pilihanraya lalu dan akan datang?. Jawapannya mudah sahaja. Jangan berkrisis dengan mereka, jika ada isu-isu berkaitan dengan Cina, PAS dan PKR wajib sokong.
Seingat saya Chin Peng tidak pernah berkata bahawa dia sudah meninggalkan fahaman komunis. Perjanjian Hadyai 1989 hanya perletakan senjata oleh komunis. Fahaman dan ideologi komunis tetap menjadi pegangan mereka. Saranan Salahuddin - 'Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak' adalah cadangan yang membuang masa. Sudah tentu Chin Peng akan mengaku bahawa dia sekarang sudah beragama, menjunjung perlembagaan Malaysia atau apa saja yang muluk-muluk asalkan kepulangannya di terima sebagai rakyat Malaysia.
Mengaitkan kezaliman Komunis dengan kezaliman British dan Jepun sehingga membolehkan Chin Peng balik ke Malaysia juga adalah cakap-cakap kosong seorang ahli politik. Sebagai anak Teluk Intan, Mustafa Kamil Ayob mungkin tidak lupa dengan sejarah di Sungai Manik sama seperti mana sejarah di Batu Pahat yang mempunyai versi yang sama berkaitan komunis. Mustafa lebih faham tetapi kerana politik bossnya dia buat-buat tidak faham.
Bagi Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng juga adalah cakap-cakap politik. Seingat saya juga belum ada ahli-ahli PKM yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas kekejaman yang mereka telah lakukan. Belum pernah dan tidak pernah. Kalau mereka tidak meminta maaf, sebab apa kita hendak memaafkan.
Walau apapun Anwar tahu, Chin Peng memang tidak akan dibenarkan pulang oleh kerajaan BN. Isu ini sengaja dibangkitkan oleh Gerakan yang saya sudah lama ragui keikhlasan mereka dalam BN, Pakatan Rakyat cuma memainkan isu. Cina akan terus melihat BN sebagai 'jahat' dan Pakatan Rakyat adalah 'baik'.
Kenapakah Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan isu 'satu sekolah untuk semua' yang diperkatakan oleh ramai blogger pro kerajaan? Jawapannya, Anwar tahu isu sekolah SRJK(C) adalah isu sensitif orang Cina. Mereka boleh membantah isu 'satu sekolah untuk semua' walaupun mereka sekarang ini mmbawa konsep kesamarataan dan keadilan untuk semua. Percayalah, isu 'satu sekolah untuk semua' tidak akan disokong oleh PAS dan PKR.
Saya sebenarnya ingin menyedarkan segelintir masyarakat kita yang sangat terpengaruh dengan cakap-cakap politik orang PAS dan PKR yang sibuk hendak membawa Chin Peng balik tetapi dalam masa yang sama Chin Peng didakwa bukan rakyat Malaysia sebaliknya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya. Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim (Rujuk :Berita Harian
28 mei 2009)
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Salam Pak Amir,
Saya ambil quote di bawah:
Trend sekarang jika kawasan majoriti Cina, Melayu akan tolong pangkah untuk DAP. Kalau kawasan undi Melayu, Cina akan pangkah untuk PAS atau PKR. Bagaimana hendak balas jasa baik Cina-Cina yang sudah pangkah PAS dan PKR dalam pilihanraya lalu dan akan datang?. Jawapannya mudah sahaja. Jangan berkrisis dengan mereka, jika ada isu-isu berkaitan dengan Cina, PAS dan PKR wajib sokong.
Persoalannya,berapa peratus kepercayaan org Cina terhadap masyarakat kita?
Bukan tujuan untuk meragui kepercayaan mereka terhadap kita,tetapi jangan lah sampai tahap melepaskan anjing yang tersepit,akhirnya digigit kembali.
Masyarakat kita khususnya bangsa Islam Melayu perlu tahu kekuatan dan kelemahan sendiri.Akui sendiri yg kita ada kekuatan yg boleh dikembangkan dan kelemahan yg WAJIB diperbaiki.......
Senario skrg,apabila DAP dapat membaca kelemahan PKR dan PAS,mudahlah baginya memperkudakannya.Jika PAS dan PKR masih berangan dan tak sedar-sedar,hahh...tunggulah akibatnya..
Seperti Pak Amir katakan,Anwar mengatakan Cina adalah penentu undi di Malaysia.Bila kita halusi ayat Pak Amir,kita perlu tanya,kenapa ianya boleh menjadi undi penentu?.
Mungkin tempoh yg diambil bukan 1 atau 2 hari tetapi mungkin bertahun-tahun untuk membentuk sehingga boleh terjadinya undi penentu.Mereka mencari jalan dan mengatur strategi.Mereka memperkuatkan ekonomi dan segala bentuk pendidikan,perniagaan dan taraf hidup mereka bergerak seiring.Dan masa yang sama juga,melekakan generasi muda dan tua Melayu dengan pelbagai sudut.
Pangeran Samudera
sabar. dia orang perintah tak lama. pinang , kedah, selagor dapat diambil semula oleh bn. tengoklah nanti
Pak Amir:
....mereka adalah seperti seorang pemuda yang sedang memujuk seorang gadis cantik supaya berkahwin dengannya.berbagai janji ditabur, berbagai hadiah yang akan diberikan, dan disebalik itu pula, mereka mengeji teruna yang telah lama berkawan dengannya.itulah manusia.nampaknya mereka sudah mula lari dari prinsip asal perjuangannya...ISLAM.....isLAM..........islAm........islam.......dan akhirnya mereka akan....tengeLAM........tengelam dalam perjuangan yang dilaung-laungkan sendiri....
استغفرالله العظيم .
Salam;
Sempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak balik kampung, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.
Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...
salam Geng Samudera,
Cina boleh bersatu atas nama Cina. Mereka tidak memerlukan parti seperti mana Melayu yang bergaduh sakan atas nama parti.
Pilihanraya 2008, menyaksikan mereka bersatu atas nama Cina untuk bulatkan hati mereka memilih Pakatan Rakyat. Di Pulau Pinang ahli Gerakan sendiri telah memenangkan calon DAP.
Cina boleh bersatu tanpa mengira mereka Cina Gerakan, MCA atau DAP. Mereka akan bekerjasama melalui persatuan-persatuan Cina yang lebih berpengaruh daripada parti politik. Parti hanya alat untuk mendapatkan kuasa.
Melayu tidak begitu, Melayu kalau berbeza pandangan politik dan ideologi memang tiada kompromi. Lihat hubungan UMNO dan PAS dan bandingan keakrapan PAS dan DAP masa kini. Politik UMNO adalah menang jadi arang kalah jadi abu.
salam arifomar,
Saya pun berkeyakinan begitu. Pengalaman UMNO selama 63 tahun boleh membantu. Isyaallah
salam buah kelapa turkey,
perbandingan saudara memang tepat. Belum dapat kuasa cakaplah apa suka. Lidah memang tidak bertulang!
Dah dapat kuasa....sama aje malah lebih teruk lagi. Baca komen 2 DUN PKR yang jadi bebas di Perak dalam agendaily.com
salam Rantong.
Saya sudah ke blog saudara
salam GSenduk,
Cuti sekolah ni Ngah dan Ngeh ambil kursus tajwid. Dulu baca sepotong ayat Quran tunggang langgang, teruk kena kutuk. Nik Aziz cadangkan mereka hadir kursus tu dengan harapan lepas ni Ngah dan Ngeh lebih baik daripada Nik Aziz pulak. Nik Aziz sampai sekarang cakap melayu pun pelat. hehehe
Salam tuan,
Tolong check nama penuh Chin Peng. Mungkin nama keluarga dia Ngeh Chin Peng, Ngor Chinn Peng, Lim Cin Peng, Neeja Chin Peng ataupun See Var Chin Peng. Sapa tau?
Salam tuan,
Tolong check nama penuh Chin Peng. Mungkin nama keluarga dia Ngeh Chin Peng, Ngor Chinn Peng, Lim Cin Peng, Neeja Chin Peng ataupun See Var Chin Peng. Sapa tau?
salam cengkodokmasin.
lama tak keudara.....hehehe
Kalau Ngeh, Ngah atau Lim tu biasala bro. Neeja dan See Var tu memang kawan kena check....hehehe. Tambah-tambah si Neeja tu, dia pakai songkok dan jadi imam lagi.Yang ni lagi bahaya.
salam.. ni 1st time saya baca blog ni. Erm..saya pun org johor gak.. kata kawan saya org yg masuk PAS ni org yang kecewa, betul ke? saya setuju orang cina memang bersatu, kalau melayu pun begitu, alhamdulillah..bukankah memperjuangkan melayu itu turut memperjuangkan Islam. MAksud Melayu: lazimnya beragama Islam dan bercakap BM, yg ketiga lupa lak cirinya. Pernah satu ketika ada orang malu nak mengaku bangsa Melayu kerana malu dengan sikap bangsanya. Ada pula bagi bukan Melayu yang menyangka masuk Islam bererti menjadi Melayu, ha, camna tu?
Salam Insan Kecil.
Terima kasih kerana 'mampir'ke blog saya yg tak seberapa ni.
Saya tidak pasti sama ada orang yang masuk PAS itu adalah orang yang kecewa. Kemungkinan kekecewaan tetap ada, mungkin kecewa tidak mendapat habuan material atau kemungkinan kecewa dengan dasar-dasar kerajaan yang mungkin pada pendapatnya tidak menepati kehendak dan tuntutan syarak. Yang pasti PAS adalah serpihan daripada UMNO iaitu daripada biro agamanya.
Cina dan Melayu itu manusia juga. Ada lebih dan kurangnya. Dalam sejarah China baik di Tanah Besar atau Cina yang merantau mereka juga sering berperang sesama sendiri. Dari satu Dinasti ke satu Dinasti, peperangan silih berganti. Di Malaysia dewasa ini mereka kelihatan bersatu kerana ada beberapa perkara yang mereka perjuangkan mempunyai matlamat yang sama. Ianya termasuklah pendidikan dan ekonomi untuk survival bangsanya.
PAS dan UMNO tidak boleh bersatu kerana fahaman ideologi parti masing-masing. UMNO dengan nasionalismenya sedangkan PAS dengan Islamiknya. UMNO lebih sederhana dalam tuntutan bangsa dan agamanya. Kesederhanaan itu telah meletakkan UMNO sebagai pengasas sebuah negarabangsa sejak 63 tahun lalu.
Lazimnya Melayu itu agamanya Islam, bahasa yang dituturnya bahasa Melayu, budayanya adalah berasaskan budaya Melayu. Namun jika seorang itu memeluk Islam tidak bermakna dia masuk Melayu. bangsanya tetap kepada keturunan asalnya.
Di Nusantara dahulu ada dua bangsa yang besar iaitu bangsa jawa dan jawi. Jawi ini bermaksud Melayu. Kalau orang dulu nak bersunat disebut masuk jawi bermakna masuk Melayu la tu. Tulisan jawi itu maksudnya tulisan Melayu berasaskan huruf-huruf Arab. Jadi kalau ada mualaf nak peluk Islam dia kena 'masuk jawi'. Istilah itu yang dimaksudkan masuk Melayu.
Salam Pak Amir,
Bagi penyokong2 yg beria2 sgt menyokong pengganas tu dibenarkan balik, nasihat untuk bajingan2 ini ialah:
"makan lah kamu dari rezeki tipu helah kamu yg munafiq itu dari darah, nanah dan air mata pejuang2 yg gugur, cacat anggota,disiksa dan sebagainya"
Kamu tidak merasai penderitaan yg dialami orang2 yg terlibat dgn kezaliman pengganas2 ini, maka kamu tidak mampu untuk berimiginasi betapa tersiksanya jiwa dan hidup mereka dan keluarga mereka..kpd pengganas ini, tidak ada maaf bagi mereka..mereka ini sepatutnya dibawa balik serta dibicarakan..dihukum dgn hukuman yg setimpal dgn perbuatan mereka..
alangkah bertuah mreka dgn sifat org melayu yg tidak mahu memperpanjangkan perkara ini..mereka sanggup mengurbankan diri mereka dgn memendam perasaan dendam mereka..aku percaya jika perkara yg sama berlaku kpd bangsa lain, mreka ini sudah tentu menerima nasib yg sama spt pol pot, milosevic, radovan karatzik dsb..kpd anak cucu cicit pengganas ini, bersyukurlah kamu kerana kamu dilahirkan di negara org melayu yg amat bertimbang rasa ini..tp jgn fikir org melayu sentiasa memaafkan!!!!
salam keris panjang,
Syabas!
Melayu yang menyokong Chin Peng, kalau mereka hidup di zaman Chin Peng sudah pasti mereka akan menyertai PKM Rejimen ke 10 iaitu PKM yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin Melayu berhaluan kiri. Mereka akan terpedaya dengan dakyah komunis seperti mana terpedayanya Rashid Maidin, Abdullah CD atau Syamsiah Fakeh.
Saya menyokong pendapat saudara, Chin Peng sepatutnya dihukum seperti mana pol pot kerana Chin Peng juga adalah penjenayah perang seperti mereka.
Sudah diberi betis nak peha pulak.
Jangan dilayan sebarang tuntutan membawa Chin Peng balik. Mari kita berdoa beramai-ramai cepat2 malaikat maut datang mencabut nyawanya.
Sdra Amir,
Saya ingin memberi nasihat kepada saudara2 sebangsa di Malaysia supaya jangan sekali-kali melepaskan negara tuan kepada bangsa Majusi. Jangan sekali2 jangan. Jagalah negeri tuan-tuan baik kerana pengalaman perit kami di Singapura cukup menyadarkan. Tolonglah tuan. Bersatu lah tuan demi bangsa dan ugama. Pesanan syahdu dari MelayuSingapura.
Post a Comment