Saturday, May 30, 2009

Musim Mengawan Sudah Bermula......

Cuti pertengahan penggal telah pun bermula pada hari Sabtu (30 Mei 2009) bagi sesetengah negeri seperti Johor dan ada yang telah bercuti lebih awal sehari (Jumaat) bagi negeri-negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Tiba musim cuti sekolah begini maka ramai yang mengambil peluang cuti sekolah selama dua minggu ini untuk menjadi raja sehari atau pengantin baru.

Kawan sendiri banyak menerima jemputan dan undangan perkahwinan yang jauh dan yang dekat. Hari ini, satu majlis perkahwinan telah sempat kawan hadiri ialah majlis perkahwinan di Kg.Istana Batu Pahat, Johor. Seperti biasa, jemputan yang ramai memberi peluang berjumpa kawan-kawan dan saudara mara selain meraikan dan menumpang gembira tuan rumah mendapat menantu baru.

Dalam kemeriahan majlis, kawan terserempak dengan penyanyi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, Tan Sri SM Salim. Bagi orang di Kuala Lumpur mungkin suatu perkara biasa tetapi orang-orang kampung seperti kawan ni, jarang berjumpa dengan selebriti-selebriti terkenal seperti Tan Sri. Sempat juga kawan bergambar kenang-kenangan, manalah tau selepas ini kami tak mungkin bersua lagi. Tan Sri SM Salim sempat juga menyumbangkan suaranya yang gemersik dalam majlis itu atas permintaan ramai.






Kawan mengambil kesempatan mengucapkan:

1. Tahniah kepada pasangan pengantin baru hari ini dan sepanjang dua minggu cuti persekolahan ini dengan ucapan selamat pengantin baru dan selamat menjadi raja sehari. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah khususnya kepada sahabat Cik Zulita di Batu Pahat yang menjadi Ratu sehari hari ini 31 Mei 2009 dan Mohd.Faiza di Terengganu pada 3 Jun 2009. Juga jika ada ahli-ahli PERKASA dan ahli-ahli KCD di seluruh negara yang turut 'mengawan' minggu ini dan minggu hadapan.

1. Tahniah kepada sesiapa sahaja termasuk otai-otai PERKASA dan Kelab Che Det yang mengahwinkan anak dan menerima menantu hari ini dan sepanjang 2 minggu akan datang. Semoga majlis berjalan lancar dan selamat akhirnya.

Hari ini di Penanti, ialah hari mengawan bagi calon-calon yang bertanding. Pilihanraya kecil yang pada asalnya PR ingin 'mengenakan' BN tetapi dirinya sendiri yang terkena. BN tidak berahi di Penanti tetapi berahi di Manik Urai. Berentaplah sesama sendiri. Walau apa pun selamat mengundi bagi pengundi di Penanti.

Dengor ceritanya, Only about 6824 voters have voted by 4.00pm, or 44.4%, in strong contrast to the 82% achieved in the last General Elections. With such a low turn out rate PKR’s candidate Mansor look set not to get near Fairuz’s 7000 votes. Kesiannya!

Mungkin ada kaitannya dengan musim mengawan yang sudah pun bermula sejak semalam. Hari ini hari minggu, bertambah panjanglah langkah penduduk Penanti. Sejak pilihanraya Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai inilah pilihanraya kecil paling boring agaknya bagi petugas-petugas pilihanraya serta pasukan keselamatan. Keadaan semasa di Penanti sudah tentu 'memalukan' Pakatan Rakyat.

Sepatutnya di Penanti, inilah masanya mereka hendak membelasah BN. Apa sudah jadi? Mereka belasah sesama sendiri nampaknya. Azmin kata Kak Minah ronggeng, Kak Minah kata, Azmin jagalah bini baik-baik. Tak kurang pula kata, apa kurangnya Azmin yang digelar Mat Ronggeng jugak. Hai....macam-macam.



Sampai meleleh air liur abang polis kita ni, kata orang jawa sampai 'ngences' mengambarkan betapa aman dan tenteramnya pilihanraya kecil kali ini. Selain daripada sibuk merayakan 'musim mengawan', mungkin ada yang malas nak keluar mengundi terutama ahli UMNO. Kalau mengundi setakat nak buat undi rosak ,main dengan anak-anak di rumah lagi bagus. Kemungkinan lain, pengundi pun dah naik meluat dengan kerenah orang-orang politik. Malas nak keluar, memandangkan Mac 2008 baru keluar mengundi, Jun 2009 nak keluar lagi ke? Anwar pun macam dah tak laku dah. Cakapnya pun orang malas nak dengar.

Tapi yang nakal-nakal akan berkata pengundi di bawa lari keluar daripada Penanti. Ye Ke? Jahatnya UMNO ni, dah lah tak bertanding bawak pengundi keluar pulak? Berapa bas? berapa ramai? Bawak lari ke mana? Jauh ke bawak lari tu? Banyaknya duit UMNO...Manik Urai nak pakai duit lagi. Kesian....kesian....dah habis modal la tu. UMNO tak bertanding tu kan dah bagus. Dapat kerusi free tu. Kalau kak Minah menang kan dia bekas orang PKR juga. Mula-mula kak Minah tolak la janji-janji tu. Kalau dah menang, diulang-ulang selalu, tahan ke kak Minah menahan godaan harta, wang ringgit dan pangkat? Walaupun keputusan belum tahu.....tahniah untuk PKR atau Kak Minah yang bakal menjadi wakil rakyat dalam pilihanraya kecil paling boring dalam sejarah.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

2 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Dah time mengawan. Mana boleh ditahan2. Mau mengamuk gamaknya.. Gajah pun boleh terlentang tau.. Pak Iman nikah pun senyum menmanjang jer. Iye.. ada "masyukkkkk". Dah rezeki dia orang 2-3 kali jer setahun. Dengar cerita yang nak mengawan pun kena pakai syiff sebab Pak Iman tak menang tangan. Sabau je le Wak..

Ye ke ramai pengundi BN dah bawa lari? Kenapa tak bawa berjalan saja? Taklah penat sangat. Ke mana mereka berlari ye? Agaknya ke Siam sebab sekarang ni kan musim mengawan.. Ala.. YB belah sana pun ramai yang mengawan kat Siam.

Maaf tuan sebab tak dapat hadir majlis tuan. Kes temankan sedara. Nak ngawan juga ler tu... Hehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cengkodokmasin,

betul bro hari ni aje ada 7 jemputan. Tapi tak dapat pegi semua, 2 tu di luar kawasan. Kirim duit 'pechek' aje la.

PKR dah menang pun. Memang pun kerusi dia. Dia yang letak jawatan, dia yang hendak PRK, dia bertanding sesama sendiri lepas tu dia bersorak la sesama mereka. Ok lah tu dah nak kemaruk sangat. Ambik satu kali. lepas ni agak-agaknya berani tak abang Nuar kita buat lagi macam di Penanti?

Tobat tak berani bro.......hehehe

Tak pe bro, majlis dah selesai. Kalau datang semalam memang pekena bariani kambing.