Saturday, May 16, 2009

Melayu Perak Perlu Tolak Nizar....


Nizar Jamaluddin muncul di persada politik negara selepas pilihanraya ke 12, apabila beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak walaupun di peringkat awal perlantikan beliau di tentang oleh DAP. Ianya berikutan DAP memperolehi kerusi terbanyak iaitu 18kerusi berbanding PKR 7 dan 6 kerusi untuk PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat. Malangnya DAP yang sememangnya buta sejarah terlupa bahawa MB Perak mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya). Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.

Sejarahnya, Perlantikan Nizar sebagai MB Perak telah dibantah oleh akar umbi DAP. Oleh itu mereka terpaksa memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar bukan Melayu bukan Islam yang pertama (Ngeh seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian). Akhirnya Sultan Perak menolak cadangan ini dan menegaskan untuk seorang Menteri Besar baru yang juga orang Melayu. Baginda mahukan Orang Melayu yang profesional. DAP tidak mempunyai ADUN Melayu, dan kesemua ADUN Melayu PKR hanya berkelayakan Tingkatan 5. Oleh itu, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebagai seorang jurutera dan juga memegang jawatan yang tertinggi dalam PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Malah Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memboikot pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, kalau ADUN DAP ditolak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.

Ini jelas menunjukkan bahawa Nizar adalah MB yang bernasib baik kerana dianya Melayu.
Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu. Boleh dikatakan Nizar adalah Melayu yang terpandai di kalangan 9 Melayu yang bodoh ada di dalam PKR dan PAS.

Bukan Nizar tidak baik dan tidak bijak. Beliau adalah dari lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom ini. Tetapi beliau datangnya daripada parti yang lemah. Beliau dikelilingi oleh 6 exco DAP dan sudah tentu keputusan exco negeri terutama hal-hal tanah akan memberi keuntungan berganda kepada DAP dan kroni-kroninya. Ini telah terbukti apabila penduduk-penduduk Kampung Baru Cina mendapat hak milik kekal selama 999 tahun.Ianya sama lah memberi tanah percuma kepada mereka. Kampung Baru yang dikaitkan dengan kegiatan komunis mendapat layanan istimewa sedangkan orang yang mempertahankan negara seperti Polis dan Tentera mendapat cacian dan penghinaan. Adakah Nizar terfikir untuk memberi tanah percuma ini jika bukan dari desakan DAP?

Orang PAS harus sedar, Nizar bukan MB PAS yang dibangga-banggakan. Beliau hanyalah MB Boneka. Keputusan Nizar banyak dipengaruhi oleh 6 exco DAP.MB Perak sebenarnya adalah DAP. Siapa MB PAS yang sebenar yang sepatutnya PAS bangga-banggakan? Mereka itu adalah MB Kedah dan MB Kelantan. Mereka berdua memang tidak ada siapa boleh menafikan menguasai Kedah dan Kelantan. Bagaimana parti yang menang hanya 6 kerusi daripada 59 kerusi boleh menjadi MB yang baik? Sukar untuk mempercayainya.

Apakah kelebihan Nizar ini sehingga beliau akhirnya cuba digandingkan dengan Presiden PAS sebagai Timbalan Presiden PAS ?. Sebelum pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu terutama perwakilan PAS daripada Perak mengharapkan gandingan ini menjadi kenyataan. Tetapi realitinya selepas 8 Mei Nizar hanya tersenarai sebagai calon Naib Presiden. Walaupun sepanjang tahun ini Nizar begitu popular dan boleh dikatakan sebagai hero di Perak tetapi berdasarkan pencalonan PAS seluruh negara hanya layak untuk bertanding bagi kerusi Naib Presiden itupun belum pasti lagi berjaya. Ini bermakna Nizar hanya diterima di Perak tetapi belum sampai masanya menjadi pemimpin peringkat kebangsaan. PAS luar Perak pun tahu, Nizar adalah MB Boneka DAP.

Bagi penyokong Nizar di Perak dikatakan Nizar ini sangat istimewa. Rakyat Perak dikatakan beruntung mempunyai Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Itu sahaja?. Bagi pengetahuan semua, Anwar Ibrahim juga pernah menjadikan mimbar Jumaat sebagai satu paltform politiknya untuk mengambarkan munculnya pemimpin baru Islam. Malah Sultan Iskandar, Sultan Johor selepas ditabalkan menjadi Sultan telah berkhutbah Jumaat di 8 masjid di setiap 8 daerah di Johor. Jadi apa istimewanya Nizar jika sebelum ini pun sudah ada pemimpin dan Sultan membaca khutbah?

Pengalaman tertinggi sebagai Setiausaha PAS Negeri sebelum menjadi MB, rasa-rasanya Nizar bukanlah berpengalaman sangat dalam politik. Namun kehebatannya bagai sudah berpuluh tahun bergelumang dengan sepak terajang politik. Siapakah yang berada di belakang Nizar? pertama Anwar Ibrahim dan ke dua DAP Perak. Nizar bukan seorang pemimpin yang boleh berdiri sendiri. Beliau adalah pemimpin yang sentiasa di pangku dan dikendung.

Saya akan menerima dan mengakui Nizar sebagai MB yang bebas dan merdeka jika PAS memenangi 18 kerusi, PKR 7 dan DAP 6 di Perak.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

afrohead said...

jujur saya katakan.
semakin hari saya sdemakin meluat dengan nizar.
dan saya sedih kerana ada segelintir rakyat negeri saya yang membutakan mata dalam melihat siapa nizar..
dan saya juga menggeleng kepala bila kawan2 saya begitu berbangga dengan nizar yang mengimamkan dan menyampaikan khutbah jumaat..
seperti kata saudara, itu saja? itu saja nak dibanggakan?

sedih sungguh bila komunis dipuja, pejuang dihina.

semoga rakyat negeri say buka mata..

Anonymous said...

akum dato, biasa le, takkan tak ingat. Nizar ini keturunan kitol dan sepupu dengan raja mendeliar. mengenakan dan mengutuk orang boleh le dia. nizar juga bersepupu dengan raja mendeliar. Itu dok gantung orang aje tu. saka raja mendeliar tu ada juga di badannya.

putera said...

DIA TETAP BONEKA..WALAU APA PUN ALASAN YG DIORANG BERIKAN 'NIZAR TETAP BONEKA' DAP.. NGOK BIN NGEK BETOL LAH DIORANG NII...CISSS
MELUAT BTOL DEN.. MUAKK

Geng Samudera said...

Salam

Punca krisis ini adalah kerana masyarakat Islam Melayu tidak bersatu dalam perkara-perkara teras dan bukan semata-mata kerana Nizar adalah boneka DAP sahaja.Tidak salah untuk kita berlainan pendapat tetapi kita kena JELAS bahawa ada beberapa prinsip yang menjadi teras di mana kita tidak boleh kompromi.

Rasanya UMNO tak akan bising kalau Nizar bijak mengatur pemerintahannya tanpa melanggar prinsip teras tersebut.(aik..,belajar luar negara pun masih ngok gak ker?)

Rasanya UMNO tak kacau Nizar jika Nizar tak kasi muka kat DAP yang suka meminta itu ini.

Yang jadi masalah,Nizar sengal sangat sampai terikut-ikut rentak DAP.Patutnya kalau Nizar bijak,dia kena pastikan semua "pintu" ditutup rapi dari dimasuki DAP.
Itu yang buat UMNO bengkek dan rakyat jadi kucar kacir.Dia melanggar prinsip teras yang boleh menyebabkan pertelingkahan antara kaum.Patutnya bila dah ada kuasa di atas,dia berhak pe nak appointkan siapa yang didalam kabinetnya.
Peduli apa dengan kabinet yg mewakili DAP!!

Lagi satu,agak2 suatu hari nanti kalau wakil DAP yg berada di atas,habis madu sepah dibuang jerr si Nizar tuh.Pandang pun silap2 tak nak...
Time tuh la baru tahu langit tinggi rendah..
Time tuh la baru tahu siapa kawan siapa lawan...
Time tuh la baru tahu selama ini diri telah digunakan...skrg mmg tak nampak.Sekeliling penyokong sokong..

Berbalik pada masyarakat islam melayu pulak,kita patut bersatu hati dalam mempertahankan prinsip teras ini walaupun berlainan parti.

UMNO memperjuangkan secara fiskalnya bangsa Melayu,dan PAS memperjuangkan secara fiskalnya agama Islam.Apa salahnya duduk semeja dan buat kompilasi pada semua aspek2 terutama memartabatkan agama dan bangsa.Dan jika PKR memperjuangkan keadilan,lunaskan bentuk keadilan yang selari dengan prinsip teras tersebut.

Kesimpulannya,masyarakat kita kena bergerak seiring.Bila bergerak seiring,mana yang terjatuh,dibangunkan.Mana yang dah terkedepan,ditolak lagi supaya ke depan.Jadi semua akan sama-sama naik.Contoh sedia maklum,masyarakat depa..bisnes2 gak,tapi tolong sesama sendiri dan secara kita tidak sedar,mereka berkembang seiring.Dalam hal camni,masyarakat kita perlulah meningkatkan ilmu dan pengalaman agar digemblengkan sesama kita.

Masalah kita pasal attitude!.
Itu yang mereka ambil peluang dan gunakan sepenuhnya peluang tersebut.Semua fikir kantung sendiri jek baik dari peringkat atas sampai lar ke kampung2.Mmg kita tak nafikan,bukan?.

Jadi camne kita nak open our heart and think in positive way?

Perkara camni dah bertahun-tahun diceritakan tapi masih lagi kita tidak dapat satu penyelesaian yang konsisten.Berpuluh-puluh cadangan dan formula dibuat agar masyarakat kita berilmu dan bergerak seiring tapi masih lagi peratusannya rendah.
Pelbagai sudut perspektif kita cuba selongkar tapi masih jugak camtuh.

Sebabnya simple jer.ATTITUDE.

Pemimpin silih berganti,tapi masih jugak tiada formula yang berkesan utk digunapakai oleh masyarakat Islam Melayu kita.
Bagi saya,berjuta formula sekalipun dibuat,tapi kita sendiri tidak membentukkannya,formula tinggal formula lar gamaknya.Dan terus menerus lar dibahaskan sampai sanggup dijadikan boneka terutama DAP seperti NIzar sekarang.

Wallahualam....

My 2 cent thinking.

Sang Pangeran

P/s: Dlm realiti kehidupan sekarang,bukan hanya Nizar je yg jadi boneka,dalam perniagaan,dalam persatuan,dalam mesyuarat,dalam urusan tender2,dalam urusan berpolitik,dalam majlis2,sedar tak sedar kita pun sedikit sebyk "terjadi" boneka jugak...
Boneka pada siapa?..Ehem,sendiri mau ingat lar..heheheheee

---- NO Offence --

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Sangat bangus rentetan fakta yang saudara utarakan tu.Biarlah dia orang rujuk jadikan sejarah dan pengetahuan sendiri.

Mudah-mudahan dengan tulisan dan huraian dari saudara akan menginsfkan mereka untuk mengundi kepada BN dan UMNO di masa akan datang.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam anas afrohead,

Tahniah anak Perak seperti saudara yang sedar siapa yang benar dan siapakah yang palsu. Siapa yang meletakkan kepentingan rakyat lebih utama berbanding kepentingan diri. Siapakah yang dapat mencelikkan mata semula daripada hati yang buta. Semoga Perak Selamat Sejahtera dan dilindungi Allah jua.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro arifomar,

Nizar mata sepet bro tapi perangainya sebiji tak tumpah macam si kitul dan raja mendeliar tu. Dia ingin merubah lanskap politik Perak atas nasihat DAP kerana DAP bapak politik Nizar.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Putera,

BONEKA ni sama macam patung. Mati dan tak bernyawa. Hidupnya hanya digerakkan oleh DAP, DAP lah yang merancang dan tangannya yang menandatangan kerana tandatangan MB yang laku. DAP kecewa tak dapat MB, Maka Nizar dikerjakan secukupnya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam geng samudera,

Benar, Melayu tidak bersatu puncanya. Nizar itu hanyalah sebahagian daripada pelakonnya. Seperti lakonan si kitul dan raja mendaliar yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.

Sejarah akan berulang, cuma pelakon saja yang berbeza.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Terpulanglah kepada rakyat Perak kerana merekalah yang mengundi dan memangkah. Di tangan merekalah yang menentukan halatuju Perak di masa depan. Kawan pun ada zuriat di sana bro.......