Sebagai sebuah negara demokrasi kewujudan pelbagai parti adalah sesuatu yang lazim kerana adanya perbezaan pendapat dan kefahaman sesuatu perkara. Tidak salah kewujudkan Parti PAS kerana ianya dibenarkan dan sepanjang pilihanraya Umum di negara ini PAS tidak ketinggalan menyertainya. Adakalanya pencapaiannya memuncak dan ada kalanya merudum. Sehingga ke hari ini PAS masih gagal untuk mentadbir negara ini kecuali pernah mentadbir negeri Terengganu dan Perak disamping sedang memerintah Kedah dan Kelantan pada masa ini.
Sejak pilihanraya ke 12 lalu, PAS nampaknya lebih berjaya dan bergaya apabila menyertai Pakatan Rakyat yang dikemudikan oleh Anwar Ibrahim. Kesepakatan PAS, PKR dan DAP telah membuahkan hasil yang ranum apabila mereka menafikan kemenangan majoriti 2/3 BN di Parlimen buat kali ke 2 selepas tahun 1969. Mereka juga menguasai 5 Negeri. Penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat bersekongkol bersama DAP dan PKR itu sudah menunjukkan PAS semakin terbuka? Mungkin ya, kerana jika PAS masih bertanding secara bersendirian kemungkinan PAS tidak berjaya seperti sekarang. Di negeri-negeri Perak dan Selangor PAS amat memerlukan undi bukan Islam yang selamanya begitu setia kepada BN. Kesediaan PAS bergabung dengan DAP sudah cukup membuktikan keterbukaan PAS.
Namun keterbukaan itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Semakin ramai ahli-ahli PAS mahukan kepimpinan yang lebih terbuka sehingga ada cadangan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak semestinya di kalangan ulamak. Tambahan lagi, di dalam perlembagaan PAS sendiri tidak tertulis Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah dikalangan ulamak. PAS era abad ke 21 ini bukan sahaja menarik golongan kelulusan agama tetapi juga golongan profesional yang lebih cenderung kepada PAS. Bilangan ini semakin ramai dan tidak mustahil ada cadangan agar Presiden dan Timbalan Presiden di sandang oleh golongan profesional.
Hari ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden dalam parti itu yang disandang oleh golongan ulama diteruskan.Beliau menegaskan, sejarah kepimpinan Pas sejak awal penubuhan menunjukkan bahawa hanya golongan itu yang layak untuk memimpin parti mengikut landasan.Katanya, ulama sedia ada bukan sekadar arif dalam soal agama tetapi mereka juga adalah golongan profesional.(utusan Malaysia)05/05/2009.
Kenyataan Nik Aziz disokong Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan utama itu mesti disandang oleh ulama, beliau berkata:“Ini bukan soal tidak setuju. Pas dah lama di bawah pimpinan ulama. Kalau ulama dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang mereka dah pandai, dah jadi profesional. “Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.”
Kenyataan beliau ini seolah-olah menafikan peluang golongan profesional untuk menerajui PAS sampai bila-bila. Mereka hanya berpeluang menduduki jawatan no3,4 dan seterusnya. Kalau Presiden dan Timbalan Presiden Ulamak, Dewan Ulamak pun Ulamak, Majlis Syura juga ulamak, Mursyidul Am pun ulamak maka adalah ditakuti akan menimbulkan jurang antara ulamak dan bukan ulamak di dalam PAS.
Atas dasar itu agaknya yang menyebabkan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang berpendapat bahawa pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu. Turut menyokong Ahmad Awang ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang tidak akan menarik diri daripada bersaing merebut jawatan nombor dua dalam parti itu walaupun timbul polemik berhubung kepimpinan ulama. Selain Mohamad Sabu, penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dijangka dicabar oleh Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Nampaknya perebutan jawatan dalam PAS juga sama hebatnya dengan pemilihan jawatan dalam UMNO. Malah lebih hebat lagi jika pandangan dan nasihat Nik Aziz sendiri tidak lagi didengari oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Jika benar berlaku, ianya bukanlah asing jika ada pemimpin-pemimpin UMNO berselisih pendapat dan menghentam Nik Aziz kerana pemimpin-pemimpin PAS sendiri tidak menghormati Mursyidur Am mereka sendiri. Di sini PAS benar-benar lebih terbuka sekarang setelah ramai pemimpin-pemimpinnya rapat dengan Anwar Ibrahim.
Kemelut PAS yang berlaku sekarang seolah-olah tidak boleh ditutup lagi sehingga terdengar bunyi-bunyi atau gelaran yang kurang enak terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Tidak ada istilah ‘ulama mee celup’ dalam Islam dan ini adalah satu istilah nakal kerana tidak sepatutnya perkataan ulamak dikaitkan dengan sesuatu yang negatif terutamanya untuk melabelkan individu tertentu. Ianya merujuk kepada tindakan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz membuat kenyataan mengenai wujudnya golongan ulamak ‘mee celup’ yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak diamalkan, adalah satu tindakan yang tidak bijak. Kritikan beliau itu berikutan ketidakpuasan hati beliau terhadap golongan erdogan yang kononnya salah menasihati Nik Aziz sehingga berlaku salah faham antara Nik Aziz dan Hadi Awang.
Walaupun tidak seteruk UMNO kononnya, amalan-amalan politik biasa tetap wujud di dalam parti ini. Saya ingin juga melihat sebuah parti yang dapat memberi contoh akhlak yang baik, ketaatan kepada pemimpin dan kebersihan parti dari unsur-unsur tikam menikam, jatuh menjatuh di dalam parti yang dikatakan hampir sempurna di dalam PAS jika dibandingkan dengan parti-parti politik yang lain. Kemungkinan juga akibat persaingan yang sengit, amalan rasuah politik juga perlu diambil perhatian oleh SPRM. Keberangkalian berlaku tetap ada kerana ini amalan politik biasa bagi merebut jawatan yang berkaitan dengan kuasa.
Akhir kalam, Selamat bermuktamar kepada perwakilan-perwakilan PAS seluruh negara semoga di dalam muktamar itu akan memberi saf kepimpinan yang baik serta bermutu dan menjadi contoh kepada parti-parti lain untuk mengikut bagaimana PAS ditadbirkan dan dikendalikan oleh para alim ulamak dan bijak pandai. Fikir-fikirkan juga sesuai atau tidak PAS bersekongkol dengan DAP yang dulunya musuh utama dan bersahabat dengan Anwar Ibrahim yang lebih berkuasa daripada Presiden Parti PAS sendiri.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
saya dapat maklumat rumah dato nasaruddin mat isa tim. presiden PAS ni harganya rm 1 juta. wow mewahnya. dari mana duit diambilnya. gaji berapa sangat le .kalau ada gambar tu nak juga siarkan. ada ke maklumat ini dan gambarnya.
salam arifomar,
Pertama kali dengar cerita ni. Selalunya dengar rumah pemimpin-pemimpin UMNO je yang pelik-pelik. Rakyat jarang disogok dengan cerita harta, kereta serta rumah pemimpin-pemimpin pembangkang sama ada dari PAS, PKR dan DAP.
Yang menjadi kemegahan mereka rumah Nik Aziz di Pulau Melaka dan JKR 10. Rumah Husam, Rumah Kamaruddin Jaafar dan rumah Nasaruddin yang dinyatakan tadi tu macam mana pulak. Kalau benar lah cerita bro tu SPRM kena siasat. berniaga apa kah dia tu?
Rakyat mana nak sibuk bro....ulamak lah katakan. Pewaris para nabi.
Pak Amir Hamzah,
Rasanya tak salah kalau umat islam nih kaya.Tapi biarlah cara yang betul.Dan jika betul rumah dato nasaruddin berharga 1 juta, kena siasat gak dari mana sumbernyer...
Dan jika mmg betul dan sahih yg dia berusaha keras (jalan betul) mencari rezeki halal,takkan tahap nak bermegah-megah dgn rumah 1 juta tuh...
Di mana sifat ulama yg tawaduk dan sebagai contoh utk rakyatnya.Rakyat bagai nak rak cari rezeki dan masih hidup kemiskinan....
Takkan dia tak tahu kot?...takkan tuh pun nak kene ajar..heheee
Dan kita pulak,jgn terlalu berprasangka terlalu bukan2.Kena dapatkan info yg sahih jugak.
Ini bukan sahaja jgn buruk sangka utk pihak pembangkang,pihak pemerintah pun begitu juga.
Pangeran Samudera
Salam Geng Samudera,
Saya kata jika benar......
Saya tidak pernah menyalahkan orang Islam yang kaya lebih-lebih lagi orang Islam yang berniaga.
Kalau orang politik yang berniaga sama ada pemerintah atau pembangkang ditakuti mereka akan menggunakan pengaruhnya. Kalau nak berniaga ,berniagalah sepenuh masa.
Saya sangat tidak bersetuju orang politik berniaga. Bagi saya lebih baik kita melahirkan ramai ahli-ahli perniagaan melayu yang asli. Bukan ahli perniagaan yang naik cepat terlungkup pun cepat ,bergantung kepada kerajaan tetapi yang boleh berdiri sendiri.
Bro Amir,
Forum berkisar dengan kepimpinan ulamak mee celup. apa ke halnya lak sampai ke rumah Nasarudin Mat Isa.
Dia kaya bagus le. Dia tu pemimpin parti yang bekerja keras untuk dirinya sendiri. Tapi jika pemimpin UMNO jangan kaya, biar dia orang pape. Kalau kaya rasuah, kalau miskin itulah pemimpin yang betul.
Lah apa ke halnya pulak aku terikut dengan jolokan tulisan arifomar ni?
Mengata dan mengumpat memang sedap. Kerja tak baik le tu. Tapi kalau ada betul bolehlah siarkan di blog bro...he he..
Salam bro zedmagel,
Tak pe la bro, sdr arifomar nak bagi tau bahawa pemimpin PAS ada juga yang kaya macam pemimpin UMNO. Masalahnya persepsi masyarakat kalau pemimpin UMNO kaya semuanya kerana duit haram.
Agaknya ada juga pemimpin PAS yang kaya kerana dapat projek jalan belakang sebab itu ada istilah ulamak Mee Segera iaitu tahu hukum tapi kerja salah buat juga. hehehe
Oke..balik pada tajuk asal.
Saya tulis utk 2 pihak sekaligus.
Saya rasa pun tak patut PAS buat camtuh.Takkan ler ulama je yang betul dan berwibawa jadi pemimpin PAS?....
Kita nih nak memilih pemimpin bukan semata-mata dia ulama atau x.Dia ulama tapi kaki skodeng awek?..amacam?.Layak dia jadi pemimpin?.
Camtuh gak ngak pemimpin UMNO.Pemimpin berjiwa rakyat tapi ari2 layan karoake ngan disko Jln Bukit Bintang?..amacam?.Layak ke jadi pemimpin.?.Budak Nabil ckp : Lu ada otak,lu pk lar sendri..
Kriteria sebagai pemimpin perlu diteliti dari segala aspek lebih2 lagi dari sudut akidahnya.Tanggungjawab besar woooo....hehhee..bukan takat bole pakai keta besau,umah besau.Itu semua display jerk.
Jadi,saya rasa x salah kalau org profesional boleh jadi pemimpin PAS.Lebih2 lagi kalau dia betul2 ikhlas perjuangan syariat Islam yg sepatutnya dari dulu lagi dijadikan contoh oleh semua orang.Barulah pemerintah respek dan tak mustahil sama2 berganding bahu....
At the end jugak,rakyat akan menilai sendiri mana yg baik utk dituruti....
Barulah mata sepek dan mat gelap respek dan sendiri menilai keupayaan bangsa kita memerintah dan mengamalkan budaya Islam itu.Secara automatic,mereka akan turuti tanpa paksaan pun.
Cth: Cuba pergi Singapore,nak dengar azan pun payah.Tapi loceng gereja ok plak.Yang sedihnya,kat Jln Geylang (legally place for hooker) tepi tuh ada masjid.Dan saya tanya kat salah sorang melayu Islam kat restoran berhampiran,nape letak masjid kat kawasan pelacur?...Tahu ape dia kate?..."Dah takde tmpt lagi dah.Itu pasal government letak situ"...
Tgk..punye lar takde semangat nak bangkang giler2nyer....semua atas dasar open-minded konon...
Itulah akhirnya kalau cucu cicit ce alip ne nih perintah....
salam salam samudera,
terima kasih atas kesedaran itu. Sdr tentu boleh membandingkan antara satu negeri dengan satu negeri kerana sdr jauh perjalanan luas pandangan.
Saya pernah ke Indonesia, singapura, Thailand, Arab Saudi dan Qatar. Jauh di sudut hati saya beberapa segi saya bersyukur di lahirkan di bumi Malaysia.
Mungkin saudara, lebih beruntung kerana bergaul dengan orang pelbagai bangsa dan agama dan tentu sdr lebih memahami apa yang tersurat dan tersirat.
Post a Comment