Monday, May 11, 2009
Jangan Bubar- Pilihanraya di 3 DUN Sahaja.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dalam keputusannya Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar cuma boleh disingkir menerusi undi tak percaya sedangkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak adakan undi berkenaan ke atas Nizar. Nizar bukan sahaja tidak meletakkan jawatannya tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Dengan majoriti 31 kerusi, BN seharusnya memohon perkenan Sultan Perak untuk diadakan sidang khas bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Nizar dibuat.
Sebagai rakyat biasa keputusan ini sangat dialu-alukan dan sebahagian besar rakyat berlapang dada dengan keputusan bijak dan adil hakim berlandaskan undang-undang. Paling mengembirakan keputusan hakim membuktikan mahkamah dan hakim tidak dikuasai oleh pemerintah. Sudah barang tentu keputusan ini diterima dengan senang hati oleh Nizar dan para penyokongnya. Tetapi adakah keputusan ini mengembirakan Anwar Ibrahim?
Saya lebih rela Nizar disahkan menjadi Menteri Besar bagi mengelakkan kekecohan yang bakal berlaku yang boleh menyebabkan kestabilan dan politik Perak tergugat. Kemungkinan demontrasi, rusuhan dan perhimpunan bakal berlaku saban hari. Provokasi demi provokasi akan dilakukan yang kemungkinan boleh mengundang bencana. Lupakah kita kepada trajedi 13 Mei 1969. Bukankah ianya bermula dengan provokasi-provokasi yang kemudiannya membakar api kemarahan orang-orang Melayu.
Apakah tindakan Nizar selepas ini? Nizar sebenarnya berkeinginan sangat untuk membubarkan DUN Perak supaya pilihanraya negeri Perak diadakan bagi mendapat mandat semula selepas PRU ke 12 lalu. Nizar terpaksa nekad walaupun dia tahu UMNO mempunyai 27 kerusi, DAP 17, PKR 5, PAS 6,MCA 1 dan BEBAS 3 kesemuanya 59 kerusi DUN. Pendekata beliau faham benar kedudukan sekarang BN 31 dan PR 28. Selesakah beliau menjadi MB? Jalan mudah adalah bubarkan saja DUN dengan slogan pulangkan balik kuasa kepada rakyat. Inilah kerja orang politik, apabila sudah sesak nafas baru ingatkan rakyat.
Ada yang berpendapat, jika Nizar masih mahu terus mencadangkan pembubaran DUN, beliau perlu mendapat keputusan DUN terlebih dahulu kerana buat masa ini beliau menjadi Menteri Besar yang hanya mendapat sokongan 28 ADUN berbanding 31 ADUN yang menyokong BN dan tidak bersetuju dengan pembubaran DUN. Adakah cita-cita beliau ini akan melalui laluan yang mudah kecuali beliau merasakan 31 ADUN itu dianggap seperti batang pisang.
Tambah merumitkan jika kuasa membubarkan DUN adalah hak mutlak Baginda Sultan Perak. Bagaimana kalau Tuanku Sultan tidak memperkenankan pembubaran DUN tetapi meminta diadakan persidangan tergempar DUN. Di sini Nizar akan terperangkap apabila beliau akan mendapat undi tidak bercaya dan akan akur dengan undi percaya kepada Zamry. Di sini sekali lagi Sultan akan dicabar dan dituduh kerana mencampuri urusan politik dan mengenepikan hak rakyat untuk menentukan kerajaan.
Bagaimana pula, jika baginda sultan bersetuju dengan pembubaran DUN. Adakah baginda sanggup untuk menafikan majoriti 31 kerusi di DUN Perak kepada BN? Pendekata Sultan akan tersepit antara kuasa mutlak baginda yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Perak dengan kuasa dan suara rakyat yang sedang dipuncak dan dijulang oleh Pakatan Rakyat.
Bagi saya yang tidak mempunyai kelulusan undang-undang, jika mahu kepentingan sultan dan keselamatan rakyat saya mencadangkan agar 3 kerusi BEBAS iaitu Jelapang, Changkat Jering dan Behrang perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Walaupun beliau sekarang ini menyokong BN tetapi mereka bertiga memenangi kerusi masing-masing dalam PRU 12 atas tiket parti Keadilan dan DAP. Daripada membubarkan DUN yang tidak bersalah adalah lebih baik kita memfokuskan kepada ketiga-tiga DUN bermasalah yang saya maksudkan. Insyallah daripada keputusan 3 DUN ini kita akan mendapat kerajaan Perak yang sah dan muktamad.
BN dan PR perlu gentleman bagi menghadapi situasi ini. Jikalau rakyat didahulukan inilah sahaja keputusan yang paling diterima oleh semua pihak. Hari ini, seorang surirumah di Cempaka Sari, Ipoh telah meminta orang luar jangan campuri urusan politik Perak. Biarlah rakyat Perak dan Sultan Perak yang uruskan. Bahasa kasarnya orang luar boleh balik, jaga anak bini kat negeri masing-masing, jangan menyebuk di Perak. Saya tidak menyebuk puan, cuma memberi pandangan dari jauh. Tapi puan, ada orang pening dan keliru, BN cool dan relaks je. Khabornya Zambry dan barisan exconya sedang meninggalkan pejabat masing-masing dengan aman.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam Pak Amir,
Puan yg duduk kat Perak,
Sekarang boleh lar halau orang luar jangan campurtangan urusan 'keluarga' Perak.Nanti biler dah tersepit,time tuh baru mintak tolong ngan 'saudara mara'.Bila 'saudara mara' tak tolong,nanti dikatakan berlagak dan tidak ada semangat kekeluargaan.
Bila kena labelkan buduh sombong,marah plak....
Camne la Melayu nak bersatu.Hal camni pun sensitif...skit2 kecik hati..skit2 kecik ati...
Orang luar bile nak menolong,tak semestinya awak tuh kena ikut kata org luar 100%.Ambillah yg baik dan buang yang rasa kurang sesuai dipakai di Perak.Ada kepala dan akal guna bukan guna kepala lutut.Tak faham belajar ngan org yang arif dan paham.
Hehehe...ter'emosional' plakk akhir-akhir nihh..hehehee...
cadangan yang baik..tetapi sukar dilaksana kerana kekangan undang2
salam tuan,
setuju dgn pandangan yg dilontarkan dan di harap pemimpin-pemimpin BN dan PR boleh menerimanya...apa pun teruja dan sangat berbesar hati dgn tulisan jawi yg tuan gunakan...almaklum sama-sama cucu kiayi saleh
salam
Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.
Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.
Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.
Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak…..
Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.
Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.
Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.
Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.
Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.
salam Geng Samudera,
Tidak boleh nak salahkan dia. Dia tertekan. Sebelum ini, Ipoh dan Kuala kangsar tu aman dan damai. Sekarang ni nak hantar anak sekolah pun susah. Orang Perak pun ada keluar dan yang menjadi lebih kalut bila orang yang tak ada kena mengena pun sibuk menyesakkan lagi keadaan.
Terkenang dok Ipoh, 9 tahun dulu. Bandar bebas jem, aman, tenteram dan damai. Mungkin sekarang tak lagi........hehehe
salam Ahmad Putra,
Betul. Susah dan BN tak akan buat.
Baca komen Sahabat Gunung. Mungkin itu jawapan yang tersirat.
Salam PUTRA MERDEKA.
Terima kasih. Tetapi apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat. Hari ni Mahkamah rayuan tangguhkan dulu keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Zambri jadi MB semula. Tunggu apa lagi episod akan datang.
Kadang-kadang kita yang duduk di luar ni seronok juga tengok drama bersiri ni. Macam cerita Oshin dulu. hehehe.
Tulisan jawi tulisan warisan kita. Pertahankan jawi seperti mana Cina dan India mempertahankan tulisan mereka. Tradisinya Melayu Johor memang rapat dengan jawi. Penagih dadah pun boleh menulis jawi bro. hehehe. Tang jawi tu betul tang dadah tu memang salah.
Salam Sahabat-Gunung.
Saya setuju UMNO , PKR dan PAS rugi, yang untung DAP. Semua orang tau. Tapi PAS dan PKR buat-buat tak tau.
Saya pun yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak sebab PR hanya ada 28 kerusi je. Nak memerintah macamana?
Saya pun setuju, jika PR rakyat menang DAP menerajui Perak sebagai MB kerana DAP akan letak calon Melayu dan calon itu akan jadi MB Boneka.
Namun, bagi mendapat kepuasan semua pihak, saya yakin jika 3 DUN ini sahaja diadakan pilihanraya Jelapang pasti milik DAP tetapi Changkat Jering dan Behrang belum tentu. Jika UMNO menang di dua kerusi ini ianya adalah keputusan mutlak. Jika kalah, Nizar masih MB Boneka dan semua puashati.
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Oleh itu disaat ini saya juga ingin menyeru rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS atau PKR fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.
Hari ini MB balik ke Zambri semula. Lihatlah lagi drama bersiri ini dan belajarlah seni politik ini kepada sesiapa yang berminat khususnya pelajar-pelajar Sains politik di Universiti. hehehe
Salam Sahabat Gunung,
Apa yg saudara cakapkan tuh ada betulnya.DAP main wayang kulit dari belakangnya.Pelakon utama diletakkan di depan.Jadi,kalau ada apa2 terjadi,depa tak boleh dipersalahkan,yang salah adalah "scapegoat" itu.
At the end,jadilah pak pandir yang menang sorak kampung tergadai..
Ehh...btul ke peribahsa sy tuh pak amir?...saya langgar jerk..hehee
DAP nih satu jerk perangainya,kalau "dia" dah tak boleh mendatangkan untung pada DAP,baik ganti ngan orang lain yg boleh memberikan keuntungan..
Kalau DUN dibubarkan,peratusan masyarakat Cina di Perak melebihi dari peratusan orang Islam Melayu.Silap2 50/50....
Jadi,apabila dibubarkan dan diadakan balik pilihanraya,DAP gerenti akan ada penyokongnya yg majoriti.
Time tuh,gigit jari lar Nizar nak jawatan MB.
Pastuh,muka dah malu dok dalam umah hari2...
Pastuh dah pressure sgt,wartawan astik cari die jerk,keluar dari Perak...
Pastuh bila dah tak tahu nak letak muka mana,lari plak ke Uganda..
Pastuh tercatat lar dalam buku teks sejarah SPM 2020,nama dia dlm lipatan sejarah Perak.
Pastuh..pastuh dan pastuhh...
Ehh..memandai jerk aku nih..hehee
Salam Geng Samudera,
Kerusi DUN Perak ikut parti, UMNO 27, DAP 17,PKR 5,PAS 6 ,MCA 1 dan BEBAS 3. Jumlah semua 59.
Ikut pembahagian kerusi pilihanraya oleh suruhanjaya pilihanraya ,DAP tidak boleh memenangi secara bersendirian kecuali Melayu undi DAP/PR. Kalau 6 kerusi PAS itu itu dimenangi UMNO, UMNO sebenarnya sudah dapat simple majority. Tak ada parti lain pun tak pe. Itu lah bahananya jika tidak berpadu ,majoriti pun boleh jadi kalah.
Post a Comment