Thursday, May 28, 2009
Chin Peng! Kubur Kamu Pun Tak Boleh Di sini!
Kamu banyak berhutang darah dengan Melayu.
Isteri menjadi janda, anak-anak menjadi yatim piatu kerana bekas-bekas tangan kamu yang kamu lumurkan dengan darah Melayu yang tidak berdosa dan tidak bersenjata.
Kamu tidak beragama sedangkan kami menjunjung rukun negara yang meletakkan 'kepercayaan kepada tuhan' sebagai prinsip yang utama. Jangan kata batang tubuh, Kubur kamu pun tidak boleh di sini.
ANAK MELAYU BATU PAHAT KHUSUSNYA DAN MELAYU JOHOR AMNYA MENAGIH DARAH YANG BUKAN SEDIKIT, DARAH TOK NENEK KAMI DAN KAUM KELUARGA KAMI YANG DISEMBELIH, DICINCANG, DIBAKAR DAN DIREBUS DENGAN KEJAM TANPA BELAS KASIHAN.
Cerita Sedih Dan Menyayat Hati - Petikan Utusan Online, 28 Mei 2009 / 3 Jamadil Akhir 1430
'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'
"Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.
Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.
Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.
"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.
"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.
"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.
"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.
Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.
Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.
"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
mereka cuba nak timbulkan dan bangkitkan semula kepedihan lama, tapi ingatlah kita semua tidak pernah lupa akan keperitan bapa dan orang kampung yang terseksa akibat keganasan komunis. mereka....yang cadangkan adalah seperti "kadok sudah naik junjung, nnti lama-lama mereka akan berak di kepala kita.
Salam,
Saya ada menulis akan hal ini dahulu:
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/usaha-pinda-fakta-sejarah-untuk-iktiraf.html
sebenarnya encik, di kalangan anak muda melayu ramai yang mengiktiraf perjuangan chin peng ni. kenapa? kerana mereka baca buku berhaluan kiri yang menceritakan tentang perjuangan komunis dalam menuntut kemerdekaan (kononnya). generasi saya ini nampak saja macam cerdik, tapi bodoh sebenarnya. buta sejarah, begitu senang dipengaruhi..
The Patriot is Tan Sri Dr. Too Chee Chew or C.C. Too serta ribuan orang Melayu yang syahid membela agama, bangsa dan negara. Barua PAS syahid membela BABI dan anjing DAP.
akai ada ka?
Sila baca The Patriot di
http://antibarua.blogspot.com/
Salam Pak Amir,
sy terbaca satu artikel yang pada saya baik untuk dikongsi..
pengalaman dari parajurit yang berjuang secara langsung dengan komunis..
http://dindingkacamorsin.blogspot.com/
salam buah kelapa turkey.
Mereka yang meminta Chin Peng di bawa balik juga sedikit sebanyak simpati dengan perjuangan komunis kalau pun tidak seorang komunis.
PAS dan PKR yang turut menyokong Chin Peng balik ke Malaysia hanya semata-mata untuk menjaga hati orang Cina. Sokongan mereka adalah sokong yang pura-pura.
Salam Kembara Politik,
terima kasih. Saya sudah layari
salam anas afrohead.
Benar, anak Muda Melayu lahir daripada keluarga kelas menengah yang agak mewah. Mereka lahir ketika negara sudah mewah. Mereka tidak pernah merasai keperitan khususnya keperitan di zaman darurat.Di sekolah subjek Sejarah adalah satu subjek yang membosankan mereka. Maka sejarah semakin jauh daripada hati mereka. Kerana buta sejarah, tindakan mereka tidak berasaskan kepada latar belakang sejarah negara. Saya bersetuju, kerana asas sejarah negara yang lemah, mereka mudah dipengaruhi.......
salam Alizul,
terima kasih rujukan yang banyak memberi manafaat.
Artikel yang menarik dan sarat dengan hujah yang menarik.
salam Antibarua,
Tepat sekali pendapat saudara, PAS dan PKR sudah menjadi barua Cina semata-mata untuk mendapatkan undi mereka dalam pilihanraya ke 13.
salam silent MP,
Terima kasih atas link yang diberi. Pengalaman daripada sumber pertama lebih tepat dan lebih berkesan di hati pembaca.
Post a Comment