Monday, October 19, 2009
Terima Kasih Banyak-banyak......
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada jiran tetangga, saudara mara jauh dan dekat, sahabat dan taulan, pemimpin-pemimpin masyarakat yang sempat melapangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir dan menguruskan urusan pengkebumian ayahanda saya pada petang Jumaat 16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H jam 7.00 malam yang lalu.
Tidak ketinggalan untuk saya mengucapkan penghargaan kepada semua yang sudi hadir ke majlis kenduri arwah, bacaan yassin dan tahlil di rumah Allahyarham di Kampung.Pt.Lubok Tengah , Semerah, Batu Pahat, Johor selama 3 malam berturut-turut. Budi baik semuanya akan saya kenang dan hanya Allah saja yang membalasnya.
Sekian terima kasih.....
Amir Hamzah
Batu Pahat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Sdr Amir:
Sya minta maaf banyak2 krna tidak dpt brsama dlm majlis tersebut krna kami brada di KL.Maaf ya.
SLM BRO..HAJAT DI HATI NAK JUGA KE SANA TAPI TAK TAU RUMAH KAT MANA. APA PUN ALHAMDULLILAH SEMUANYA SELESAI DGN BAIK
salam takziah encik amir...
Salam bro..
Minta maaf bro sbb tk dpt hadir..
Maklumlah..saya bertugas di Sabah.
Semoga segala urusan dipermudahkan.
amir, sabar ya....
Tahziah Cikgu, semoga roh allahyarham ayahanda cikgu ditempatkan di syurga bersama-sama roh para solihin...amin
salam takziah utk bro amir sekeluarga..moga bro amir kuat utk mengharungi cabaran2 dimasa akan datang..al-fatihah
takziah saudara.
insyaallah saya doakan arwah berada dikalangan mereka yang terpilih dan beriman...
kepadanya kita datang dan kepadanya kita kembali...
amin
Salam,
Terima kasih pada semua......
Amir,
Aku baru buka blog kau. Baru tahu ayah kau dah kembali ke rahmatullah.
Takziah, pemergian ayah kita ke rahmatullah hendaklah kita ikuti dengan baca yasin dan mohon keampunan untuknya.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan anbia dan solehin.
Salam mukhtar,
Terima kasih atas ingatan.
Amir,
Kau masih beruntung kerana masih mempunyai ibu. Jagailah ibu kau dengan dengan sebaik-baiknya.
Bagi aku yang telah kehilangan kedua-duanya, air mata akan berlinang bila mendengar lagu "Musafir DiEdul Fitri"
menjelang Syawal pada setiap tahun.
Salam mukhtar,
Betul tar.....terima kasih. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Terima kasih kerana mengingatkan. Inilah masa kita berbakti dan membalas jasa-jasanya. Aku dapat rasakan apa yang ko rasa......
Salam,
Baru terbaca... takziah, semoga arwah ditempat di samping roh para solihin... amin.
Bfort, sabah.
salam raman,
Terima kasih.....mudah-mudahan mendapat keampunan daripada Allah dan diletakkan bersama roh org-org yg soleh
SALAM TAKZIAH BUAT SAUDARAKU AMIR HAMZAH,
SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN TAKZIAH DI ATAS KEPULANGAN AYAHANDA TERSAYANG, SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH SWT JUA.
SAYA TERKILAN TIDAK DAPAT MENGHADIRI MAJLIS PENYEMPURNAAN JENAZAH ARWAH KERAN ADA TUGAS DI LUAR NEGERI.
Salam bro zedmagel,
Tidak mengapa bro....semua urusan pengkebumian berjalan lancar dengan izin Allah
alfatihah...
Semoga roh Allahyarham ditempat di kalangan orang2 yang soleh
Salam pakcik Mat Amin,
Terima kasih.....mudah-mudahan rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.....Amin..
Post a Comment