Tuesday, October 27, 2009

Selamat Datang Umi Nurain......


Umi Nurain dilahirkan di Hospital Besar Batu Pahat, jam 12.50 malam Ahad 25hb Oktober 2009 yang lalu. Ketika dilahirkan berat Umi Nurain adalah 2.91kg. Alhamdulillah sihat dan comel. Anak ketiga ini adalah seorang perempuan setelah dua orang putera yang terdahulu. Mohamad Aizuddin dan Aminurrasyid kedua-duanya sedang melanjutkan pelajaran di Uitm, Sri Iskandar Perak. Kehadiran Umi Nurain mengisi kesunyian kami berdua........

19 comments:

afrohead said...

TAHNIAH ENCIK AMIR!!!

C L J said...

Tahniah. Tahniah. Tahniah.

Jauhnya jarak.

Hamba dikurniakan 3 anak lelaki sebelum kedatangan seorang anak perempuan 14 tahun kemudian. Kini anak perempuan itu di Tkt. 5. Berat badannya 116kg. Berat hamba sendiri + berat ibunya = 92kg.

Tuan jangan sampai begitu ye ?

Kelewatan berapa hari Umi Nurain untuk sempat bertemu Datonya ?

KUNTONG said...

Tahniah Pak Amir, semoga bertambah lagi. Wah sekarang x boleh ngeteh malam-malam le....

Frodo Baggins said...

whoaaaa tahniahhhh ~

Andin Muhammad Syukri said...

Tahniah Encik Amir..

Anda baru sahaja kehilangan orang yang tersayang tetapi Alhamdulillah, Allah S.W.T telah mengurniakan saudara ahli keluarga baru..

Wira Semerah said...

Aslmkm bro, tak beritahu pun dapat baby..Tahniah bro. Sekarang sama lah kita 3 orang anak.

silent MP said...

Tahniah pak amir..


Bagus2..lahir sorang lagi srikandi Islam

Arif Omar said...

PRODUKTIF-PRODUKTIF. PG SEMANGAT AJE KUAT. TENAGA DAH TAK ADA. tapi cukup le , dah 5 orang. kalau pegagahkan juga, terkeluar juga seorang dua lagi dalam-dalam tenaga tak ada tu. he he he. tahniah. Kalau dapat anak perempuan tu,dokter ada bagitahu PG MAKNANYA LELAKI KALAH DI MEDAN PERANG. KALAU NAK ANAK LELAKI TENTUKAN KITA MENANG DIMEDAN PERANG. AHHAMDULLAH, PG DAPAT 3 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN. BETUL CAKAO DR TU. MEMANG BILA FIKIR , BANYAK KALI KALAH MASA MULA KAHWIN ITU YANG DAPAT 2 PEREMPUAN. SELEPAS DR MENASIHATKAN PG, BARU LE DAPAT ANAK LELAKI.

Anonymous said...

Alhamdulilah syukur....dpt baby baru!
semoga dia menjadi anak yg solehah...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,


Sekalung Tahniah buat Saudara dan Isteri (Cik Combi)

Comelnya Umie Nurain, mirip wajah ayahnya le Amir Hamzah. Mudah-mudahan keluarga tuan akan lebih barakah didoakan.

Tak tidur malam le nampaknya, nak ngeteh malam pun dah tak boleh.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam anas afrohead,
Terima kasih

Salam pakcik Che Leh Jangok,
emmm.....memang jauh..18 tahun
Anak bungsu selalunya manja, insyallah saya cuba mengawalnya. Umi Nurain terlewat 9 hari, Umur tak boleh dicepat atau dilewat walau sesaat pun.

Salam pakcik KUNTONG,
Masih ada masa ngeteh....pandai2 le...

Salam Frodo Baggins
Terima kasih

Salam Muhammad Syukri Sa'adon,
Terima kasih. Yang pergi tak sama yang datang. Tapi saya bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.

Salam SUMPAHSEMERAHPADI.
Terima kasih bro. Sama tiga anak, Tapi bro berpotensi untuk menambah lagi.

salam silent MP,
Terima kasih...begitulah harapan saya. Hidup biar berjasa

Salam bro Arif Omar,
Hehehe terima kasih bro. masih PRODUKTIF dan berSEMANGAT tapi stamina dah merosot. hehehe. Tahniah juga pada bro yang meramaikan cucu cicit Hang Tuah. Saya tak kira sapa menang atau sapa kalah asal jadi manusia. hehehe...Kalau ikut yang ada kawan masih menang 2-1. huhuhu

Salam J@J@ / Bini The Rock
Alhamdulilah syukur....terima kasih. Insyallah kerana ibubapa yang menentukan coraknya daripada sehelai kain putih.

Salam bro zedmagel.
kalau tak rupa bapaknya takkan nak rupa benggali lak...hehehe
Selamat berangkat ke Tanah suci bro. Selamat pergi dan selamat balik. Jangan lepa dengan pak Mail tu. Semoga bro dan pak mail memperolehi haji yang mabrur. 5 Malam ni memanglah kurang tidur....bancuh susu dan tuko napkin. Kekok juga maklumlah dah 18 tahun tak ada baby.

cekodokmasin said...

Laa... tak tau pulak bini ko tu mengandung. Masa jumpa ari tu, tak perasan pulak perut dia... Apa2 pun, tahniah le.. nanti kawan ikut...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,
Kalau nak tengok orang mengandung jangan tengok perutnya....tengok cara 'jalannya'....huhuhu...ikut bro..tenaga tengah banyak..

Selempang Merah said...

Salam bro...
Alhamdulillah & tahniah bro.. Kehadirannya pasti menambahkan keceriaan dan kebahagiaan bro sekeluarga..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam selempang merah,
Terima kasih.....ketika saya pencen umur 58 tahun umi nurain baru tingkatan 1. hehehe....alhamdulillah

mukhtar said...

Amir,

Tahniah dapat anak perempuan.
Anak aku ketiga-tiga hero.
Bersyukur apa yang ada.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar...

Bersyukur pada Allah....kerana memberi kita zuriat. 3 perkara yang ditinggal manusia apabila terpisah nyawa dari jasad. Antaranya anak yang soleh....

HALIM said...

kawan lama tak masuk blog awak....masa tu kawan tengah berkabung....banyak kerja ...buat kat rumah aje...Tahniah dapat baby baru ....kawan akan pergi nanti kat rumah ceeek nanti....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Halim....

Kalau awak ada Nurul Khadijah kawan ada Umi Nurain.....mudah2an akan menjadi wanita solehah.