Thursday, October 8, 2009

Pembongak Bosar Dan Moriam Buloh


Bila tiba kempen PRK Bagan Pinang maka berbondong-bondong lah ahli-ahli parti yang datang daripada luar Negeri Sembilan membantu rakan-rakan mereka di Bagan Pinang, baik dari pihak parti kerajaan atau parti pembangkang. Kelebihan orang yang hendak memberi ceramah, bersyarah atau berkempen dari rumah ke rumah tentulah orang yang boleh bercakap sedikit-sedikit loghat Negeri Sembilan dan tahu sedikit sebanyak adat istiadat orang Minang. Kelebihan ini akan menjadi rencah-rencah atau perisa tambahan kepada gerak kerja jentera kempen ke dua-dua belah pihak.

'Susah nak dapek oghang macam ni!,dah jatuh dipijak rapek, tapi domi bangso dan negharo dio totap bangket! Pado den Iso Samad ni memang anak noghori sojati!, Ini adalah sebahagian kata-kata penyokong Isa yang menyokong pencalonan Isa dalam pilihanraya kecil kali ini. Loghat noghori boleh dipelajari dan digunakan oleh perayu-perayu undi disaat-saat akhir kempen di Bagan Pinang.

Dalam kempennya, Isa mengingatkan pengundi-pengundi di Bagan Pinang supaya jangan percaya lagi dengan kata-kata 'pembongak bosar' yang akan turun berkempen di Bagan Pinang bagi membantu calon PAS. 'Pembongak bosar' yang dimaksudkan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai pemimpin yang suka membohong (pembongak). Mungkin Isa merujuk kepada penipuan Anwar terhadap peristiwa 16 September apabila Anwar telah membohongi rakyat Malaysia bahawa pada tarikh itu, kerajaan baru akan terbentuk apabila lebih kurang 30 orang wakil rakyat BN akan menyeberang kepada Pakatan Rakyat. 16 September telah setahun berlalu tetapi Anwar seperti itu juga dan Pak Lah telah pun menyerahkan jawatan PM kepada Najib bukannya Anwar.

Walau bagaimana pun penipuan Anwar ini tidak dipandang berat oleh sebahagian rakyat atas kegagalannya mengotakan apa yang dikata. Sifat pembohong, penipu dan pembelit ini telah sedikit sebanyak mengurangkan reputasinya malah menjadi bahan sindiran rakyat. bagi sebahagian yang buta mata dan buta minda, bukan sahaja masih menyokong Anwar malah telah menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan Anwar itu.

'Pembongak bosar' juga boleh dikaitkan dengan penafian Anwar terlibat dengan salah laku songsang dan tabiat luar tabiinya yang semakin diketahui rakyat. Tembelang busuknya semakin terserlah apabila beliau sentiasa mencari helah untuk hadir dan memulakan perbicaraan kes liwatnya dengan bekas pembantunya Saiful Bokhari. Rakyat yang celik tentu berfikir jika Anwar tidak bersalah mengapa takut untuk ke mahkamah? Mengapa kes liwatnya mahu dibicarakan di pentas politik?


Anwar Ibrahim juga memang layak dipanggil 'pembongak bosar' apabila beliau sering mengaku sebagai orang yang paling bersih dan paling amanah di dunia. Dalam waktu yang sama, beliau tidak putus-putus menuduh kerajaan , sebagai kerajaan rasuah, kronisme, nepotisme dan macam-macam tuduhan dan fitnah. Dirinya digambarkan sebagai seorang yang perihatin dengan nasib rakyat miskin, pembela rakyat yang susah, hidup bersederhana dan tidak bermewah-mewah, pengurus kewangan negara yang cekap dan macam-macam lagi pujian yang masuk bakul angkat sendiri. Hakikatnya dalam kempen di Bagan Pinang ini muncul semula cerita kes dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad, Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang ada simpanan RM 3 billion di luar negara. Bekas Ketua Pemuda MIC, S. Vigneswaran telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Putrajaya minta polis buka semula kes ini. Jelas , Anwar telah 'membongak' rakyat yang selama ini menganggapnya sebagai pemimpin yang suci dan bersih.

Anwar dikhabarkan akan turun berkempen membantu calon PAS pada Khamis ini sehingga Sabtu dalam usahanya membantu calon Pakatan Rakyat melebarkan jurang kekalahan BN. Namun kehadiran Anwar yang diibaratkan seperti 'Moriam Buloh' oleh penduduk tempatan kerana cakap sahaja bising tetapi menceceh 'bendo samo ajo' setiap kali pilihanraya kecil. 'Moriam Buloh' ni harapkan bunyi yo kuat tapi bukan ada peluru pun. Cakap yo berdogar-dogar tapi macam tin kosong ajo.

Kalau Anwar hendak kaitkan Isa sebagai seorang yang tidak bersih tentunya akan berbalik ke muka sendiri. Kalau Isa hanya dikenakan tindakan parti tetapi Anwar menyalahi undang-undang negara dan bekas banduan pula. Sampai sekarang bekas banduan ini masih didakwa atas tuduhan meliwat. Jikalau Anwar hendak mendakwa Isa Samad sebagai pengamal politik wang siapa pula mahagurunya? Namun Anwar juga kena ingat dan jangan lupa, bercakap soal politik wang, namanya diketahui sebagai pelopor budaya politik wang ketika beliau mahu menewaskan Allahyarham Tun Ghaffar Baba dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Mari kita tengok 'sapo yang kono'?

Anwar pembongak! PAS pun pembongak bosar jugak!


Baju koyak tapi tak luka...Tak habis-habis nak menipu. Yang ni baru membongak Salehuddin.....

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Orang pembohong lambat laun akan menerima juga balasan atas perbuatannya. Tunggu dan lihat sajalah!

afrohead said...

memang ajaib betul baju koyak tapi tak luka.
kagum sungguh. haha

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Habis kepala pembongkak berdarah apa cerita? Dia sapu dengan siarap ros ke sos cili podeh?

Orang nak menang, dunia dan agama pun dia orang sangup gadai.

SELAMAT BERCUTI KE LUAR NEGARA SAYA DOAKAN. BELI-BELI APA BARANG YANG PATUT DAN MURAH KAT KOTA BANDUNG ( KEMBANG )BUAT KENANGAN..

Selempang Merah said...

Salam bro...
Biasalah bro kalau dah nama lidah bercabang.. bile dgn DAP cerita lain, dengan PAS cerita lain.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. Tapi yang bestnya, dia ni memang angan-angan mat jenin pasal 16 sept. tu.. Yang paling sensasi, bekas banduan ni digilai ramai oleh golongan gay sbb dia ni mcm bangsa nabi Allah Lut a.s. Tunggu je la pembalasan Allah kalau dia benar2 ada buat.. Yang penting, cepat-cepat lah bertaubat selagi nyawa dikandung badan.. tk gitu bro..

Arif Omar said...

kulit nesi sebab iu tak luka. ketua polis ns kata orang buat repot luka tak sama dengan dalam gambar. nama aje yang sama. yang buat repot semalam pun hanya luka ringan dan tak ada kesan tetakan. itu yang salehuddin terkulat-kulat. tapi dah mereka ahli syurga. semuanya benar. ahli syurga katakan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam sejahtera Ekeng A/L Etong,
siakap sinohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

salam anas afrohead,
PAS kebal dan bebal

Salam zedmagel,
Jangan fitnah bro.....dengor citer dah mati mamat tu...dikerat 18. hehehe macam citer mona fendi pulak. Lum lagi bro , 17hb baru pegi. Untuk bro kawan ucapkan selamat bersidang di PWTC 13-16hb ni......

Salam Selempang Merah,
Kadang-kadang perasaan bercampur baur bila mengenangkan abang Nuar ni. Masih menanti perbicaraannya tidak lama lagi.

Salam bro arif omar,
Salehuddin ni budak Pontian, kalau terror sangat baliklah Pontian, bertanding kat kampung dia......jadi lepat pisang la....hehehe. Dah pandai 'membongak' budak ni sejak berkawan dengan orang-orang 'alim'. huhuhu

Selempang Merah said...

Salam bro..
Nak tambah lagi sikit bro..
Gambar mamat berbaju merah tu, mukanya pun dah nampak macam berlakon.. Tengok muka n tubuh, nampak gagah mcm bonzer.. Tapi, lembik mcm lalang.. (Kalau betul-betul kene belasah) hua hua hua.. Tapi yang Pelik bin Ajaibnye, bila diperhatikan bahagian belakang badan mamat tu, bajunya mcm ditoreh dengan pisau bukannya kene tetak.. Sebab tak ade kesan luke.. Tak tau lah pengikut PAS tu amal ilmu kebal kot..

ieyza said...

orang tu mesti badannyer kebal..sebab tu kena toreh pun takde luka...baju tu koyak sebab baju tu takde ilmu kebal...huhuhu

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Orang nak kelentong, dia pun nak kelentong juga. Agak-agak la.....Akhirnya memakan diri. Orang bertambah menyampah......huhuhu

Salam LeYza,
Ayat awk memang bombastik....bajunya tak sempat nak habiskan belajo ilmu kebal.hehehe