Monday, October 12, 2009

Monang Bosar : Sokong Isa Atau Sokong BN?






Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti di luar jangkaan. BN memperolehi majoriti 5,435. Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala calon PAS Zulkefly mendapat 2,578 undi. Undi yang ditolak pula 223. Tahniah untuk Isa dan BN yang menang bergaya dan sesungguhnya kemenangan ini sudah dijangkakan lebih awal.

Kemenangan Isa ini adakah kerana sokongan terhadap Isa atau sokongan kepada parti BN? Mohd Isa ketika mengulas kejayaan, beliau menghargai kepercayaan para pengundi terhadap beliau dan BN.
Beliau menyifatkan keputusan pengundi tersebut membuktikan rakyat pelbagi kaum kini sudah kembali menyokong BN dan ia adalah kesan daripada gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tuan Abdul Razak.

Ketika saya menulis 'Bagan Pinang : Cerminan PRU ke 13' ramai sahabat-sahabat kurang bersetuju kerana terlalu awal untuk membuat penilaian. Ada yang mengatakan bahawa jika bukan Isa yang menjadi calon, keputusan mungkin berbeza. Ini menunjukkan bahawa sokongan ini bukan untuk BN tetapi kerana Isa sebagai anak tempatan dan disukai oleh sebahagian besar pengundi di Bagan Pinang.

Ada juga yang berpendapat, dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat tidak memberi apa-apa faedah kepada pembangunan setempat. Tambahan lagi kerajaan Negeri Sembilan dikuasai oleh BN maka wajarlah DUN Bagan Pinang diberikan kepada BN supaya proses penyaluran pembangunan tidak menghadapi banyak masalah. Maka sebab itu, rakyat menyatakan sokongan kepada BN tanpa mengira sama ada calon itu Isa atau sebaliknya.

Pendapat ke tiga menyatakan, sokongan masyarakat India dan Cina sudah kembali kepada BN pada ketika ini berdasarkan beberapa krisis dalam Pakatan Rakyat yang melibatkan kaum itu seperti Isu arak di Selangor dan Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Ianya satu mesej jelas bahawa 'perkahwinan' PKR,PAS dan DAP seharusnya lebih baik daripada Gabungan BN bukan semata-mata gabungan politik tetapi perlu lebih ikhlas dalam perjuangan. Jika 'perkahwinan' ini bersifat sementara mungkin masyarakat Cina dan India akan terus bersama BN. Ini juga menjadi faktor yang menyebabkan BN 'monang bosar' di Bagan Pinang.

Pendapat yang lebih kritis adalah bahawa sokongan kepada Isa dan BN hanyalah bersifat sementara. Undi kemenangan yang diberikan oleh India dan Cina adalah untuk PRK kali ini sahaja. Kemenangan sebenar adalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 apabila Pakatan Rakyat akan menyapu sebahagian besar kerusi parlimen dan DUN di seluruh negara. Sebab itu PRK di Bagan Pinang hanya dipandang sebelah mata oleh Anwar. Selaku 'penyelaras' Pakatan Rakyat Anwar hanya turun berkempen sekali sahaja dan tidak ada sokongan sunguh-sungguh daripada DAP kerana mereka tahu tidak nampak cahaya di hujung jalan.

Walau bagaimana pun ada yang mendakwa bahawa Anwar sering mempermainkan PAS jika kawasan itu tidak ditandingi oleh partinya. Dikhabarkan bahawa Anwar Ibrahim hanya turun sekali sahaja di Bagan Pinang untuk membantu calon Pas.Anwar turun pada malam terakhir dan kempen selama kurang dua jam.Dan topik yang dibawa tidak menyentuh banyak mengenai kelebihan atau kejayaan Pas atau membantu calonnya...Anwar hanya bercakap mempertahankan dirinya dan memburukkan UMNO.Nampak sangat Anwar tetap Anwar...diri sendiri yang lebih difikirkan berbanding orang lain.

Sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ingin menunjukkan kononnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat sangat erat dan akrab hubungan mereka ketika ini.Kononnya mereka bersatu untuk rakyat bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Kononnya semua tindakan mereka adalah untuk rakyat dan bukan hendak mengejar kuasa. Kononnya juga untuk perpaduan antara kaum dan mengejar visi harapan baru rakyat Malaysia adalah RETORIK dan PALSU belaka.

Walauapa pun yang diperkatakan orang, BN telah pun mencapai kejayaan luar biasa. Majoriti lebih besar daripada PRU ke 10, 2004 dan kegembiraan ini tidak dapat disembunyikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kemenangan cukup manis yang menunjukkan kebangkitan BN. Beliau berkata, kemenangan ini menunjukkan titik perubahan rakyat yang yakin dan percaya terhadap dasar-dasar yang dibawa BN. "Pastinya ia (kemenangan) cukup manis selepas kita menghadapi kekalahan di hampir semua pilihan raya kecil sebelum ini kecuali di (DUN) Batang Ai" Ketepikan persoalan sama ada ianya kemenangan Isa atau kemenangan BN kerana adalah lebih baik kita menafsirkan bahawa ianya adalah kemenangan mutlak kepada kerajaan yang memerintah.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah-segalanyamungkin.blogspot.com

5 comments:

PARPUKARI said...

Benar tuan tetapi saya masih merasakan calon faktor adalah yang paling utama, kita mesti menjadikan Bagan Pinang sebagai kayu pengukur!

Kena kaji lebih mendalam lagi!

Tetapi UMNO dan BN tolong jangan lupa diri!

KUNTONG said...

Diharap BN akan meneliti bakal calon yg akan bertanding dlm PRK13 nnti.Jangan lupa, faktor calon boleh membawa rebah, seperti apa yang telah berlaku dlm PRK 12.Ingat tu...

Arif Omar said...

itulah kelebihan tan sri isa. kesetian dan kekuatannya tak patut diragui. kekuatannya ditakuti lawan dan kawan

Selempang Merah said...

salam bro Amir..

Bagi saya, UMNO/BN kena kaji suasana pengundi di setiap kawasan terlebih dahulu, sebelum meletakkan seseorang calon.

Sebab tidak semua kawasan ceritanya sama.

Jika dibuat penilaian, faktor utama kemenangan besar Bagan Pinang kerana calonnya adalah bekas menteri basar yg banyak menabur bakti kpd negerinya dan apatah lagi dia adalah anak tempatan di situ.

Faktor kedua ialah pengundi Bagan Pinang yakin 100% bahawa Tan Sri Isa Abdul Samad telah banyak berubah setelah menjalani hukuman yg dikenakan oleh BADAN DISIPLIN UMNO.

Mudah-mudahan Tan Sri Isa benar2 BERTAUBAT dan tidak buat hal lagi selepas ini. Jika tidak, musnahlah segalanya.

Ini kerana, bila kita berjawatan tinggi mesti ada kawan dan lawan, musuh dlm selimut, tikam dari belakang, harapkan pagar pagar makan padi dan sebagainya.

Oleh itu kita mesti berhati-hati kerana gerak-geri kita sentiasa diperhatikan.

Jika bukan manusia, pasti Allah melihat apa yg sedang kita lakukan dan balasannya memang pasti.

Itulah yg terjadi pada PRU12. Wallahu a'lam.

zedmagel said...

TAHNIAH SAUDARA,

TAHNIAH YB TAN SRI ISA SAMAD...JAGALAH KESEJAHTERA PENGUNDI.


JANGAN LUPA AMANAH YANG DIBERI...