Monday, October 26, 2009

Mangsa 1Malaysia !





Saya rasa terkejut dengan peristiwa yang meragut nyawa seorang murid dan 2 orang lagi masih hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat Kampar runtuh kira-kira 10.30 malam tadi. Bayangkan jika anak-anak kita yang terlibat, betapa syahdunya kita.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Aktiviti yang sepatutnya berakhir dalam suasana gembira telah bertukar menjadi duka. Perkhemahan yang bermula Selasa lalu dan sepatutnya berakhir pada Khamis ini telah dibatalkan serta merta. Kemungkinan pelajar-pelajar ini adalah pelajar tahun 6 yang baru melepasi peperiksaan UPSR beberapa minggu yang lalu. Ini ada satu aktiviti berkelompok yang dianjurkan oleh PPD Kinta Selatan dalam memberi input berguna kepada murid-murid yang akan menaiki tingkatan satu tahun depan. Dari segi dokumentasi program, saya rasa PPD Kinta Selatan tidak mempunyai masalah tetapi mungkin pengurusan tapak perkhemahan kemungkinan terlepas pandang beberapa perkara penting.

Bagi menuding jari mencari kesalahan orang lain mungkin mudah tetapi itulah hakikatnya apabila sesuatu malapetaka yang berlaku ianya mudah dikaitkan dengan kecuaian, tidak bertanggung jawab dan tidak mengikut prosuder dan peraturan. Saya tidak pasti secara terperinci tentang program berkenaan tetapi berdasarkan temubual dengan mangsa, saksi dan ibubapa serta pembacaan dalam akhbar kita boleh membuat beberapa andaian atau rumusan walaupun ianya tidak tepat sepenuhnya.

Program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum PPD Daerah Kinta Selatan ini adalah program biasa yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi lain. Cuma PPD ini mempunyai nasib yang malang disebabkan beberapa perkara yang tidak dijangka dan perkara-perkara yang melibatkan kecuaian. Misalnya, Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini adalah perkara di luar jangka. Namun kita selalu terlupa peralatan baru tidak semestinya selamat. Stadium di Gong Badak Terengganu mengalami nasib yang sama.

Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu."Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Adakah jambatan gantung ini telah diserahkan kepada JPN Perak atau telah diluluskan oleh mana-mana jabatan untuk mempastikan struktur pembinaan selamat digunakan oleh murid-murid sekolah khususnya? JPN Perak bertanggung jawab sepenuhnya di atas kejadian ini disamping kerajaan negeri yang perlu disiasat oleh SPRM berkaitan dengan pembinaan jambatan gantung tersebut.

Bilangan pelajar seramai 298 orang itu sudah mencukupi untuk dikawal oleh seramai 23 orang guru yang bertugas. Namun, difahamkan ketika kejadian berlaku hanya seorang guru dan pengawal keselamatan sekolah yang menyedari dan hampir dengan tempat kejadian. Di mana guru-guru yang lain?. Berdasarkan laporan media, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan. Sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya. Di mana pula guru-guru yang dilantik sebagai jawatankuasa kawalan murid sehingga tidak ada guru yang mengawal pergerakan murid. Jika ada guru yang memerhati, mengawasi dan menegur tentu tidak ada murid-murid yang melompat-lompat di atas jambatan tersebut. Pada pandangan umum, keselamatan pelajar yang menyertai perkhemahan ini adalah terabai.

Kemungkinan ada guru-guru yang mensabotaj aktiviti ini kerana aktiviti kokurikulum ini diberi nama Perkhemahan 1 Malaysia. Di Perak memang ramai kakitangan perkhidmatan awam yang menikam kerajaan daripada belakang termasuklah guru-guru. Disebabkan kerana nama program 1Malaysia mereka kurang komited, sambil lewa,tidak berada di tapak perkhemahan atau lain-lain perbuatan sabotaj yang boleh dilakukan. Selain JPN, PPD yang perlu disiasat, guru-guru yang terlibat perlu juga disiasat latar belakang mereka.

Bagi saya, tragedi yang berlaku kebanyakannya disebabkan kecuaian manusia walaupun saya menerima hakikat semua yang berlaku adalah ketentuan Allah jua.

TERBARU!...SIAPALAH YANG PANAS PUNGGUNG....????

Terbaru : klik di sini

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..SEPATUTNYA MESTI ADA PIHAK2 YG BERTANGGUNGJWB MENENTUKAN TEMPAT TU SLMT ATAU TAK SEBELUM DI LULUSKAN. TAPI BILA DH JADI MCM NI NAMA 1M'SIA JUGAK YG TERCEMAR GARA2 PIHAK YG X BERTANGGUNGJWB..ADOIYAII

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Satu tragedi sedih yang menyayat hati dalam Konsep 1 Malaysia, jika itu yang dinamakan takdir, megpa tiada pasrah dari kita semua

Unknown said...

Takdir tu takdir laa. TAPI kita kena siasat betul2 bukan sekadar pada bunyi sahaja then diam ..kononnya dalam siasatan. Supaya kejadian yg sewaktu dgnnya tidak berulang .
Sekiranya benar seperti yg didakwakan maka guru2 yg bertanggung jawap mesti kena denda agar yg lain nanti dimasa akan datang..akan bertanggung jawab.
p/s- kebiasaan surat dari pihak sekolah akan menulis ~ begini : Saya membenarkan(ibubapa) & tidak akan mengambil tindakan sekiranya berlaku sesuatu musibah terhadap murid. Pihak guru akan memastikan keselamatan murid yg terlibat dalam program tersebut.
*Ada sesiapa yg perasan?

Arif Omar said...

ini semuanya salah manusia. benar ! ramai guru-guru di oerak ini menikam kerajaan dari belakang

Neeza.Areef said...

sian anak2 tu jd mangsa

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry,
Tak pasal-pasal 1Malaysia jadi mangsa. Perkhemahan tu ada tak keselamatan murid didahulukan.....huhuhu

salam bro zedmagel,
Pasrah dan redho oleh kita yang jauh ni. Bagaimana dengan mereka yang tersayang? Keselamatan bukan satu kebetulan ianya sesuatu yang dirancang.......perancangan manusia dan perancangan Allah.

salam LanaBulu,
Kebiasaan surat dari pihak sekolah akan menulis ~ begini : Saya membenarkan(ibubapa) & tidak akan mengambil tindakan sekiranya berlaku sesuatu musibah terhadap murid. Pihak guru akan memastikan keselamatan murid yg terlibat dalam program tersebut.

Kalau begitu ianya mestilah disusuli dengan rasa tanggung jawab bukan untuk 'melepaskan diri' dan sambil lewa.

Salam bro arif omar,
Ianya satu ketentuan Allah. Allah menghukum manusia yang cuai, lalai dan tidak ikhlas. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa.

salam neezareef,
kita simpati dan empati

Selempang Merah said...

Salam bro..
Banyak kemungkinan berlaku dlm tragedi ini, antaranya :
1. Berkemungkinan besar ialah sabotaj dari kontraktor yg hendak memburukkan imej BN/ 1 Malaysia. Tidak logik jika seorang kontraktor membina jambatan gantung di tepi sungai yg deras tanpa menanam konkrit kuat dan dalam agar kukuh.
2. Memang kebiasaannya setiap projek, memang kurang pemantauan. Itulah peluang keemasan pekerja2 kontraktor curi tulang atau menipu.
3. Guru-guru pula, dlm kertas kerja memang ramai ajk nya.. Tapi, bila hari dh malam memang ramai yg cabut lari pulang ke rumah dengan alasan dh ada yg ditugaskan memantau para pelajar.
4. Mungkin Allah nk bg tau pada BN, setiap projek mesti di pantau dan jgn dok percaya je.. Sebab rakyat Malaysia skrg ni ramai yg dh jd talam dua muka.. Suka bermuka2 dan tikam dr belakang.. Lagi2 projek2 di negeri yg sdg di tawan pembangkang. Yg kerja kerajaan pn ramai ahli parti pembangkang. Inilah kehebatan demokrasi di negara kita.

wallahu a'lam..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Segalanya mungkin. Kita boleh buat andaian tapi andaian kita tidak semestinya tepat. Siasatan yang dibuat berkemungkinan akan menyelamatkan kerajaan BN sekarang. Almaklumlah keadaan kegawatan politik Perak yang tidak menentu sekarang. Kita cuma berharap agar rakyat didahulukan pencapaian diutamakan benar-benar dilaksanakan disemua peringkat pentadbiran kerajaan.

mukhtar said...

Amir,

pada pemerhatian aku, tiang jambatan gantung itu tidak dipailing dengan kukuh. Sebab itu ia runtuh, bila muatan murid terlalu ramai, tambahan berlaku hakisan tebing sungai akibat hujan.
Kita beli rumah kena dapat CF dulu baru boleh masuk.Jambatan tu dah dapat Cf ke?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam mukhtar,
Kalau nak buat andaian macam-macam boleh buat. Tapi kalau nak buat andaian nakal pun boleh. CF memang tak ada. JKR pun tak tahu...
Kawan rasa ini kerja nak untung atas angin. Tangan atas tangan. Jadi yang sub terakhir baget dah kecil...kena curi sana sini. hehehe
Atau pun pembinaan tak ikut spek...nak untung beso.

Banyak yang hendak di selamatkan. Semuanya kawan-kawan....hehehe..