Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang : Cerminan PRU ke 13


Keputusan di Bagan Pinang malam nanti dilihat sebagai cerminan kepada PRU ke 13 bagi BN dan Pakatan Rakyat. Komposisi pengundi bercampur seperti Bagan Pinang adalah mewakili kebanyakan kawasan pengundian di seluruh negara. Sebab itu, BN dan PR meletakkan Bagan Pinang sebagai 'titik' sebagai penanda aras untuk tegak berdiri atau rebah menyembah bumi. Bagi BN, Bagan Pinang bukan sahaja dapat menjadikan 2 kerusi yang dimenangi selain di Batang Ai tetapi sebagai 'semangat baru' menandakan sokongan rakyat tidak berubah sejak PRK ke 12 walaupun banyak persepsi, fitnah dan provokasi melampau yang melanda negara. Kemenangan di Bagan Pinang memberi harapan baru kepada BN dalam PRU ke 13 dan PRK-PRK mendatang jika ada.

Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ke dua malam ini sesungguhnya membuktikan bahawa mereka telah gagal untuk 'kelentong' rakyat Bagan Pinang. Mereka tidak ada isu besar untuk ditimbulkan kecuali isu calon dan undi pos. Kedua-dua isu ini tidak menjadi perasa yang sedap untuk dijamah selain menayangkan semula isu-isu basi yang sudah muak rakyat mendengarnya.

Bagi rakyat Bagan Pinang baik Melayu, India atau Cina jika mereka mengundi PAS, mereka nampaknya redho dan menerima Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia. Seperti yang saya katakan bahawa PRK Bagan Pinang adalah cerminan PRU ke 13. Kemenangan PR akan membantu mereka mengekalkan MOMENTUM kemenangan dan jika berlaku keadaan ini ianya sudah pasti menjadi kelebihan kepada Pakatan Rakyat setelah mereka memenangi 7 kerusi sebelum ini. Kemenangan secara berturut-turut ini 'sangat bahaya' kepada BN, PRK Bagan Pinang bukan lagi untuk tempat 'mencuba-cuba'.

Kekalahan 5 negeri dalam PRU ke 12, sudah cukup 'mengajar' kepimpinan BN dan sekarang melalui kepimpinan baru, BN sedang berusaha untuk memperbaikinya. Kalau kita suka seperti mana yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Filipina di mana kerajaan akan sentiasa berpindah tangan, silakan......Jika kita mahu menjadi kerajaan yang stabil seperti Singapura, pilihlah BN. Tidak ada jaminan kehidupan, keselamatan dan keharmonian yang ada hari ini akan terus berkekalan jika kuasa beralih kepada Pakatan Rakyat. Mengapa saya kata begitu? Pakatan Rakyat tidak boleh meniru apa yang dibuat oleh BN sepanjang 52 tahun kerajaan mencapai kemerdekaan. Pakatan Rakyat adalah Pakatan rapuh, bila-bila masa boleh berpecah dan mudah berlaku perebutan kuasa.

Apa yang boleh kita harapkan daripada PAS? Tidak ada harapan langsung? Harapan untuk menjadi pemimpin membawa kita ke jalan yang lurus atau harapan untuk memimpin anak-anak kita dan generasi muda pun hanya tinggal harapan. klik di sini. PAS telah banyak melakukan pemecahan hidup dalam masyarakat. PAS telah mengeluarkan produk-produk yang ganas dan militan. PAS gagal mendakwahkan rakyat secara keseluruhannya dengan akhlak terpuji. PAS gagal menjadi seperti parti Islam yang kita harapkan. Paling haprak PAS hanya dikudakan dan ditunggang oleh Anwar Ibrahim dan DAP untuk meraih undi-undi Melayu di dalam PAS.

Ramai penyokong PAS yang keliru bahawa PAS sekarang berada di dalam Pakatan Rakyat yang bosnya adalah Anwar Ibrahim. Saya tahu ramai orang PAS tidak suka kepada Anwar. Sebahagian daripada mereka juga percaya dengan kes liwat Anwar. Mengapa mereka hipokrit dalam hal ini. Mereka benci Anwar tetapi dalam masa yang sama merestui Anwar menjadi PM. Sepatutnya orang-orang PAS menyokong Hadi Awang sebagai PM jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi lebih baik daripada Anwar. Mereka jawab tidak boleh. Mengapa tidak boleh? Sanggup mereka meletakkan pimpinan ulamak mereka hanya sekadar TPM sahaja. Lebih baik mereka mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat supaya PAS balik ke landasannya semula. Jika tidak PAS akan rosak dan dikuburkan oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini rakyat Bagan Pinang tiada pilihan lain. Pilihlah parti yang layak memimpin kita. Sudah terang Lagi Bersuluh mengapakah kita lebih suka berjalan di tempat yang gelap gelita. Kepada pengundi di Bagan Pinang, lihatlah politik keseluruhannya jangan ambil suku-suku sahaja. Kalau PAS membawa kita ke satu era yang tidak pasti, kemungkinan kita berdosa besar memangkah mereka jika akan datang negara kita akan terjajah semula. Ingat! Bagan Pinang adalah cerminan PRU ke 13.

Selamat mengundi saudara-saudara ku!
moh kito samo-samo poie ngondi .


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

C L J said...

Semuga orang Bagan Pinang tidak memandang tanggong jawab ini sebagai ringan. Inilah penunjuk arah masa depan negara. Dan peranan kita diPRK ini barangkali memberi kesan besar kepada akaun kita di Bank Pusat Almahshar. Semuga kita tidak tertipu dengan tindakan pihak yang suka mencipta cerita. Inshaallah kita akan tersenarai dalam barisan penyelamat. Penyelamat itu mulia.

Selempang Merah said...

Salam bro..
Saya yakin bahawa rakyat sudah sedar akan gelagat pelakon-pelakon utama layar gangsa Pakatan Haram.
jika Bagan Pinang, BN (UMNO) yang menang.. Insya'Allah, rakyat akan berfikir semula akan hasil usaha yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk memberikan keyakinan kepada rakyat untuk telus, adil, amanah, tidak mengamal rasuah dan lain-lain lagi. Yang paling penting, pemimpin BN jangan ulangi kesilapan lalu yang menghancurkan BN dalam PRU 12. Jangan membelakangi hak rakyat, kembalikan subsidi minyak agar harga kenaikkan barang tidak berlaku. Contohilah gerak kerja di era zaman Tun Mahathir yang lebih jauh pandangannya yang berani membuat sesuatu keputusan. Insya'Allah BN (UMNO) kembali pulih dan sekarang UMNO kembali pulih secara beransur-ansur untuk memperbaiki imejnya. Hidup UMNO ! Hidup Melayu ! Secara automatik Hidup Islam !

Minta izin buat iklan bro..
Anda semua dijemput melayari blog saya di = http://selempangmerah69.blogspot.com

Arif Omar said...

doraemon tu menang besar

Anonymous said...

SLM BRO..KLU PENGUNDI BAGAN PINANG RASE MEREKA LEBIH PECAYA DGN CARA KELENTONG & TABUR JANJI YG PEMBANGKANG BUAT, X DAPEK DEN NAK NOLONG JANG OIII

HALIM said...

Salam bro...kawan biasanya terlewat...nak comment...ni pun dah tahu keputusan ...BN menang..

Kalau pergi ke Bandung...jangan lupa makan mee Bandung...sama tak rasanya dengan mee bandung muar...belikan kawan ole-ole dari bandung...he he he

cekodokmasin said...

Salam tuan,
BN dah labur banyak pada sepet & botol kicap. Memang nak kena kalau mereka ni lupa daratan.

Arif Omar said...

PANGNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH. SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN ANDA. CUMA BAB PR INI. PAS PUN TAK TERFIKIR KE MEREKA INI SEMUA . KALAU MENANG PRU13 SIAPA NAK JADI PM? DSAI? JAHANAM NEGARA KITA DIBUATNYA. HAIRAN SAYA DENGAN PENYOKONG PAS INI. MEREKA TAK BOLEH FIKIR PERKARA INI. TGHH NK JADI PM? PAS AKAN DAPAT MAJORITI KE? KALAU DSAI JADI PM ALAMATNYA PAS JADILAH PAS DI SELANGOR DAN PERAK , HANYA MELUKUT DITEPI GANTANG. HAIRAN MEREKA MASIH BELUM SEDAR

Unknown said...

Kemenangan ini...
Tahniah buat BN..
Boleh dijadikan kayu pengukur..?
Belum tentu lagi..
Banyak kerja dan tanggung jawab yg masih tergadai yg perlu dilunaskan..
Perlihatkan ketelusan dalam pentadbiran..bukan sekadar menilai ikan bilis yg bermasalah sahaja...
Rakyat melihat dan mebuat andian sendiri dari masa ke semasa..

zedmagel said...

Salam Bro,

Si Katik ayam sabung BN tu menang besar. Tak padang yang katik tapi handal belaga.

Kemenangan di Bagan Pinang bukan satu ukuran bagi PRU 13, untuk beberapa buah negeri seperti Johor, N9 dan Melaka sahaja. Negeri lain bimbang jika BN bungkus.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam pakcik Che Leh Jangok
Harapan telah menjadi kenyataan. Pengundi Bagan Pinang telah menunaikan tanggung jawab mereka.

Salam Selempang Merah,
Kuasa rakyat jangan dipermainkan. Rakyat sudah mengajar BN dalam pilihanraya ke 12 lalu. Kesedaran mula timbul dan kerajaan sedang bersungguh-sungguh membawa balik kerajaan ini ke landasan yang betul setelah dirosakkan hampir 5 tahun......

Salam bro Arif Omar
Tepat sekali sangkaan bro. Tahniah kepada ISA dan BN. Takziah kepada Nik Aziz and the gang.

Salam Jeffry,
nampaknya pengundi Bagan Pinang 'tak sudi' dikelentong mentah-mentah...

Salam En.Halim,
Bukan Bandung bro tetapi Surabaya. Bukan minggu ni bro.....17 hb nanti

Salam cekodokmasin,
hehehe......kalau tak bagi juga...memang hampeh dema tu...huhuhu. Di robus yo lai baik....

Salam Lana bulu,
Terima kasih atas pandangan. Mungkin saya sudah menjawab dalan n3 terbaru 'Monang Bosar: Sokong Isa atau Sokong BN'

Salam bro zedmagel,
Ada benar pandangan bro tu....Jangan lalai kerana mereka sudah pun menyusup di N9, Melaka dan Johor. Hati-hati dengan gerakan Anwar di selatan. Jangan panggil katik la bro....ini ayam serama la....hehehe