Wednesday, October 28, 2009
1 Sekolah Untuk Semua : PAS Dan DAP Sokong !
Parliament: Single stream schools can help achieve unity
The Star Online, Wednesday October 28, 2009
KUALA LUMPUR: The Government has been urged to restructure the education system including introducing single stream schools to achieve racial unity.
Hamim Samuri (BN-Ledang) said the current multi-stream schooling system did not help people understand the meaning of unity or the 1Malaysia concept promoted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
He said the present system should be restructured where all secondary schools would be in a single stream, thus placing all races under one roof.
“The multi-stream schools can be retained at the primary level. The Government can take over and upgrade the secondary schools,” he said when debating the Supply Bill 2010 here Wednesday.
Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) agreed, saying that a study showed that the present education system had no objectives for the well-being of the people.
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) also agreed that all multi-stream schools be united into a single stream at secondary level so that racial unity could be achieved.
He said the single stream schooling system had been mooted by historian and academician Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. -- Bernama
Berdasarkan perkembangan terbaru ini saya menyifatkan ianya satu perkembangan yang sihat. Ianya melambangkan kesungguhan semua pihak untuk menuju ke arah matlamat 1 Malaysia berasaskan perpaduan yang tulen. Walaupun Ab Halim Ab Rahman (PAS) dan Tony Pua (DAP) bukan mewakili pandangan rasmi parti masing-masing tetapi idea, pemikiran, hasrat,iltizam ke arah 1 sekolah ini sudah ada di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Walaupun ianya baru setakat sokongan tetapi 1 Sekolah sudah boleh dibincangkan bagi memenuhi citarasa 1 Malaysia. Muhyiddin Yassin sebagai TPM dan Menteri Pelajaran sudah boleh berkira-kira untuk membuka pintu perbincangan dan musyawarah bukan sahaja dengan parti-parti pembangkang tetapi dengan rakan-rakan komponen terutama MCA dan MIC. Soalannya ialah bersediakan MCA dan MIC keluar daripada kepompong tradisional mereka iaitu mahu mengekalkan tradisi pendidikan, bahasa dan budaya mereka dengan mengorbankan perpaduan dan permuafakatan rakyat dan generasi akan datang?
YB Hamim Samuri (BN-Ledang) telah mencadangkan kepada kerajaan disatukan aliran-aliran sekolah yang berbagai menjadi satu di Parlimen semalam. Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) bersetuju dengan cadangan itu. YB Tony Puah (DAP-Petaling Jaya Utara) turut serta bersetuju dengan cadangan dimulakan di peringkat sekolah menengah. Sekarang kita menanti komen daripada Muhyiddin,Karpal Singh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan komen yang paling glamour daripada Nik Aziz. Kita nak tengok siapa lagi yang nak main kong kali kong dalam cadangan 1 sekolah ini.
Saya juga tertunggu-tunggu komen daripada Nik Aziz yang selalunya kontradiksi dan kontroversi. Nik Aziz menentang keras 'kerajaan perpaduan'dan merendah-rendahkan 1Malaysia, mampukah dia menyokong '1 sekolah untuk semua' seperti mana dia menyokong slogan 'PAS untuk semua'.
Bahasa Pengantar untuk 1sekolah ini sudah semestinya Bahasa Kebangsaan. Namun begitu bagi memuaskan hati orang-orang Cina dan India yang bimbang dengan kaedah pendidikan, bahasa dan budaya bangsa mereka, maka pintu perundingan dan perbincangan perlu dibuka seluas-luasnya.
Menurut pandangan sahabat, En.Nordin daripada KCD, apa yang menarik ialah saranan sekolah satu aliran ini datangnya dari seorang bukan Melayu yang melihatnya bukan dari segi kepentingan bangsa sendiri tetapi kepentingan nasional. Sepatutnya lebih ramai bukan Melayu bersikap seperti beliau kerana jika pemimpin Melayu yang bersuara tentang sekolah satu aliran ini, sudah tentu orang bukan Melayu akan merasa bahawa hak keistimewaan mereka untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka mahu ditarik balik. Begitu juga tentang hak keistimewaan orang Melayu, hanya pemimpin Melayu yang boleh cadang untuk tarik balik, jika pemimpin bukan Melayu yang cadang ia pastinya akan ditentang kerana menganggap hak mereka sudah dicabar. Beliau merujuk kepada saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Bagi saya 1sekolah untuk semua bukan hanya tergalas di bahu orang-orang Melayu sahaja tetapi ini adalah kepentingan semua rakyat. Keamanan dan kesejahteraan adalah dinikmati oleh semua.Jadi tidak ada pertukaran kepentingan. Jikalah orang Cina terpaksa mengorbankan Bahasa Cina jangan pula dituntut ganti rugi atau menggantikan dengan yang lain.
Untuk generasi masa depan......terutama yang belum dilahirkan hehehe
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
SLM BRO..1 ALIRAN 1 SEKOLAH PELBAGAI BUDAYA MMG NGAM PUNYE LAH!. SELAGI BERASASKAN 1 M'SIA KENAPA TIDAK BOLEH DI LAKSANAKAN :-D..YANG PENTING BAHASA PENGANTARAAN ADALAH BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS AKAN TERUS DIPERKASAKAN SEPERTI KATA TS MUHYIDDIN
Salam.
Satu Sekolah Untuk Semua harus dilaksanakan dari sekolah rendah bukan dari sekolah menengah. Kalau dari sekolah rendah, budak budak dari pelbagai bangsa akan lebih menerimanya kerana itu lah masa yang baik untuk diserapkan rasa cinta kat negara dan sifat perpaduan antara bangsa bangsa yang ada di M'sia.
Salam bro..
Sepatutnya 1 Sekolah Untuk Semua telah dilaksanakan sejak 52 tahun dahulu lagi. Malah syarat nk jadi rakyat Tanah Melayu/Malaysia pada ketika itu mestilah menerima sistem pendidikan yg diselaraskan oleh kerajaan. Barulah tidak timbul masalah perpaduan yg kita alami skrg stlh peristiwa berdarah 13 Mei telah berlalu. Namun kesannya sehingga kini masih terasa bahangnya. So, memang patut perlaksanaannya dipercepatkan. Wallahu a'lam..
Salam tuan,
Nak aku tengok reaksi Dongzhong ( ala persatuan cikgu2 cina tu. Kalau tak bantah dan setuju, memang best sangat ler peratuan tu. Kalau tak setuju, tahu le sepet punya main... Masa PPSMI pun bukan main tak setuju tapi bila ada masyuk elaun, setuju jer walaupun bagi berbagai syarat...
salam saudara,
dalam tony puah menyokong sempat jugak dia jentik keistimewaan pelajar melayu yang mendapat peluang belajar di MRSM.. menurut kata Ketua@pengerusi Publisiti DAP pelajar melayu yang bijak pandai di MRSM patut ditempatkan di sekolah 1 aliran utk bantu teman sesekolah utk berjaya... dalah menimang dia melibas..saya takkan percaya mainan puak ultra-kiasu ini!!!
saya harap kita sentiasa sedar dan terus sedar... kalau tak dapat dipukul dapat dicuit pun mereka akan cuit juga
Salam Jeffry,
PAS dan DAP sokong, malangnya MCA dan MIC bantah.Ramai yang kesal dengan tindakan pemimpin MIC dan MCA yang membantah sistem satu aliran seperti mana yang dicadangkan oleh Prof Khoo Kay Kim. Sekarang terjelas sudah bahawa MIC dan MCA sebenarnya tidak ikhlas dalam membantu misi 1Malaysia Najib kerana mereka masih mahu mengamalkan sikap racist daripada mengutamakan kepentingan nasional. Mereka hanya bersetuju misi 1Malaysia Najib itu jika hak istimewa Melayu (dari segi ekonomi Melayu) dihapuskan tetapi hak istimewa mereka (dari segi pendidikan) perlu dipertahankan.
Salam ZazaMusica,
Benar, melentur buluh biar dari rebungnya. Masa kecil inilah mereka bercampur gaul antara satu sama lain. Kalau dah sekolah menengah, samalah seperti sekarang. Dah jadi buluh, kalau kita berkeras akan patah jadinya.
Salam selempang merah,
Pada ketika itu, pemimpin-pemimpin negara masih terpengaruh dengan British. Kaum pendatang telah mempengaruhi British untuk mendesak pemimpin UMNO untuk mengekalkan sekolah jenis kebangsaan dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar utama.Lebih-lebih lagi,UMNO sedang berjuang menuntut kemerdekaan dan ianya menjadi pra-syarat British untuk menekan pemimpin UMNO selain hak kerakyatan dan warganegara. Jika tidak usaha dan proses menuntut kemerdekaan akan terbantut. Hakikatnya perpaduan di Malaysia adalah perpaduan plastik. Orang Melayu sahaja yang mahukan perpaduan tetapi bangsa pendatang terlalu perkauman sehingga begitu sukar untuk mengorbankan sesuatu yang merugikan mereka khususnya soal pendidikan, bahasa dan budaya.
Salam cekodokmasin,
Hakikatnya Cina dan India/MCA dan MIC telah menolak 1sekolah.
MIC dan MCA tidak setuju sistem pendidikan satu aliran
KUALA LUMPUR: MIC dan MCA menentang cadangan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran, dengan mengatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak akan menghalang usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional.
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata sekiranya cadangan itu dikemukakan dalam usaha menjalin perpaduan kaum, ada banyak cara lain lagi untuk melakukannya dan bukan melalui sistem pendidikan satu aliran. (satu penafian yang datang dari pemimpin yang paling dibenci rakyat)
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran patut diteruskan kerana ia tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.
"Ia bukan penghalang kepada perpaduan nasional, sebaliknya bantu menerapkan semangat bersatu padu di kalangan masyarakat majmuk," kata Wee
Dr Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata walaupun bahasa pengantar di sekolah pelbagai aliran bukannya bahasa kebangsaan namun ia tidak menggugat pelajar untuk menghayati konsep 1Malaysia. BERNAMA
Salam amieieda,
Rupanya sokong ada makna.
Cina dan India sokong 1Malaysia dengan tujuan untuk hapuskan hak istimewa orang Melayu. Mereka ingat 1Malaysia untuk sama rata semua perkara. Yang ini mereka untung, Melayu akan hilang hak keistimewaan.
Sedangkan 1 sekolah adalah ke arah 1 Malaysia. Mengapa mereka tidak menyokong? kerana mereka rugi sebab 1 sekolah memerlukan 1 bahasa pengantar utama iaitu bahasa Melayu dengan tujuan perpaduan nasional. Jika sesuatu yang menguntungkan mereka, mereka sokong. Jika sebaliknya mereka tentang. Jadi 1Malaysia akan gagal untuk memupuk perpaduan kerana gagalnya perlaksanaan 1 sekolah.
SAYA SOKONG SATU ALIRAN
salam bro arif omar,
Apa kata Najib,
Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran bagi menjaga sensiviti kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan.
Apa kata rakyat,
MCA dan MIC tidak setuju cadangan 1 sekolah Untuk Semua.
Ini bermakna 1 Sekolah tidak dapat direalisasikan walaupun tujuannya baik untuk negara tetapi disebabkan ada rakyat tidak bersetuju maka mudah Najib menolaknya mentah-mentah
Post a Comment