Thursday, September 10, 2009

Samy Berhenti Dan Terus Pencen.




Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 25.581 juta orang tahun ini berbanding 25.048 juta tahun lepas dan 22.082 juta semasa banci 2000. Jumlah penduduk kaum India di Malaysia meningkat daripada 1.696 juta orang semasa banci 2000 kepada 1.807 juta orang tahun ini. Jumlah penduduk India itu kebanyakannya bergantung kepada MIC sebagai parti tunggal yang sekian lama mewakili orang India. Namun selepas PRU ke 12, orang India seolah-olah telah menolak MIC dan beralih arah kepada PKR.

Parti MIC sekarang mempunyai 5 ahli Dewan Negara iaitu seorang lantikan daripada DUN Selangor dan 4 orang lagi lantikan DYMM Yang Dipertuan Agong. Selepas pilihanraya ke 12, Ahli Dewan Rakyat daripada MIC cuma ada 3 orang wakil iaitu P072 Tapah ,P078 Cameron Highlands dan ,P140 Segamat.

Dalam PRU itu satu keputusan yang menarik tetapi tidak memeranjatkan ialah tewasnya Presiden MIC, Mr.Samy di P062 Sungai Siput Perak kepada Micheal Jeyakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).Pada masa yang sama Presiden UMNO dan MCA menang di Parlimen masing-masing. Kekalahan Samy itu telah menguatkan hujah bahawa Samy adalah beban kepada MIC dan MIC adalah beban kepada BN.

Terbaru Tun Mahathir membuat satu kenyataan yang membinggungkan Presiden MIC menjelang pemilihan sengit parti itu Sabtu ini. Kenyataan itu dipetik daripada Agendadaily.com yang bertajuk 'MIC hilang sokongan masyarakat India jika Samy Vellu terus terajui parti - Tun Mahathir' Dalam kenyataan balasnya, Mr.Samy dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya". Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

Tun Mahathir dalam wawancara dengan Utusan telah membuat kenyataan, MIC akan kehilangan sokongan daripada masyarakat India jika S. Samy Vellu terus menerajui parti itu.Tegasnya, MIC kini dilihat semakin lemah dan kekuatan parti itu tidak boleh dipulihkan semula jika Samy Vellu terus kekal sebagai Presiden."Kelemahan MIC disebabkan oleh Samy Vellu, saya dengar ramai orang India cakap, dia orang tak suka nak sokong MIC pasal Samy Vellu."Sebenarnya sebelum pilihan raya 2008 ada stesen televisyen tanya saya apa akan jadi pada MIC, saya kata selagi ada Samy Vellu di situ, MIC akan tewas, memang benarlah dia tewas,"

Mungkin Tun bukan berniat untuk mencampuri urusan parti MIC. Semasa beliau masih memegang jawatan PM, saya rasa tidak ada kritikan terbuka kepada Samy. Malah hubungan antara ke tiga parti amat akrab terutama ketika Tun kehilangan banyak sokongan daripada orang Melayu dalam pilihanraya umum negara ke-10 pada 29 Nov.1999 . Pada masa itu sentimen-sentimen anti- Mahathir amat kuat khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Tetapi penggundi-penggundi Cina dan India berdiri teguh dibelakang UMNO/BN dan sehinggakan kedua-dua ahli parlimen yang sangat hebat dari DAP Lim Kit Siang dan Karpal Singh kecundang di kawasan majoriti Cina di Pulau Pinang. Walau pun Parti Pas berjaya mengumpulkan undi Melayu pada masa itu dengan UMNO cuma memenangi 72 kerusi dan kalah 17 kerusi tetapi UMNO/BN masih dapat kekalkan majoriti 2/3 di parlimen dengan kemenangan besar parti-parti bukan Melayu seperti MCA menang 28 kerusi dan cuma kalah 2 kerusi. MIC menang 7 kerusi tanpa kalah sebarang kerusi. Gerakan menang 10 kerusi dengan tanpa kalah sebarang kerusi.

Walaupun begitu selepas pilihanraya ke 12, 2008 sokongan daripada orang bukan Melayu telah beralih arah. MIC hanya menang di Tapah ,Cameron Highlands dan ,Segamat. Maka salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan MIC ini ialah 'Faktor Samy'. Samy memasuki gelanggang politik bermula dalam Pilihanraya 1974 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput. Beliau memegang kerusi ini sehingga kekalahannya pada PRU 2008. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979 daripada V. Manikavasagam. Samy akan terus memegang jawatan Presiden itu bagi sessi 2009-2012. Ini bermakna kemungkinan besar PRU ke 13, Samy masih mengetuai MIC.

Samy telah membidas Mahathir yang mempunyai 4 timbalan perdana menteri tetapi beliau lupa bahawa beliau menjadi presiden MIC sejak daripada Perdana Menteri Malaysia ke 3 sedangkan Mahathir sendiri belum menjadi PM dan Presiden UMNO. Ini bermakna Samy telah menjadi Presiden MIC di bawah 4 orang perdana menteri dan 4 orang Presiden UMNO. Bukankah ini satu tempoh yang lama dan menjemukan?. Isu Tun Mahathir bukannya isu timbalan tetapi isu sayang hendak lepaskan jawatan. Isu Samy nak jadi Presiden MIC seumur hidup. Sebab itu orang tidak suka.

Bagi saya, Mr.Samy sudah terlalu lama memimpin MIC. Banyak jasanya pada MIC tidak kurang juga taik yang ditinggalkan. MIC menjadi beku dan tepu kerana Samy terlalu mengongkong ahli-ahli parti. Ramai pemimpin-pemimpin parti tidak berpeluang untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin. Sebab itu MIC tidak putus-putus bergolak perihal masalah dalaman parti.

Walaupun MIC tidak mempunyai satu pun kerusi majoriti dalam mana-mana kerusi parlimen tetapi BN sentiasa memberi peluang kepada MIC walaupun kawasan itu adalah kerusi kawasan majoriti Melayu. Ini bermakna calon-calon MIC yang menang di Parlimen dan DUN beberapa negeri lazimnya mendapat sokongan daripada pengundi Melayu. Misalnya kerusi Tenggaroh, Kahang dan Gambir di Johor adalah kawasan majoriti Melayu. Tidak cukup dengan itu MIC diberi satu jawatan exco bagi mewakili masyarakat India. Melihat kepada kecelaruan yang berlaku di dalam MIC, salahkah bekas pemimpin UMNO seperti Mahathir memberikan pendapat. Tujuannya bukan untuk memburukkan MIC dan Samy tetapi untuk menguatkan BN dalam pilihanraya ke 13 nanti. Mahathir mempunyai niat murni agar undi-undi India sebelum ini akan berpatah balik kepada BN dan orang India sedia maklum bahawa janji-janji Pakatan Rakyat hanya palsu belaka. Buktinya isu Kampung Buah Pala, di Pulau Pinang adalah antara bukti Pakatan Rakyat hanya mahu undi mereka dan bukan untuk membela kaum India.

Dalam keadaan momentum sokongan orang India untuk beralih arah, mereka mengharapkan satu perubahan dalam pucuk pimpinan MIC. Tetapi Samy masih terus kekal sebagai Presiden sehingga 2012. Mungkin orang India kecewa seolah-olah jawatan itu hendak di bawa hingga ke mati. Najib mungkin 'segan' untuk menegur kerana mungkin teguran seorang PM dan Presiden UMNO dikatakan mencampuri urusan parti komponen yang lain. Jadi teguran bekas pemimpin UMNO sepatutnya diterima oleh Samy.

Saya masih ingat, apabila rakyat Terengganu sudah muak dengan Wan Mokhtar dalam Pilihanraya Umum ke 10 tahun 1999, mereka telah menukar kerajaan kepada kerajaan PAS. Tetapi apabila Gelombang Biru melanda tanpa Wan Mokhtar, Terengganu kembali menyokong kepada BN. Sama juga dengan kes MIC ini, kemungkinan jika Samy melepaskan jawatan Presiden MIC sebelum PRU ke 13, kemungkinan sokongan masyarakat India kembali kepada BN bukan sesuatu yang mustahil.

Oleh itu, cadangan ini perlu datang daripada orang luar MIC kerana ahli-ahli MIC yang pro-Samy takut untuk bersuara pada hal itulah hasrat mereka terutama ahli-ahli MIC akar umbi yang tidak mempunyai kepentingan. Sebagai rakyat Malaysia, suka juga saya mencadangkan kepada Samy supaya berhenti dan terus pencen demi kepentingan MIC dan BN yang semakin goyah menjelang PRU ke 13 nanti.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Terbaru : Palanivel kekal No. 2, orang Samy menang besar. klik di sini

11 comments:

C L J said...

Dah diberhentikan pun tak nak pencen lagi.

Arif Omar said...

samy perlu pencen, palanevel perlu pencen, kayveas perlu pencen dan ditendang keluar dari bn, koh tsu kon pon patut pencen dan yang utama ong tee keat manusia malaikat / malaikaimaut pun amat wajar pencen. termasuk kahiry jamluddin.

Geng Samudera said...

Salam,

Satu rumusan yang dapat saya perhatikan di mana Dr M bercakap atas dasar realiti yg Samy terlalu lama menjadi Presiden.Dan agak pelik serta tiada pembaharuan.
Dia bercakap terus dan telus,Samy plak terasa lelebih.
Itulah,kekadang bila dah lama sangat,teremosi la plak..

Mcm bro cakap,ari cakap lain,esok cakap lain...aduyaa,mmg keling tul..

Sepertimana orang lain,kita tak nak campur tangan tapi agak2 lar bila melibatkan BN.Begitu jugak MCA.

Arif Omar : Bagi saya,bukan soal perlu pencen atau idak,tapi keikhlasan pemimpin tuh memimpin tu yang paling kita cari....
Nih asyik sakau duit rakyat jer cam KJ tuh,end of the day habuk pun tarak....
rakyat porak peranda,depa cabut naik flight duduk oversea...!!

Jadi Samy,lu pikir larr sendiri..guna otak atas bukan kepala lutut nak pk....

bakmaipungkoq said...

Betul kata Arif Omar tu, sokong 100%. Mereka tu semua hanya liability kpd BN.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam pakcik Che Leh Jangok,

Emmm....betul dah kalah dalam pilihanraya pun masih ada nafsu kuat untuk jadi Presiden MIC. Katanya nak stabilkan MIC. Kalau banding dengan Pak Lah rasanya baik lagi Si Samy ni. hehehe.Tafsiran boleh dibuat berikutan kejayaan geng S. Samy Vellu sapu bersih jawatan tertinggi parti itu termasuk G.Palanivel yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden.Keputusan pemilihan parti MIC yang diumumkan malam Sabtu membuktikan pengaruh dan populariti Samy Vellu sebagai presiden parti tanpa jawatan dalam Kabinet masih kuat

Salam bro Arif Omar,

Ekoran kejayaan geng yang direstui presiden MIC itu juga sebagai signal kepada Samy Vellu supaya berundur daripada jawatan yang disandang sejak 1979.

Bekas Menteri Kerja Raya itu sebelum ini sudah membayangkan akan melepaskan jawatan berkenaan apabila barisan kepimpinan yang direstuinya berjaya dalam pemilihan parti itu.
Tidak ada sebab untuk beliau terus mempertahankan jawatan itu kerana Samy Vellu sudah membuat kenyataannya akan melepaskan jawatan itu pada 2012 atau mungkin lebih awal jika Palanivel kekal dan sudah bersedia menerajui parti utama kaum India di negara ini.
Samy Vellu ketika di pentas Dewan Merdeka PWTC selepas pengumuman keputusan pemilihan kira-kira jam 8.40 malam berkata, beliau telah berjaya buat perubahan dengan membawa "muka baru dalam barisan kepimpinan."

Salam Geng Samudera,

Perhimpunan Agung MIC hari Ahad meluluskan usul menghadkan tempoh jawatan Presiden parti itu tidak melebihi tiga penggal. Setiap penggal membabitkan tempoh tiga tahun.
Dengan keputusan ini, tiada lagi pemimpin MIC selepas ini yang akan mamu memecahkan rekod ‘pemerintahan’ S. Samy Vellu yang telah pun menjadi Presiden MIC sejak tahun 1981 atau 28 tahun.

Salam bakmaipungkoq,

Presiden MIC, Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.
Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu. huhuhu

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Ayooyoo Macha...yenah dey? Itu maca subramanian sudah kalah ka? Saya sudah cakap itu G Panaivel saya punya orang, dia mesti menang.

Hey dey....wanga..wanga. Depavali vartukal...amak.

Si bangka tu tak sedo diri bro...dia ingat kalau bukan dia presiden orang India kat malaya ni tak boleh idup ka?

Porrrrrraaaah....citttt ( ludah air sireh).....

Arif Omar said...

amat setuju.

HALIM said...

Kita tengok ajela janji dia...dia nak berhenti...apabila hendak melihat MIC diterajui oleh orang yang berkaliber...bukan orang macam gangster...kita lihat janji keling punya...he he he

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel, bro Arif Omar dan bro Halim...

Ini keling sekor memang tak sedor diri. Dia ingat dia sekor keling yang pandai dalam Malaya ni. Itu sebab keling2 lain dah cabut ke PKR, menyampah kat keling biji bijan sekor ni.huhuhu... bro percaya ke janji dia....hehehe. Jangan percaya sangat. kan selalu orang kata..hati2 ngan janji keling. Apa maksudnya bro? Lu pikir la sendiri.....huhuhu

AMNOBODO said...

Alamak..GENG SAMUDERA nih ayat ko nih betoi ker? >>>


Nih asyik sakau duit rakyat jer cam KJ tuh,end of the day habuk pun tarak....
rakyat porak peranda,depa cabut naik flight duduk oversea...!!

<< selama nih ako tak perasan laks yan KJ tuh sakau duit rakyat...emm..betoi ker?...ermm..KJ tuh orang UMNO kan?..ishh..kalau KJ yang Ketua Pemuda tuh leh sakau Duit Rakyat..apatah lagik ler yang Presiden..Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita yang berpangkat2 Perdana Menteri...timbalan dan menteri2 ek?..haiYO...sudah teruk ler ini UMNO....huhuhuhhu

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

AMNOBODO,

Kesian KJ, aku ingat aku aje menyampah kat dia. Rupa-rupanya ko pun sama. huhuhu