Monday, September 14, 2009

MIC Tahu Politik Melayu Lemah!


Kalau sudah sampai tahap hanya taraf seorang perwakilan sahaja boleh menghina seorang bekas Perdana Menteri, bekas Presiden UMNO dan seorang negarawan yang banyak berjasa ianya boleh disimpulkan bahawa sesiapa sahaja sekarang ini boleh menghina orang Melayu. Hari ini hanya seorang macha perwakilan MIC, hari esok siapa tahu seorang pengangkat najis pula sudah berani menghina sultan-sultan Melayu.

Kalau Ahmad Ismail boleh dikenakan hukuman gantung keahlian UMNO hanya berkata bahawa orang Cina sebagai pendatang, maka apakah hukuman setimpal untuk ahli MIC itu?. Sedangkan Ahmad Ismail berkata perkara yang benar. Tetapi Pak lah telah di asak oleh Gerakan supaya mengambil tindakan ke atas Ahmad. Akhirnya Ahmad yang menjadi mangsa. Gerakan pula kehilangan kuasa di Pulau Pinang.

Perwakilan MIC pro Samy Vello ini tidak berkata benar tetapi beliau hanya dilihat untuk melempiaskan kemarahannya atau kemarahan orang lain kepada Mahathir berikutan bekas PM itu yang mengkritik Samy dan menyokong Subra. Salahkah bekas PM itu menegur dan ianya telah dijelaskan oleh Mahathir bukannya masuk campur seperti yang disangkakan oleh ramai penyokong Samy. Ada berapa ribu orang yang bercakap perkara yang sama seperti mana apa yang Mahathir cakapkan. Adakah mereka ini masuk campur urusan MIC?

Selipar dan penyapu melambangkan 'sial' bagi orang Melayu. Khir Toyo tumbang di Selangor kerana dikatakan bahana 'sial' penyapu. Perlu apa nak cadangkan selipar dikalung pada gambar Mahathir sedangkan Samy sebelum ini adalah orang yang paling banyak mengalung bunga ke leher Mahathir. Mengapa sekarang baru hendak dikalungkan dengan selipar?

Saya merasakan perwakilan itu mungkin tidak berani bertindak seorang diri. Saya lebih percaya di belakang perwakilan ini mungkin ada Samy. Samy yang suruh kerana Samy terlalu marah di atas kritikan Mahathir apatah lagi Mahathir memberi sokongan terbuka kepada musuhnya, Subra. Beberapa hari sebelum perhimpunan ,Samy sering membuat kritikan-kritikan keras terhadap Mahathir. Pada fikiran saya ,Samy saja nak lepaskan geram dengan menyuruh seorang perwakilan ,sedangkan dirinya tidak tergamak dan tidak berdaya kerana semasa Mahathir menjadi PM, Samy lah yang paling banyak mencium tangan Mahathir.

Bagi pengetahuan semua, Samy menjadi Presiden MIC sejak 4 Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik dia kalah di Sungai Siput dalam pilihanraya Umum ke 12 lalu. Jika tidak dia kemungkinan akan dilantik sebagai menteri semula. Kekalahannya juga menyebabkan kerusi Menteri Kerjaraya telah diberikan kepada menteri Melayu. Ini juga menimbulkan keresahan kepada Samy, mujur juga MIC cuma menang di Tapah, Cameron dan Segamat daripada 9 kerusi Parlimen yang diperuntukan kepada MIC. Malah ketiga-tiga kerusi itu adalah ehsan orang Melayu kepada MIC. Pendek kata selepas Pilihanraya Umum ke 12, Samy memang sasau memikirkan nasib yang menimpa MIC dan bingung dengan sokongan orang India yang sudah beralih arah kepada PKR.

Dalam keadaan sasau dan bingung, Samy seolah-olah tidak boleh ditegur. Beliau cuba mencipta sejarah tersendiri dengan cuba mengembalikan sokongan orang India kepada MIC. Sebab itu beliau tidak mahu meletakkan jawatan ketika namanya di bawah. Beliau mahu meletakkan jawatan ketika namanya di puncak apabila MIC dapat mengembalikan keyakinan orang India kepada parti itu. Apabila dikritik oleh Mahathir, sukar untuk Samy menerimanya kerana beliau masih seorang presiden yang dikritik oleh seorang bekas presiden parti. Dengan bongkaknya, Samy ingin memalukan Mahathir kerana semasa Samy menjadi presiden MIC lah, orang India berani mencadangkan Mahathir dikalungkan dengan selipar di PWTC iaitu sebuah bangunan kepunyaan Melayu yang didirikan di zaman Mahathir.

Samy tahu bukan semua Melayu akan melenting. Melayu PAS dan Melayu PKR tentunya bersorak gembira. Mereka sudah lama menghina Mahathir dengan kata-kata seperti Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya. Sudah tentu apa yang dilakukan oleh perwakilan MIC itu akan mendapat sokongan daripada Melayu PAS dan Melayu PKR kerana Mahathir lah yang menjadi penghalang kepada PAS dan Anwar Ibrahim memerintah Malaysia. Samy tahu, bukan semua Melayu akan bangkit di seluruh negara, kalau ada pun di sana-sini hanyalah sekadar seperti membantah serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 1990an dahulu.

Apakah yang boleh dijadikan renungan untuk kita ialah hanya dengan menjadikan kita kuat semula barulah kita akan dihormati. Apabila kita lemah dan berpecah-pecah, seorang India penjual cendol pun boleh menghina bangsa dan agama kita sesuka hati.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Terbaru : MIC ambil tindakan. MIC hari ini gantung keahlian seorang perwakilan yang cadangkan kalungan selipar pada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masa berucap di perhimpunan MIC Ahad lalu.Tindakan yang berkuatkuasa serta merta itu diumum oleh Presidennya Datuk Seri Samy Vellu.Katanya dalam satu kenyataan diharap tindakan itu akan selesaikan isu berkenaan.

10 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..STUJU PENDAPAT BRO..KLU ANE PENJUAL CENDOL SNANG2 TAMPOR MUKE KITA MINTAK BAYAR LEBIH DR YG SEPATUTNYA TAK KAN ORG MELAYU NK TUNGGU SAMPAI PILIHANRAYA BARU NAK BERTINDAK?? ADOIYAIIII

C L J said...

Berapa lama orang Melayu Sungai Siput dok patoh menyokong Sami sampai mereka bosan. Sami buat apa.

Berapa lama Ton Det dok bela Sami. Apa sami buat untuk orang India. Sampai mereka bosan. Dalam bosan marah k,jaan, Sami pun datang ngada ngada dok belah mereka. Dasar ... ... !! !!!

Mat Amin said...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat Saudara Amir Hamzah.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog KINI DAN SILAM (htp://matamin02.blogspot.com)

Salam ikhlas
Mat Amin

zedmagel said...

SALAM LEBARAN
SAHABATKU AMIR HAMZAH,

Pertama MAAF ZAHIR DAN BATHIN, sila jempur datang ke rumah pada aidilfitri ni.

DAH TERNYATA PERWAKILAN MIC SANGAT BIADAP DAN KURANG AJOR. TINDAKAN YANG SEWAJARNYA MESTI DIKENAKAN KEPADA MEREKA. TETAPI KENYATAAN TUN MEMAMG PEDAS TERHADAP PRESIDEN MIC TERSEBUT.

TUN PUN SEPATUTNYA TAHU DENGAN AKIBAT KENYATAAN BELIAU. DIA SEORANG YANG BIJAK...LANTAS ORANG MENGINGATINYA PADA RAMADHAN KALI INI.

SALAM AIDIFFITRI TUN DR MAHATHIRKU, THE ONE AND THE ONLY MY BRILLIANT PM...

AMNOBODO said...

piirahhhhhh...dulu time sami naik tol....MRR@ retak..korang bela-bela ekk sami...sekarang...dier dah tak dak kuasa..korang tuduh macam2 ekk..kunun sami dibelakang perwakilan yang nak gantung selipar kat gambaq mahadiaq laa...kata sami derhaka la..tak kenang budi laa..piiraaaahhh..nih ler perangai AMNO yang teramatBODOOOOOOOOOOOOOOOOO

AMNOBODO said...

>> Samy paling banyak mencium tangan Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu merupakan contoh pemimpin yang bukan sahaja tidak mengenang budi tetapi turut melupakan terus sumbangan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang banyak membantu beliau memartabatkan masyarakat India di negara ini.

Bekas Setiausaha Politik Mahathir selama lebih 25 tahun, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin berkata, semasa Dr. Mahathir memegang tampuk pemerintahan negara, Samy merupakan antara pemimpin yang paling banyak mencium tangan negarawan itu.

''Tetapi kini apabila tidak lagi berkuasa, segala jasa dan sumbangan beliau tidak lagi dikenang malah selain menghina Dr. Mahathir, beliau turut membiarkan perwakilan MIC menghina pemimpin negara itu.

''Saya agak sedih dengan keadaan ini kerana teguran Dr. Mahathir sebelum ini adalah ikhlas demi kepentingan semua tetapi apa yang mengecewakan saya ialah terdapat juga di kalangan pemimpin Melayu yang juga berperangai seperti Samy ini,'' katanya yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis berbuka puasa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama media di sini malam ini.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< hahaha....time nazri Aziz....Rafidah Aziz...dan lain UMNO mengutuk mahadir waktu mahadir dok tegoQ dolah bedawi hari tuh..tak keluar laks berita macam kat atas yerk?....rafidah siap lari ke atas pentas sampai tercabut kasut pasat nak tahan tak bagi mahadiaq letak jawatan presiden umno...nangis teresak2....lepas tuh biler mahadiaq tak pegang jawatan PM lagik kan main bantai mahadiaq...korang tak kisah ler laks ekk?...huh...time sami..korang melatah giler babi ekk?...piiirahhhhhhh

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Bro Jeffry,

Sebelum dia tampor dah kena tepis atau mengelak sepatutnya la.

Salam Pakcik Che Leh Jangok,

Semangat Barisan Nasional katanya. Sekarang India perlu ada parti baru ganti MIC yang dah reput apabila Samy masih nak jadi presiden seumur hidup

Salam Pakcik Mat Amin,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga saya ucapkan kepada Pakcik sekeluarga semoga lebaran disambut dengan kesyukuran dan kemenangan.

Salam bro zedmagel,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat bro seisi keluarga...... Setakat bagi amaran je bro. Senyum sampai telinga ane tu...huhuhu

AMNOBODO,

Bila masa pulak aku pertahankan Samy bila naikkan Tol. Hehehe...UMNO lain aku lain bro..Nama blog aku ni pun 'segalanyamungkin' ko kena faham tu. Yang salah kena tegur bro. Jangan ikut punggung....bahaya...nanti kena kentut.

Rafidah dan Nazri tu kutuk-kutuk biasa lah. Dalam politik ni mana ada kawan yang kekal dan musuh yang berpanjangan. Hari ni baik, esok bermusuh. Hari ni bermusuh esok berbaik-baik. ko macam tak faham pulak...PAS ngan DAP pun macam tu jugak. Dulu macam anjing ngan kucing, sekarang dah boleh tidur satu selimut. Ok la tu. Tu tanda pemimpin2 ko bijak dan cerdik berpolitik. Yang tak ok ni bila dia dapat pengikut bodoh macam ko ni.....bercakap dengor cakap orang. huhuhu

Arif Omar said...

TUN BOLEH MENEGUR APA SAHAJA. DIA BEKAS KETUA NEGARA SELAMA 22 TAHUN. BELIAU BIMBANG KEKECOHAN DALAM MIC AKAN MERENCATKAN DAN MEMUSNAHKAN APA YANG TUN BUAT SELAMA INI . JADI WAJAR IA MENEGUR. BUKAN CAMPUR TANGAN. GANTUNG-GANTUNG TAK MAIN LAH SAMY. BUANG AJE .

Unknown said...

Kenyataan TDM agar samy tu resign adalah benar dan tepat tapi apa boleh buat..yg dok dalam dewan tu adalah puan kaki ampu jugak..ila lagi nak bodek samy???
Kan itu reallity depa ni..Lagi pun selama ni tak pernah kena teguran lagu tu dari mana2 pemimpin utama negara.. Dan pun sikap kurang ajar tu mmg dah lama ada ..cuma tak begitu dimainkan dimedia masa itu..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Arif Omar,

Susah-susah suruh Subra dan Sothianathan tubuh parti baru. Apa kata Samy. Poning jugak dia. hehehe

Salam Lanabulu,

Biasa la bro, politik ampusana ampusini ada di mana2. Kat sektor awam pun ramai. Teguran yang ikhlas tak nak dengor.....Nak dengor cakap Anwar Ibrahim ka.....?