Monday, November 2, 2009

Petronas Sedang Nazak?



Saya tertarik dengan satu artikal yang bertajuk 'Petronas Perlu Nafas Baru'?. Artikel ini antara lain menyentuh secara langsung Hassan Marican yang dilantik menjadi CEO Petronas pada 1995 hingga kini. 15 tahun memimpin Petronas, mungkin sudah tiba masanya Hassan memberi laluan kepada orang baru bagi memimpin Petronas agar ia mempunyai hala tuju baru dan tidak menjadi dinasour yang akan ditelan zaman, kata penulis artikel ini?

Lazimnya seseorang CEO itu akan ditamatkan kontraknya atau dinasihatkan berhenti jika berlaku kemerosotan penghasilan dan masalah dalam pengurusan syarikat. Adakah Petronas dalam keadaan nazak sekarang ini?. Jikalau Petronas dalam keadaan nazak, sudah tentu Penasihat Petronas , Tun M tidak akan berdiam diri dan sudah tentu kritikan, pandangan serta cadangan akan ditujukan kepada CEO Petronas yang telah menerajui syarikat berkaitan kerajaan yang paling lama berkhidmat.

Mengapa ada cadangan agar Hassan Marican diganti?
1. Adakah kerana tempoh perkhidmatannya yang terlalu lama sehingga menyekat individu lain menduduki kerusi empuk itu?.
2. Pemimpin konglomerat terbesar negara ini terus menikmati pelbagai keistimewaan, bonus dan kekayaan yang tidak dimimpikan oleh mana-mana kakitangan kerajaan mahu pun GLC lain.
3. Kakitangan Petronas terus menerima bonus sehinga lima enam bulan gaji termasuk eksekutif kanan yang gaji mereka sendiri tidak pernah terbayang kepada eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan yang lain.
4.Petronas menolak perlantikan Omar Ong sebagai seorang ahli lembaga Pengarah yang dicadangkan oleh kerajaan.

Benarkah tuduhan bahawa Hassan mahu jadikan Petronas sebagai empayarnya sendiri dengan mereka mempersoalkan ketelusan Petronas dalam memberi tender-tender projek yang besar kepada kumpulan perniagaan tertentu sehinggakan tidak memberi ruang kepada syarikat bumiputera dan juga syarikat-syarikat baru lain kecuali yang ada hubungan dengan kumpulan eksekutif kanan ini?

Namun dalam kecenderungan memfitnah Hassan, rakyat didedahkan tentang kehebatan Hassan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas (1995-kini).Hasil kepimpinan beliau dan sokongan semua pihak yang terbabit, Petronas bangun dari sebuah syarikat minyak yang dahulunya kerdil di kalangan syarikat-syarikat minyak gergasi antarabangsa seperti Shell dan Esso untuk mendapat tempat pertama dari segi pulangan keuntungan dalam senarai Fortune Global 500 dengan keuntungan bersih US$4.3 billion dan berkedudukan tempat ke 254. Pengalaman beliau sebagai akauntan bersekutu dan mengendalikan pelbagai jenis industri membolehkan beliau mengurus sebuah syarikat kejuruteraan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 4,000 orang jurutera.

Hasil daripada kepimpinan beliau, Petronas telah mengorak langkah yang berani untuk memasuki industri automatif yang sangat kompetitif dengan memulakan projek enjin komersil yang pertama Malaysia. Projek ini telah berjaya menghasilkan enjin 2000cc yang memenuhi spesifikasi tinggi dalam tujuh aspek utama serta boleh digunakan untuk pelbagai model kereta. Ini terbukti bahawa rakyat Malaysia berkebolehan dan setanding dengan industri automatif dunia. Seterusnya, Tan Sri Hassan telah berjaya membawa Petronas mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila berjaya membina 'Triple Well' yang pertama di dunia di Sarawak. Teknologi inovatif ini menggunakan tiga telaga dengan enam talian pengeluaran yang digerudi melalui satu laluan yang dikongsi. Kepekaan pada alam sekitar juga memperlihatkan Petronas di bawah pimpinan beliau memperkenalkan Enviro 2000 iaitu kenderaan mesra alam yang menggunakan NGV (Natural Gas for Vehicles).

Kita tidak salah untuk mengkritik kepimpinan Melayu baik dalam kepimpinan politik atau pun kepimpinan konglomerat tetapi kritikan kita biar berasas bukan berdasarkan kepada dengki, irihati, dendam dan sebagainya. Kita jangan terlalu mudah untuk memperlekehkan kepimpinan Melayu dan membuat kesimpulan bahawa semua aspek kepemimpinan Melayu-Bumiputera gagal. Apa tah lagi Petronas yang sentiasa memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara melalui kepimpinan seorang Melayu-Bumiputera.

Benar juga, bukan semua yang berjaya, ada juga kepimpinan Melayu yang hambar, korup dan tidak bertanggung jawab tetapi jangan seekor dua kerbau yang membawa lumpur maka habis semua terpalit. Namun lebih kecewa ada badan-badan tertentu atau kumpulan tertentu malah pihak media massa yang dimiliki atau diterajui oleh orang Melayu sendiri sangat gemar memburuk-burukkan bangsa sendiri dengan cerita-cerita sensasi mereka. Apa tujuan yang tersirat adalah sukar difahami.

Saya pun kurang faham dengan situasi semasa syarikat konglomerat seperti PNB dan Petronas dimana kedua-duanya di zaman Tun M sangat terpelihara dan tidak boleh disentuh. Pada Zaman Pak Lah, atas nasihat Menteri Kewangan Kedua,telah membenarkan pengabongan Syarikat Plantation PNB yang sekarang ini diberi nama Synergy Drive kemudian di tukar kapada Sime Darby. Sebelum Pengabongan PNB memileki hampir 75% syrikat perladangan ini.Selepas pengabongan PNB hanya memileki 45% saham Synergy Drive.Apabila Tun Ahmad Sarji berkata PNB mesti memileki 51%,maka CIMB salaku penasehat Kewangan SDrive memberitahu PNB yang ia perlu membeli saham tambahan di Pasaran Saham.Akibatnya PNB terpaksa membelanjakan hanbir 2.5 billion ringgit untok membeli lagi 6% saham S Drive. PNB sekarang pening kepala bagaimana nak bayar dividen kepada pelabur ASN dan ASB. Begitu juga dengan pembelian Bank BII di Indonesia oleh Malayan Banking.

Adakah hal yang sama juga akan berlaku di Petronas, mungkin dalam situasi yang berbeza. Adakah orang baru yang akan memimpin Petronas kelak akan mempunyai hala tuju baru dengan tujuan yang sama seperti mana yang dilakukan ke atas PNB? Maka untuk mencapai tujuan itu Hassan Marican harus dicantas bagi diisi oleh orang kanan seorang menteri?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

Unknown said...

Teman mewajibkan diri menggunakan minyak petronas sepanjang masa menggunakan kenderaan ..kecuali emergency tu kena lah top-up ..itu pun sekadarnya sahaja..tidak full spt biasa.
Sokongan dari kita sepatutnya kearah membantu Petronas. Tukarlah sapa pun kalau tiada sokongan rakyat maka 'tak kemana' ..

wakcantuk said...

Kawan pun begitu juga. Sekurang2nya adalah sokongan kepada negara sendiri. Kawan isi minyak selalunya di Petronas Peserai aje...

Zulfahan said...

Betul LanaBulu,

Kalau kita tak sokong industri/syarikat tempatan, siapa nak tolong ?

Arif Omar said...

inlah kedengkian melayu yang tidak pernah luput. masih ada saki baki keturunan raja mendeliar di malaysia ini. sudah ramai tokoh koperat melayu dijahanamkan oleh melayu sendiri seperti tajuddin ramli contohnya.

amieiezam said...

sebenarnya kejayaan PETRONAS ada cerminan sokongan rakyat malaysia yang sedar dan tidak membelakangkan barangan tempatan...

nah, hasilnya adalah sepertimana tulisan saudara tuan blog..dari sekecil anak hinggalah sebesar dinasor!!!!

namun harus kita sedar, petronas perlu kan sokongan dan dokongan rakyat Malaysia...Insyaallah selagi boleh teman tetap bersama petronas!!

PEMUDA PARIT said...

saya sendiri mmg mengisi minyak petronas sejak mula memiliki kereta..(shell n lenlai tu ada la..tp cuma nk topup je)..pada saya ini tanggungjawab saya sbg rakyat dgn mengisi minyak di petronas..

petronas perlu dipelihara dan dikawal selia sebaik mungkin..

http://pemuda-parit.blogspot.com
www.pemudaumnoparit.com

C L J said...

Hamba tiba tiba teringat kepada konsep yang pernah dibentangkan oleh KT Tan bekas Pengarah Sumber Manusia Public Bank sejak mula ditubuhkan sehingga ia menjadi konglomerat yang besar. Konsep yang dibentangkan berpenunggulkan:
B A C H A.

B : Blind spot. Dalam usaha kita melihat sesuatu pasti ada sudut pandangan yang gagal kita temui. Maka akan adalah rahsia terselit yang kita masih tak nampak. Jesteru itu kita yang cuba melihat kenalah cuba berkeliling arca yang sedang dikaji dan cuba intai intai segala yang terselit dan tersorok untuk memahami segala permasaalahan. Memahami segala barulah keseimpulan menjadikan rumusan kita paling bijak untuk membuat keputusan paling tepat.

A = Assume. Biasalah kalau orang luar menjadi perumus paling mudah dari andaian sekadar kadar. Orang luar memang punya maklumat terhad dan sengkat. Tetapi malanglah kalau orang dalam yang terlibat juga mengambil kesimpulan dari himpunan maklumat yang tidak diteliti sempurnakan. Perkara ini biasa berlaku dalam banyak situasi dan sebab kerana lumrah manusia tentulah mudah percaya kepada apa yang dia sedia tahu. Lebih parah kalau manusia itu mudah percaya kepada apa yang dia sentiasa rasa.

C = Complacence. Atau selesa. Siapa yang tidak suka memilih untuk senang senang. Nak senang kenalah bersikap ambil mudah. Terima sahaja seadanya sebagai sudah memadai. Tidak perlu mengkaji dan meneliti lagi. Inilah sikap yang kena dielakkan. Inilah musuh dalam diri yang biasa menjadi penghalang kepada pembinaan kejayaan / kecemerlangan.

H = Habit. Iaitu tabiat. Tabiat orang yang nak jadi bijak hendaklah sentiasa menolak rasa selesa; suka meneliti dan selalu melihat segala isu dan masaalah dari segala sudut. Memahami isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam. Sifat sifat ini mendaklah bukan sekadar dibuat buat. Ia hendaklah menjadi tabiat. Untuk menjadi tabiat ia kenalah sentiasa tubi dilatih.

A = Attitude. Sikap. Sikap yang sentiasa cuba memahami sebarang isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam dengan cara mengkajinya dengan teliti mendalam dan berkeliling dari segenap sudut pandangan akan membina menjadi tabiat. Maksudnya kita hendaklah bertegas dengan sikap untuk tidak mudah mengambil mudah; meneliti segala sesuatu secara melihat dan mengkaji dari segala sudut pandangan sehingga ia menjadi tabiat.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Petronas sedang nazak? betul ke? Apa-apa GLC pun yang penting pengurusan yang cekap dan beramanah. Bimbang jika pengerusi yang baru kita lantik tidak bersikap begitu.

Ke mana pun arah tuju, keikhlasan tanggungjawab dan amanah yang utama.

Selempang Merah said...

salam bro..

Kita sebagai rakyat Malaysia yang anti keganasan memang wajib/mesti membeli barangan buatan negara (Malaysia) sendiri khususnya ketika mengisi minyak dll.

Kebanyakan syarikat selain Petronas adalah syarikat yang dikuasai oleh musuh Islam yg sukakan keganasan spt Amerika dan kuncu-kuncunya. Fatwa ulamak tersohor dunia spt Dr. Yusof Qordhowi dll mengingatkan umat Islam agar memboikot barangan musuh Islam.

Dalam isu minyak ini, memang sewajarnya seluruh rakyat Malaysia mesti sokong Petronas berbanding syarikat minyak lain dan anggaplah setitik minyak spt setitik darah umat Islam di Palastien, Iraq, Afghanistan dll.

Begitu juga masalah rokok, ini kerana keuntungan syarikat rokok spt Marlboro, Salem, Dunhil dll telah dilaburkan untuk ketenteraan Amerika menyeran negara2 Islam. Manakala gudang garam/suria dilaburkan untuk penyebaran dakwah kristian di Asia Tenggara. Berkenaan isu rokok ini memang ada fakta dan kajian yang terperinci.

Berbalik kpd isu Patronas, bagi saya, Islam tidak menghalang kita mengkritik, asalkan ianya sebagai ingatan dan teguran yang membina sebagai tanda kita sayangkan agama, bangsa dan negara.

Manakala CEO Petronas tu pula, memang banyak jasanya kpd negara. Drp syarikat yg kecil dan di pulau oleh rakyat kita sendiri suatu ketika dulu, akhirnya menjadi syarikat gergasi yg mampu bersaing dgn syarikat gergasi dunia. Memang setiap manusia mesti ada kelemahannya sendiri.

Oleh itu, saya cadangkan golongan yg arif tentang ekonomi global ini sewajarnya bangkit membantu beliau bagi menagani isu-isu yg dihadapinya tanpa ada konsep cantas mencantas. Sama ada dibincangkan secara ilmiah dlm rancangan tv ataupun dlm mana-mana blog.

Apa yg saya khuatiri jika ianya diserahkan kpd org baru yg kurang pengalaman dlm industri tersebut, ditakuti terjadi "tikus membaiki labu". Oleh itu, beliau mestilah melatih bakal penggantinya dari sekarang untuk memajukan lagi Petronas ke persada dunia.

Wallahu a'lam.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Apalah yang tinggal pada Melayu jika semua terbungkus dan terlipat. Nak harap pada bukit, dah Cina punya. Tak pun dah tak ada emak (piatu). Nak harap pada tanjung,keling dah dapat. Nak harap pada alur, gajah dah ambil, Nak harap pada durian, tinggal daun dan tinggal satu (tunggal) jer. Batu pun dah kena rendam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam LanaBulu,
Sokong Petronas bermakna membantu negara menambah pendapatan.CEO Petronas perlu juga seorang yang bijak membawa Petronas 'one step ahead'.

Salam Mohd.Razali,
Rakyat memang memberi sokongan kepada Petronas khususnya minyak dan gas tetapi Petronas juga perlukan pemimpin yang boleh menguruskan Petronas dengan amanah dan efisien. p/s :Petronas Peserai sekali sekala tidak sekerap Petronas Semerah dan Petronas Taman Koperasi.hehehe cuma tak kenal walaupun selalu berjumpa.

Salam Bawal,
Kita bukan sahaja menyokong Petronas tetapi sokong juga CEO Melayu yang berkebolehan dan cekap.

Salam bro Arif Omar,
'PHD' orang Melayu ni memang sikap negatif yang sukar dikikis. Kadang kala kita terlalu lebih menyokong bangsa asing sedangkan melalui percakapannya seolah-olah ianya terlalu nasionalis. Apa yang diucap bertentangan apa yang dibuat.

Salam amieieda,
Sokongan rakyat kepada barangan dan keluaran tempatan memang tidak diragukan. Jika Petronas tidak diuruskan dengan cekap Syarikat berkaitan kerajaan ini juga boleh 'tutup kedai' jika ianya diketuai oleh orang-orang yang tidak amanah dan mementingkan diri sendiri daripada negara.

Salam PEMUDA PARIT,
Tahniah pada saudara yang cukup setia dan yakin dengan produk negara. Saudara juga tentunya mahu Petronas lebih maju dan mempelbagaikan produknya. Untuk lebih maju, Petronas bukannya dipimpin oleh bukan sebarang orang.

Salam pakcik Che Leh Jangok,
Cantik dan molek akronim daripada huruf2 BACHA. Public Bank sepenuhnya swasta. GLC seperti Petronas, saya yakin mempunyai ciri-ciri yang disebutkan. Jika tidak ada satu amalan yang tidak sihat tentunya Petronas tidak seperti yang ada sekarang.

Salam bro zedmagel,
Petronas bukannya nazak tetapi ada sedikit kemelut untuk menguasai Petronas yang banyak duit.

Salam Selempang Merah,
Dalam skop yang luas, Petronas juga berjihad untuk ummah. Jika syarikat2 minyak lain dikuasai oleh orang kafir maka Petronas telah menebus keperluan fardhu Khifayah. Perubahan tidak sepertinya membawa kebaikan.

Salam cekodokmasin,
Masih banyak lagi yang ada pada Melayu....bukankah Petronas juga dikaitkan dengan Melayu?

mukhtar said...

Susah juga nak cari pemimpin Petronas yang ikhlas. Yang aku nampak calon yang sesuai Prof.Diraja Ungku Aziz tapi Pak Ungku dah lanjut usia. Bateri dah slow....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Betul.....Pak Ungku antara yang ikhlas....Tabung Haji antara bekas tangan Pak Ungku hasil daripada keikhlasan dan kejujuran. Perkara yang dibuat dengan ikhlas dan tak ada kepentingan diri pasti akan bertahan lama dan berjaya. Namun Pak Ungku dah lanjut usia walaupun akalnya masih tajam.