Friday, November 13, 2009

Manohara, Nordin Dan Malingsia.........



Hari Jumaat, saya bertolak ke Jakarta....atas urusan 'makan angin' selama tiga hari hingga Ahad ini baru pulang ke Kuala Lumpur. Daripada Lapangan Terbang Soekarno-Hatta terus menginap di Millennium Hotel, Sirih, Jakarta. Malam tadi hujan turun dengan lebatnya membasahi Jakarta. Ada sedikit banjir kecil tetapi tidak seteruk di Kelantan dan Terengganu..... Hujan juga menyebabkan 'macet' atau kesesakan teruk berlaku di Jakarta.


Sebelum tiba di Jakarta, takut-takut juga dengan slogan anti- Malaysia berikutan hubungan dingin antara segelintir rakyat Malaysia dan Indonesia. Nyata di sini tidak ada apa berlaku cuma kes Manohara, mereka tetap menyalahkan Raja Muda Kelantan. Sudah tahu Manoharanya begitu, mengapa mahu di buat permaisuri? antara kata-kata rakyat Indonesia. Kawan cuma tersenyum....tidak ada apa hendak dipertahankan. Sesungguhnya bukan urusan kawan. Tapi di Indonesia, semuanya masih ingin diambil tahu....sama ada Betawi, Sunda, Jawa malah Chinese Indonesia menyokong Manohara.....huhuhu.


Penduduk asal Jakarta adalah Betawi tetapi Jakarta sudah dibanjiri oleh orang-orang dari Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Sumatera dan Kalimantan.

Sambil jalan-jalan cari makan, tidak sah kalau ke Jakarta tetapi tidak pergi di Pasaraya Mangga 2. Ianya seperti Pasar Siti Khadijah di KB dan Pasar Payang di Terengganu. Di sini lebih moden sedikit dan orangnya sesak dan menyesakkan. Tahu sahaja orang Malaysia....harga sudah 3 kali ganda. Belum bercakap lagi dengan melihat pakaian, raut wajah, cara berjalan pun mereka sudah boleh mengagak. Maklumlah RM1 = rp2700. Rp10000 sudah boleh naik 'bajaj' dari hotel ke Mangga 2. huhuhu


Azhari dan Nordin Mat Top juga diperkatakan jika mereka tahu saya dari Malaysia. Namun mereka tidak memulakan, tapi saya yang memulakan. Mahu tahu jugak bagaimana pandangan rakyat Indonesia terhadap Nordin (dari Johor) dan Azhari(dari Melaka). Mereka terkilan mengapa orang Indonesia yang tidak berdosa menjadi korban. Mengapa tidak dibom saja, White House atau New York baru tepat kena batang hidung Amerika. Begitu lah antara kata-kata rakyat Indonesia yang sempat 'ngomong-ngomong' diwarung-warung. Mereka tidak menyalahkan sesiapa, Negara Malaysia atau rakyatnya tetapi batang tubuh Nordin dan Azhari sendiri.

Malingsia hanya propaganda segelintir rakyat Indonesia. Mereka juga tahu ramai orang-orang Jawa yang berhijrah ke Tanah Melayu dahulu membawa budaya dan cara hidup asal mereka dan kekal hingga ke hari ini. Tambah-tambah lagi dia tahu kawan datang dari Johor, Malaysia. Mungkin mereka juga mengatakan kawan adalah Jawa juga.
hehehe...

Sesungguhnya, di sini tidak banyak bezanya. Seronok berada di dalam kelompok bangsa serumpun, se Nusantara. Cuma di sini sukar bezakan antara Betawi, Sunda, Jawa dan sebagainya. Orang Cina hanya berbahasa Indonesia walaupun berkomunikasi sesama mereka. Ada 12 Juta Cina di Indonesia, 4 Juta mungkin Di Jakarta, tapi tidak nampak tulisan Cina, tidak dengar bahasa mandarin atau tidak kelihatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. hehehe

Amir Hamzah
Hotel Millennium
Sirih,Jakarta.Indonesia( 14 Nov.2009)
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

arizWanmerahs said...

Tidak ada bahasa cina dan sekolah cina... Inilah 1 indonesia...

1 malaysia...?

KUNTONG said...

wah...wah bukan main lagi ye...jangan lupa oleh-oleh untuk otai blogger BP.

Arif Omar said...

jangan tersangkut dengan neng di sana udah le. ramai ahli politik kahwin dan simpan di sana atau di batam. ada juga kumpulan tabligh malaysia. isteri ingat pergi tabligh, rupanya ada yang kedua di sana. ramai juga lah kawasn PG yang simpan no 2 di sana. jangan bos udah le. kesian dirumah menunggu.

ieyza said...

seronok dpt berholiday...satu family ke gi sana??

Selempang Merah said...

salam bro..

Semoga selamat pulang ke bee pee..
Jgn sampai tersangkut kat cewek di sana.. Maklumlah..org Malaysia, jika di sana dh jd jutawan.. hehehe..

Anonymous said...

WADUH2 PAK AMIRRRR..PUSING2 KOTA JAKARTA YA PAK?. JUMPA INUL NGAK? HEHEH. BISA NGOBROL2 AMA ORG2 JAKARTA EMANG BAGUS PAK. BISA BERTUKAR2 FIKIRAN. YG PENTING KITA SAMA SERUMPUN PAK HEHEH

mukhtar said...

Amir,

Seronok juga ya ke tanah seberang.
Aku tak pergi lagi.

Selamat kembali....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam merah s:
1Malaysia bertujuan adalah untuk perpaduan bukan menghapuskan keistimewaan Melayu di dalam perlembagaan.Tapi orang bukan Melayu salah faham, mereka mahu hak sama rata pulak dah. Najib dah jelaskan slogan ni, slogan ni macam nak perangkap Melayu. Lepas ni Najib jangan nak gatal-gatal buat slogan lagi. Cukup la slogan 1Malaysia yang keliru dan kosong bagi mereka yang berniat jahat.

Salam pakcik KUNTONG,
hahaha....tak lupa. Adalah sikit ole-ole buat kenangan. Nanti kita ngeteh....

Salam Arif Omar,
Hahaha.....kalau nak bukak cawangan tak payah tunggu di Indonesia. Kat Batu Pahat pun apa kurangnya. hehehe...Setakat hari ini, belum teringin nak buat dosa 'tak berlaku adil' walaupun ianya sunnah nabi.

Salam LeYza,
Tak, saya pergi ngan kawan-kawan.

Salam Selempang Merah,
Insyallah bro.....cewek-cewek kalau tak dicari tak jumpa...kalau dicari memangnya jumpa. Pokok pangkal diri sendiri dan apa tujuan kita. Tapi ramai juga yang kecundang di pintu syurga .....huhuhu. Kalau pergi ke Tanah Abang atau Mangga 2, barang-barangnya murah-murah. Saya cukup teruja dengan batik Indonesia dan duit banyak 'dilaburkan' disitu........

Salam Jeffry,
Ngobrol yang ringan-ringan saja. Ronda-ronda keliling Jakarta naik 'bajaj' satu pengalaman menarik. Suka tengok pelukis jalanan dan kehidupan warna warni kota Jakarta....

Salam Mukhtar,
Pergi aje kalau ada kesempatan. Sesekali melihat tempat orang seronok jugak. Kata orang jauh perjalanan luas pandangan.....