Saturday, November 7, 2009

PAS : Golongan Muda Dah Menyampah?




Sebelum menyertai UMNO, Anwar Ibrahim mempunyai 2 pilihan untuk dipilih sama ada menyertai PAS atau UMNO. Bekas Presiden ABIM itu telah membuat keputusan memilih menyertai UMNO. Antara alasan Anwar yang memukau ialah,'UMNO itu macam tong najis, biarlah dia membersihkan UMNO dari dalam'. Tujuan Anwar memasuki UMNO itu diberitahu kepada rakan-rakan ABIMnya, Fadhil Noor, Harun Din dan lain-lain. Nyata tujuan Anwar itu tidak kesampaian kerana dia sendiri terkena percikan najis itu jika benar UMNO itu bergelumang dengan najis. Adakah Anwar sendiri yang 'bernajis' dan membawa 'najis' itu ke dalam UMNO?

Kalau Hadi Awang sudah tahu UMNO itu jijik dan najis mengapa Hadi dan kunco-kunconya beriya-iya mahukan 'kerajaan perpaduan' di era pemerintahan Pak Lah? Jika mereka berjaya mewujudkan 'kerajaan perpaduan' di waktu Pak Lah menjadi PM, mereka merasakan Pak Lah mudah dipengaruhi dan melalui 'kerajaan perpaduan' itu Hadi berpeluang menjadi menteri. Berbanding dengan jawatan perdana menteri yang ditawarkan oleh Anwar, Hadi lebih yakin dan optimis dengan jawatan menteri jika 'kerajaan perpaduan' yang dicadangkan.

Anwar tidak boleh marahkan Hadi jika Hadi ingin berbaik-baik dengan UMNO.Hadi baru hendak berjinak tetapi Anwar telah bergelumang dengan UMNO berbelas tahun sebelum dipecat. Maka kedua-duanya memang 'teringin' bersama UMNO. Anwar tiada pilihan lain kerana 'pintu' UMNO kepadanya sudah tertutup sementara Hadi masih mengintai-intai peluang. Peliknya, jika UMNO itu jijik dan najis, mengapa UMNO itu masih mencuri perhatian Anwar dan Hadi?

Sementara itu, semasa Seminar PAS yang julung-julung kali diadakan di Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar , sewaktu menggulung hujahnya, Dr Abdul Aziz Bari profesor kontroversi berkata beliau tidak mempunyai bukti atau "ubat" untuk memantapkan PAS."Soal label pro-Umno, masuk Umno (yang dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan), ada atau tidak, tuan kena cari sendiri. Kalau tahu Umno cukup jijik pada PAS, yang pergi dekat, buat apa?" katanya. Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perlu ada "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanan dalam PAS - jika mampu, termasuk Abdul Hadi - bagi menyelesaikan konflik dalaman parti Islam itu.

Paling menarik ialah kajian oleh pengkaji politik, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang merumuskan bahawa parti PAS dikatakan sudah ‘hilang bisa’.Antara kajian pensyarah Universiti Malaya itu mendapati sokongan generasi muda dan media baru terhadap PAS merosot selepas pilihanraya umum lalu.

Berdasarkan kertas kerjanya,kajian ke atas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS.

Bagi golongan kelompok umur 31-40 tahun, seramai 519 orang menyatakan pandangan negatif manakala seramai 181 orang adalah positif."Ini bermakna hanya seramai 181 orang daripada kelompok umur berkenaan menyatakan PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada," kata Dr Abu Hassan.

Sementara itu, sejumlah 751 orang daripada kumpulan umur 41-50 menyatakan telah hilang sokongan terhadap pemimpin PAS manakala sejumlah 396 responden masih menyokong.

Dalam pada itu, Abu Hassan berkata satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.

Kajian Abu Hassan juga turut memfokuskan kepada kempimpinan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, dalam kumpulan umur 21-30 tahun, seramai 493 responden memberikan jawapan negatif manakala seramai 207 responden menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdul Hadi.

Manakala bagi kelompok umur 31-40 tahun, seramai 539 orang menyatakan jawapan yang negatif dan seramai 161 orang adalah positif.

Selain itu, dikalangan responden yang berumur 41-50 tahun, seramai 383 orang menyatakan pendirian tidak menyokong dan 317 respon adalah sebaliknya.

Jelas Abu Hassan, pendirian yang agak seimbang bagi kelompok umur 41-50 tahun menunjukkan golongan tersebut lebih berpengalaman dalam politik."Namun dua generasi yang lebih muda (21-30 tahun dan 31-40) kelihatan sangat agresif dan bergantung kepada tanggapan semata-mata," katanya. Daripada kajian ini juga menunjukkan prestasi buruk Presiden parti.

Sementara kedengaran suara-suara perwakilan yang mempertikaikan 'tahaluf' (kerjasama politik) antara parti itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada perwakilan yang mahu pucuk pimpinan parti menyatakan secara jelas sempadan kerjasama itu dan tidak kurang pula ada yang berkata sanggup menggugurkan pemimpin mereka asalkan tidak wujud sistem dua parti, iaitu Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Ucaptama Presiden PAS Hadi Awang hanya menyatakan parti itu mahu mengukuhkan kerjasama dan pada masa yang sama membayangkan PAS sebagai sebuah parti yang mampu berdiri sendiri. PAS menurut Abdul Hadi paling berpengalaman dan bukan saja mampu menjadi pembangkang secara bersendirian tapi juga mentadbir negeri bersendirian.Pandangan sedemikian boleh ditafsir sebagai mesej tersirat kepada rakan dalam pakatan bahawa PAS sebenarnya tidak memerlukan DAP dan PKR untuk menang pilihan raya.

Pendek kata, seminar yang bertujuan untuk mengembeling dan menjana kembali semangat ahli-ahli PAS yang luntur supaya kembali mekar dan berkobar seperti yang diharapkan oleh Nik Aziz berakhir dengan Pi Mai Pi mai tang tu juga. Seminar itu hanya dilihat sebagai tiada satu kata putus kecuali pendedahan yang dibuat oleh Dr Abu Hassan bahawa golongan muda dah mula menyampah dengan PAS.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

Che Leh Jangok said...

Tahniah dan Terima kasih kerana mencatat beberapa fakta dan maklumat menarik dan berguna.

Mohon izin untuk hamba menyimpan maklumat itu untuk kegunaan kemudian.

Jeffry said...

SLM BRO..MANTAP!..TP SYG PEMIMPIN PAS X AKAN GUNA INFO NI SBB ORG SENDIRI YG MENDEDAHKAN KEPINCANGAN. MALAH ORG TU PUN AKAN DI KATAKAN FRAKSI UMNO. MMG PAYAH NK CKP DGN ORG 'BEROTAK SEBELAH' JEK..ADOIYAIII

amieieda said...

salam tuan,

dah jadi asuhan dan pegangan PAS hanya yang cantik molek sahaja yang benar pada mereka, tiada yang tidak benar melainkan benar2 belaka.

kata tuan guru di astro awani apayang dia nak sampaikan kepada semua ahli pas telah diperjelaskan dalam seminar tersebut..apa yang tuan guru nak sampaikan?

1. our u go hadi? tapi hadi kata no!

2. memang ada 2-3 kerat petualang dalam PAS...hhuhuhuhuuuu

3. PAS semakin LEMAS? hampasssss

amieieda said...

1.out u go...no way kata hadi

Selempang Merah said...

SALAM BRO..

Memang sepatutnya PAS berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan PKR dan DAP. Tapi PAS "TIDAK BERANI" nak bercerai dengan PKR dan DAP, walau talak satu. Malah PAS sanggup bermadu dengan mereka walaupun hanya mendapat hempedu sahaja atau ditunggangi mereka (PKR & DAP).

Saya lebih suka PAS di era Allahyarham Ust. Fadhil Noh yang memang jelas perjuangannya demi menegakkan Kerajaan Islam yang melaksanakan undang-undang Islam. Sebab itu, ketika zamannya PAS mengharamkan bersekongkol bergabung dengan musuh Islam. Tapi, kini....semuanya boleh belaka.. PAS mesti kembali ke pangkal jalan seperti dulu agar perjuangannya telus dan tulen..
Walau bagaimanapun, orang Melayu sesuai hanya ada dua parti sahaja. Marilah kita kuburkan PKR.

PAS masih sesuai untuk menjadi mata rakyat, menasihat, memperingatkan pemimpin2 Melayu UMNO agar tidak menyimpang atau hanyut lalai ditelan kenikmatan duniawi.

Wallahu a'lam..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam pakcik Che Leh Jangok,
Kalau orang muda istiqamah dan betul-betul insaf dengan salah laku pembangkang sepanjang 4 tahun ini, pilihan raya ke 13 akan menjadi mimpi ngeri pada PAS, PKR dan DAP.

Salam Jeffry,
2 orang pensyarah itu telah menyatakan yang betul hasil kajian dan pemerhatian mereka yang dibentangkan di dalam seminar.Mereka sebenarnya sudah semakin risau kerana orang muda sudah boleh berfikir dan melihat perkembangan negeri-negeri yang diperintah pembangkang. Isu-isu yang banyak dalam negeri Pakatan Rakyat sangat merisaukan mereka terutama apabila golongan muda yang sebelum ini mudah 'ditawan', kini sudah berpaling tadah.

Salam amieieda,
Seminar itu tidak ada hasil yang menggalakkan untuk PAS. Ada yang mengkritik Nik Aziz dan Aziz Bari. Ada yang mengkritik Presiden parti sehingga di tegur oleh Dr Abu Hassan bahawa pembentang kertas kerja tidak perlu di kritik. Dengar cerita, prof kontroversi Aziz Bari sudah tak mahu lagi memberi pandangan terhadap PAS kerana bberjauh hati

Salam selempang merah,
Orang Melayu perlu hanya 1 sahaja parti pilihan selain UMNO. PKR hanya menghakis lagi kesepaduan Melayu. PAS boleh berdiri sendiri tanpa PKR dan DAP tanpa juga mengadaikan prinsip perjuangan asalnya.

Dahulu PAS sanggup berpegang kepada surah Ali Imran ayat 28 yang bermaksud:

'Tidak sayugia orang mukmin mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin dan barang siapa yang melakukan demikian (yakni mengangkat orang kafir sebagai pemimpin) maka ia bukan daripada golongan Allah'

ayat lain yang bermaksud, Barang siapa melakukan demikian(mengangkat orang bukan Islam sebagai pemimpin) maka ia bukan dari golongan Allah'

Hari ini bagaimana pula pendirian PAS?

Arif Omar said...

BUKAN TAKAT MENYAMPAH. NAIK MELUAT DAN NAK MUNTAH MELIHAT GELAGAT MEREKA INI. BUNGKUS PRU 13 INI KERANA BAI'AH TU. LIHATLAH NANTI. DULU KERANA BERISTERI 3 ( PRU11 ) TGHH LINGKUP DI PARLIMEN DAN DUN. ISTERI PENDOKONG PAS DI DUA KAWASAN TERSEBUT PANGKAH BN KERANA GERAM MEREKA TGHH MENIKAH SAMPAI TIGA ORANG. CARA LEPAS GERAM . AKHIRNYA SATU TRG JATUH. SEJARAHNYA TERTULIS. TANYALAH ORANG TRG. KALI INI HAL BAIAH. RAMAI WANITA TERASA TERHINA. PRU 13 NANTI TAHULAH PAS DI AJAR OLEH GULUNGAN WANITA YANG DIPERDAGANGKAN OLEH MEREKA

Arif Omar said...

hal dalam parti sendiri pun asyik nak salahkan bn . konon bn yang buat hal. apalah. semua masalah nak disorok bawah karpet dan pas ini dah sebati dengan sindrom penafian

Arif Omar said...

finding seminar pun PAS buang dalam tong sampah aje. Jenis jumud. mana mereka ini nak dengar kritikan. jika kata pas bagus, sebulan siar lagi kenyataan orang-orang tertentu. inilah PAS. Otak ada. cuma fikiranya sempit dan kebelakang. talkin untuk TGHH, TGNA dan tidak ketinggalan kepada Tuan Guru Aziz Bari. Amin

mukhtar said...

Amir,

Aku bermimpi suatu hari nanti Malaysia akan diterajui oleh
Kumpulan Selempang Merah.Mereka ini adalah orang-orang waraq dan ikhlas

Ini seiring dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W ,"Islam di akhir zaman akan berkembang dari sebelah timur dunia".

cekodokmasin said...

Salam tuan.
Apa? Pengundi muda menyampah dengan PAS? Bodohnya mereka. Tak mau masuk syurga ke mereka setelah merempit & mengganas (terbaru dalam stadium Bukit Jalil)? Apa-apa pun, mereka agaknya dah insaf dan dah tau bahawa pemimpin mereka lebih teruk dari orang yang selalu dikutuk dan dicaci serta dihina selalu oleh pemimpoin PAS... Bak kata pepatah " Kata dulang, paku serpih, Kata orang dia pulak melebih2.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Mereka lupa tentang majoriti pengundi wanita yang keluar mengundi. Benar, Bai'ah songsang ini menghina kaum wanita. Dijadikan taruhan. kenapa wanita yang menjadi mangsa. Bagaimana jika wanita itu anak kita yang menjadi janda gara-gara bai'ah tersebut? Zalim tu namanya.

Hahaha .....sekarang dah tak tersorok lagi. Segala bau busuk dah keluar daripada jubah-jubah dan serban mereka.

Ye betul, seminar yang tidak mencapai objektif Nik Aziz. Sepatutnya seminar ini akan menyemarakkan kembali semangat ahli tetapi diakhirnya tiada satu rumusan yang boleh dibuat. Saya pun rasa,sudah sampai saya ucapkan sayonara pada Hadi, Nik aziz dan Aziz Bari. UMNO dah bertukar pemimpin silih berganti. Awak berdua tu dah basi dan berlumut....tuko-tuko le orang lain. hehehe

Salam mukhtar,
Orang-orang waraq dan soleh itu bukannya ulamak PAS yang songsang ni. Ulamak politik ni umpama dajal yang nak merosak dan menghancurkan umat Islam akhir zaman. Maka akan turun seorang pemimpin yang membawa manusia ke jalan yang lurus semula. Siapakah pemimpin manusia dari sebelah timur dunia itu?

Salam cekodokmasin,
Mengikut kajian 2 prof tu begitulah..tapi pemimpin PAS terima ke kritikan kepada kepimpinan mereka? Selama ini pun pemuda-pemuda tu bukannya sokong kerana perjuangan tetapi kerana nafsu marah dan beremosi. Sekarang mereka dah tahu sedikit sebanyak sepak terajang politik. Mereka buat kesimpulan tak ada bezanya UMNO, PAS dan PKR. Lebih baik mereka menyokong semula kerajaan yang memerintah dan kerajaan sekarang sedang berusaha untuk memperbaiki kesilapan dulu.

Apa lagi nak diharapkan dengan kepimpinan ulamak jika 19 tahun memerintah Kelantan tapi anak-anak mudanya macam tidak melambangkan pemuda-pemuda Islam yang boleh dijadikan contoh. Kesian Nik Aziz yang selalu bermegah-megah dengan Negeri Serambi Mekah dan Negeri Tadahan Wahyu. Tak jadi Negeri Tadahan Wahyu pun tak apa kalau begitu. Tak pasal-pasal KAFA kena tanggung kerosakan yang berlaku di Bukit Jalil.RM214000 mengikut penilaian KBS. huhuhu