Monday, November 23, 2009

Nik Aziz : Pembantu Atau Menantu!



Sejak akhir-akhir ini memang banyak kesilapan Nik Aziz yang dilakukan. Dari segi politik, peluang ini bukan datang selalu. Kesempatan yang ada digunakan untuk menyerang setelah sekian lama UMNO duduk bertahan. Tetapi dalam kesempatan begini nampaknya pemimpin UMNO masih jalan berlenggang dan relak memanjang walaupun peluru dah diberi. Baik betul pemimpin UMNO sekarang. Mungkin juga mereka tidak mahu berkonfrantasi dengan menyerang kerana mereka pun sama, sangat terdedah dengan kesilapan.

Nampaknya apabila ada isu-isu panas baik di pihak kerajaan atau pembangkang, hanya blogger-blogger pro kerajaan dan pro pembangkang yang berperang. Orang politik mungkin telah menyerahkan tugas ini pada blogger sama ada blogger yang suka-suka, sukarela , makan gaji atau upahan. Peperangan media dan alam maya nampaknya semakin mengambil tempat ceramah-ceramah secara terbuka apa tah lagi musim tengkujuh sedang melanda.

Ulamak jarang-jarang melakukan kesilapan tetapi 'ulamak politik' amat terdedah dengan pujian dan kritikan. Nik Aziz seperti mana Pak Lah telah berusaha menaikkan menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dari jawatan ekskutif biasa sehingga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang dipengerusikannya sendiri itu.Inilah yang dinamakan nepotisme yang ditentang oleh Zahid Hamidi semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO tahun 1998 dulu. Tetapi dia sendiri menjadi pengerusi 366 buah Syarikat apabila senarai jawatan itu ditampal di dinding PWTC dalam Perhimpunan Agung UMNO 1998.

Ketika melantik Ariffahmi Abdul Rahman, Nik Aziz telah memberitahu bahawa tidak ada halangan daripada penasihat undang-undang negeri yang membawa makna tidak menyalahi dari segi undang-undang. Memang tidak menyalahi tetapi menyalahi dari segi politik di mana ianya mungkin dipandang serong, boleh menimbulkan prasangka, berkepentingan, dan pelbagai lagi spekulasi yang bakal timbul. Bukankah Nik Aziz sendiri pernah mengkritik perkara yang sama kepada pihak lawan. Walaupun berbuih mulut Nik Aziz mendakwa menantunya itu adalah yang paling layak mengisi kerusi orang nombor 1 PMBK tetapi apakah jaminan ianya diterima baik oleh lawan dan kawan. Kata Nik Aziz menantunya ini punya kredibiliti yang baik, punyai integriti yang diyakini dan akhlak yang terpuji, disamping kelayakan akademik yang tinggi dan sangat sesuai mengetuai syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan itu. Masuk bakul angkat sendiri. Alangkah baiknya jika jawatan itu diberi kepada orang lain yang tiada kaitan dengan dirinya. Dari segi kelayakan, saya rasa bersepah lagi orang lain yang layak malah lebih baik daripada menantunya itu. Nik Aziz sengaja cari pasal!

Tidak tahan dengan asakan dari pelbagai sudut, akhirnya Nik Aziz akur juga dengan mengarahkan Ariffahmi yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) meletak jawatan . Desakan dan asakan bertalu-talu oleh orang ramai mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Kelantan itu bukan dilihat secara positif oleh Nik Aziz Nik Mat tetapi telah menuding jari pula kepada UMNO yang menabur fitnah terhadap diri dan keluarganya.

Benarkah UMNO yang menabur fitnah? Di awal tadi saya telah menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO begitu dungu kerana tidak mengambil kesempatan untuk menyerang Nik Aziz yang telah 2 kali melakukan kesilapan besar dalam bulan November ini. Nik Aziz pula menuduh UMNO, blogger dan media yang empunya angkara sedangkan ianya berpunca dari celah jubah,serban dan janggutnya sendiri. Lucu dan lawak perangai Nik Aziz akhir-akhir ini.

Bagaimana pula peranan Hadi Awang dan Husam Musa dalam kes ini? Hadi Awang sebagai Presiden parti tentu sekali memberi nasihat dan teguran keras kepada Nik Aziz yang mempunyai kedudukan sebagai Mursyidul Am atau penasihat. Tidak molek jika penasihat sendiri telah membuat tindakan yang salah. Selama ini Hadi Awang sering diserang oleh Nik Aziz khususnya kes kerajaan perpaduan, malah Hadi pernah dilabel sebagai 'Pak Lah PAS' oleh Nik Aziz. Satu penghinaan kepada Hadi Awang yang serbannya lebih besar daripada serban Nik Aziz. Ini lah masa paling molek bagi Hadi Awang 'smash' setelah 'bola tanggung' diberi oleh Nik Aziz. Nik Aziz telah melakukan penyalah gunaan kuasa dan menantunya telah bersultan di mata,beraja di hati atas jawatan itu. Jadi salah satu sebab Ariffahmi meletak jawatan adalah atas desakan keras oleh Hadi Awang.

Husam Musa adalah anak didik Nik Aziz. Pembantu politik yang disayangi,dipercayai dan bakal mengganti tempat Nik Aziz. Khabarnya Husam telah menggugut Nik Aziz sama ada memecat Ariffahmi atau Husam akan meletakkan jawatan. Perang antara Ariffahmi, Kickdefella dan Husam bukan cerita di bawah karpet lagi dan Nik Aziz tidak ada pilihan lain selain mengarahkan Ariffahmi meletakkan jawatan. Baca lagi di sini. Nik Aziz buang menantu, pilih pembantu.

Kalau begitu tak manis dan tak molek hendak menyalahkan UMNO, blogger dan media dalam masalah politiknya. Kalau ianya fitnah mengapa tidak buat laporan polis. Ada beranikah atau beranikah Nik Aziz.

Seorang blogger anak Kelantan menulis, Kata Mertua Fahmi lagi, penulis blog dan media membuat fitnah. Kalau fitnah, kenapa PAS tidak membuat laporan polis dan mengambil tindakan dengan menyuruh penulis blog dan media tidak mensensasikan mereka!

Bayangkan orang Kelantan yang 'mengemis' pekerjaan dan bergeluk dengan pembayaran gaji yang murah di Kelantan sedangkan menantu Nik Aziz hidup seperti anak Sultan Brunei!

Sikap talam bermuka-muka Nik Aziz terserlah apabila menyalahkan semua orang terutama penulis blog dan media ibarat melindungi bangkai gajah dengan daun pisang sejak 19 tahun menerajui Kelantan.

Bukankah Fahmi merupakan menantu atau orang yang rapat dengan Nik Aziz dilantik sebagai CEO di PMBK dianggap sebagai dasar NEPOTISMA! Lupakah kita mengenai perjuangan Anwar Ibrahim menentang Kronis dan Nepotisma yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional pada setiap detik yang turut disokong oleh PAS dan DAP! Kini, Nik Aziz secara terang-terang mengamalkan Nepotisma, iaitu mengutamakan keluarga sendiri untuk jawatan tertentu.

Kata Mertua Fahmi, tidak ada orang lain yang layak menerajui CEO di PMBK. Secara tersirat, ia mengambarkan orang Kelantan semuanya bodoh seperti ADUN Manik Urai! Nik Aziz tidak tahu seramai 11 orang pemegang ijazah doktor atau PhD yang kini mendaftar dengan Jabatan Tenaga Rakyat Kota Bharu? 6000 pemegang ijazah sarjana atau master kini menanggur dan menunggu peluang untuk diserapkan sebagai tenaga kerja dan lebih 300 ribu lepasan ijazah dan SPM masih sedang 'menanam buah anggur'. Mereka semua bukan bodoh!(http://pkrpasdap.blogspot.com/2009/11/nik-aziz-menipu.html)

Akhir kalam, sudah sampai masanya Nik Aziz berehat. Letih dan sedih melihat beliau diserang. Tahap kesihatan yang semakin lemah, keupayaan berfikir yang semakin tumpul, daya ingatan yang tidak setajam dulu tetapi lidahnya masih berbisa untuk menyakitkan hati musuh-musuhnya. Eloklah isterinya Tuan Sabariah dan anak-anak dan menantunya memujuk Pok Nik bersara, berehat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada meningkatkan syiar Islam sekiranya masih mampu. Kasihan! Simpati! dan Terkilan jika anugerah Ulama Teragung di antara 500 orang tokoh Islam terus dipersenda dan diperkotak-katikkan.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

5 comments:

Arif Omar said...

LETIH, MEMANG LETIH. LIHAT UMNO LAGI LETIH , LIHAT UMNO KELANTAN LAGI AMAT LETIH.

BAB TGNA TU , ITU PETANDA DAN PETUNJUK ALLAH TERHADAP KEMUNGKARAN YANG PAS DAN PEMIMPINNYA LAKUKAN.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Allah maha adil dan bijaksana. Segala yang dikata dan dihina pada orang UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir telah berbalik kepadanya. mengata mereka kuat rasuah, sekarang terbukti dia pun rasuah (rasuah kuasa dan sponsor). Mengata mereka kafir kerana bekerjasama dengan MCA, MIC, PPP dan lainnya dalam BN, sekarang berbalik kepadanya yang bekerjasama dengan DAP dan PKR. Mengata TDM dah tua, nyanyuk dan lebih baik berhenti dari PM, sekarang berbalik kepadanya yang terbukti sudah terlalu uzur. memnjadi MB Kelantan melebihi 18 tahun dan cakap yang kekadang membingungkan ahli PAS sendiri. Nasib baik bukan dia yang mengata TDM menonton video lucah bersama cucu, kalau tak dia pun......
Walau bagaimanapun.. Khakkk... Ptuih...

Anonymous said...

SLM BRO..PAK AJIS SERBA SLH SBB

1. DIA MENANTU

2. DIA ORG UMNO

TP BIASELAH. PAK AJIS AMIK YG SUNAT JE. ASALKAN TAK RUGI WLU PUN MENANTU KENE TENDANG. ALA TENDANG2 MANJE GITUU..HUHUHU

mukhtar said...

Amir,

Aku rasa pemimpin negara/negeri patutnya setakat umor 60 tahun sahaja.Contoh, zaman kegemilangan Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah yang berumur 40 tahun. Pemimpin yang dinamik biasanya di kalangan yang berumor 40 - 60 tahun. Kalau dah lebih 70, elok tumpukan kepada amal ibadat sahaja.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Hehehe......letih dan longlai rasanya. Lemau......

Ye benar, sekarang kitaran roda Nik Aziz sedang berada di bawah.....

Salam cengkodokmasin,
Betul bro....sekarang berbalik kepada batang hidung sendiri. Bagi mereka yang mengikuti perjalanan PAS dari tahun 1960an,70an,80an,90an dan abad ke 21 ini ianya sentiasa berubah-ubah mengikut situasi dan zaman. Ini bermakna PAS juga tidak istiqomah pada perjuangan Islamnya tetapi menyesuaikan keperluan parti untuk mencapai matlamat memperolehi kuasa. Tidak ada bezanya PAS dengan parti-parti politik yang lain....

Salam Jeffry,
Ye betul bro....serba salah atau tersilap langkah. Dua-dua pun boleh.
Dah lama orang tua ni dilantak dengan rasuah oleh menantunya. MB mungkin lurus bendul tapi menantu licik macam belut.......

Salam Mukhtar,
Saya berpendapat 60an terlalu muda untuk PM atau MB bersara. Muhyiddin sekarang pun sudah 63 tahun tetapi masih sihat dan waras. Bergantung pada individu....ini soal hati. Tun M walaupun 80an tetapi masih waras dan siuman. 40an masih terlalu awal untuk jadi PM. Untuk jadi MB 40an boleh diterima kerana sudah berlaku misalnya Najib jadi MB Pahang ketika umurnya hujung 20an, Khir Toyo berumur 35 tahun menjadi MB Selangor, Muhyiddin berumur 43 tahun ketika menjadi MB Johor. Hanya Khairi Jamaluddin sahaja bercita-cita menjadi PM ketika berumur 40 tahun. Rasanya 6 Perdana Menteri Malaysia sebelum ini sekurang-kurang menjangkau umur 50an baru menjadi PM.