Tuesday, November 10, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain!


Kalau kita ingat di satu waktu dahulu pemimpin-pemimpin PAS selalu mengeluarkan hukum atau fatwa yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Antara hukum dan fatwa ulamak PAS dahulu ialah ' TIDAK BOLEH LANTIK BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN'. Tapi itu dulu......Kata S.M Salim, dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kawin.

Tepat sekali kena batang hidung. Dulu tak boleh pilih pemimpin bukan Islam jauh sekali nak sekongkol dengan parti bukan Islam seperti DAP. Sekarang apa dah jadi..durian dah jadi tempoyak.

Dulu sewaktu ceramah, sama ada ceramah biasa atau ceramah pilihanraya, ulamak PAS sering membaca ayat Quran surah Ali Imran ayat 28 yang bermaksud: ' Tidak sayugia orang mukmin mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin dan barang siapa yang melakukan demikian (yakni mengangkat orang kafir sebagai pemimpin) maka dia bukan golongan Allah'

Ianya merujuk jika calon BN yang bertanding tetapi diwakili oleh MCA, MIC atau parti-parti bukan Islam di Sabah dan Sarawak hendaklah pengundi Islam di kawasan tersebut memberi undi kepada parti atau calon daripada orang Islam iaitu PAS. Ayat di atas adalah benar tetapi persoalannya adakah PAS istiqomah dengan pegangannya terhadap ayat suci tersebut?

Semua orang tahu, BN diterajui oleh UMNO yang terdiri daripada orang Melayu/Islam. Jika dikira calon mestilah dipilih daripada kawasan majoriti mengikut kaum ,saya yakin kaum India tidak ada seorang pun di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia Barat atau di Malaysia Timur tidak ada satu kerusi pun yang majoritinya India termasuklah Parlimen Sg.Siput. Disebabkan BN adalah pelopor perkongsian kuasa maka satu dua kawasan majoriti Melayu atau Cina di berikan kepada MIC. Amalan ini telah dilaksanakan sejak pilihanraya pertama 1955 dahulu.

PAS mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam. Memang ramai umat Islam yang terpengaruh. Apa tidaknya, kalau undi diberikan kepada bukan Islam boleh mencacatkan akidah. PAS mengkritik UMNO kerana meletakkan pemimpin bukan Islam di kalangan majoriti Islam. Mereka juga menentang keras perkongsian kuasa antara UMNO, MCA dan MIC

Kita bukan ingin menghujahkan ayat Allah s.w.t tetapi kita ingin melihat amalan PAS hari ini yang turut bertentangan dengan ayat Allah s.w.t. Dalam pilihanraya 1995, PAS telah bersengkongkol dengan DAP walaupun tidak begitu rasmi tetapi pilihanraya 1999 PAS telah membentuk kerjasama yang rasmi dan sangat akrab dengan DAP. Pilihanraya 2008 tidak boleh disorok-sorok lagi bahawa Pakatan Rakyat yang tidak didaftarkan itu di dalamnya terkandung PAS dan DAP.

Apa yang PAS mengatakan kepada BN dahulu sudah mereka jilat kembali. Bagi kawasan-kawasan DAP bertanding, pengundi PAS akan beri undi pada DAP dan begitu sebaliknya jika PAS bertanding ahli-ahli DAP tanpa segan silu memangkah PAS. Apa beza PAS dan UMNO sekarang. Pembohong besar PAS ni. Orang muda PAS tak tahu dan tak nak ambil tahu bahawa pemimpin mereka semuanya lidah bercabang. Dulu tak boleh sekarang boleh pulak. Ayat Allah tadi nak letak di mana?

Mereka bukan sahaja tolong menolong malah bersekongkol membentuk kerajaan. Apa sudah jadi politik Perak? Seorang Menteri Besar Melayu dikelilingi 6 Exco bukan Islam. Boleh kah dipanggil kerajaan itu kerajaan Islam? Kaki, Tangan, mulut dan telur MB Melayu itu dah disumbat oleh 6 Exco bukan Islam tersebut sehingga akhirnya tumbang dan sekarang ini semuanya dalam keadaan 'gila talak'. Mereka bukan mengamalkan 'perkongsian kuasa' tetapi saling kuda mengkuda dan mempergunakan untuk kepentingan bangsa masing-masing.

Wahai orang muda PAS, keluar lah cepat daripada parti pembohong ini. Tidak berparti lebih baik daripada duduk bergelumang dengan pemimpin-pemimpin pembohong, kaki kelentong, gila kuasa, pecah amanah, pencacai yang ada dalam parti itu. Tidak masuk UMNO pun tidak mengapa tetapi jangan dekati orang-orang yang cuba nak merosakkan hati-hati kita, suka memutuskan silaturahim sesama umat, merenggang hubungan kekeluargaan, jiran tetangga dan sahabat handai jika mereka itu bertentangan dengan politik yang kita ikut. PAS tidak mendidik orang-orang muda dengan akhlak yang baik dan terpuji tetapi menggunakan kudrat orang muda untuk merusuh, berdemontrasi, bergolek di tengah jalan dan sebagainya.

Jangan percaya sangat dengan ulamak-ulamak walaupun dari Negeri Serambi Mekah kah, Negeri Tadahan Wahyu kah jika mereka masih menggunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara'. Hukum Al-Quran pun dipersendakan semata-mata untuk tujuan mengalahkan BN dalam pilihanraya. Cakapnya sering berdolak dalik maka sesuailah lagu S.M Salim itu didendangkan di hadapan Hadi Awang dan Nik Aziz- Dulu lain Sekarang Lain.

Amir Hamzah
batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

amieieda said...

tahla bro.... apa nak jadi (lagu sm salim jgk)

menantu "dia" cari pasal. buat ofis mcm harta makayah sendiri...weh harta bapa mertua pun bukan tau!!

"dia"plak marah dan rasa ada orang pecah lubang..maka sorang blogger yang kejer dengan opis tuh kena buang serta merta...

tapi "dia" punya pasal...geng pas tak salahkan sesapa...suruh sheih tuh sabor ader la..

"dia" ajor kot cara sumpah ikut syara' sbb kata blogger tuh dia nak sumpah sok mcmana yang si"dia" ajor.

tak nak ajor ke "budak" tu bersumpah...ala budak mana lagi...mat tangguh

psssttt : teka siapa saya?

hilbert said...

Salam bro Amir,

sedap lagu tu ... "dulu lain sekarang lain"... Dulu PAS Islam sekarang PAS dah kafir"... itulah fatwa yang mereka sendiri keluarkan(bila ada yang buat kerjasama dengan bukan Islam, maka secara otomatik ianya akan jadi kafir) hehehheeeee ))))))))

Jeffry said...

SLM BRO..SM SALIM PUN MESTI GELENG KEPALE TENGOK HJ HADI CKP PUTAR2 MCM GASING. DULU SYOK SGT BUAT FATWA KONON2 NAK TAKUTKAN PENYOKONG SAMPAI X INGAT DUNIA. TP BILE RAHSIA DH TERBONGKAR, TEKIAL2 PLAK SURUH PENYOKONG JGN CKP BYK. KEHKEHKEH..PADAN MUKEEE DIEEE

Media Cyber said...

jawapan utk amieieda ! KICKDAFELLA! Hahahahaha!

http://unitmediasiber.blogspot.com/

Abas said...

Salam:

Skesta "Dulu Lain Sekarang Lain":-

Dulu Lain sekarang lain,
Dulu haram sekarang sarung satu kain.

Dulu lain sekarang lain,
Dah menang perjuangan Islam dah dingin.

Dulu lain sekarang lain,
Ada janggut sejemput nak tunjuk aksyen.

Dulu lain sekarang lain,
Cakap Islam macam dia saje yg ada lesen.

Dulu lain sekarang lain,
Tapi kecut perut bila Karpal Singh bersin.

Dulu lain sekarang lain,
Fatwa diibaratkan sebagai fesyen.

Dulu lain sekarang lain,
Macamlah juga Muslimat tukar lampin.

Dulu lain sekarang lain,
haram jadi halal kalau ada persen.

Dulu lain sekarang lain,
Jadi calon bai'ah mesti sain.

Dulu lain sekarang lain,
Kalau lompat tak sempat tenguk isteri bersalin.

Dulu lain sekarang lain,
Banyak lagi nak cakap berbesin-besin.

Dulu lain sekarang lain,
Itulah PAS tak guna sesen.

Selempang Merah said...

salam bro...

Semenjak PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan Kerajaan Islam Malaysia yang di pimpin oleh orang Islam UMNO.. PAS sekarang memang jelas dikuasai oleh pemimpin mereka yang munafik dan terikut-ikut ketidakpuasan hati sesetengah pemimpin mereka.

Sebab itu dari dahulu, saya menyatakan bahawa perkataan PAS lebih sesuai diertikan sebagai Parti Ajaran Sesat. Ini kerana antara pemimpin mereka yang mengaku sama taraf jawatannya dengan Mufti kerana layak mengeluarkan sebarang fatwa yang jelas mengelirukan rakyat iatu, jika mengundi BN/UMNO dikira kafir dan banyak lagi contoh yang mengelirukan umat Islam yang semua orang sedia maklum. Inilah tipu daya PAS secara terang-terangan untuk kepentingan politik dan jawatan mereka.

Yang pelik bin ajaib, pengikutnya bukan main setia dan sanggup berkorban untuk pemimpin mereka (seolah-olah ada persamaan dengan pengaruh Al-Arqam pada suatu ketika dahulu). Contohnya; sanggup mati digilis kenderaan dengan berbaring di tengah jln raya dlm isu di Perak, menggantung gambar pemimpin mereka, dsb nya...

Manakala bendera PAS pun seolah-olah ahli PAS menyembah bulan. Bendera PAS pun tidak Islamik macam mana mereka mengaku islamik.

Wallahu a'lam..

mukhtar said...

Amir,

Kita sebagai penganut Islam wajibnya tidak boleh bertolak ansur
dengan golongan anti Islam.DAP adalah anti Islam.

Kalau betul PAS memperjuangkan Islam, DAP perlu dikeluarkan dari pakatan rakyat..atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Aku tabik kpd kerajaan Johor kerana membenarkan Dr.Mohd.Asri berdakwah di Johor.Ada negeri minta beliau memohon tauliah utk berdakwah.Nak berdakwah pun kena minta tauliah? Takkan tak kenal Dr.Mohd.Asri .Syabas Mufti Johor dan rakyat Johor.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam amieieda,
Menantu dan Pak mertua...apa bezanya. Pergi Mekah pun ada orang sponsor RM65K. Baiknya......Bukankah lebih baik sponsor 6 orang miskin menunaikan Haji. MB kan mampu pergi sendiri. jangan ambik Tok Guru...nanti kena 'fitnah'.....huhuhu

Salam hilbert,
Ye betul bro.....tikam diri sendiri, air ludah jatuh ke muka sendiri.....kalau ikut ayat al-Quran tersebut...sendiri mau ingat la...

Salam Jeffry,
Bukan Hadi je bro.....sejak zaman berzaman begitulah pemimpin-pemimpinnya sama ada yang masih hidup atau pun yang dah mati...Ada banyak lagi fatwa mereka yang telah menghuru-harakan umat islam di Malaysia. huhuhu

Salam Media Cyber,
Terima kasih beri jawapan. Budak suruhan Husam.....

Salam Abas,
Terima kasih Abas.....cantik dan mantap. memang mengena dan ngam.

Skesta "Dulu Lain Sekarang Lain":-

Dulu Lain sekarang lain,
Dulu haram sekarang sarung satu kain.

Dulu lain sekarang lain,
Dah menang perjuangan Islam dah dingin.

Dulu lain sekarang lain,
Ada janggut sejemput nak tunjuk aksyen.

Dulu lain sekarang lain,
Cakap Islam macam dia saje yg ada lesen.

Dulu lain sekarang lain,
Tapi kecut perut bila Karpal Singh bersin.

Dulu lain sekarang lain,
Fatwa diibaratkan sebagai fesyen.

Dulu lain sekarang lain,
Macamlah juga Muslimat tukar lampin.

Dulu lain sekarang lain,
haram jadi halal kalau ada persen.

Dulu lain sekarang lain,
Jadi calon bai'ah mesti sain.

Dulu lain sekarang lain,
Kalau lompat tak sempat tenguk isteri bersalin.

Dulu lain sekarang lain,
Banyak lagi nak cakap berbesin-besin.

Dulu lain sekarang lain,
Itulah PAS tak guna sesen.

ITULAH PAS TAK GUNA SESEN...APA LAGI SEKUPANG. huhuhu

Salam selempang Merah,
Kesimpulannya PAS dah munafik. Pemimpin-pemimpinnya yang membawa pengikutnya menjadi munafik. Kesian mangsa-mangsa di Memali...mereka tak mati syahid seperti yang didakwa.

Saya setuju, PAS dah sesat. menyesatkan ramai orang. Kalau tidak ,tidak berlaku apabila ada yang mengirimkan bendera PAS kepada arwah bapanya yang sudah lama meninggal dunia kepada orang yang baru mati. Bapanya konon sebelum meninggal tidak sempat menjadi ahli PAS. hehehe

Salam Mukhtar,

DAP anti Melayu dan Anti Islam. Anti Raja. Anti segala-galanya. DAP macam komunis cuma dia jenis yang 'halal' boleh bertanding dalam pilihanraya. DAP adalah komunis bandar bukan komunis hutan.

Asri tak datang Johor pun tak apa tar.....Dia pun nak masuk politik. Ulamak kalau masuk politik mmg hancus....Kalau dia nak masuk politik bior le masuk PAS. Masuk UMNO-kontroversi huhuhu