Sunday, November 15, 2009

Nik Aziz : Kenapa Batalkan Menunaikan Haji?





Satu waktu dahulu, pemimpin PAS sering membawa kisah Khalifah Umar b Abdul Aziz dalam ceramah-ceramahnya. Hal ini diangkat bagi mengambarkan betapa seorang pemimpin seharusnya memiliki sifat 'zuhud'. Satu cerita yang masyhur berkenaan dengan Khalifah Umar bin Abd.Aziz ialah bagaimana pada satu malam sedang baginda berada 'di pejabat', tiba-tiba baginda didatangi oleh anaknya.

Seraya Khalifah Umar Abdul Aziz bertanyakan kepada anaknya, adakah kedatangannya itu atas urusan keluarga atau pun urusan pemerintahan. Anaknya menjawab bahawa kedatangannya itu adalah atas urusan keluarga. Maka Khalifah Umar Abd.Aziz memadamkan lampu milik kerajaan dan menyalakan lampu miliknya sendiri. Demikian cermatnya amalan zuhud Khalifah Umar Abd.Aziz selaku kepimpinan sebuah daulah.

Adakah pemimpin-pemimpin PAS yang berlatar belakangkan Islam serta Lim Guan Eng yang mengaku akan melaksanakan pemerintahan seperti mana Khalifah Umar Abd.Aziz berbuat demikian pada masa ini? Pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan dan PAS Terengganu ketika berjaya menakluki Terengganu pada tahun 1999 telah terlebih dahulu mengumpul kekayaan dan harta buat diri sendiri dan keluarga. Pemimpin mereka bergaya dengan kereta mewah, rumah besar dan kehidupan eklusif sedangkan masih ramai lagi rakyat jelata yang hidup dalam keadaan miskin dan menderita. Mereka hanya melihat sebelah mata. Amalannya tidak sebagaimana kisah 'cermatnya' Khalifah Umar b Abd. Aziz selaku pemimpin.

Tidak hairan juga betapa wang zakat diagihkan terlebih dahulu kepada keluarga sendiri dengan mengabaikan sebahagian yang lain yang lebih berhak didahulukan. Dihujung lidah basah menceritakan tentang sifat zuhud Umar Abd.Aziz selaku kepimpinan sambil membandingkan dengan pemimpin UMNO yang dikatakan hidup mewah, tetapi dalam masa yang sama mereka juga hidup dalam kemewahan dan harta melimpah ruah.

Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang ini menjadi Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayob dalam ucapan tema Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat kali ke 46 pada tahun 2005 pernah berkata:

'Penyakit elit, ego,angkuh dan mewah kini menghinggapi pula sebahagian pemimpin PAS. Ada dikalangan mereka selesa memandu kereta-kereta berjenama mewah, memakai pakaian yang anggun, membina mahligai perkasa dan tidur di hotel-hotel ternama. Mereka tidak lagi merasai keperitan hidup rakyat, kemiskinan petani, penderitaan setinggan, kesempitan peneroka, kesulitan nelayan, kelaparan buruh dan kesengsaraan pengguna' Ingatan ini telah diberitahu oleh Sallehuddin Ayob yang telah menghidu lebih awal perubahan gaya hidup pemimpin-pemimpin PAS.

Jika pada tahun 2009 muncul cerita-cerita panas yang melibatkan pemimpin-pemimpin utama PAS ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Kalau Umar Abd.Aziz memperlihatkan sifat zuhud yang tulen, bagaimana pula dengan sifat yang ada pada Mursyidur Am PAS, Nik Abd.Aziz bin Nik Mat? Nik Aziz telah membatalkan pemergiannya ke Tanah Suci untuk menunaikan Fardhu Haji setelah dikritik hebat oleh media dan blogger-blogger pro kerajaan yang mengaitkan penajaannya sebagai rasuah oleh pihak yang berkepentingan.

Pembiayaan untuk Nik Aziz mengerjakan haji itu dibuat oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Nordin Awang yang merupakan pemilik syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd. Syarikat itu diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan. Antara iklan itu ialah iklan Membina Generasi Al Quran yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucunya, anak kepada Arif Fahmi (menantu Nik Aziz). Tidakkah pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz sendiri .

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pembiayaan haji yang melebih RM400,000 tersebut yang dibuat melalui TH Travel melibatkan Nik Aziz dan isteri, Arif Fahmi dan isteri, Setiausaha Sulit Nik Aziz dan Nordin serta isterinya.Pembiayaan haji Nik Aziz dan keluarganya itu bagi setiap orang ialah sebanyak RM65,000. Tergamak Nik Aziz menerima pembiayaan semahal itu sedangkan diawal pemerintahannya selepas tahun 1990 dahulu beliau dikenali sebagai seorang MB yang sangat sederhana. Setelah 19 tahun memerintah, kesederhanaan yang dimilikinya telah hilang bersama peredaran zaman.

Kalau dahulu Tun Dollah dikaitkan dengan menantunya, apa bezanya Nik Aziz dan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK). Disebabkan menantunya, Pak Lah terpaksa menyerahkan jawatan PM kepada timbalannya dan adakah Nik Aziz akan meletakkan jawatan setelah isu perlantikan menantunya sebagai CEO PBMK serta rasuah hajinya menjadi bualan mulut rakyat, lawan dan kawan? Mungkin tidak kerana Nik Aziz telah meletakkan maruah dirinya ke tahap yang paling rendah dan tanpa segan silu beliau telah menyalahkan media bukan dirinya sendiri.

Kalau beliau yakin bahawa pembiayaan itu bukan rasuah mengapa beliau membatalkan hajatnya itu? Kalau berani pergilah....Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka yang berjawatan sepatutnya sedar jika ada orang taja ke Mekah mesti ada sesuatu yang orang itu hendak minta. Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Putrajaya beliau berpendapat tidak salah Mursyidul Am PAS itu meneruskan rancangannya ke Mekah bersama ahli keluarga jika mendapat tajaan daripada sumber halal. Beliau hairan mengapa Nik Aziz batalkan pemergiannya. Jelas, Nik Aziz telah sedar bahawa rahsianya telah bocor bahawa sumbangan itu adalah rasuah dan dia sudah kesedapan menerima 'sumbangan' dan 'hadiah' sebelum ini.

Jangan percaya lagi cakapnya kerana perutnya sudah penuh dengan 'rasuah'. Sudah menjadi makanan dan darah daging. Sebab itu mulutnya sudah keluar kata-kata busuk yang tidak sedap didengar oleh manusia. Nik Aziz sudah dikenali dengan sering mengeluarkan kata-kata provokasi, fitnah, tajam dan pedas, kata-kata penghinaan, kata-kata angkuh dan sombong kerana tubuh badannya sudah dibaluti dengan harta dunia yang tidak halal.

Bagaimana kah sembahyangnya, doanya, zikirnya, fatwanya dan ucapan-ucapanya? Masih boleh didengar lagikah? Masih boleh diambil peduli lagikah? Apa bezanya dengan pemimpin-pemimpin yang menjadikan rasuah sebagai amalan hidup seharian daripada mana-mana pemimpin parti politik. Rasuah tidak mengenal daripada parti mana dia datang. Rasuah tidak mengenal serban dan jubah, janggut dan tasbih. Rasuah tidak akan berlaku di atas kewarasan akal dan keteguhan iman.

Membatalkan hasrat ke Mekah adalah disebabkan takut kerana salah. Nik Aziz tahu dia bersalah dan selama ini dia juga telah berasa bersalah kerana menerima berbagai-bagai sumbangan atas kedudukannya sebagai MB Kelantan. Kalau Nik Aziz yang ada ni seorang nelayan jangan mimpilah ada sesiapa yang nak menajanya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

18 comments:

Arif Omar said...

ada pula tu penyokong buat kutipan derma untuk tujuan sposor haji nik aziz. ma boleh terima sedekah . mana masuk asnaf sedekah. baik le sedekah pada yang lebih memerlukan. wajib sekali sahaja bagi yang mampu. apa nak pergi berkali-kali. kita semua nak ke haji tungga 4 ke 5 tahun . menuggu giliran. TGNA pula senang-senang potong giliran dan tidak perlu menunggu. maknanya ada yang tidak betul. ada yang adjust kan. dan jika dia pergi haji baru2 ini maka seorang rakyat malaysia islam tidak dapat pergi haji kerana sudah cukup kouta 20 k orang. tak salah ke?

Nik Amir. said...

Tengku Adnan tu nasib baik dok dalam UMNO. Kalau luar UMNO dah lama merengkuk dalam penjara. siapa tak kenal ini orang kaki rasuah no.1. Kes Lingam senyap je.

Adegan-adegan Ku Nan menutup kes-kes salahlaku penjahat-penjahat UMNO sewaktu pilihanraya dan pemilihan Bahagian Tanah Merah semua orang tahu.

Kalau pasal rasuah saya nasihat supaya Ku Nan tak payah komen orang lain lah. Buat malu UMNO sahaja. Tutup mulutlah. Tadbir UMNO baik-baik.

Bagi tahu Ku Nan "Cuci tangan dan jari-jemari beliau dahulu sebelum menuding kearah orang lain"

Fasal Nik Aziz OK lah tu. Sebab dia dah sedar dia buat salah. Sekurang-kurangnya orang yang menegur dapat pahala,. Lain lah kalau kita menegur TETAPI dengan harapan Nik Aziz teruskan juga niatnya agar puak kita dapat mileage politik. Itu salah!

Arif Omar said...

air mata ada makna tu

Arif Omar said...

air mata ada makna tu. kena komen sekali lagi. rasa tak puas pulak

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Kawan tak kisah le dia nak g Mekah 10 kali ke, orang sponsor ke? orang rasuah ke? lantak pi la....apa lagi dia tu ulamak besor, MB sebuah negeri tentu dia amat faham atau buat-buat bodoh. Lebih-lebih lagi Nik Aziz tu manusia biasa, kentutnya pun busuk juga.Tentu dia pun ada buat silap. Cuma kawan ni tak tahan satu aje.'BILA DIA BUAT SEMUA BETUL, ORANG LAIN BUAT SEMUA SALAH'.huhuhu

Tang menangis, tak tau le kawan sama ada betul-betul menangis atau 'menangis politik' atau 'air mata ada makna' hahaha. Orang politik tingkah lakunya serba mungkin dan segalanya mungkin.

Salam Nik Amir,

Orang UMNO pro dan jaga orang UMNO, orang Pas pro dan jaga orang Pas.....ini perkara biasa saja.

Soal Tanah Merah adalah dalaman UMNO, tindakan dah dikenakan, bekas ketua pemuda Tanah Merah, dah kena gantung.....apa lagi nak, ini soal UMNO, bukan kerajaan. Masa pilihhanraya (yang mana?), pembangkang menang di Tanah Merah sekarang.

Soal nak kata Ku Nan merengkok dalam penjara, senang saja. Kes Lingam, mahkamah yang tutup.
Kenapa tidak dibuat petition supaya kes itu dibuka semula dan Ku Nan masuk jail.......

APA YANG NIK AZIZ BUAT BETUL KE ?

Bila Nik Aziz tahu kesalahan dia, ok lah.....semudah itu ?...kerana sdr sokong Nik Aziz. Orang menegur dapat pahala. Sdr terlupakah Nik Aziz dah cakap, dia nak ulang kesalahan itu tahun depan, atau dia saja tak mahu sebut, dia sendiri tahu. Inilah cara Pas, jangan sebut yang kena muka sendiri, walaupun dunia tahu.....BAPAK HIPOKRIT.

Nik Aziz ketua kerajaan. Dalam peraturan apa yang Nik Aziz buat adalah salah. Tak payah diambil tindakan kerana dia orang kita, dia dah sedar kesalahan. Inikah cara berfikir yang betul ?

Kalau nak kata dapat political mileage, boleh kata, walaupun tak berapa tepat. Adakah kerana takut dikatakan nak cari political mileage, kesalahan terpaksa dibiarkan saja.......gila jenis apa ?. huhuhu

Pihak yang dipesalahkan dalam isu penajaan ke Mekah ialah, media cetak dan eletronik, blogger-blogger pro umno/pembangkang. Sebenarnya media-media tersebut setakat menyatakan apa yang berlaku sahaja, tidak lebih dari itu. Mengapa pula dipersalahkan ?

Adakah melaporkan perkara benar, tapi tidak disenangi oleh Nik Aziz itu satu kesalahan ?

.....Dan Nik Aziz tidak perlu membatalkan pemergiannya ke Mekah kalau dia sendiri yakin perbuatan itu tidak salah. Tapi bila dia batalkan, yang tersiratnya dia juga tahu itu salah.

Pada masa yang sama dia juga kata, "tahun depan dia akan pergi ke Mekah, kalau ada nak taja dia akan ambil, kalau tak ada dia pergi juga". Tajaan tahun depan dengan tajaan tahun ini apa bezanya ? INILAH SATU CONTOH MENGARUTNYA Nik Aziz........sebagaimana dia pernah berkata bahawa "berunding dengan UMNO, MENGARUT"
Satu lagi pulangan kerana celuparnya mulut Nik Aziz.

Biasanya orang celupar mulut, kewarasannya amat rendah, kebijaksanaannya minima, kebodohannya maksima.......sebab, celupar akan makan diri sendiri.

.......Atau adakah Nik Aziz fikir dengan membatalkan pemergiannya ke Mekah tahun ini, siasatan SPRM ke atasnya akan dihentikan ? Kalau dia berfikiran sedemikian, memang sangat tidak cerdiknya (bukan bodo) Nik Aziz.

Ekoran dari "penajaan", SPRM perlu membuka lebih banyak fail, kerana terlalu banyak penajaan dan pembiayaan yang diterima oleh kerajaan Pas/Nik Aziz.

Bangunan "PUTIK", milik Pas di Pengkalan Chepa, asalnya adalah tapak kuaters pegawai kerajaan negeri. Kuaters diroboh, tapak dibuat pengambilan, dan diberi kepada Pas dan PUTIK dibina. Mungkin cara pengambilan itu mengikut prosedur, tapi diberi kepada Pas.........BOLEHKAH ?

.........Dan, SPRM perlu juga siasat penjualan harta-harta kekal milik PKNIK (Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan) di semua daerah dan jajahan, juga siasat PBT-PBT.
.......berapa harga, kepada siapa dijual, duitnya digunakan untuk apa ?

SPRM perlu buka satu pejabat besar di Kelantan seperti mana di negeri-negeri milik UMNO juga.....hehehe

Selempang Merah said...

salam bro..

Sebenarnya Nik Aziz menangis kerana malu pada pengikutnya. Malu pada Allah, wallahu a'lam.. Nik Aziz sangka perbuatannya tu tak kantoi..inilah baru sesuai dengan "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..".

Yang pelik, ada hati pulak pengikutnya ada yang nak kutip derma agar Nik Aziz dapat pergi haji. Malu pulak rasanya ulamak tersohor yang dah banyak kali buat haji selama ni sanggup terima haji tajaan atau sedekah..Nampak sangat pejuangannya bagaikan "talam dua muka".

Kenapa selama ini ahli PAS tidak buat kutipan derma untuk menghajikan ahli PAS atau rakyat Kelantan yang miskin. Nik Aziz kan berkemampuan.. Ada tanah sendiri, sawah bendang.. Anak menantu kaya raya.. Layak ke terima tajaan atau derma.

Pelajar-pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke universiti pun ramai yang tak dapat tajaan kalau bapanya bergaji lebih RM1000. Inikan pula sudah bekerja dan bergaji jawatan Menteri Besar. Memang PAS ni golongan kaki TEMBERANG.. Memalukan golongan agama... Malu.. Malu..

Sedihnya melihat golongan agama sekarang.. malu saya bro.. orang kafir ketawa melihat gelagat golongan agama kita hari ini..

Pada saya, tiada satu pun usaha PAS nak menyatukan umat Islam.. Memperbaiki keimanan dan mendekati umat Islam.. Yang jelas, ceramah-ceramahnya hanya untuk orang yang sama (orang PAS). Nak dakwah orang kafir..sorry laa..
Ok lagi JAKIM yang memang ada badan dakwah dan berurusan dengan Saudara baru Islam kita..

Wallahu a'lam..

wallahu a'lam..

Nik Amir. said...

Saya cakap fasal PRU 12 bro!!dan Pemilihan Bahagian 2008 bro!

Fasal Nik Aziz ..SPRM ada..nah siasat..buat apa bising-bising..
Salah tetap salah. Tok Guru Hj Omar dari Pasir Mas dahulu pun dipenjarakan zaman Tunku dan Razak.

Saya tak sokong sesiapa yang jahat..yang mungkar sebab saya takut ini "Cis kamu sekalian! mengapakah kamu menyembah sesuatu selain Allah, apakah kamu tiada berakal"(al-Anbiya:67)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Hahaha.....sepandai-pandai tupai melenting akhirnya kaki terkait kat ranting....tercelepuk la dia. Segan pulak dengan burung-burung kerana selama ni dia la jaguh melenting tambah lagi dengan burung-burung betina.

Nik Aziz tu kaya bro.....19 tahun jadi menteri besor. Gaji dia pun tak luak sebab banyak benda dia dapat free. Bukan bermewah sangat Nik Aziz tu, kalau perabih duit pun sebab beli serban dan jubah baru. hehehe....

Bukan senang nak jadi ulamak beso. Semua kena jaga, perbuatan dan kata-kata. Yang penting akhlak macam ulamak le. Nak jadi MB pun banyak peraturan-peraturan nak kena ikut sebab peraturan manusia pun susah nak ikut. Peraturan Allah jauh sekali. Sebab tu undang-undang Islam tak tertegak kat Malaysia ni....huhuhu

Salam Nik Amir,
Abang lebih tua dari saya, lebih dulu makan garam. 12 tahun jarak umur kita. Saya bukan orang Kelantan, tak layak nak cakap pasal politik Kelantan. Hanya orang Kelantan yang tinggal di Kelantan saja yang boleh 'ghoyak' ambo dok luar tak manis nak 'kecek' lebih-lebih hal politik tempatan kecuali jika ianya melibatkan orang Melayu dan Islam dalam Malaysia. wasalam.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Bilo si N.Ajis batalkan poi Mokah, esey topikir juo.. Tak mampu ko dio poi dengan duit sendiri? Konapo mosti batalkan? Soronok yo dapek sponsor poi free? Katonyo, dah banyok kali juo dio poi Mokah dongan duit sponsor. Rasuah ni bukannyo takat duit ajo tapi dalam bontok perkhidmatan, kobajikan, tajaan etc. Kalau dari orang yang dapek projek korajaan, tontulah rasuah sobab ado udang sobalik mee. Jadi, ekau somua fikir-fikirkan lah dan solamat boramal..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,
Nanti ada orang kata, kita besar-besarkan kes Nik Aziz ni. Masalah cari sendiri.....kalaulah agaknya orang UMNO..lunyai dikerjakannya. Bila kena batang hidung sendiri..sonyap sopi semuo. hehehe.
Nak menjadi pemimpin Islam bukan pada serban dan Jubah walaupun ianya sunnah nabi. Perbuatan dan perkataan nabi ramai orang tak ikut. Nabi berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang baik.....bukannya di hujung mata pedang.

HALIM said...

salam ceeek....kawan dah lama tak berkunjung kat blog ceeek...hari ni kawan berkunjung kat blog ceeek ...terperanjat kawan ....melihat nik aziz jadi batu...bukan terperanjat apa ...teringat cerita sumpahan Sang Kelebai yang terdapat terdapat pada blog kawan ...he he he...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Halim....
Nasib baik sang kelembai tak sumpah jadi pokok bayam....hehehe

rimajohor said...

Dulu kata orang, sekarang kena batang hidung sendiri.Dulu hahu,hahu sekarang senyap yap,nyap. Dulu tak boleh sekarang BOLEH. Dasar.......

rimajohor said...

musang berjanggut.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Buah Kelapa Turkey,
Orang politik berselindung di sebalik agama. Luar nampak elok, di dalam semuanya berulat.....

mukhtar said...

Amir,

Dalam Islam jelas - "Matlamat tidak menghalalkan cara".

Contohnya, tidak boleh mencuri walaupun matlamatnya untuk membantu fakir miskin.

Yang batil tetap batil. Yang benar, tetap benar.

Yang haram, tetap haram. Bagi orang alim, perkara syubahat juga amat ditakuti.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam mukhtar,
'Bagi orang alim, perkara syubahat juga amat ditakuti'. Adakah ulamak-ulamak politik ni ambil kisah dengan perkara-perkara syubahat tu? Kadang-kadang lebih teruk daripada golongan-golongan sekular dan kapitalis. huhuhu

Hjh Hasnah bt Abdullah said...

nape lah bodoh sangat orangx (alim ke xalim ke!) ni! bagi duit kat aku pun bagus. xde ke yg tramaix yg kaki komen ni nak derma sponsor kat aku? mentangxlah aku ni bukan sesape, sape pun xingin nak sponsor.