Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha - Berkorban dan Pengorbanan...




Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam seluruh dunia khasnya kepada pengunjung dan followers blog kerdil 'segalanya mungkin' yang hampir berusia setahun pada 5 Disember 2009 nanti.

Hari esok selepas solat Jumaat, kami di Kampung Parit Lubok Tengah, Semerah, Batu Pahat Johor akan mengorbankan 2 ekor lembu secara kelompok disamping 4 ekor yang lain disembelih di rumah masing-masing.

Semoga saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan muslimin dan muslimat di Tanah Suci turut dapat melakukan wukuf di Arafah khususnya rakan blogger Zedmagel dan ayahandanya Pak Mail, rakan sejawat Yusuf Sarmaet dan Baharuddin Bakri.

Kisah tentang penyembelihan Nabi Ibrahim AS atas Nabi Ismail AS, yang kemudian diganti oleh Allah SWT seekor kambing, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, tepatnya surat Ash-Shaffat, ayat 99-113. Adalah mimpi Nabi Ibrahim AS yang menerangkan beliau menyembelih putranya, Ismail AS. Dalam Qur'an dijelaskan, "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:"Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab:"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". (QS. 37:102) Bahawasanya mimpi seorang nabi merupakan wahyu, sehingga Nabi Ibrahim AS pun melakukan wahyu yang memerintahkan penyembelihan itu. "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), . (QS. 37:103) Nabi Ibrahim AS telah melaksanakan perintah dalam mimpi itu tanpa keraguan, maka Allah SWT pun berfirman :"Dan Kami panggillah dia:"Hai Ibrahim", (QS. 37:104). "...sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik". (QS. 37:105) Allah menerangkan itu semua, dan menyatakan : "Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata". (QS. 37:106). Lalu, Allah SWT mengganti penyembelihan Ismail AS itu dengan firman-Nya, "Dan Kami tebus anak itu dengan dengan seekor sembelihan yang besar". (QS. 37:107). Para ulama sepakat bahawa yang dimaksud dengan "Sembelihan Yang Besar" adalah kambing.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

7 comments:

Jeffry said...

SLM AIDIL ADHA UTK SAHABATKU. SEMOGA PENGORBANAN KITA MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TAK AKAN LUNTUR HINGGA KE AKHIR HAYAT. INSYALLAH

cekodokmasin said...

سلام توان،
سلامت هاري راي عيدالاضحى.
تق کيرا دان تق کسه سياڤا يڠ برکوربن، ترکوربن دان دکوربنکن. سمواڽ برلاکو سام اد دسدري، دريلاي اتاو تق

rondo-ayu said...

Kepada abang amir:

Selamat hari raya aidiladha bang.Semoga korban yang dibuat diterima oleh Allah swt. Ayu sudah lama terkorban dek cinta palsu.

Arif Omar said...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. MAAF ZAHIR BATIN

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.....Berkorban apa saja...harta atau pun nyawa....demi negara tercinta. Melayu tiada lagi negara kecuali tanah bertuah ini...

Salam cekodokmasin,
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Yang pasti lembu, kambing dan unta yang menjadi korban....

Salam rondo-ayu,
Selamat Hari Raya Aidil Adha....Dengo cerita r-a tak sihat....Jangan banyak makan daging kambing ye...nanti hamis...hehehe

Salam bro Arif Omar,
Selamat Hari Raya Aidil Adha...untuk bro seisi keluarga. Korban kerbau ke bro?..

eiza in the house.. said...

Salam Bro Amir,
Selamat Hari Raya Aidil Adha..
ape khabarnya..
lama tak dgr citer ekk..:)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam eiza in the house,
Ada kat BP...
1. Kurang mengeteh kerana menghormati Zedmagel menunaikan fardhu haji.
2. Jaga baby....sekarang dah berumur 36 hari....hehehe.