Saturday, August 8, 2009

Sejuk Mata Memandang....




Lihatlah ilustrasi yang dilukis oleh sahabat blogger kawan di Batu Pahat http://rouslenz.blogspot.com/2009/08/kengkawan.html berhubung dengan perpaduan pemimpin-pemimpin Melayu. Ilustrasi ini adalah atas permintaan kawan untuk kawan muatkan di dalam blog ini sempena kehadiran bulan Sya'ban dan tidak lama lagi bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal. Bulan-bulan mendatang adalah bulan-bulan pengorbanan, bulan penyerahan diri kepada Allah , bulan persaudaraan dan berakhir dengan bulan kemenangan.

Ilustrasi ini mengambarkan angan-angan, impian dan harapan semua orang Melayu dan Islam di negara ini. Tanyalah sesiapapun manusia Melayu/Islam yang tidak sejuk mata memandang apabila menatap ilustrasi di atas. Ilustrasi di bawah itu sudah ditambah lagi dengan gambar Masjid Sultan Abu Bakar yang menambah seri dan erti serta membawa makna yang lebih mendalam. Ilustrasi ini dimurnikan lagi oleh sahabat blogger kawan di Batu Pahat juga http://kampungmampan.blogspot.com/2009/08/harapan-kami.html.

Bagi mereka yang cintakan kedamaian, cintakan agama dan bangsanya berkemungkinan ianya lebih emosional sehingga ada yang menitiskan air mata. Ramai yang sedar dan faham dengan situasi politik masa kini. Rakyat mahukan perpaduan dan perdamaian sedangkan pemimpin masih mempunyai kepentingan diri. Adakah ilustrasi sahabat-sahabat kawan ini hanya angan-angan, impian dan harapan semata-mata atau akan menjadi satu realiti di suatu masa nanti walaupun watak-wataknya adalah berbeza.



Bagi gambar ini, ianya bukan lagi satu ilustrasi yang penuh dengan impian dan harapan. Ianya sebuah foto yang merakamkan sesuatu peristiwa yang telah terjadi. Sesiapa yang memandang juga akan menjadi sayu, hiba dan tersentuh apabila melihat perlakuan pemimpin yang mana parti masing-masing telah bermusuhan lebih daripada setengah abad. Ianya bukan impian tetapi sudah menjadi realiti.

Persoalan lain yang perlu di tanya benarkah ianya benar-benar ikhlas, jujur dan tidak ada apa-apa kepentingan. Jawapannya ditangan mata siapa yang memandang, dari sudut apa yang dipandang dan latar belakang orang yang memandang. Jikalau kita ketepikan segala fahaman politik yang dianuti dengan membuka minda kita seluas-luasnya tentu pandangan kita juga berbeza-beza. Sila baca pandangan penulis ini berkaitan dengan gambar di atas.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, August 6, 2009

Raja Memayungi Rakyat - 7 Wasiat Sultan Melayu


Kita sering mendengar bahawa peranan Raja-Raja sebagai pelindung kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu. Namun begitu kita jarang dijelaskan tentang peranan Raja atau Sultan sebagai pelindung dan payung kepada rakyat. Mereka yang kabur akan terus tertanya-tanya sehinggalah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja dan Sultan Melayu telah mengingatkan kita setelah baginda menyerahkan kuasa mutlak baginda kepada sistem demokrasi berparlimen untuk memerdekakan Tanah Melayu pada masa itu. Wasiat ini diberikan atas pengetahuan dan pengalaman baginda dan Raja-Raja sebelum baginda ketika pentadbiran terpisah-pisah mengikut negeri masing-masing.

Kemungkinan keturunan baginda telah melakukan kesilapan terutama semasa Tanah Melayu dijajah oleh British. Kelicikan penjajah dan kelekaan baginda-baginda sultan terdahulu menyebabkan Pulau Pinang dan Singapura jatuh ke tangan British atas kealpaan dan pertelingkahan antara kerabat-kerabat baginda. Namun Raja dan Rakyat saling bertaut dan saling memerlukan. Siapakah Raja tanpa rakyat dan begitulah sebaliknya siapakah rakyat tanpa seorang Raja yang memerintah.

Hari ini kita mempunyai 9 Raja-Raja Melayu yang mengetuai negeri masing-masing. Salah seorang daripada mereka setiap 5 tahun akan dipilih sebagai DYMM SPB Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan. Sistem ini adalah unik di dunia dan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai paling ramai raja.

Adalah terbukti dengan krisis politik yang berlaku mutkhir ini, Raja benar-benar menunaikan tanggung jawabnya sebagai pelindung, penyelamat ,penasihat dan rujukan jika berlaku pertelingkahan. Contoh terbaik adalah krisis yang berlaku di Perak di mana Sultan hadir dikala politik sedang bercelaru dan baginda sultan bersama rakyat telah membantu memulihkan kestabilan politik sesuai dengan tugas baginda sebagai simbol perpaduan semua rakyat.

Sebagai rakyat, setelah membaca 7 wasiat Raja-raja Melayu yang tidak ramai diketahui orang apatah lagi di dalam catatan-catatan yang dihebahkan, buku teks sekolah dan bahan bacaan umum menjadikan rakyat khususnya orang Melayu juga bertanggung jawab mempertahankan institusi ini sebagai benteng terakhir keselamatan orang Melayu dan Negara ini. Bacaan lain klik di sini

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, August 3, 2009

Penjarakan Sehari aje.....




Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara pada 1Ogos Sabtu lepas untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kehadiran mereka ke Kuala Lumpur telah membelakangkan arahan Kementerian Dalam Negeri melarang perhimpunan haram sama ada disebelah penyokong ISA dan Anti ISA. Bacaan selanjutnya. Pihak polis juga telah melahirkan rasa bimbang tentang keselamatan awam jika kedua-dua kumpulan ini bertempur. Klik di sini
Maka untuk meyalahkan KDN dan polis adalah satu kenyataan yang tidak wajar.

Kesediaan kerajaan untuk mengkaji ISA ini tidak didengari langsung oleh mereka malah mereka berkeras untuk memansuhkan ISA.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertanggungjawab terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pula dilaporkan berkata, ISA boleh dipinda secepat sesi parlimen yang akan datang. Tetapi pihak pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mendesak supaya akta ISA yang diwarisi dari zaman penjajah itu - yang digunakan untuk menahan penentang kerajaan serta suspek pengganas - dimansuhkan terus.
- Malaysiakini.

Kalau begitu tindakan kerajaan menahan lebih 60 daripada 589 orang yang ditahan dalam perhimpunan adalah satu tindakan yang wajar dan tepat. Tidak dapat dipastikan bahawa dalam 60 orang yang ditahan itu termasuk pelajar-pelajar universiti, kakitangan kerajaan atau pesara-pesara kakitangan awam. Jika ada golongan ini, andaikata dijatuhkan hukuman penjara sehari sahaja maka akan terlucutlah keistimewaan-keistimewaan sebagai kakitangan awam.

Jika seorang itu kakitangan kerajaan dalam perkhidmatan awam maka jawatan itu akan terlucut tanpa pencen dan bonus. Begitu juga dengan pesara kerajaan maka pencen yang dinikmati akan terlucut dengan sendirinya.

Saya juga menyeru dan mendesak Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengambil tindakan tegas kepada ramai pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi awam yang menyertai perhimpunan haram. Singkirkan mereka daripada universiti kerana mereka juga tetap terikat dengan undang-undang.

Sebagai sebuah negara demokrasi kita boleh memilih kerajaan mana yang disukai. Kita berhak untuk memprotes tetapi bukan melalui perhimpunan haram dan demontrasi. Tindakan ini akan menjatuhkan imej perkhidmatan awam sebagai perlaksana dasar. Kalau kita sudah putus akal untuk membuat pilihan maka pilihanraya itu adalah terjemahan kepada ketidakpuasan hati kita. Pangkah lah parti mana pilihan kalbu kerana undi adalah rahsia.

Saya pernah menulis tentang penjawat awam yang menikam kerajaan daripada belakang. Klik di sini. Semoga ketua-ketua pengarah yang membaca artikel ini dapat membuat pertimbangan dan tindakan yang sewajarnya. Malang bagi para perusuh di jalanan kerana bukan semua yang tahu tujuan dan objektif perhimpunan melainkan ketaksuban melampau kepada pemimpin. Klik di sini.

Malang juga bagi kakitangan awam, pesara dan pelajar universiti jika mereka juga kehilangan arah tujuan. Tidak dapat berfikir dengan waras sedangkan segala tuntutan mereka sebelum ini seperti Gred gaji, bonus tahunan, peluang kenaikan pangkat, dan sebagainya sebahagian besar sudah dipenuhi oleh kerajaan.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Anwar Sudah Menjadi 'Raja' Saman.


Kalau hendak mencari raja 'saman' di Malaysia, rasanya tidak susah dan tidak sesukar mana pun. Kata saja yang tidak berapa sedap di dengar kepada Anwar Ibrahim, pastinya anda akan disaman. Kononnya hendak memberi tahu kepada penyokong, pengikut dan rakyat keseluruhannya bahawa dakwaan terhadap dirinya itu adalah tidak benar dan bersedia untuk bertemu di mahkamah.

Kalau setakat Muhyiddin membuat kenyataan dan menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu pun hendak dibawa ke mahkamah, maka ramai orang tersenyum kerana sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta. Namun tiada satu pun yang telah selesai. klik

Saya juga tertunggu-tunggu jika Anwar berhasrat menyaman para blogger yang memanggilnya Sheikh Anwar Al-Juburi misalnya dan menuduhnya sebagai peliwat tegar. Malah kalau mahu diikutkan sepatutnya Anwar sudah menyaman Mat Sabu kerana beliaulah yang memberi nama Sheikh Anwar Al-Juburi itu sekitar pertengahan tahun 1990an sehingga menjadi popular dan menjadi ikutan orang lain hingga kala ini.



Paling tidak pun, saman beliau kepada Nallakarupan memang dinanti-nantikan kerana semua orang tahu hubungan rapat dan akrab mereka berdua. Saman Anwar kepada Nallakarupan berikutan pendedahan bahawa beliau menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation. klik Kalau benar saman Anwar kepada Nallakarupan tentu akan banyak cerita-cerita dalam kelambu yang terburai. Beranikah Anwar.

Tun Mahathir pun pernah disaman berikutan Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. klik

Anwar Ibrahim juga pernah memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Anifah Aman berhubung kenyataan Anifah yang mendakwa Anwar menawarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) jika setuju meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru. klik

Saintis politik Chandra Muzaffar pernah diancam akan disaman lebih RM20 juta oleh Anwar apabila bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan menjadi PKR) itu kononnya memfitnah dirinya berhubung laporan dalam dua akhbar berbahasa Inggeris pada 4 Mac 2008. klik

Selain daripada menyaman orang lain atas alasan fitnah dan menjaga maruah beliau pula pernah disaman oleh Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memfailkan saman malu terhadap Anwar Ibrahim berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 11tahun lepas. klik

Muhyiddin Yassin memperkatakan yang benar kerana sejak pemecatannya pada tahun 1998 hingga ke hari ini negara kita sentiasa saja bergolak walaupun ketika beliau dalam penjara. Apatah lagi selepas beliau dilepaskan oleh Pak Lah, tingkah laku beliau semakin menjolok mata dan menjadi-jadi. Orang Melayu yang sudah sedia berpecah diracik-racik lagi oleh Anwar. Kelemahan politik Melayu hari ini memang tidak dinafikan berpunca daripada perancangan Anwar sebagai mastermind kepada Pakatan Rakyat.

Sesiapa sahaja yang waras akan bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin kerana Muhyiddin sendiri pernah berada di dalam team wawasan bersama-sama dengan Anwar. Malah ketika Anwar ditangkap pada 1998, menteri kabinet pertama yang hadir ke rumah Anwar adalah Muhyiddin sendiri. Setelah Muhyiddin menjadi TPM, memang sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu supaya para penyokong dan pendokong Anwarisme dapat berfikir secara waras tentang kenyataan yang benar walaupun pahit untuk Muhyiddin luahkan.

Dalam perkembangan terbaru, Muhyiddin tidak akan memohon maaf kepada Anwar kerana apa yang dikatakan adalah benar. "Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu," Muhyiddin dipetik berkata. Baca selanjutnya.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, August 2, 2009

DEB : Mokhtar Al Bukhary Tidak Malu Mengaku.



Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh PM ke dua Allahyarham Tun Abd Razak berikutan berlakukannya rusuhan kaum 13 Mei 1969 sedikit sebanyak telah berjaya menyusun semula masyarakat dan mengurangkan masalah kemiskinan di kalangan orang Melayu. Dasar yang dirancang untuk menuju matlamat akhir ke arah perpaduan nasional itu banyak melahirkan golongan kelas menengah Melayu disamping melahirkan ramai tenaga profesional Melayu berbanding di zaman sebelum DEB.

Malangnya mutakhir ini banyak suara-suara sumbang yang mengatakan DEB ini gagal mencapai sasarannya sebanyak 30% menguasai kepentingan ekonomi negara seperti yang dirancang. Kata mereka orang Melayu masih ditakuk lama sedangkan kekayaan negara hanya dikaut oleh golongan-golongan berada dan kaya, ahli politik dan orang-orang berkepentingan. Benarkah begitu? Bagaimana pula dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) misalnya. Bidang pendidikan juga telah melonjakkan mobiliti sosial orang Melayu dengan membuka lebih banyak peluang kepada orang Melayu mendapat tempat di universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Salah DEB kah atau sikap orang Melayu itu yang menyebabkan pencapaian DEB itu tidak mencapai sasarannya. Tun Mahathir pernah berkata, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah dibuat dengan jayanya tetapi beliau masih gagal mengubah sikap orang Melayu walaupun menjadi PM selama 22 tahun.

Antara orang yang berjaya dan mengaku pula jasa DEB terhadap kejayaan peribadinya adalah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Beliau merupakan simbol anak Melayu yang berkebolehan di dalam bidang perniagaan (korporat) yang dapat memimpin beberapa konglomerat besar.

Bagi saya secara peribadi saya turut berasa bangga dan bersyukur dengan kejayaan tokoh ini yang patut kita contoh kerana beliau bermula dari bawah dan menapak sedikit demi sedikit untuk berjaya dan membina empayar kekayaannya. Beliau tanpa segan silunya telah
mengaku bahawa DEB lah yang banyak membantu
dan mencorakkan kejayaannya hari ini.



Mokhtar bukanlah mempunyai segulong ijazah hanya berkelulusan SPM tetapi mampu menjadi orang ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia Tenggara. Adakah itu yang dibanggakan olehnya? Bagi dirinya kekayaannya bukan miliknya secara mutlak tetapi biarlah limpahan kekayaan itu dirasai juga oleh masyarakat sekeliling. Kenalilah Mokhtar dengan lebih dekat dengan membaca di sini.



Berdasarkan sumbangan dan ketokohannya Mokhtar dianugerahkan
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tunaku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Sultan Mahmood, dalam sebuah upacara gilang gemilang di Putrajaya International Convention Centre.

Berbeza dengan saudara kita yang seorang ini. Bukan sahaja tidak menulis biodatanya bahawa Uitm sebagai institusi pendidikan yang pernah menabur jasa kepadanya malah tidak mengaku bahawa beliau tidak terhutang budi dengan DEB. 'Zaid Ibrahim jangan bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO' -Datuk Seri Rais Yatim. Beliau ini boleh dianggap seperti kacang lupakan kulit.



Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, August 1, 2009

Reformasi 1998 - 1 Ogos 2009. Masih Belum Selesai.



Tun Dr Mahathir ketika berucap di UKM hanya dihadiri 150 - 200 orang sahaja. Program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Serdang tidak berkemampuan untuk menarik ahli-ahli UMNO Bahagian Serdang sendiri malah pelajar-pelajar yang menjadi tuan rumah program tersebut. Adakah pelajar-pelajar UKM sendiri boikot negarawan seperti Tun Mahathir?

Berbanding dengan demontrasi di beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur seperti di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Pejabat PAS sambutan begitu menggalakkan. Sebahagian besar tetamu adalah golongan muda dan pelajar-pelajar universiti sendiri. Sebahagian pelajar-pelajar universiti ini lebih gemar mencurahkan perasaan mereka melalui saluran demontrasi berbanding dengan majlis-majlis percambahan ilmu, seminar, foram yang dianjurkan secara sah. Saya tidak berani menganggarkan jumlah sebenar hadirin dalam perhimpunan dan perarakan haram tersebut. klik

Apa salahnya mereka hadir untuk dua majlis yang berasingan iaitu 10.30 pagi di Bangi bersama Tun M dan 2.30 petang di Masjid Negara misalnya. Nampaknya tidak ada yang lebih menarik selain daripada berhimpun untuk menyerahkan memorendum ke Istana Negara berkaitan pemansuhan ISA. Adakah benar demontrasi 'aman' yang diwar-warkan itu adalah untuk menghantar memorendum? Baca dulu di sini.

Sepanjang saya bersiar-siar di Kuala Lumpur bersama seorang sahabat (pengusaha jam)semalam di Sogo, Pasar Seni, dan Masjid Jamek ,apa yang kami dapati adalah :

1. Majoriti yang menyertai perhimpunan dan perarakan songsang itu adalah Melayu iaitu yang sebangsa dengan ku dan sahabat ku itu. Kalau ada pun Cina dan Keling DAP beberapa kerat aje dan mereka hanyalah sebagai penonton, pemerhati dan jurugambar bukannya sebagai peserta. Jelas sekali 'kuda-kuda' yang mengamuk semalam adalah kuda-kuda PAS dan PKR yang 'dikudakan' oleh DAP.

2. Peserta demontrasi Melayu ini menggunakan kanak-kanak, orang perempuan serta orang tua (klik) yang datang dari seluruh negara termasuklah yang datang daripada negeriku sendiri. Tidak ketinggalan yang datang daripada kampungku yang ku kenal benarlah perangai mereka kat kampung. Tetapi di sini mereka adalah 'pejuang'dan 'hero' filem Tamil.

3. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar universiti yang terdiri daripada anak muda Melayu lelaki dan perempuan yang orang kampung anggap mereka ini pandai, cerdik dan bijaksana. Di sini, mereka turut sama menjerit dan melalak seperti orang lain. Sama seperti penganggur, peniaga, pesara dan lain-lain yang turut serta dalam perhimpunan itu. Pihak universiti gagal mengawal mereka atau di universiti sendiri sudah sarat dengan golongan pembangkang termasuk golongan pentadbir dan pengurusan universiti sendiri. Namun begitu bukan semua pihak pentadbiran dan pengurusan universiti memilih jalan songsang. Baca ulasan ini

4. Masjid Negara dan Masjid Jamek bukan dilihat sebagai tempat untuk tujuan perpaduan tetapi disalahgunakan untuk menghancurkan umat.

5. Mangsa sebenar demontrasi semalam adalah beratus-ratus peniaga-peniaga kecil di Lorong Tunku Abd Rahman, Jalan Masjid India dan peniaga-peniaga lain di tempat-tempat yang terlibat. Peniaga yang paling tidak berpuashati adalah peniaga di Lorong Tunku Abd. Rahman yang penjadi tempat 'persembunyian' perusuh-perusuh ini melarikan diri. Tidak hairanlah jika ada yang memaki hamun perusuh-perusuh ini yang menyekat periuk nasi mereka untuk mendapat rezeki sesuap nasi.

6. Kesesakan jalanraya pasti berlaku kerana jalan-jalan utama terpaksa ditutup.

7. Ada juga cadangan daripada blogger-blogger agar perhimpunan seperti ini digilir-gilirkan di tempat lain supaya ramai lagi boleh merasa 'kenikmatannya'.

DAP-buat di Komtar, Pulau Pinang atau Mid Valley Mega Mall atau Damansara/Bangsar

PKR-Buat di Shah Alam atau Bandar Tun Razak

PAS- Buat di Alor Star atau Kota Bharu

8. Percayalah, Jika Anwar Ibrahim menjadi PM, ISA ini tidak akan dimansuhkan malah lebih kejam lagi sifatnya cuma ditukarkan kepada nama lain yang lebih 'sejuk'.

Bagi mereka yang tidak sempat hadir bolehlah saksikan rakaman peristiwa tersebut di sini.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, July 31, 2009

Sah Melayu Berentap Melayu


Saya di Kuala Lumpur sejak Selasa lalu, Aktiviti di Kuala Lumpur berjalan seperti biasa. Hari ini (Jumaat) polis telah mengadakan sekatan jalanraya di beberapa jalan masuk ke bandaraya Kuala Lumpur sebagai langkah menghadapi rancangan pihak yang merancang untuk mengadakan demonstrasi anti dan pro ISA Sabtu ini. Tidak kelihatan sebarang tanda-tanda menghalang perhimpunan dilakukan kecuali kesesakan kenderaan di beberapa tempat. Walaupun Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein telah memberi amaran polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi untuk berarak ke Istana Negara esok ianya hanya tinggal arahan belaka. Kedua-dua pihak nampaknya ghairah untuk turun esok.

Sebelum kedua-dua team pro dan anti ISA ini turun dibeberapa lokasi esok adalah lebih molek jika baca dulu 2 artikel di bawah ini yang berkaitan dengan ISA.

klik dan klik.

Bagi golongan anti ISA atau mansuh ISA nampaknya bersungguh-sungguh untuk turun ke gelanggang esok. Mereka beranggapan setelah desakan mereka memansuhkan PPSMI berjaya maka mereka mencuba taktik yang sama untuk memansuhkan ISA pula. Melihat kepada kecenderungan kerajaan yang agak lembut buat masa ini, maka kumpulan pro ISA turut akan turun padang untuk sama-sama menghantar memorandum ke Istana Negara. Tujuannya adalah bagi membuktikan sebahagian rakyat masih memerlukan ISA atas tujuan keselamatan dan keamanan negara.

Kesungguhan kedua-dua pihak boleh dilihat melalui iklan-iklan di blog atau website kedua-dua penentang dan penyokong ISA. klik dan klik

Jadi atau tidak perhimpunan esok? Masih adakah penyokong dan penentang ISA hendak mendengar nasihat perdana menteri kita atau mereka akan mempersetankan sebarang nasihat daripada sesiapa pun. klik

Amir Hamzah
Kuala Lumpur
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com