Sunday, November 29, 2009

Nik Aziz : Makbulkah Lagi Doanya?



Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Ramai orang berkata, media selalu salah faham tentang apa yang dikatakan oleh Nik Aziz. Kadang kala Nik Aziz maksud lain tetapi difahami lain oleh media. Kalau benar Nik Aziz nak berdoa begitu, tidak mengapalah......nampak sangat Nik Aziz dalam keadaan terdesak kerana hal dunia pun sanggup sampai hendak mendoakan kemusnahan pemimpin dan negara.

Jikalau Nik Aziz mendoakan Najib dan UMNO itu hancur kerana tidak menegakkan hukum Allah atau undang-undang Hudud itu agak munasabahlah jugak kerana Najib dan UMNO engkar akan perintah Allah. Malangnya hanya hal berkenaan royalti minyak yang bukan boleh dibawa mati. Kalau ia pun kemaruk sangat nak kan royalti itu, bersabarlah sikit Tok Guru. Najib pun belum bagi keputusan.

Jikalau Najib tidak memberi royalti minyak itu dianggap tidak berniat baik dan begitulah sebaliknya. Adakah dengan memberi royalti minyak ini Najib dan UMNO itu menjadi 'baik' bagi Nik Aziz?

Nik Aziz dan kuncu-kuncunya pernah berdoa dan sembahyang hajat supaya Anwar Ibrahim dilepaskan dari hukuman. Sembahyang hajat diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu dan dihadiri lebih kurang 60 ribu.....itu ceritanya, tapi stadium itu kapasitinya hanya 25 ribu saja, tapi kalau termasuk padang bola mungkin lah juga.

Keesokan harinya, hakim Augustine Paul menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara (maksima)......... itulah "perkenan" yang diperolehi hasil dari perbuatan memohon supaya pesalah terlepas hukuman. (ccfu:Kelabchedet.com)

Tidak salah Nik Aziz hendak berdoa, mungkin doanya di dengari, makbul belum tentu. Janganlah kita risau dengan doa Nik Aziz yang seakan-akan mahu mengunggut Perdana Menteri untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan. Perdana Menteri buat lah keputusan mengikut peraturan dan prosedur. Kalau memang hak kerajaan negeri maka berilah kepada kerajaan negeri. Kalau rasanya mahu melalui Jabatan Persekutuan kerana kepentingan politik UMNO di Kelantan lakukan juga. Apapun keputusan Perdana Menteri bukanlah kerana ugutan doa Tok Guru kerana doa Tok Guru belum tentu makbulnya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

hornspeaker said...

tak serik2 orang tua ni...

ice.

rizuan mh said...

salam ziarah BPN,

smlm sempat jgk saya folow isu ni kat buletin..nk folow dr TV PAS loya sgt.

saya x rasa media yg salah tafsir.

tp saya percaya, TGNA sudah hilang keupayaan warasnya. Bahkan makin hari makin teruk.

Arif Omar said...

KEH KEH KEH, KALAU KELANTAN TAK CUKUP PADANG NAK SEMBAHYANGBHAJAT DI MELAKA BANYAK LAGI PADANG BOLA KALAU NAK.

Arif Omar said...

KEH KEH KEH, KALAU KELANTAN TAK CUKUP PADANG NAK SEMBAHYANGBHAJAT DI MELAKA BANYAK LAGI PADANG BOLA KALAU NAK.

Anonymous said...

SLM BRO..BIARLAH ORG TUA KUTOK X SEDAR DIRI NI KHAYAL DLM DUNIA DIA. LG PN DIA NI DH NYANYUK. KLU DIA BERDOA DGN NIAT NAK MENJAHANAMKAN ORG ISLAM LAIN HANYA AKAN TERBALIK KT DIRI DIA SENDIRI JEK NANTI

Oleh Ajey Suggeh. said...

Tahniah..kok iso nulis jawi...kuwea pandey..tahniah yooo. Aku agek temu blog tulisan jawi mu.Syukur Alhamdulillah. Sumugo doa nea kito kabeh dimakbolkea karo Allah Amin. Eh kuwea Wong Jowo ker..ngapuro. Maaf ya. Tahniah aju jumpa blog Kau melalui RONDO-Ayu waaaaa. Tahniah skali lagie.

cekodokmasin said...

سلام توان،
تيوري 1:
ن.اجيس تاهو بهاوا اسلام د هاتي ملايو اداله ڤڬاڠن هيدوڤ دان ماتي. اڤا٢ ساج يڠ بركنأن اسلام، اورڠ ملايو سڠڬوڤ برماتين-ماتين. مالڠڽ، ن.اجيس امبيل ڤلواڠ اين اونتوق مرايه سوكوڠن اهلي دان ڤڽوكوڠ ڤاس دان مناكوت-ناكوتكن اورڠ لاين تراوتماڽ ڤارا اهلي دان ڤڽوكوڠ امنو.
تيوري 2:
ن.اجيس ڤرلو سسواتو ايسو اونتوق منوتوڤ مالو دان عاءيب بركنأن سكندل بلق، تاجان حاج، مننتوڽ سرتا ڤرتلاڬهن دڠن تيمبالن ڤاس والاوڤون دينافيكنڽ. هارڤنڽ اڬر ڤڽوكوڠ دان اهلي ڤاس سرتا ڤڽوكوڠ دان اهلي امنو سيبوق ممڤرسوالكن دعاڽ ايت.لاما كلامأن، مريك اكن لوڤا ﴿ملايو موده لوڤا﴾.
تيوري 3:
ن.اجيس ڤرلو دويت يڠ باڽق اونتوق منوتوڤ لوبڠ-لوبڠ سرتا لوڠكڠ-لوڠكڠ يڠ دبوات اوليهڽ، انق-انقڽ، مننتو-مننتوڽ، انق-انق ديديقڽ دالم ڤاس سرتا اورڠ-اورڠ دسيكيليليڠڽ. المعلوم ساج، سڤرم سسڠ مننتي ديامبڠ ڤينتو رومهنايا، ڤجابتڽ، كريتاڽ مالهن موڠكين تاندسڽ... ﴿ميمڠ تق سنڠ نق ممروت اورڠ توا تو. مواههاها... والاو اڤا٢ ڤون... خاقققق... ڤتويهههه...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam honspeaker,
Orang tua ni gedebe bro....Tak selari dengan dia habis disanggahnya. Dulu kata Mahathir Mahafiraun....rupanya dia 'bapak Firaun' huhuhu

Salam rizuan mh,
Tuduhan Nik Aziz: media dan UMNO yang jahat. Itu pendapat 'standard' Nik Aziz. Apa saja silap langkahnya yang terdedah semua salah media dan UMNO.Pada hal UMNO bukan ambik kesah pun dengan dia. hehehe.
Mudah-mudahan Nik Aziz bukan sahaja sihat tetapi dapat menyimpan sedikit 'kerahsiaan ilmunya' yang tinggi itu, supaya tidak timbul fitnah ke kalangan masyarakat awam.

Salam bro Arif Omar,
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Stadium Hang Tuah hamba hamparkan.
huhuhuhu....

Salam Jeffry,
Dah banyak dah doa dan fitnah orang PAS berbalik ke batang tubuh sendiri.
Dunia balas atas dunia juga bro...Sejahat-jahat kita ni tak tergamak rasanya nak mendoakan orang lain jahanam. Nak susun ayat doa jahanam pun tak reti. huhuhu

Salam Oleh Ajey Suggeh.
Kabare apik....suka banget kue mampir di sini. Aku wong melayu. Orak ngiso ngomong jowo...Rondu-ayu, confirm wong jowo...hehehe
Aku udah mampir blog kue...blog DUN Semarang. Sesekali boleh ngeteh di BP. email aku: amirhamzah_daddy@yahoo.com.my. Aku Setiausaha PERKASA Johor. Nak jumpa kue...ngomong pasal PERKASA Johor.

سلام چكودوقماسين،

كاون ستوجو دڠن كتيڬ-تيڬ تيوري ساودارا ايت. كتيڬ-تيڬ تيوري ايت بياسا دڬوناكن اوليه مان-مان اهلي ڤوليتيك. نئ عزيز جوڬ تيدق تركچوالي كران سلاين علماء، دي جوڬ مرشدال عام ڤاس دان منتري بسر كلنتن.

سڤنجڠ بولن نوۏيمبر سهاج 2 كسالهن يڠ دلاكوكن سوده چوكوڤ ممبواتكن نئ عزيز كلام كابوت. هديه حاج دان ڤمچتن مننتو سديكيت سباڽق منچالركن ديريڽ جوڬ.

دعا اونتوق منجهنمكن امنو دان ڤردان منتري سبنرڽ تيدق بوليه ملاريكن ڤنداڠن اورڠ ترهادڤ دوا ايسو سبلومڽ تتاڤي منمبهكن راس ملوات اورڠ كڤداڽ. باڬي كاون، كاون تق ڤليق دڠن ڤراڠايڽ سبب كاون تاهو نئ عزيز ميمڠ سوك ممڤوڤولركن ديريڽ دڠن چارا بڬيتو.......

HALIM said...

salam uztaz....berita terkini...nik aziz menyuruh setiap ahli PAS sembahyang hajat untuk mendoakan bala terhadap PM Dato Najib...ini bermakna Nik Aziz takut untuk menanggung akibat sekiranya melakukan sembahyang hajat beramai-ramai....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Halim...

Sembahyang sunat tasbih lebih baik bro.....