Saturday, November 14, 2009
Nik Aziz : 'Hukum Agama' Membelit Lehernya!'
Dulu kepimpinan PAS menyatakan kalau sembahyang di masjid atau surau yang didirikan oleh kerajaan, maka pahala tidak terangkat ke langit (tidak diterima Allah)kerana masjid atau surau tersebut didirikan daripada sumber kewangan yang tidak menentu dari segi halal dan haramnya.
Maka pada waktu itu sekitar tahun 1980an banyaklah markaz-markaz PAS yang dikenali sebagai 'Balai Islam' dibangunkan. Ia dibangunkan hasil daripada derma ahli-ahli PAS dan juga kutipan sewaktu ceramah-ceramah umum diadakan.
Aktiviti di Balai Islam tersebut, selain daripada aktiviti parti ia juga dijadikan tempat solat berjemaah, biasanya Maghrib dan Isyak.Selain itu ia juga dijadikan tempat untuk solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha. Namun solat Jumaat dilakukan dalam kerahsiaan dan tidak diheboh-hebohkan. Lebih malang lagi, kesan daripada ajaran bahawa sembahyang di masjid atau surau yang didirikan oleh kerajaan, pahalanya tidak terangkat ke langit ada pemimpin,ahli dan penyokong PAS setempat sanggup mendirikan solat Jumaat di dalam kebun kelapa sawit daripada sembahyang di masjid yang didirikan kerajaan. Keadaan ini selalunya berlaku di Felda-Felda di mana peneroka-penerokanya yang tidak sedarkan diri dan tak tau diuntung....
Bagi menunaikan fardhu Jumaat, ada antara mereka sanggup menunaikannya di luar kariah atau kampung sendiri. Mereka pergi bersembahyang ke masjid-masjid yang imamnya adalah orang PAS atau sekurang-kurangnya imam yang 'berkecuali'. Sementara bagi sembahyang sunat Hari Raya mereka seperti biasa akan memenuhi Balai Islam atau markas mereka.
Waktu itu, umur saya baru di awal 20an...ianya sungguh mengelirukan saya. Dalam keadaan pemahaman dan pegangan para pendukung PAS terhadap isu berimamkan orang UMNO, tetapi masih banyak terdapat orang PAS yang bersembahyang berimamkan orang UMNO. Malah ia bukan hanya pengikut biasa PAS tetapi juga yang bergelar pemimpin baik kepimpinan di peringkat kawasan ataupun cawangan. Kalau begitu, bagaimana hukumnya bagi mereka yang bersembahyang berimamkan orang UMNO atau bersembahyang di masjid-masjid kerajaan.
Cerita ini mungkin jarang didengar oleh golongan muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan politik. Nik Aziz selaku MB Kelantan tidak pula membuat walau sebuah pun masjid di Kelantan sepanjang 19 tahun pemerintahannya. Sudah tentu masjid-masjid di Kelantan itu di bina oleh kerajaan BN sebelum itu. Jika hendak diikut hukum PAS tahun 1980an, bagaimana pulak hukumnya sembahyang Nik Aziz dan penyokong-penyokongnya. Nik Aziz jangan pandai-pandai nak menghukum Ibrahim Ali setelah Ibrahim tidak semesra dulu dengan PAS. Ibrahim Ali kalau sembahyang, sembahyangnya tidak sah. Kalau ambil duit elaun /gaji Ahli Parlimen Pasir Mas itu maka duit itu hukumnya haram. Jangan bermain dengan hukum Tok Guru nanti hukum itu membelit leher sendiri.
Hari ini Tok Guru bagai ditimpa bencana apabila Tok Guru diserang kiri dan kanan gara-gara sponsor pergi menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Bukankah teruk Tok Guru nak menjawabnya kerana ianya bukan fitnah. Dahulu Tok Guru adalah penentang numbor wahid berkenaan rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan nepotisme tetapi semua itu akhirnya diketahui menjadi amalan Tok Guru selama ini rupanya. Jangan bermain dengan hukum dan jangan mudah menghukum orang lain terutama musuh-musuh Tok Guru.
Amir Hamzah,
Jakarta, Indonesia
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
mereka hanya menghukum dan berfatwa berdasar mata hati sahaja.untuk mereka semuanya halal. semuanya sedekah. biarkahlah pelacur politik ini. Itulah balasan Allah kepada mereka. Macam TGNA, bukan baik pun. cuma Allah belum uji. sekarang diuji dengan haji. baru dia tahu.
nik aziz selalu mendoakan keburukan org lain.
buat hukum agama,dosa pahala ikut kepentingan diri.
hrp2 dia cpt sedar!!!
*DAP n PKR sedang menunggang nik aziz.
salam, berzina dgn china doll pun dikata sedekah...ini kan pulak duit!!!
orang laki ni lemah dua benda je "UIT" dan 'RIT"
Salam tuan,
Bukan sahaja masjid payah nak jumpa tapi keadaannya teruk sekali. Kebersihan, kekemasan malahan tandas pun haru biru. Terperuk kat hujung-hujung kampung dan pinggir bandar sahaja. Berbanding dengan Terengganu, sejak Wak Derih jadi MB, masjid tumbuh melata. Bukan itu sahaja, keceriaan dan kebersihannya pun terjamin. Ingat lagi Billboard Wak Derih seluruh Terengganu yang mengatakan Kerajaan BN Terengganu telah membina beribu masjid dan surau. Kerajaan kelantan senyap sunyi jer tak jawab. Ceramah-ceramah juga tapi tanggungjawab sebagai ketua negeri yang digelar Serambi Mekah kena tunaikan. Jangan dikata orang Serambi Jamban...
Apa pula tak buat mesjid nih.
Kat Kg. Balai di Bachok tu kan lebih tinggi dari pokok kelapa. Itu yang duduk di Kg. Berok kat Tumpat tu kalau bangun lebih tinggi lagi. Dah buat dah tu.
Lagi pun kat KL kutipan derma dari Kelantan paling banyak. Biarlah duit yang rakyat kutip tu diguna untuk buat Mesjid. Tetapi kubah dan menara tu buarlah tinggi sikit.
Amir,
Ini juga buat aku pening. Byk orang agama kata Wahabi itu sesat.
Tapi bila gi Mekah dan Madinah,
bukankah imam di sana tu aliran Wahabi.
Mereka kata, ahli sunnah byk amalan bida'ah(yang tak dibuat oleh Nabi).
Semoha Allah memberi petunjuk.
salam bro Amir..
Itulah bid'ah yang jelas dilakukan oleh Parti PAS..
Tiada riwayat yang menjelaskan bahawa berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. atau Khulafa' Ar-Rasyidin dan selepasnya, berlaku 2 solat Jumaat dalam satu qoryah (kampung) hanya semata-mata kerana parti.
Tiada satu riwayat di dalam sejarah Islam, mahupun pandangan seluruh ulamak Islam yang muktabar yang menghukumkan haram bersembahyang di masjid-masjid yang dibina oleh pemerintah, apatah lagi pemerintah itu adalah Islam.
Tambahan bro, suatu ketika dahulu saya pernah TERdengar satu ceramah PAS yang mengatakan Haram berkahwin dengan pasangan dari UMNO.
Kesimpulannya, seluruh umat Islam sama ada PAS, PKR dan UMNO mestilah menolak fahaman bid'ah PAS yang boleh menyesatkan serta mengelirukan umat Islam.
Wallahu a'lam...
Salam bro Arif Omar,
Ia benar bro...Senang dan susah, baik dan jahat, alim dan nakal semuanya ujian Allah. Jadi jangan takbur dan riak...sekali Allah uji, boleh hilang segala ilmu dan kehormatan. Allah tak sayang pada orang yang takbur, bongkak, riak dan tak bersyukur seperti Nik Aziz ni....
Salam rayz,
Ya benar, sebagai orang alim kita sewajarnya mendoakan kesejahteraan muslimin dan muslimat supaya sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Takut doa keburukan atas orang lain akan berbalik kepada diri kita. Dahulu Nik Aziz suka menelanjangkan orang lain, hari ini dia menelanjangkan diri sendiri. 'Rasuah Haji' adalah isu yang amat perit untuk ditelan oleh Nik Aziz.
Salam ddinbunga,
Tiga Ta
Wanita, Harta dan Tahta(kuasa)atau yang telah disebut oleh saudara sebagai DUIT dan BURIT. huhuhu
Salam cekodokmasin,
Kalau nak tengok Masjid yang ditadbirkan dengan baik dan diimarahkan setiap masa datang la ke Melaka. Masjidnya bersih dan wangi daripada mimbar sampai ke lubang jamban. Setiap waktu solat banyak jemaahnya. Paling penting Masjid tidak dipolitikkan malah Masjid tempat untuk mengikat tali persaudaraan bukan permusuhan. Paling seronok semakin banyak masjid di Melaka berhawa dingin....hihihi
Salam pakcik Che Leh Janggok,
Lain macam je komen Pokcik....hehehe. Pada Nik Aziz kerajaan Persekutuan yang bertanggung jawab membuat masjid sedangkan duit kerajaan negeri boleh digunakan untuk membina Markaz-markaz PAS disamping membina tokong-tokong bagi menjaga undi Siam-siam di Tumpat. Sayangnya duit yang bersih tanpa hasil judi dan arak digunakan untuk didirikan berhala.....huhuhu
Salam Mukhtar,
Kalau selama ini kita mengikut ahli sunnah waljamaah dan mengikut Imam Al-Syafei maka kita yakin dan istiqomahlah dengan pegangan kita. Jangan kita bertelagah dengan hal-hal titik bengek sehingga menimbulkan kecelaruan. Islam itu mudah , jangan disusah-susahkan.
Salam Selempang Merah,
Benar saudara, PAS adalah pemecah umat bukan penyatu umat. Sembahyang dua imam pun dicetuskan oleh PAS. Ini memang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu. Bukan kah itu memecahkan.
Di Johor, satu ketika dahulu ahli-ahli PAS ni macam antah beras. Dahulu di sini tanpa mengira parti hidup harmoni dalam masyarakat. Mereka dapat membezakan antara hidup berpolitik dengan hidup bermasyarakat. Tidak ada pulau memulau dari segi hal-hal nikah kahwin, kenduri kendara dan kematian. Hari ini, PAS semakin ramai dan hidup berpuak-puak apabila mereka percaya dengan dakyah dan fitnah yang dibawa oleh Ustaz-Ustaz PAS sesat dari Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Apakah yang dibawa oleh ustaz-ustaz sesat ini? kebaikan atau keburukan? Setelah mereka memecah-mecah dan meracik-racik masyarakat Islam di tempat mereka tanpa segan silu dan rasa bersalah mereka ingin memecah-mecahkan Islam di tempat orang pula. Perlukah kita hormat alim ulamak dan cerdik pandai agama ini? Penyatu atau pemecah kah mereka ini?
تموج والاعتزاز أنجزه نفسه. najisnya بالفعل قبل أعضاء تمر ب "اتخاذ المباركة"
SLM BRO..KLU PAK AJIS BACE ARTIKEL NI TENTU DIA BEPELUH SAMPAI KETIAK BASAH DEPAN KAMERA HUHUHU. MANE TAKNYE, DULU MASE GILER2 BIKIN FATWA X PNDANG KIRI KANAN..MAIN LARUNGG JEK IKUT SDAP KEPALE LUTUT.
NAH SKRG FATWA MERAPU DIA DH MKN DIRI..SEDAP X SEDAP DIA KENE MKN JUGAK!. HASIL KEPALE BEDENGUNG DIA JUGAK! KEHKEHKEH
Salam Pak cik KUNTONG,
Ayat Arab tu mengata siapa? hehehe
Salam Jeffry,
Ini yang dikatakan senjata makan tuan...hehehe
Salammm ceeek ....kawan dah lama tak berkunjung kat blok ceeek...terperanjat juga kawan tengok...macam cerita-cerita lagenda kawan ....kena sumpah dek sang kelebai....menjadi batu....he he he
Post a Comment