Thursday, November 12, 2009

Cepatnya Masa berlalu.........





Hari ini puteriku, Umi Nurain sudah pun berusia 20 hari. Setakat ini alhamdulillah...Nurain sihat. Sejak kewujudan Nurain, saya begitu cepat hendak balik ke rumah selepas habis waktu bekerja. Masa bersama kawan-kawan pun semakin kurang. Mungkin ada kawan-kawan yang terasa. Selepas kali terakhir, 18 tahun yang lalu.....saya terlalu teruja mendapat anak kecil yang sihat dan tidak banyak meragam. Sesekali ketika 'kembung perut' Nurain akan mengeluarkan juga suaranya yang nyaring dan memesingkan telinga. hehehe

Sesibuk mana pun bersama Nurain, saya masih ada masa menghadiri kelas Tajwid Al-Quran pada malam Khamis dan bermain badminton pada malam Rabu. Cuma 'mengeteh' atau minum kopi dengan kawan-kawan tidak sekerap dan serancak seperti kebiasaannya.

Esok abah hendak ke Tanah Seberang....Hari Ahad abah pulang. Nurain jangan nakal-nakal ye....jangan susahkan umie....Nanti abah beli mainan untuk Nurain.

3 hari di Jakarta membuatkan abah amat merindui Nurain dan ibu kepada Nurain.......huhuhu.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

7 comments:

mukhtar said...

Amir,

Comelnya anak ko.Sihat pulak tu.
Nama Nurain,nama yang baik. semoga jadi anak yang soleh.

Kau nak seberang naik feri ke?

selamat pergi dan selamat kembali.

Kang nasir said...

alhamdulillah.

smga jadi anak yg solehah,
yg berbakti utk ayah/ibu, bangsa, agama & negara.

Anonymous said...

SLM BRO...ALAHAI COMEYNYEE BABY!. SESUAY SGT NAMA TU. KONGRAT 2 U BROO. MUDAH2AN IKUT CONTOH BONDA DAN AYAHNDA DIA YG SOLEH DAN SOLEHAH. KIPIDAP BRO!..ADE MASE LEY TAMBAH ONE MORE HEHEHE

Arif Omar said...

tahniah. naik le haji sekali. tgna nak sponsor. itu bukan rasuah. sedekah. he he he

cekodokmasin said...

Salam tuan,
OK le.. warna kulit ikut ibunya... Hehehe

Selempang Merah said...

Salam bro..

Syukur alhamdulillah bila anak-anak sihat membesar dan masa berlalu begitu cepat..

Apabila kita melihat anak-anak semakin cepat membesar, rupa-rupanya itulah peringatan Allah kepada kita, bahawa semakin hari semakin bertambah umur kita.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam mukhtar,
Terima kasih tar...
Kalau ke Batam atau Tanjung Pinang aku naik Feri dari Kukup, Pontian atau dari Tanjong Belungkor.
Kalau ke Jakarta, Bandung atau Surabaya aku naik AirAsia -LCCT.hehehe

Salam KangNasir,
Mudah-mudahan begitu la kang.....

Salam Jeffry,
Terima kasih....ibunya mungkin solehah...bapaknya..entah....hahaha

Salam bro Arif Omar,
Hehehe....nak naik haji tak yah tunggu orang sponsor bro. Keja gomen pun boleh simpan duit. Patutnya Nik Aziz sponsorlah orang Kelantan yang kurang kemampuan seperti mana Kerajaan Johor setiap tahun hantar satu kapalterbang kakitangan kerajaan yang berjasa menunaikan Fardhu Haji. huhuhu....

Salam cekodokmasin,
Hehehe....kecik hati kawan!

Salam Selempang Merah,
Betul lah bro....satu ingatan untuk kawan. Baru 45 tahun huhuhu...ada 13 tahun lagi nak berkhidmat. hehehe