Thursday, November 5, 2009

Baru Setahun Di P. Pinang: Cina Nak Buang Jawi!



Bagaimana dan siapakah yang akan memartabatkan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi kalau bukan bangsa Melayu itu sendiri. Saya tidak rasa tertekan dengan penggunaan tulisan Bahasa Melayu atau tulisan jawi di premis-premis perniagaan kerana kebanyakan premis-premis ini adalah kepunyaan bukan Melayu. Namun di atas peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, peraturan-peraturan penulisan di papan iklan 'terpaksa' diikuti bukannya atas kesedaran pentingnya bahasa kebangsaan itu yang telah termaktub di dalam perlembagaan tetapi kerana 'peraturan' yang telah ditetapkan.

Sebab itu, kalau mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan penggunaan Tulisan Jawi secara meluas maka peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha, pengilang-pengilang dan korporat-korporat Melayu/Islam yang berupaya memartabatkannya semula bukannya mengharapkan kepada bangsa lain kerana mereka mempunyai tulisan mereka sendiri dan sifat mereka yang perkauman. Jangan mimpilah mereka akan melakukan secara 'sukarela' dengan menjadikan tulisan rumi Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi itu 'lebih besar' daripada tulisan bahasa ibunda mereka.

Ketika kerajaan yang dikuasai oleh orang-orang Melayu dengan kakitangan kerajaannya adalah Melayu mereka masih lagi dengan angkuh mempertikaikan penggunaan papan tanda menggunakan tulisan jawi, bagaimanakah agaknya jika bangsa Cina ini sama ada daripada DAP, Gerakan atau MCA menguasai politik negara ini? Saya yakin, perkara-perkara yang dapat kita lakukan pada hari ini sudah tidak semudah itu berlaku pada masa akan datang.

Contohnya dapat saya paparkan dalam blog MINDA INTELEK MELAYU yang mempertikaikan sesetengah pihak tentang penggunaan tulisan Jawi di pintu luar sekolah Penang Free Pulau Pinang. Sekolah adalah antara premis kerajaan dan ianya tidak wajar dipolitikkan. Adakah kerana Pulau Pinang itu majoriti penduduknya adalah orang Cina maka Tulisan Jawi tidak sepatutnya berada di situ? Bagaimana agaknya dengan tulisan-tulisan jawi di bangunan-bangunan kerajaan yang lain di Pulau Pinang? Papan tanda jalan, nama jalan dan lain-lain yang dahulunya menggunakan tulisan jawi sudah ditukar ke tulisan Cina? Lupakah mereka bahawa Pulau Pinang itu masih berada di dalam Malaysia?

Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu. Cina ada tulisannya, India pun ada tulisannya. Tulisan Melayu ialah Jawi.Di negara Brunei, tulisan jawi dimartabatkan. Begitu juga di India dan Iran ada sistem tulisan jawi mereka sendiri.Di negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tulisan Jawi hidup subur. Di Johor sebahagian besar masyarakat Melayu/ Islam boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik kerana anak-anak mereka didedahkan dengan tulisan jawi di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Tulisan Jawi sangat akrab dengan perkembangan Islam. Orang yang membaca al-Quran menjadi asas untuk membaca tulisan jawi. Maka orang yang tidak pandai membaca al-Quran agak susah membaca tulisan jawi.Al Quran berbahasa Arab tetapi mempunyai baris. Jawi kita berbahasa Melayu tetapi tidak berbaris. Menghina tulisan jawi menghina orang Melayu dan Agama Islam.

Maka tidak hairan nanti di Pulau Pinang, bangunan-bangunan kerajaan akan mempunyai 4 tulisan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina ,Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Mungkin atas semangat 1Malaysia. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan kerana di bangunan kerajaan sewajrnya Bahasa Melayu sama ada tulisan rumi atau tulisan jawi sahaja yang boleh digunakan.

Saya tidak mahu mengulas berkenaan dengan pendedahan daripada blog MINDA INTELEK MELAYU (http://novandri.blogspot.com/2009/11/nizar-perhatian-pemimpin-melayu-tulisan.html)tetapi saudara-saudara boleh fikirkan sendiri tentang kelicikan mereka untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura ke 2 dalam Malaysia. Perlu diingat kembali bagaimana Singapura telah membuat berbagai-bagai hal sehingga memeningkan kepala PM pada masa itu sehingga akhirnya Tunku dengan rela hati melepaskan Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Apakah taktik yang sama dilakukan ke atas bekas negeri selat ini untuk keluar daripada Malaysia satu hari nanti?

Ini baru didedahkan dengan pertikaian mereka terhadap Tulisan Jawi. Bagaimana agaknya jika mereka memerintah negara ini dan apakah nasibnya kepada ekonomi orang Melayu, Pendidikan orang Melayu, Agama Islam, Hak-hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga segala keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu pada hari ini. Saya yakin mereka tidak akan berlaku adil sebagaimana orang Melayu berlaku adil kepada mereka pada hari ini sesuai dengan prinsip yang telah terkandung di dalam perlembagaan negara.

Tujuan saya hanyalah memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu yang begitu ghairah dengan slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' dalam pakatan rakyat dan slogan '1Malaysia' dalam Barisan Nasional. Kedua-dua slogan ini datang daripada 2 pemimpin Melayu yang berebut-rebut untuk meraih sokongan daripada undi Cina dan India. Dalam masa yang sama, slogan 'perpaduan' ini hanya disambut oleh orang Melayu sahaja sedangkan dipihak bukan Melayu mereka terus menerus menuntut hak sama rata dan 'adil' sehingga lari daripada semangat yang telah tertulis dalam perlembagaan tentang kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan kedudukan Agama Islam tanpa menafikan hak-hak kaum lain.

Bagi pemimpin-pemimpin Melayu yang bersengketa kerana berebut kuasa, ketepikan kepentingan peribadi masing-masing khususnya Anwar Ibrahim. Rakyat selalu diseru supaya bersatu tetapi perpecahan pemimpin-pemimpin Melayu ini lebih merbahaya kerana kealpaan dan kelalaian mereka akan menyebabkan kerugian besar kepada bangsa dan agama.

Baca juga di sini : Tulisan Jawi Mahu Di Buang

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

15 comments:

C L J said...

Ini kena tanya Pak Samad Said ni. Dia dok sokong sangat PKR dengan Pas tu. Suruhlah dia bagi tahu sekutu tu. Kawallah sikit Guan Eng dengan DAP komunis tu supaya mereka ikut memperkasakan bahasa Melayu dan jawi. Tolonglah Pak Samad .

KUNTONG said...

Semoga Allah mengubah minda fikiran-fikiran pemimpin yang menjadi" Jaguh Perpecahan Melayu dan Islam" yang sedang mabuk kuasa.Kerana kuasa mereka ini sanggup melihat perpaduan Melayu hancur berderai.Juga kepada mereka yang pernah berkata bahawa orang yang bersekongkol dengan kafir adalah murtad, tetapi sekarang merekalah yang berpelukkan dengan kepala pemimpin kafir dengan tujuan membinasakan bangsa Melayu yang berjuang atas nama bangsa, agama Islam.Inilah pemimpin yang dikatakan "buat tak serupa bikin".Mereka inilah yang patut disalahkan sekiranya Malaysia menjadi seperti singapura.

King-Fx said...

Takde hal nak hapuskan JAWI, mari kita hapuskan sama tulisan Cina dan Tamil di papan2 tanda dan media. Tulisan itu bukan tulisan bahasa kebangsaan dan berasal dari China dan India.

Arif Omar said...

inilah akibatnya jika sultan tidak ada. mereka akan bersultan dihati dan beraja di mata. negeri yang ada DYmm Raja-Raja ini puak ini tunduk sikit. itu yang PG cukup marah kalau apa pihak melayu bodoh yang cuba menghina dan cuba menimbulkan kebencian kepada institusi ini.

Unknown said...

apa nak mereka nak buang jawi,mereka mendapat restu dari pas parti islam????
unperfectstone53

Selempang Merah said...

Salam bro..

Sejarah bakal berulang kembali jika kita parti Melayu asyik berbalah. Hayatilah sejarah kejatuhan Kerajaan Negeri2 Melayu, Kerajaan Othmaniyyah, Kerajaan Sadam Hussien dll. Jika tidak kita bakal dijajah kembali oleh bangsa asing, peristiwa berdarah 13 MEI 1969 bakal berulang, P.Pinang bakal mengikut jejak langkah Singapura (mungkin itulah tujuan Lee Kwan Yu menziarahi mereka ari tu..). Cukuplah tanah dan ekonomi Melayu telah dijajah bangsa pendatang.
Orang Melayu tidak akan bangkit bersatu selagi tiada isu panas seperti berlakunya 13 Mei.. Yang pelik, bangsa pendatang tu tak sedar2 macam nak merasa pedang, parang, keris, tombak bangsa Melayu. Selempang Merah sentiasa bersiap sedia jika peristiwa berulang kembali..
Wallahu a'lam.

Anonymous said...

SLM BRO..HMM TERINGAT PLAK 13 MEI BILA SI APEK2 BESAR BWK PENYAPU ROUND 1 BANDAR. MUNGKIN DIORANG BUAT TINDAKAN SUSULN LA NI!.

KLU PERKARA MCM NI PUN DIORANG DH SEMAKIN BERANI NK TUNJUK KERAS KEPALA, JGN SAMPAI LUKA LAMA BERULANG LAGI..NAHASSS DIORANG NANTI!!

Anonymous said...

salam ujung minggu abg amir... pekaba agaknye?? lama tk jengah blog marah teja ye??

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Pakcik Che Leh Jangok,
hehehe....Pak Samad dan Tok Hassan hanya berdemo untuk mansuhkan PPSMI je. Jangan buat kerja separuh jalan je Pak Samad. Kalau boleh, berdemolah lagi untuk martabatkan Bahasa Melayu dan Jawi pulak.

Salam pakcik KUNTONG,
Benar kata pakcik tu.'Siapa jaguh perpecahan Melayu dan Islam' tu pakcik? Sekarang Najib sedang promosi wajib untuk wakil rakyat menjadi 'Jaguh Rakyat'

Salam King-Fx,
Negara Malaysia ni adalah syurga bagi kaum pendatang. Selain menerima mereka sebagai warganegara malah mereka masih ada sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda mereka. SRJK(C) dan (T) tidak ada di Australia, England hatta Amerika sekalipun walaupun Amerika itu dilihat kononnya sebagai 'bapak demokrasi. Masalahnya 'mangkuk hayun' ni tak sedor diri.

Salam bro Arif Omar,
Betul, betul, betul... Apabila negeri tak ada Sultan, dia pulak berlagak macam Sultan. Sebab tu Anwar dan PAS nak buang Sultan supaya kuasa sultan beralih kat tangan dia. huhuhu

Salam airman,
Orang PAS harap je pakai Jubah dan serban tapi kadang-kadang ada diantara mereka tak tau tulis Jawi dan baca Jawi....sekali gus tak pandai mengaji. huhuhuhu. Sebab tu dia tak berapa sensitif.

Salam Selempang Merah,
Sesekali baca komen sdr terasa ngeri juga.Belajarlah daripada sejarah....sejarah akan berulang jika alpa dan lalai....Benar kata sdr, Melayu akan bersatu jika kepentingan mereka benar-benar tergugat.....Adakah Melayu sekarang dalam keadaan selesa? Sebab itu mereka berpecah?

Salam Jeffry,
Kalau berlaku rusuhan kaum sekali lagi, Askar Melayu kasi sapu bersih. Etnic cleansing.....hehehe

Salam Teja,
Salam 1Malaysia Teja.....macam tak serasi je slogan ni. hehehe
Ada kat sini.....Insyallah nanti saya 'mampir'lah ke sana

mukhtar said...

Amir,
Aku tabik kerana Johor adalah satu-satu kerajaan negeri yang mewajibkan anak-anak ke sekolah agama.Malah gaji guru sekolah agama setanding dengan gaji guru persekutuan.Graduate gaji graduate.
Sebab itu semasa di maktab dulu anak Johor tidak bermasalah dengan tulisan jawi termasuk ko.Aku rasa keadaannya masih sama.
Bagi aku yang merantau ke Perak,anak-anak disini tidak diwajibkab ke sekolah agama. Kebanyakan sekolah agama uzur.
Ramai anak-anak generasi baru disini buta jawi dan buta Al-Quran.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,

Masa kita sekolah agama dahulu, sekolahnya menumpang di sekolah kebangsaan. Sekarang ini sekolah agama Johor sudah ada bangunan sendiri. Tak ada lagi berebut-rebut dengan sekolah kebangsaan. Masa kita dahulu darjah 3 sekolah kebangsaan baru darjah 1 sekolah agama. Sekarang kalau tahun 1 sekolah kebangsaan maka tahun 1 sekolah agama. Sebab itu pelajar tingkatan 1 sempat habis sampai kelas khas. Kalau dulu tingkatan 3 baru darjah khas. Dah tua....
Aku masih lagi menulis jawi di dairy harian, kadang-kadang dalam persediaan mengajar pun. Kalau aku buat catatan pun masih dalam tulisan jawi. Pak Matlob, pengiat jawi sekampung dengan aku. Sekarang dia uzur sedikit dan tak selincah dulu. Ajar anak ko tulisan jawi dan baca Al-Quran. masukkan ke kelas walaupun berbayar. Kalau kita tak ada, tinggalkan anak yang soleh yang boleh mendoakan kita setelah kita tiada nanti.

redbox said...

salam semua...
sepengetahuan saya...tulisan jawi kat papan tanda jalan kat penang memang dah dimansuhkan. sy gi pulau pinang.sy tgk sendiri papan tanda jalan tu..mmg dah tak dek!!!

pencinta kebenaran
-orang johor jati-

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

SALAM agas,

Orang Tanjung Agas ke?
emm....dah kata dah....lepas ni banyak lagi yang nak kena buang. Tak pe....sekarang ada isu hangat kes tipu Lim Guan Eng....tungguuuuuu

mukhtar said...

Amir,

Alhamdulillah, anak aku semuanya selewat-lewatnya umur 10 tahun dah khatam Quran. Anak aku sebelah pagi, sekolah biasa. Petang, sekolah agama(diPerak dipanggil sekolah Fardhu Ain).Tapi sekolah agama diPerak tiada pihak yg memantau tidak spt di Johor. Masing-masing guna kaedah dan sukatan pelajaran tersendiri.Mereka tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi spt diJohor. memadai kenal hukum, boleh solat, baca Quran dll.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,

Baguslah tu...alhamdulillah. Di mana-mana ada peluang mencari ilmu. Insyallah bila anak-anak ko nak menambah ilmu nanti pandailah dia mencari. Yang penting perkara asas Fekah dan kalimah tauhid sudah tertanam. Paling utama adalah AKHLAK yang baik.