Monday, March 22, 2010

Undang-Undang Lompat Parti Tidak Perlu.


Sebagai rakyat, saya melihat isu lompat parti bukan isu besar pada negara. Di Malaysia melompat dari satu parti ke satu parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang. Mungkin dari segi moral ianya tidak begitu manis kerana mungkin ada yang beranggapan ianya adalah satu tindakan menipu pengundi di kawasan yang diwakili.

Melompat parti adalah berbeza dengan keluar parti. Apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin PKR adalah tindakan keluar parti kecuali Fairus yang keluar parti PKR masuk parti UMNO. Namun Fairus bukan wakil rakyat baik wakil rakyat DUN atau Parlimen. Kemasukan Fairus ke dalam UMNO tidak memberi kesan langsung kepada Pakatan Pembangkang maupun UMNO.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas Nibong Tebal Tan Tee Beng, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dan Mohsin Fazli Samsuri (Bagan Serai) bukannya melompat parti tetapi keluar parti dan kemudiannya menjadi ahli parlimen bebas.Tindakan mereka ini tidak memberi impak besar kepada BN tetapi mengurangkan jumlah kerusi Pakatan Pembangkang di Parlimen.

Contoh impak besar akibat keluar parti ini pernah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Fong yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas serta sokong BN hingga menyebabkan BN kembali berkuasa di Perak.

Kita jangan lupa, mahaguru 'lompat parti' ialah ketua pembangkang sendiri. Anwar Ibrahim seperti yang diketahui umum pernah merancang untuk mempengaruhi ahli-ahli parlimen BN keluar parti dan menyokong Pakatan Pembangkang dalam satu undi tidak percaya yang kononnya akan dilakukan di Parlimen pada 16 September 2008. Seperti yang didedahkan oleh Zahrain di parlimen baru-baru ini, Anwar dikatakan sanggup 'menjual' nama DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dalam Pelan 16 September untuk menawan Putrajaya menerusi pintu belakang. Akhirnya Zahrain dan kawan-kawannya tertipu. Apa lagi yang hendak ditunggu jika semua pelan hanya palsu sedangkan BN semakin hari semakin dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Mungkin ramai yang terasa di tipu kerana perancangan Anwar terutama yang membabitkan penglibatan Yang Di Pertuan Agong serta Panglima Angkatan Tentera hanya dibincangkan di kalangan mereka yang rapat dengan Anwar termasuk kumpulan Erdogan dalam PAS. Bagaimana dengan Ahli Parlimen DAP, AP biasa PKR dan PAS tentunya berasa malu kerana begitu mudah diperkotak-katikkan dan diperbodohkan oleh raksaksa yang mempunyai pelbagai wajah. Nak mengaku malu tentulah bertambah malu dan cara terbaik ialah 'buat-buat bodoh' aje lah.

Apabila DAP tiba-tiba buat kenyataan sedia bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menggubal undang-undang anti-lompat parti, kita merasa pelik bercampur hairan. Mengapa DAP yang tiap-tiap hari balun BN mahu pula bekerjasama dalam menggubal undang-undang lompat parti.Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, DAP bersedia menyokong BN jika mereka mahu membentangkan undang-undang itu dan memberi jaminan bahawa 28 Anggota Parlimen parti itu akan memberi sokongan.

Saya berpendapat, buat masa ini, BN boleh pekakkan telinga dan buat tidak reti berkenaan dengan gesaan itu. BN tidak perlu jadi bodoh untuk mengikut telunjuk mereka yang semakin tersepit. Banyak lagi undang-undang yang perlu digubal. Mungkin undang-undang lompat parti yang cuba diketengahkan oleh DAP ini adalah bertujuan untuk mengawal AP mereka yang sukar dikawal berbanding AP PAS yang sudah melakukan Baiah atau akujanji agar tidak mengkhianati parti.

Kerisauan DAP ini bukannya melibatkan AP mereka di parlimen tetapi kemungkinan ada DUN DAP dan PKR yang akan keluar parti di Selangor. Inilah yang merisaukan DAP kerana Selangor adalah lubok emas dan sumber kewangan pakatan pembangkang. Kejatuhan Selangor ke tangan BN berkemungkinan akan mentalkinkan terus pakatan rapuh PKR-PAS dan DAP.

Kesimpulannya penggubalan 'Undang-Undang Lompat Parti' tidak perlu buat masa ini dan saya sangat seronok melihat aktiviti keluar masuk parti ini di kalangan ahli-ahli politik yang rasa tertipu, marah,dan pelbagai alasan lain dan sesuai sangatlah Anwar Ibrahim diberi gelaran 'Mahaguru Pintu Belakang'.

Amir Hamzah
Batu Pahat

7 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan rumah,
Dah makin kurang "ahli", baru nak cadang undang2 lompat parti. Asal kurang "ahli", itu saja yang dimainkan sejak dari kes PBS kat Sabah dulu. Tapi bila cukup atau terlebih "ahli", tak dengar pula apatah lagi nak cadangkan...
Balik jaga lembu la dey...

Arif Omar said...

betul tu cekodok masin
dulu tak berkokok pun bab lompat melompat ini. kena batang hidung snediri baru le terasa sakitjya. tidak mereka bukan main gah ke taiwan ajak MP BN lompat parti.

padan muka dia orang

Selempang Merah said...

salam bro Amir..

skrg musim kemarau..
so, katak pn main lompat-lompat cari air..

dlm politik Malaysia.., YB-YB dah terikut2 sang katak.. huhu... kalau melompat tu, cpt2 masuk umno/BN/bebas.. supaya Pakatan Pembangkang cepat bungkus mcm hantu bungkus..

walau apapun, saya sokong bro agar kerajaan BN menolak cadangan undang-undang lompat parti tu.. biarlah rakyat menentukan dlm PRU13nnti..

wALLAHu a'lam..

amieiezam said...

sebab takde katak yang sio nak lompat masuk dalam DAPig lah maka mereka mahukan akta lompat party dijalankan. hehehhe...

tapi teman rasa calon terbaik utk lompat ke DAP ialah saifuddin nasution...dia kan raja lompat

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,
hahaha.....tu la nasib Pakatan Pembangkang sekarang Tahun 2008 dan tahun 2009 adalah tahun kegemilangan mereka. Tahun 2010 tak kan tahun mereka lagi. UMNO sudah dapat sedikit demi sedikit momentumnya semula.Bila lembu-lembu mereka dah tak nak makan rumput lagi....mulalah mereka 'menyalak' gubal undang2 lompat.....hehehe jaga lembu la dey...

Salam bro Arif Omar,
Bukan setakat batang hidung...batang pelio mereka pun dah terasa sengalnya.huhuhu

Salam Selempang Merah,
Dah busuk dan hanyir buat apa dok tunggu lagi.....Sehari dua boleh la tahan . kalau dah bertahun dah berbau bangkai......cabut la bro...
Bila dah ramai cabut....baru percaya pada undang2....hehehe

Salam amieiezam,
Teman rase MCA dan Gerakan pun tak kesio nak melompat sama party ngan benggali tu.Bukan ke DAPig tu parti anak beranak.....

zedmagel said...

Salam Bro,

Tuan bukan tak tahu BN tu suka dengar geletek orang. Orang suruh buat tu, dia buat lah. Lepas tu hampeh.....

Lompat parti tu bagus, kita boleh keluar dari parti apabila melihat parti tu dah nazak atau kita dah kena tipu oleh penasihat parti berkenaan.

BN jangan ikut cakap pembangkang pula suruh buat satu Akta pasal lompat parti.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel,
Kawan setuju.....jangan dengo temberang benggali tu. Dia tengah tersepit......