Sunday, March 14, 2010

Apa Yang Cina Takut Dengan Melayu.


Semalam saya ke Kuala Lumpur menghantar cek dan borang keahlian PERKASA Johor ke Pejabat PERKASA Pusat di Tingkat 8, Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Kelihatan Pejabat PERKASA Pusat begitu sibuk dengan persiapan menjelang Mesyuarat Agung PERKASA kali 1, di Dewan Tun Razak 1, PWTC pada 27.03.2010 akan datang.

Setiap kali ke Kuala Lumpur saya pastinya akan bermalam kerana bukan mudah hendak memandu dalam cuaca panas terik. Seperti biasa Hotel KL International, Kg.Baru akan menjadi pilihan kerana di situ ramai berhimpun sahabat-sahabat lama baik sahabat semasa belajar di maktab atau di universiti dahulu. Ada juga berjumpa dengan kawan-kawan sekampung yang sekarang sudah bermastautin di Kuala Lumpur.

Apabila bertemu, selalunya isu politik lah yang akan menjadi topik utama. Topik inilah yang akan membuatkan kami lupa tilam dan bantal empuk di bilik hotel malah perbualan boleh mencecah jam 3-4 pagi.

Tidak banyak yang boleh ditulis mengenai perbualan kami yang diselang seli antara serius, omong kosong, gelak ketawa dan usik mengusik tetapi ada sesuatu yang menarik untuk saya tulis apabila kami tak semena-mena terpancul ayat 'apa yang orang Cina takut dengan orang Melayu'. Nampak macam racist tetapi jika difikirkan ada logiknya juga.

Apa yang Cina takut dengan Melayu? Tanya seorang sahabat kepada 6 orang sahabat lain disekelilingnya. Semuanya memberi jawapan tetapi satu pun tidak memuaskan hatinya. Setelah hampir 15 minit, sahabat saya memberi jawapan yang membuatkan semuanya tersenyum sumbing apabila sahabat saya itu mengatakan bahawa Cina akan takut kepada Melayu apabila Melayu mula menolak 'duit' dan 'burit'.


Jika pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang rata-rata orang Melayu terutama di bahagian penguatkuasaan seperti Polis, Kastam dan Imigrisyen sudah tidak mahu lagi 'duit' dan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.

Jika kakitangan kerajaan di Pejabat Tanah atau di Majlis-Majlis Perbandaran sudah tidak mahu menerima 'duit' dan 'burit' sebagai ganjaran tetapi mereka ini akan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak lagi boleh disogok dengan 'duit' dan 'burit' hingga menggadaikan maruah bangsa dan agama. Tindakan sebahagian daripada mereka yang menyebabkan orang Melayu tidak banyak berubah dari segi pencapaian ekonominya. Dalam masa yang sama Melayu lebih rela projek-projek besar diberikan kepada taukeh-taukeh cina ini untuk mendapat 'duit' segera.

Mereka juga tidak boleh lagi 'membeli' pemimpin-pemimpin Melayu yang berkuasa dan tidak boleh juga 'membeli' pengarah-pengarah yang berkuasa kerana mereka ini sudah mula 'berubah dan insaf'.

Itu sahaja yang dapat saya catatkan untuk kita fikir-fikirkan tentang kebenaran kata-kata sahabat saya ini.

Amir Hamzah
Hotel KL Internasional,KL

16 comments:

KUNTONG said...

MEMANG TEPAT APA YANG DIKATAKAN OLEH TEMAN SAUDARA TU. MUDAH2AN SEMUANYA AKAN BERUBAH. BALIK KE PANGKAL JALAN.
MUDAH2AN HIDUP KITA AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT. AMIN.

Local Fighter said...

Sudah menjadi fitrah orang melayu suka 'dihiburkan'...

jika anak muda dihiburkan dengan artis..

orang tua suka dihiburkan dengan duit dan burit!! hehehe

Selempang Merah said...

salam bro Amir..
saya nk tambah sikit bro..

Selagi org kita tidak bertaubat dan takut kpd Allah s.w.t., selagi itulah isu ini tidak akan selesai.

So, bagaimanakah usaha yg paling berkesan agar umat Melayu Islam kembali kepangkal jalan?

Bilakah mereka akan insaf? wALLAHu a'lam, mungkin perlaksanaan undang-undang manusia kini tidak memberi kesan agar seluruh umat manusia menjadi insaf. Jika pemerintah negara kita berusaha memartabatkan lagi Undang-Undang Mahkamah Syariah, insya'ALLAH kesemua kemungkaran dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, kebanyakan umat Islam hari ini hanya tinggal nama sahaja. Oleh itu, jika umat Islam kembali berpegang teguh kepada ajaran nabi Muhammad s.a.w., insya'ALLAH kita mampu menjauhi gejala-gejala tersebut tersebut.

wALLAHu a'lam.

amieiezam said...

hhehehhe ajer benor kata kawan miker tuh...

yop, kalau teman dalam geng miker sembang pun teman takder jawapn yang boleh melegakan hati..

hmmmmm

zedmagel said...

Salam Tuan Tulis,

Satu soalan provokasi yang bermuslihat dari tuan. Ada beberapa perkara lain yang selai duit dan burit. Antaranya jika orang Melayu lebih kuat ekonomi dan imannya.

Saya pernah melihat Melayu yang kukuh ekonominya memiliki ister-isteri dari kalangan berbagai kaum. Tapi tu berkaitan burit dan duit juga. Selain perpaduan Melayu yang kukuh dan benar-benar jitu dan padu.

Arif Omar said...

yes. benar adanya. tepat sekali.

Geng Samudera said...

Salam,
Agak menarik gak komen Zedmagel..heheheee...lain mcm jerk bunyi..hihihi..mmg kena faham betul2 nihh...hehee

Anyway,semua nih pada kita sendiri yang tentukan...tak gitu?..

Geng Samudera said...

Salam,

Bro,Perkasa tak ada Facebook ke?

Boleh tarik pemuda-pemudi Melayu yang cintakan agama dan bangsa.

Sekadar memberi pendapat.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Pakcik Kuntong,
Ye...balik ke pangkal jalan setelah sesat di hujung jalan.

Salam Local Fighter,
Duit dan burit tak mengenal usia bro...

Salam Selempang Merah,
Saya setuju, umat Islam memang tidak mengikut ajaran Islam sebenar. Orang bukan Islam dan Yahudi yang mengikut apa yang tertulis dalam Al-Quran....sebab itu mereka maju dan meninggalkan jauh umat Islam.

Salam amieiezam,
Kawan teman tu mmg suka cakap yang pelik-pelik... Jangan kata mike..teman pun tak terpikio...

Salam Hj Zedmagel...
Pak Haji pun kalau diuji dengan duit dan burit pun belum tentu dapat menolak agaknya. hehehe

Salam bro Arif Omar....
Kawan kita kat atas ni belum pernah teruji....maklumlah berkawan dgn orang baik2...

Salam Geng Samudera...
Betul...diri sendiri mau ingat. Sejauh mana jati diri dan kekuatan dalaman kita....Kalau separuh tiang...hanyut la jawabnya.

Perkasa belum ada facebook. Blog segalanya mungkin sudah ada. Sila pergi bahagian atas blog sebelah kiri. Perkasa Johor juga sudah ada blog sendiri. Bahagian atas sebelah kiri atas sekali. Klik aje....

mukhtar said...

Amir,

Betul kata kau tu?

Dalam bab duit dan burit ni, kita juga tidak boleh percaya kepada kawan maupun adik beradik.

Kau jumpa kawan-kawan lama tu..kawan semasa kat maktab ke?
Baru-baru ni nazir sekolah Putrajaya datang pantau ke sekolah aku. Yang bestnya ketuanya Ozlan kawan kat maktab dulu...Faham-fahamlah kalau kawan datang..takkan nak pekena kawan.

mukhtar said...

Amir,

Orang Melayu yang gila burit tu amal ilmu apa sampai boleh tahan sampai 2 jam.

Tak ingat bini ke......

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Aku ingat Ozlan....budak kelas PMG..budak Penang. hehehe.....makan duit elaun dan loging dah cukup bayar keta dan umah.....berjalan je koje dema tu....huhuhu

Aku ingat kita ni pun lum tentu tar....sebab belum teruji. Rasanya kalau aku letakkan satu perempuan gebu dalam satu bilik muka macam era fazira, agak-agak mampu tak ko menolaknya......kahkahkah....

zedmagel said...

Salam Sahabatku Geng Samudera,

Terima kasih atas pujian yang nampaknya ikhlas dari tuan buat tulisan kecil saya itu. Pendapat saudara memang ada benarnya, semuanya bergantung kepada kita. Jika saya diberikan peluang pun, saya tidak mampu untuk menolak kedua-duanya sekali. He..he...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel,
Belum ada di depan mata pun dah mengalah apatah lagi kalau dah terbentang di depan mata.....

Ingat bro....walaupun tak bersih tapi biarlah kelihatan bersih...huhuhu...itu pun tak mampu...hehehe

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Itu baru saya jolok saja. Ada yang dah berprasangka.Apa lagi yang species tuan, cepat sangat menerka. He..he...jika didepan mata belum tau cerita.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel,
Kalau dah kantol tu jangan la nak berdolak dalik lg.

Telajak perahu boleh diundur
Telajak kata buruk padahnya....hehehe