Wednesday, March 31, 2010

Bukan Tradisi Tetapi Strategi.


Kekecohan pemilihan calon dalam sesuatu pilihanraya sama ada PRK atau PRU,bukanlah tradisi BN. Ketika BN berada dipuncak masalah pemilihan calon atas nama 'perkongsian kuasa' jarang berlaku perselisihan. Namun keadaan landskap politik Malaysia telah berubah. BN telah kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. Undi UMNO merosot, MCA menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang ditandinginya sementara MIC menang 3 kerusi daripada 9 kerusi yang diperuntukkan.

UMNO sahajakah yang perlu berubah? Bagaimana MCA dan MIC yang menjadi pendokong penting Perikatan dan sekarang BN dalam membentuk sebuah kerajaan yang mantap. Pemilihan MCA yang berakhir baru-baru ini adakah mencerminkan perubahan di dalam MCA? Presiden MIC yang telah menjadi presiden di bawah 4 perdana menteri masih lagi dijulang oleh perwakilan MIC. Adakah MIC sudah berubah? Bagi UMNO yang menjadi tunjang BN sudah mengorbankan seorang Presiden dan Perdana Menteri serta diganti dengan Presiden dan Timbalan Presiden yang baru. UMNO telah berubah dari segi pucuk pimpinan jika pucuk pimpinan terdahulu di tolak oleh rakyat. Jelasnya UMNO sahaja yang berubah tetapi parti-parti komponen kekal ditakuk lama.

Bagi menentukan calon BN dalam PRK P94 - HULU SELANGOR adakah kita masih berpegang kepada 'tradisi' atau menggunakan 'strategi' bagi memenangi pilihanraya kecil ini. Secara tradisinya kerusi ini adalah kerusi yang diperuntukkan kepada MIC tetapi jika kita melihat kepada keputusan PRU ke 12 adakah penting lagi perkataan tradisi ini diguna pakai. Mana yang lebih penting bagi BN, tradisi kah atau menang kah? Berikut adalah keputusan PRU ke 12 lalu bagi P 94- Hulu Selangor dan 3 DUN di dalamnya iaitu N5 Hulu Bernam,N6 Kuala Kubu Baru dan N7 Batang Kali.

KEPUTUSAN PRU 12, PARLIMENT P.94-SELANGOR
P94 - HULU SELANGOR (63,593)
Melayu: 53.9% Cina: 26.7% India: 19.0% Lain-lain: 0.4%

Datuk G. Palanivel Govindasamy (BN-MIC) 22,979
Zainal Abidin Ahmad (PKR) 23,177
Majoriti: 198
Jumlah Undi: 47622
Undi Rosak: 1,466
% mengundi: 74.89

N5 HULU BERNAM

Jumlah pengundi:17,549 (M=67.7%; C=17.2%; I=14.8%; Lain2=0.3%
BN=Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (7,985 undi)
PAS=Sukor Ali (4,436 undi)
Majoriti: 3,549 [2004=6,551 undi]
Jumlah undi: 12,739
Peratus mengundi: 72.59%
Undi rosak: 318

N6 KUALA KUBU BARU

Jumlah Pengundi: 18,212
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%
1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)
Majoriti: 448 [2004=7,456 undi]
Jumlah undi: 13,211
Peratus mengundi: 72.54%
Undi rosak: 549

N7 BATANG KALI

Jumlah Pengundi: 27,832
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%
1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)
Majoriti: 2,179 [2004=8,828 undi]
Jumlah undi: 21,673
Peratus mengundi: 77.87%
Undi rosak: 404

Berdasarkan keputusan ini, berbanding dengan PRU ke 11 tahun 2004, Undi BN menurun dengan teruk dan ianya bukan berlaku di Hulu Selangor sahaja tetapi di seluruh negara. Undi Melayu menjadi penentu bagi kawasan Hulu Selangor dan seperti mana analisis pelbagai pihak undi bukan melayu sebahagian besarnya telah beralih arah kepada Pakatan Pembangkang dengan dibantu oleh sebahagian pengundi-pengundi Melayu daripada PAS dan PKR.

Istimewanya di Hulu Selangor ini, kerusi parlimennya tewas tetapi 3 DUNnya dimenangi oleh calon BN dengan majoriti yang jauh merosot jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004. Sekali lagi undi Melayu adalah penentu sehingga calon MCA menang di N6 Kuala Kubu Baru dengan bantuan pengundi MCA dan MIC. Mengapa pula Parlimen Hulu Selangor, PKR menang walaupun majoriti tipis hanya 198 undi sahaja? Orang Melayu lazimnya tidak mempunyai masalah untuk mengundi calon-calon parti komponen dan ianya telah terbukti sejak 11 pilihanraya umum yang lalu walaupun kawasan tersebut adalah kawasan majoriti Melayu.

Sembang-sembang kedai kopi mengatakan masalah utama calon MIC tewas di Hulu Selangor adalah masalah calon MIC itu sendiri yang dikaitkan sebagai orang kesayangan Presiden MIC. Presiden MIC telah ditolak oleh orang India tetapi dimenangkan oleh perwakilan MIC. Apa makna presiden menang di dalam parti tetapi calonnya kalah dalam pilihanraya. Pendek kata orang India akan menolak MIC selagi Presiden parti yang ada sekarang masih kekal.

Hari ini, presiden MIC masih orang yang sama. Adakah pengundi India yang mengundi pada pilihanraya ke 12 lalu masih mahu mengundi MIC kerana isu tuntutan mereka supaya presiden mengundur diri belum dipenuhi. Letak lah calon MIC, yang baik atau yang buruk, undi India tidak akan 'pulang' kepada MIC dan BN selagi Mr. Presiden masih orang yang bernama Samy.

Kalau begitu, kerana kedegilan Samy maka Hulu Selangor perlu diserahkan kepada UMNO jika mahu menang dalam PRK kali ini. UMNO sendiri memandang PRU ke 13 lebih penting daripada PRK. UMNO boleh membiarkan calon MIC bertanding dan jika kalah akan menjadi tuntutan UMNO bagi kerusi ini dalam PRU ke 13. Bagi UMNO setiap kali Pilihanraya adalah penting samada PRU atau PRK kerana setiap kemenangan menunjukkan prestasi dan mandat rakyat yang baru. Barang diingat penentuan calon dalam pilihanraya adalah hak perdana menteri bukannya hak presiden MIC.

Mengkalau UMNO diberi peluang, sudah tentu ianya satu cabaran besar bagi UMNO. Pemilihan calon mestilah tepat sesuai dengan calon yang menjadi 'nadi rakyat'. Seluruh kekuatan parti dan orang Melayu akan turun membantu mempastikan kemenangan di Hulu Selangor. Ini lah masanya orang Melayu Selangor yang menyesal memberi undi kepada Pakatan pembangkang akan 'membalas dendam' ke atas Parti Kencing Rakyat yang pada hari ini hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya. Bagi mencapai kemenangan, tradisi bukan lagi faktur utama tetapi strategi untuk mencapai kemenangan lebih utama.

Tahniah UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Amir Hamzah
Batu Pahat

10 comments:

Geng Samudera said...

Abg Samy nih tak reti-reti nak turun takhta....cukup2 lah...kasilah muka baru nak bertanding...
Bagi la peluang pulak org lain 'merasa'...heheheee

airman_1 said...

salam,
saya tak nak komen banyak2. faham2 saja la.. 1malaysia

Arif Omar said...

JIKA MIC CALUNNYA, TALKIN UNTUK BN

mukhtar said...

Amir,

Ape ke bodoh orang Melayu nak pangkah Hindu.Kalau dema menang, dema bina kuil di serata tempat.
Kalau pangkah Melayu setidak-tidaknya calon tu bina surau/sekolah agama.
Jatuh berdosa pula jika pangkah Hindu.

mukhtar said...

Mahu tak mahu, kalau nak menang calon BN ialah UMNO. Kalau bubuh MIC pasti bungkus

puluq said...

weh...mesti boh calon amno...klu boh calon em i c...bungkus...
denyut nadi pengundi diutamakan....keputusan mesti baguih punya.... adakah chairman b en berani bagi sit tu kat calon amno??? atau dilepaskan kat mydeen buat keputusan??? sama2 kita tgk nanti!!!

mukhtar said...

Sah! calon MIC yang akan bertanding dan pasti akan bungkus.

UMNO Hulu Langat tikus kot...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,
Dia pun dah kaya....kubur dia pun dibuat daripada emas....hehehe

Salam airman 1,
yer....No Komen...kena dengo cakap PM 1 Malaysia...Kalau tak nak dengor cakap PM mana lagi. hehehe

Salam bro Arif Omar,
MIC dah jadi calon pun.....Dah boleh beli kapur barus dan stanggi ke bro? hehehe

Salam Mukhtar,
Najib duduk tempat tinggi, dia nampak semua....kita duduk padang yang rata....nampak depan mata kita jer......hehehe

Salam puluq,
hehehe....PM dah buat keputusan. Adakah memilih calon MIC menandakan Najib takut kepada undi India atau Najib nak menjaga hubungan baik parti komponan? Hubungan baik ini la yang membolehkan UMNO terus menjadi tulang belakang kerajaan hingga kini...

Salam Mukhtar,
Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor tak boleh berbuat apa pun.....dah Presiden parti beri amaran jangan bincang lagi pasal calon....

Selempang Merah said...

salam bro..

Mungkin dgn mencalonkan MIC adalah muslihat PM nk sedarkan mereka, kot.. adakah mereka masih mmpu menjuarai rakyat sbgmana UMNO hehe.. Kalau MIC kalah, lps ni jgn mengharapkan kerusi yg byk dlm kabinet. Begitu jg MCA..

Ataupun PM nk buat analisis keupayaan 1 Malaysia nya berjaya atau kurang berjaya. Jika menang, BN mmpu menjuarai PRU13 dan merampas kembali negeri yg dijajah oleh pembangkang..

wALLAHu a'lam..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Kalau saudara katakan sebagai muslihat tetapi saya melihat sebagai cabaran kesetiaan orang India kepada MIC yang menjadi sebahagian daripada keluarga BN.

Dalam kes Hulu Selangor jika berlaku kepada penolakan kepada MIC bukan kerana BN tetapi kerana Samy Bulu.