Wednesday, March 24, 2010

Inilah Perangai PKR.


1. Minggu lepas Zahrain dedahkan perancangan Anwar dalam pelan 16 September yang gagal membawa Anwar ke Putrajaya. Zahrain juga dedahkan nama-nama mereka samada secara langsung atau tidak langsung mendapat jemputan untuk menjayakan kerajaan 16 September.Kesemua nama yang didedahkan oleh Zahrain mengakui kecuali Ghafur Salleh.

2. Hari ini 24 Mac 2010, tiba giliran Zulkifli Nordin membuat pengakuan terbuka bagaimana kotor dan hinanya pembangkang yang mahukan dirinya membuat akuan bersumpah kaitkan PM dan isterinya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya. Setelah Najib hampir lunyai dimamah fitnah barulah datang kebenaran yang bukan dibuat oleh pihak kerajaan tetapi daripada kalangan pemimpin PKR yang telah belot di dalam parlimen.

3. Selepas ini siapa pula pemimpin PKR yang akan membuat pendedahan sensasi lagi?

4. Saya lebih suka membuat andaian mudah, andaikata Pakatan Pembangkang memenangi Pilihanraya ke 12 lalu sudah tentu Zahrain dan Zulkifli hari ini menjadi menteri atau pun seandainya kerajaan 16 September menjadi kenyataan dimanakah kedudukan Zahrain dan Zulkifli?

5. Pendek kata Zahrain dan Zulkifli hari ini menjadi menteri di dalam kabinet Anwar. Agak-agaknya timbul atau tidak pendedahan dan serangan ke atas Anwar? Tentu sekali tidak kerana masing-masing sudah berada di bilik nyaman dan berkerusi empuk. Kekayaan pemimpin-pemimpin BN sudah beralih ke tangan mereka.

6. Di manakah letaknya taraf pemikiran Zahrain dan Zulkifli jika dibandingkan dengan pakcik dan makcik di kampung yang menjadi petani, nelayan dan penternak tetapi setia pada kerajaan walaupun diasak dengan fitnah dan mehnah Anwar Ibrahim. Mereka tetap tidak percaya kepada Anwar kerana bagi mereka mengubah kerajaan bukan boleh dibuat sesuka hati. Rata-rata pakcik dan makcik di kampung walaupun tidak pandai melayari internet dan media baru tetapi mereka masih menggunakan otak dan boleh berfikir secara waras.

7. Zahrain dan Zulkifli cukup lama ditipu dan dipedaya Anwar dan dalam masa yang sama, pakcik dan makcik di kampung langsung tidak yakin dengan kepimpinan Anwar.Nyata pakcik dan makcik di kampung berjaya membuat tafsiran dan keputusan yang betul berbanding Zahrain dan Zulkifli yang tersilap langkah. Hairan juga orang sebijak Zahrain dan Zulkifli yang sengaja membuta kan mata dan memekakkan telinga puluhan tahun lamanya.

8. Inilah perangai orang PKR yang tidak setia kepada pemimpin malah sanggup dan tergamak menghina dan menelanjangi pemimpin yang mereka puja dan sanjung selama ini. Apakah masih ada jaminan kesetiaan ini kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain. Hari ini mungkin tidak, esok lusa siapa tahu Saifuddin Nasution Ismail Ahli Parlimen Machang pulak yang keluar PKR?

Amir Hamzah
Batu Pahat

8 comments:

amieiezam said...

salam bro,

hehehe saifuddin tak mustahil lompat tapi ke PAS balik la kot..."lebih drpd katak puru!!!" tapi mungkin dia pun nak buat kejutan lompat ke DAP!!! heheheheh

kesetian mereka telah teruji..dan ternyata mereka gagal untuk setia!

layakkah mereka memimpin didalam UMNO? atau umah muslim...sorry to say...dah gagal dah!

Local Fighter said...

PKR berasal dari mana? Kalau bukan daripada orang - orang yang kecewa..

Zahrain, Zulkifli, Ezam atau siapa sahaja yang sudah keluar daripada PKR adalah insan yang dua kali kecewa!

Sanggup mengigit tuan dia sendiri!

Cuba kita lihat di BN pula, Isa Samad pernah dipulau, Mahathir pernah di pecat, Tan Sri Mat Taib disisihkan, Zulhasnan Rafique tidak dilantik tetapi kesetiaan mereka kepada UMNO dan BN tidak boleh dipertikaikan (Anwar terkeluar daripada senarai ini sebab dia tu malaun)!

Begitu jauh standard pemimpin produk UMNO dan produk sampah UMNO iaitu PKR!!

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Benarkah kata orang-orang dahulu kala 'dah ngantuk baru tergadah'...

Mmmg bagus dedahkan pekong PKR kepada rakyat... tetapi naper baru sekarang... sebelum nie sibuk membuncitkan perut masing-masing ker... Hmm....Kesian betul dia org nie...

cekodokmasin said...

Salam tuan rumah Mokhtar:
Kena lihat sejarah penubuhan parti2 pembangkang di Malaysia ini. Bila golongan agma kecewa kalah dala pertandingan UMNO, pakat lari keluar tubuh PAS, bila kecewa dalam MIC, pakat tubuh PPP dan IPF, bila kecewa dalam MCA, tubuh Gerakan. Bila terpisah malaysia dengan Singapura, tubuh pula DAP, Bila tewas dengan 40 undi, bawa ke mahkamah kemudian tubuh S46. Bila kena tendang UMNO sebab perangai malaun, tubuh ler mata lebam.
Pooorraaaaaaah... Balik tidur lagi baik

zedmagel said...

Salam Saudara Tukang Tulis,

Pendedahan dari mereka berdua tidak memeranjatkan saya, saya dah masak feel mentor mereka tua, kalau creat story macam real boleh berlaku. Saya dah selalu di kelentongnya semasa mendengar ceramahnya. Lama kelamaan saya dah tak percaya lagi pada cakap kosong dan pembohongannya.

Tapi Zahrin dan Zulkifli baru kenal si badigol tu, tu yang percaya bagi nak mampus. Dah kena menyesal dan buka tembelang semua. Akan banyak lagi yang jadi MP bebas, apa lagi yang dah sedor diri mereka kena tipu hidup-hidup...

Selempang Merah said...
This comment has been removed by the author.
Selempang Merah said...

Salam bro Amir..

Biasalah bro.. kalau dh nama PKR= "Parti Kelentong Rakyat" memanglh dr dulu mcm tu.. sbb itulh pengikut2 tegar mereka ramai dr golongan muda yg mudah lupa sejarah dan kurang jati diri serta mudah dihasut dan dibakar semangat oleh janji2 manis pemimpin mereka ibarat "menanam tebu di tepi bibir".

Walaupun saya dr golongan muda, namun saya memang minat subjek sejarah sejak sekolah dahulu dan sehingga kini masih merasai jati diri tersebut hasil dr penghayatan subjek sejarah.

Berkenaan YB2 yang tdk setia dgn Pakatan Rakyat, memang sudah dijangka dr awal lg dan tidak akan kekal lama. Apa yg penting, mereka tidak ikhlas dlm perjuangan parti..tetapi, perjuangan mereka adalah perjuangan perut mereka..
:-)

Jika mereka kembali kepada UMNO, perangai mereka tetap sama ibarat "gunting dlm lipatan" kerana perjuangan mereka tdk jujur dan ikhlas.

So, pemimpin UMNO mesti berhati-hati dgn "talam dua muka" tersebut agar UMNO suatu hari nnti tdk di tikam dr belakang sebagaimana yg dilakukan oleh Anuwar Munafiq n the geng nya..

wALLAHu a'lam..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam amieizam,
Saifuddin Natution AP Machang hari ini dilayan baik oleh Anwar. Apakah janji Anwar kepada Saifuddin agaknya yer? Tentu lebih hebat daripada Zahrain dan Zulkifli.Sebab janji bulan dan bintang la Saifuddin masih ada di situ....Kalau tidak dia pun dah lama sekapal dengan Zahrain dan Zulkifli

Salam Local Fighter,
Saya sokong LF....sebab itu motto UMNO Bersetia Berkhidmat. Setiap kali kecewa akan keluar parti dan beralih arah....tak leh percaya orang2 seperti Ezam, Zahrain atau Zulkifli ni...tak setia dan pengkhianat!

Pena Agenoz BERBISIK.
Saya pun tertanya-tanya kenapa baru sekarang? Dah putus duit atau dah putus haid? hehehe.....orang Melayu tau dah tapi kalau bekas pemimpin PKR yang dedahkan kan baru ada sedikit ummp tetapi tak mengugat sedikit pun terhadap Anwar Berahim.

Salam cekodokmasin,
Bagus ulasan saudara. Mereka semua adalah orang yang kecewa. Hampeh....sampah terbuang. Sama macam Ku Li . Rais Yatim, Sabri Chik dll.....nasib baik ada org pungut. kalu tak main telo la kat umah.

Salam Hj Zedmagel,
Baru sado atau dah lama sado tapi takut hilang sesuatu jika 16 September jadi kenyataan. Apa hal pun mereka memang rancang kalau 16 September tak jadi mereka akan keluo PKR. Macam mana kalau jadi? mampus mrk tak bocor macam sekarang. Lancau la Ezam, Zahrain dan Zulkifli..talam 14 muka.

Salam Selempang Merah,
saya setuju, perjuangan mereka adalah perjuangan perut. Bila perut dah kosong cari tauke baru...Saya tak leh ingat bagaimana mereka memuji Anwar melambung semasa PRU ke 12. Bila tak dapat sesuatu.....setelah dilambung dilepaskan Anwar berderai di atas lantai. huhuhu
kalau kawan jangan terima mereka termasuklah Ezam, mamat 20 kotak sampai sekarang sekotak pun tarak...