Sunday, February 28, 2010
Siapakah Yang 'Bajingan' dan 'Balaci' ?
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kontroversi, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu.
Kepada siapakah gelaran 'banjingan' serta 'balaci' yang hendak ditujukan oleh Zulkifli Nordin ini? Sudah tentunya ia ditujukan kepada orang yang menyokong percubaan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini. Soal boleh atau tidak boleh atau patut atau tidak patut bukan isunya. Isunya ialah menyokong percubaan LGE itu bersifat politik kerana sudah ada 'perjanjian syaitan' dalam pakatan pembangkang bahawa perlu saling sokong menyokong walaupun ianya melibatkan soal agama.
Saya teringat, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.
“Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Maulud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud” Kata Tuan Guru.
Tentu orang boleh berfikir bahawa Nik Aziz tidak upaya mengumpul orang bagi sambutan maulud tetapi boleh pula untuk menghimpun orang sembahyang hajat untuk memohon pertolongan Allah melepaskan seorang manusia daripada tuduhan liwat yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.
Tidak menjadi kesalahan kepada Nik Aziz untuk meminta orang mengaminkan doanya supaya pemimpin Islam yang menjadi musuhnya pecah perut. Semua ini boleh dan tidak berdosa bagi Nik Aziz. Perkara-perkara ini mungkin lebih baik dan lebih penting daripada sambutan mengingati kelahiran nabi Muhamad s.a.w.
Suasana Islam yang bagaimana mahu diwujudkan oleh Nik Aziz jikalau sambutan maulud nabi pun dianggap tidak baik. Nik Aziz menyokong pembatalan perarakan maulud nabi itu adalah kerana sokongan politik kepada rakan baiknya di Pulau Pinang. Apa salahnya perarakan itu kerana ianya bukan berlaku di Kelantan tetapi di Pulau Pinang dalam suasana aman.
Nik Aziz pura-pura tidak sedar bahawa cadangan pembatalan perarakan itu adalah percubaan LGE untuk melihat tindak balas orang Islam di atas tindakannya itu. Jika tidak ada bantahan, langkah LGE seterusnya ialah memastikan supaya azan di Pulau Pinang tidak perlu menggunakan pembesar suara dengan alasan menganggu suasana kedamaian penduduk-penduduk sekitarnya. LGE mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura dengan tidak membenarkan azan menggunakan pembesar suara.
Seorang lagi pemimpin PAS, Mahfuz Omar pula berkata,"Bagi saya berarak maulud tak salah tak berarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa".
Mengapa mahu kaitkan perarakan dengan rasuah? Apakah semua yang berarak itu makan duit rasuah? Kenapa pula sebelum ini Mahfuz tidak berbunyi apa pun tentang sambutan dan perarakan maulidur rasul kecuali selepas LGE ingin membatalkan perarakan di Pulau Pinang?
kalau begitu, ramai juga orang yang berserban dan berjanggut buat kerja maksiat seperti membeli nombor ekor, berjudi, merogol dan sebagainya. Kalau begitu semua orang berserban dan berjanggut itu tidak boleh dipercayai.
Bersihkah PAS daripada rasuah? Bersihkan pemimpin-pemimpin PAS daripada penyalahgunaan kuasa?
Yang makan rasuah tu pegawai-pegawai kerajaan pangkat tinggi yang ada kuasa. Apa kena mengena dengan orang yang hendak sambut maulud nabi?
Selagi tidak bertentangan dengan aqidah tidak menjadi suatu kesalahan untuk menyambutnya.
Tetapi pandangan Nik Aziz dan Mahfuz dibidas oleh seorang ulama dari Kelantan juga yang menyifatkan beliau sudah "menyimpang ". Menurut Pengasas Pondok Genting , Tok Guru Hj Lah , maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dan membaca kisah-kisah mengenai nabi .
Selain itu ,beliau juga berkata memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.
Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.
"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).
"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang,"
Mungkin kerana menyokong LGE berkenaan isu perarakan itu, maka agaknya Zulkifli Nordin menghamburkan gelaran 'Bajingan dan balaci' kepada orang-orang yang mengeluarkan kenyataan politik sebelum ini. Agaknya memang kata-kata itu ditujukan kepada Nik Aziz dan Mahfuz yang beriya-iya menyokong LGE. Bukan saya yang kata, tetapi sahabat Nik Aziz dan Mahfuz dalam Pakatan Pembangkang.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
mereka pas bajingan
Sambutan Mauludur Rasul adalah sesuatu yang baik. Kita berselawat atas nabi. Kita memang digalakkan berselawat atas nabi, agar mendapat syufaat Nabi semasa meniti Siratulmustakim.
Cuba kerajaan negeri Johor haramkan Tarian Naga. tentu bersilat LGE
Salam tuan.
Mengapa pula perlu marah-marah apabila tak diberi peluang untuk flagoff LTdL? Mengapa pula menghentam orang lain yang ingin berarak sambil berselawat ke atas nabi? Adakah ini petanda sudah hampir akhir zaman dimana agama dipermain-mainkan oleh ulama itu sendiri???
salam bro Amir..
Inilah bukti jika DAP berkuasa sebagai pemerintah di bumi Malaysia yang agama rasminya Islam. Itu belum jadi Perdana Menteri Malaysia Pertama drp parti DAP.
Selain itu, ini juga sebagai peringatan kepada orang Islam di seluruh Malaysia bahawa lain kali jangan pangkah DAP yang sejak awal penubuhannya lagi memang jelas anti Islam. Kalau tak percaya, tanyalah Karpal Sing.
Ingatlah.. Jika kita sokong Pakatan Rakyat semata-mata PAS dan PKR bernaung di bawah Pakatan Rakyat, bermakna kita juga sokong DAP ANti Islam. Fikir-fikirkanlah...
wALLAHu a'lam.
Salam bro Arif Omar,
Harap-harap mereka berubah. Jangan la nampak buruk sangat.
salam mukhtar,
Benda yang baik apa salahnya. Maulud nabi pun nak dipolitikkan. Percayalah Tar....itu langkah untuk melihat setakat mana orang Melayu masih sensitif terhadap hal-hal agama. Pada hal matlamatnya bukan perarakan maulud nabi tetapi ada yang lebih besar ingin dilakukan oleh LGE. Hati-hati dengan segala pergerakan Yahudi Cina ini.
Salam cekodokmasin,
Ulama PAS menggunakan agama sebagai modal politik mereka. Bangkrap sungguh politik mereka....
Salam selempang merah,
Memang benar apa yang dikatakan oleh saudara. DAP anti Melayu dan Islam. Mereka juga anti Raja-Raja Melayu. Awas, jangan bagi mereka berkuasa hatta berkongsi kuasa dengan parti Melayu yang lain pun amat merbahaya. Hati-hati dengan muslihat mereka.
Salam Bro Amir,
Mereka ada 15 kerusi, mereka sudah memiliki 7 tempat terbaik di kabinet. Kita mudah sangat beralah, akan membawa padah.
Bukakah kata YB Zulkifli mereka ini firaun kecil
Post a Comment