Sunday, February 14, 2010

Debat DPMMPP Dengan Lim Guan Eng. Bila?



Pemimpin Pakatan Pembangkang Pulau Pinang dalam satu forum 'antifitnah' di Tapak Expo Seberang Jaya telah mencabar UMNO berdebat berhubung tuduhan bahawa kerajaan negeri meminggirkan masyarakat Melayu. Forum tersebut dibuat ekoran dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang menuduh kerajaan Pakatan pimpinan DAP cenderung menghukum peniaga kecil Melayu berbanding orang Cina. Tuduhan dibuat oleh DPMMPP maka sewajarnya DPMMPP lah yang sepatutnya diajak berdebat dan membuktikan tuduhan tersebut.

Cabaran terhadap UMNO itu sebaliknya disahut oleh DPMMPP apabila Yang Dipertuanya, Rizal Faris Mohideen mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng berdebat secara terbuka mengenai sistem pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat menindas orang Melayu dalam pelbagai aspek. Rizal juga mahukan debat ini disiarkan secara langsung menerusi televisyen supaya dapat ditonton di seluruh negara.

Cabaran ini bukan kosong kerana beliau sanggup meletakkan jawatan jika beliau gagal membuktikan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Guan Eng yang tidak prihatin terhadap nasib orang Melayu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.Antaranya tindakan merobohkan gerai peniaga Melayu dan terbaru pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Sebaliknya jika Guan Eng gagal membuktikan tuduhan itu satu fitnah, LGE juga harus berani melepaskan jawatan Ketua Menteri.

Satu cabaran yang sangat menarik dan sudah pasti agendadaily yang menjadi hosnya. Bagi saya Yang Dipertua DPMMPP harus mengetengahkan bukan sahaja pemimpin-pemimpin DAP yang meminggirkan orang Melayu tetapi juga pemimpin-pemimpin Gerakan juga gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada orang-orang Melayu. Walaupun Gerakan diberi peluang memerintah Pulau Pinang sekian lama tetapi masalah orang Melayu di Pulau Pinang tidak pernah selesai walaupun Pulau Pinang pernah melahirkan seorang Perdana Menteri dan seorang Timbalan Perdana Menteri.

Apa bezanya Cina DAP dan Cina Gerakan dalam membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. Berapa banyak harta dan hak milik orang Melayu Pulau Pinang yang tergadai sepanjang berpuluh tahun Gerakan mentadbir Pulau Pinang dan setahun DAP memerintah. Adakah nasib orang Melayu lebih baik di bawah Gerakan atau berada di bawah DAP? Tunjukkan juga KPI Gerakan dalam membantu orang Melayu sejak zaman Lim Chong Eu hinggalah kepada zaman Koh Soo Koon.

Pendekata, bolehkah disimpulkan bahawa orang Melayu Pulau Pinang sebenarnya keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya? Boleh kah pemimpin-pemimpin Cina berlaku adil kepada orang Melayu walaupun mereka adalah majoriti? Bandingkan keadilan pemimpin-pemimpin Melayu terhadap orang Cina di negeri-negeri majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Adakah orang-orang Cina di tindas dan dinafikan hak mereka di negeri-negeri Melayu tersebut. Tentunya tidak kerana bukan sahaja mereka selamat tetapi boleh mengumpul kekayaan dan harta seperti mana Cina-cina di tempat lain.

Jadi apa silapnya Melayu di Pulau Pinang? Kesilapan yang nyata adalah kerana Cina DAP dan Cina Gerakan tidak mahu membantu Melayu malah sukar bagi mereka untuk bersikap adil kerana mereka terlalu kuat dengan 'kecinaan' masing-masing.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ternanti-nanti cabaran daripada DPMMPP akan disahut segera oleh LGE kerana pastinya LGE juga akan membandingkan apa yang telah Gerakan buat terhadap orang Melayu sekian lama mereka memerintah. Adakah debat ini akan membantu menyelesaikan masalah orang Melayu di Pulau Pinang? Atau debat ini hanya sekadar hendak menunjukkan siapa juara di kalangan juara.

Lim Guan Eng Kelentong
Atau
Utusan Malaysia Tipu?


Amir Hamzah
Batu Pahat.

5 comments:

Dal said...

Salam Tuan Amir Hamzah;

Pada hemat saya, LGE tidak akan berani berdebat dengan DPMMPP. Maka perdebatan itu tidak akan berlaku munkin. LGE mencabar UMNO untuk berdebat itu kerana itu tektik menyebokkan UMNO dengan kerja-kerja yang tidak menguntunghkan UMNO malah menguntungkan DAP (menumpang kepada limelight atau ketuanan UMNO)

Benar tiada perbezaan antara DAP dengan Gerakan kerana mereka tiada langsung sumbangan kepada Melayu. Boleh dikatakan mereka berada di mana mereka berada sekarang adalah kerana semata-mata tuah dan ihsan Melayu. Oleh itu dalam usaha merampas kembali Pulau Pinang adalah kebodohan yang nyata jika Melayu masih mendepankan Gerakan.

Geng Samudera said...

Salam bro,
Kan sy dah cakap.....wayang depa jerk nihh....Benarnya,mmg depa nak hapuskan terus cam Singapore,tapi dalam diam...

Sejarah dah khabar,negeri2 selat Penang,Melaka dan Singapore adalah 3 lokasi strategik kawasan sini.Jadi bila pentadbiran dipegang oleh mereka 100% akan datang,mmg org melayu telan air liur je le....

So,mmg buduh la org Melayu kalau itu pun tak nampak skrg.....

Bro,kawan di Surabaya dan akan ke Lombok Island esok.
Mencari pengertian jati diri orang Melayu...heheheeeee....keje beb...

Balik BP,kawan roger...

Fuckin twat LGE!!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Dal,
Segalanya mungkin.......
LGE adalah anak kepada Lim Kit Siang. LKS adalah setiausaha PAP semasa LKY. DAP adalah anak PAP dan akan meneruskan agenda PAP setelah Singapura keluar daripada Malaysia. Nak lihat apa DAP akan buat kepada Malaysia jika mereka berkuasa lihatlah Singapura sebagai cerminan.

Salam Geng samudera,
Setuju!....Cina perangainya macam Yahudi. Sangat merbahaya jika dibiarkan.....Pantai Barat Semenanjung sudah dipenuhi Cina. Silap sedikit sahaja mereka akan jadi PM atas sokongan Melayu. Perkara pertama yang mereka akan buat ialah menghapuskan Sistem Beraja dan meminda perlembagaan......

Hehehe....selamat bertugas bro. Balik BP boleh pekena asam pedas...atau nasi Briyani....

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

LGE sudahpun mengadakan debatnya dengan DPMM Kuala Lumpur tempohari, Kontraktor Melayu telah diagihkan 40 projek kesemuanya. Jumlah semua projek RM nya tidak lah diketahui. Tapi DPMM macam dah puas hati dah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel.
Berdebat dengan DPMM KL wat pe.....orang tunggu dengan DPMMPP. Kontraktor Melayu dapat projek buat longkang aje kot. hehehe. Ni baru tahun pertama Cina DAP tu perintah. Tiap-tiap tahun Melayu nak pegi check ke apa Cina DAP tu buat. Macam Singapore, Presiden pertama je Melayu. lepas tu lebooohhhhh...